Assalamualaikum wbt.
Saya Takut Mati – 5 adalah untuk menjawab balas Saya Takut Mati – 1.
STM adalah satu episode mengingat kematian, sempena Tahun Baru Hijrah 1432H dan sempena tahun baru Masihi 2011 dan sempena Hari Ulang Tahun saya ke 42. Semoga artikel yang disesuaikan dengan blog ini dapat memberi peringatan kepada saya juga kepada pembaca blog saya untuk dijadikan iktibar.
Saya mengambil contoh nyiur muda juga gugur ke bumi, kerana dalam kehidupan kita, kita mengambil contoh dari makhluk Allah yang lain sebagai penguat bahasa dan pengukuh alasan. Nyiur Muda jarang gugur kebumi, tetapi ada berlaku demikian. Nyiur tua memang selalu gugur kebumi, bila-bila masa.
Pada usia muda kita rasa kita ‘susah ‘ hendak mati, penyakit yang menyebab kematian tidak ada pada kita, itu yang membuat kita kata, kita susah hendak mati.
Oleh kerana rasa susah nak mati, ramai yang mengambil aktiviti extreme untuk dilakukan. Contoh gambar dibawah (gambar hiasan sahaja)
Kita juga merasakan yang kita susah hendak mati ketika usia muda kerana banyak lagi hal-hal kehidupan belum kita lalui, kita sangka Allah tidak mematikan kita kerana hal tersebut. Lumrah bagi semua manusia.
Tapi kita kena ingat, Ajal seseorang telah ditentukan oleh Allah swt. Panggilan kepada seseorang, Abang, kakak, adik, pak cik, datuk, nenek adalah gambaran usia, gambaran kematangan fikiran, gambaran pengalaman.
Panggilan yang menyenangkan kita seperti panggilan Cikgu merasakan kita seperti rasa sentiasa muda, kerana cikgu tidak mengambarkan usia. Begitu juga panggilan ustaz, tidak mengambarkan usia. Walaupun sudah pencen, masih terasa muda, tau-tau sahaja cikgu mati.
Panggilan dan gelaran dunia lagi mengkhayalkan, Dato’, Tan Sri, 1st Lady, YB lagi melekakan dan terus hanyut dengan layanan VVIP yang diterima dan mahu terus kekal dilayan begitu. Gambar dibawah ni pun gambar haisan sahaja.
Allah memberi peringatan bahawa anda sudah tua dengan memutihkan sedikit demi sedikit rambut yang hitam suatu ketika dahulu, melemahkan urat saraf yang suatu ketika dahulu tegang dan kuat, melunturkan otot-otot yang dulu pejal dan anjal, Mengaburkan mata, memekakkan telinga dan mengilhamkan Panggilan seseorang kepada seseorang.
Syukur kerana ada orang mahu panggil saya pak cik.
Bersambung.. 6
Sunday, December 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment