Sunday, December 5, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 10 (Teman istimewa/permulaan cinta)


NASIHAT TENTANG CINTA – 10 (Teman istimewa /permulaan cinta)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.

Dalam artikel yang lepas saya petik Ayat Quran supaya ia menjadi pedoman dalam cinta, untuk kelaskan adakah cinta kita cinta sebenar, atau cinta syok-syok sahaja.

Saya mempersoalkan cinta sejati dalam cinta manusia yang belum bergelar suami isteri. Adakah cinta mereka cinta sejati ?, Cinta sejaati adalah cinta berdasarkan kerana Allah. Kalau cinta kerana Allah, sudah tentu tidak mengharapkan balasan.

Dalam artikel kali ini saya akan soal lagi, adakah anda benar-benar cinta ?, atau anda hanya ikut-ikut perasaan yang kononnya itulah cinta yang ikhlas.

Ayat-ayat cinta.

Percayalah cinta ku ikhlas untuk kamu.

Ikhlas – Kerana Allah – Tidak harap balasan – tak perlu diucapkan.

Gabungan ikhlas, kerana Allah, tidak harap balasan dan tak perlu diucapkan perlu adalah dalam cinta sejati.

Saya buat tuduhan, jarang ada cinta macam tu, kecuali cinta suami isteri. Sebenarnya yang sering berlaku ialah anda mengejar cinta orang lain dan anda harap orang beri cinta kepada anda. Kalau betul cinta ikhlas kenapa kecewa jika sidia tak membalas cinta anda. Jika cinta anda tak berbalas, anda terus melupakan orang yang menolak cinta anda.

Sebelum cinta kena jatuh hati dulu, kalau tak jatuh hati tak ada le cinta. Soalan saya, anda jatuh hati kerana apa ?, atas sifat-sifat apa ?.

Harap-harap ex STEP jatuh hati kerana sifat-sifat begini.

1. budi pekerti
2. sifat bertanggungjawab
3. kepimpinan/ ketokohannya
4. keilmuannya
5. keagamaannya.

Pastikan asas untuk anda jatuh hati seterusnya jatuh cinta adalah pada landasan yang betul seperti yang saya katakan dahulu, iaitu sifat keakhiratan yang ditujui oleh sidia. Ini juga agar dapat disesuaikan dengan kehendak Islam dalam mencari suami/isteri.
1. kerana rupa paras
2. kerana hartanya
3. kerana bangsanya /keturunannya
4. kerana agamanya.

Memilih yang keempat akan membuat anda selamat.

…11

No comments:

Post a Comment