Wednesday, December 22, 2010

Saya Takut Mati - 8

Assalamualaikum wbt.
Saya Takut Mati – 8 adalah untuk menjawab balas Saya Takut Mati – 4.

Tenggelam dalam keduniaan.

Saya suka mengingatkan diri saya dan semua pembaca blog ini, bahawa Agama (Islam) itu adalah nasihat, maka saya mengambil pendekatan menasihati diri saya dan pembaca blog ini sedikit sebanyak yang saya ketahui dan lalui, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Kita sering mengejar dunia sehingga melupakan akhirat, sepatutnya kita mengejar akhirat dengan menjadikan dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk mengambil bekal menuju akhirat.

Perumpamaan yang sering diketengahkan oleh guru dan ustaz.
Hidup kita umpama sedang belayar singgah didunia untuk mencari bekal supaya dapat dibawa ke akhirat. Ketika singgah didunia inilah, berbagai ragam manusia, yang lupa untuk mengambil bekalan hanya mementingkan keseronokan dan berhibur sahaja dengan alasan hidup atau singgah didunia hanya sekali, jadi kena kecapi dunia sepuas-puasnya.

Yang tahu bahawa dunia ni hanya persinggahan tetapi tafsir dari sudut berbeza, mereka ini akan mencari bekal untuk meneruskan pelayaran keakhirat.
Siapa yang untung, siapa yang rugi ?
Orang ambil duniakah yang untung atau orang yang ambil akhirat yang untung ?
Yang lihat dari sudut akal, mereka akan berkata orang yang mengambil akhirat adalah rugi, kerana tidak mengecapi sepenuhnya nikmat kurniaan Allah dimuka bumi, tambah lagi, bumi ini dijadikan untuk manusia, dan hujah mereka lagi manusia adalah khalifah dimuka bumi ini.

"Kami telah tundukkan segala makhluk di bumi ini kepada manusia" (Luqman:20)

Yang pilih jalan akhirat tapi guna akal untuk berhujah, akan kata orang yang ambil dunia adalah rugi, kerana tidak sedar dunia ini hanya persinggahan, mereka tidak takut kepada Allah, tidak seperti mereka yang memilih akhirat dan melupai dunia.

Mana satu yang betul ni ?

Nabi SAW diutuskan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dijadikan Khalifah untuk menguruskan bumi, maka selayaknya bumi ini diurus dengan baik. Bumi menjadi jambatan keakhirat, kita tidak boleh lupakan dunia dan hanya tumpu akhirat semata-mata.

Yang sepatutnya ialah kita mengejar akhirat, pada masa yang sama mengambil nikmat dunia sekadar yang telah ditetapkan dalam Islam, seperti apa yang diajar dalam Al Quran dan Sunnah. Kita jangan jadikan dunia sebagai matlamat, dunia hanyalah alat mencapai matlamat akhirat.

Kita perlu kuatkan ekonomi rumah sendiri, supaya kita dapat mengecapi nikmat dunia, pada masa yang sama kita menunjukkan rasa syukur atas nikmat yang diterima dari Allah. Pada masa yang sama kita tingkatkan ibadat dan ketakwaan.

Menunjukkan syukur bukan sekadar berkata ‘Alhamdulillah’. Menghormati hak orang lain juga cara kita menunjukkan syukur kepada Allah, memberi sedekah adalah syukur kepada Allah, memakmurkan masyarakat Islam adalah syukur kepada Allah, menolong babi kelaparan pun adalah perilaku syukur kepada Allah. (jangan dok pi cari babi, nak bagi makan, nanti jadi kes lain pulak)

Terlalu banyak perilaku yang menunjukkan rasa syukur, terlalu panjang kalau nak dihuraikan. Lain version.

Ramai yang mencintai dunia, sehingga ia dikatakan penyakit oleh Nabi SAW. Maka kita hindarilah dari terkena penyakit tersebut, kalau dah berjangkit bagaimana ?
Orang yang kena penyakit ini bukan senang nak diubati, nak beri ceramah dia tak datang masjid. Nak tazkirah waktu kerja, dia tak datang, Orang macam ni kena buat sesuatu yang grand dan nampak gah, buat forum perdana undang dengan kad yang ada clas, beri publisiti meluas, masuk TV, masuk surat khabar, majalah, waktu tu beri sepatah dua pukulan dan kuncian.

Berdakwahlah dan jangan kecewa, urusan memberi hidayah bukan urusan kita, itu urusan Allah, kita hanya jalankan dakwah dan tarbiyah sekadar mampu. Jangan tak buat langsung, nanti bala akan menimpa kita.

Guna Blog dan FB adalah kaedah moden yang boleh dilakukan dalam berdakwah, hari – hari entry perkara-perkara baik, lama-lama cair juga.

Orang yang mula taubat dan bertaubat.

Beruntunglah orang yang mendapat hidayah dari Allah SWT, Hidayah yang diterima dapat melenyapkan segala maksiat yang dilakukan sebelum ini. Bila nak dapat hidayah ?, kena pohon ke ?, atau orang lain tolong pohon untuk kita ?.
Islam mengalakkan penganutnya sentiasa bertaubat, setiap kali melakukan kesilapan, kerana Sifat Allah adalah pemaaf, jangan takut untuk bertaubat kerana ada dalam hati perasaan ingin melakukan lagi kesilapan atau mengulangi maksiat yang sama. Taubat setiap kali melakukan dosa, lama-lama timbul penyesalan yang sebenar, waktu itu datanglah hidayah dari Allah.
Kita jangan memperkecilkan orang yang melakukan maksiat, cuba kita doakan dia setiap kali dia buat maksiat dengan harapan Allah makbulkan doa kita, maka maksiat akan berkurangan. Mungkin dia belum sedar, sebab itu dia berterusan buat maksiat.
Sesetengah orang takut untuk melafaz dan mempraktikkan taubat, kerana bimbang akan mengulangi lagi kesilapan atau maksiat, atau bimbang kehilangan kawan.
Nasihat saya, taubatlah setiap kali buat salah, Allah suka kepada orang yang menyesal dan mengakui kesilapan.

Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah.
Orang dalam ketegori kenal diri seterusnya kenal Allah, amat beruntung, diakhirat dia dapat untung , di duniapun dia dapat untung.

Sebuah hadis Nabi SAW
'Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah".

Firman Allah Taala;
"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)
Insya Allah, belajarlah sedikit demi sedikit mengenal diri, supaya sebelum mati dapat mengenal Allah.

Mengenal diri bukannya sekadar lahiriah atau melihat zodiac, atau tahi lalat, mulalah mengenal diri dengan melihat awal kejadian manusia itu sendiri, manusia pertama iaitu Nabi Adam dijadikan dari tanah, kemudian kita jadi air mani, jadi darah, daging, tulang dan jadi manusia.

Siapa yang menjadikan kita sebegini, adalah ini proses semulajadi ?, diringkaskan cerita tentulah ada Allah yang menjadikan kita. Habis tu , kalau Allah jadikan kita, takkan kita tak nak sembah dia ?.
Kita lihat orang mati, sudah tentu kita tahu yang kita pun akan mati, tak kan mati jadi tanah macam tu saja, roh yang keluar dari jasad kita pergi kemana ?. Kemana lagi kalau tidak ke Rahmatullah.
Roh kembali ke Alam roh, jangan percaya macam orang Hindu atau Budha yang kata akan dibangkitkan dalam kelahiran semula.

Percayalah cara Islam, kita akan kembali bertemu Allah, dan akan dihisab amalan kita, ada balasan syurga dan neraka. Dan berusahalah mengenal diri dan mengenal Allah.

"Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami, nescaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)

Bersambung…

No comments:

Post a Comment