Tuesday, December 7, 2010
SEMPENA MAAL HIJRAH 1432
SEMPENA MAAL HIJRAH 1432
Assalamualaikum wbt.
Kita adalah hamba Allah yang mengejar kebaikan duniawi, jauh meninggalkan ukhrowi, namun dalam hati kecil, masih ada cinta kepada Ukhrowi, tapi apakan daya, Cinta dunia masih mengatasi segalanya.
Sempena Maal Hijrah 1432, saya mamuatkan artikel berkaitan Peperangan Uhud, sebanyak 2 entry, untuk rujukan kita bersama, saya petik dari ensiklopedia dan tulisan “Lessons for Every Sensible Person” Author by Imtiaz Ahmad M. Sc., M. Phil. (London)
Translated by Ir. H. Ismail Umar and Hj. Titie Wibipriatno
Pada entry kali ini mari kita mengenang sahabat –sahabat Rasulullah yang begitu cintakan Syahid dan begitu cintakan akhirat, ditentukan Allah , untuk kita ambil ikhtibar, akibat melanggar Arahan Rasulullah, saya amat takut untuk kata mereka melanggar Arahan Rasulullah, kerana mereka adalah sahabat yang begitu dekat dengan rasulullah, hidup mati mereka kerana Allah, Allah tentukan begitu sebagai gambaran balasan kepada mereka yang mengabaikan arahan Rasulullah.
Saya memetik kisah Peperangan Uhud untuk menjadi penguat semangat dan keazaman kita menempuh 1432H dan tahun-tahun mendatang.
Saya berkesempatan menziarahi makam syuhada Uhud pada semasa mengerjakan haji tahun 2008/2009. Namun lawatan tersebut amat singkat . Tidak sempat untuk mengamati atau ‘meletakkan diri seketika dalam peperangan tersebut’ . Strategi peperangan Islam yang begitu baik, menguasai kedudukan yang strategic dalam peperangan, pengorbanan dan kesetiaan, keimanan dan ketakwaan, kemaafan dan kasih sayang semuanya dapat dipelajari dalam peperangan Uhud.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment