Friday, December 24, 2010

Saya Takut Mati - 9

Saya Takut Mati -9 (akhir)

Assalamualaikum wbt

Dunia ini ibarat benda –benda yang sememangnya untuk digunakan atau diambil manafaat oleh manusia.

“Sesungguhnya kami telah menjadikan apa-apa yang ada diatas mukabumi itu sebagai perhiasannya untuk kami menguji mereka, siapakah diantara mereka yang amat baik amalannya” (Al kahfi:7)

Oleh kerana manusia sangat mudah lupa diri, terlupa dari mana dia dating dan kemana serta kepada siapa dia akan kembali, maka dia jadikan dunia ini miliknya sendiri, dia tidak gunakan dunia untuk kebaikan dan dia tidak menggunakan dunia untuk menguatkan agamanya.

Kadang-kadang manusia sedar bahawa dia perlu berkhidmat utnuk agamanya, namun ketamakan (akibat hasutan syaitan) telah membuat dia lupa niatnya untuk membuat kebajikan.

Banyakkan mengingati mati, hanya dengan cara tersebut, kita tidak tamak dan rakus mengejar dunia, jangan fikir orang-orang kaya, menteri-menteri sahaja yang rakus mengejar dunia, kitapun apa kurangnya. Banyakkan ingat mati supaya kita masuk kembali kelandasan yang lurus, yang benar.

Buangkan sifat ‘nanti dulu’ dalam membuat kebajikan.

Sebelum terlambat, sebelum nyawa sampai di halqum, marilah kita bertaubat.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensuci diri” (Al Baqarah:222).


Sekian, Wallah hu Aqlam, yang baik dari Allah swt, yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment