Tuesday, December 31, 2013

Di mana-mana



Assalamualaikum wbt.

Saya pun sedang memikir

1. Negara mana nak hijrah ?
2. Sekolah mana nak hantar anak belajar ?
3. Lebuhraya/ jalanraya mana nak lalu ?
4. Klinik/ hospital mana nak pergi ?
5. Minyak apa nak bubuh dalam kereta ?
6. Gula apa yang nak makan ganti gula ?

Berat juga jadi rakyat Malaysia, semua benda kena fikir mengalah PM.

Tuesday, December 17, 2013

Arah Kiblat dalam surau di Shahab Perdana tak menentu

Assalamualaikum wbt.

Bagi penumpang yang pernah menggunakan Terminal bas Shahab Perdana di Alor Setar pasti akan merungut kerana tandas yang tidak cantik dan tak diurus dengan baik serta kemudahan surau di tingkat satu yang tidak layak bagi satu tempat seperti Shahab Perdana. Shahab Perdana adalah terminal bas utama bagi Negeri Kedah, seawal 5 pagi penumpang akan menjejak kaki ke Shabab Perdana, kalaulah penumpang tersebut adalah musafir atau pelancong yang kali pertama tiba dengan harapan yang besar tentang negeri Kedah, pasti mereka akan rasa kecewa.

Saya kerap menggunakan terminal tersebut, tandas dan surau adalah dua tempat yang gagal memuaskan hati saya, keadaannya seperti tidak terurus. Ruang perniagaan di bahagian atas juga tidak terurus, berdasarkan pemerhatian saya, arkitek hanya mereka bentuk ikut sedap mata memandang, bukan ikut pandangan seorang peniaga. Peniaga mahu kedai yang mudah dikunjungi, Kalau sudah diatas, sudah tentu menyusahkan pembeli. Ditambah dengan bayaran tempat parking, menyebabkan pelanngan luar tidka sudi untuk menjengah terminal bas Shahab Perdana. Atau buat saja Terminal bas sebagai terminal bas, ruang niaga ditempat lain yang berhampiran, tak perlu one stop centre, kerana ini akan merugikan. Namun saya melihat kesilapan pada reka bentuk yang menyebabkan ruang niaga ditingkat satu tak dapat beroperasi.

Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Melaka Sentral. dan satu amaran saya agar 'mereka' tidak menukar nama Terminal Shahab Perdana kepada  Alor Setar Sentral untuk mencontohi nama KL Sentral, Melaka Sentral JB Sentral dan lain-lain.

Berbalik kepada surau (surau lelaki), keadaanya tidak terurus sehingga kan arah kiblat tidak ditentukan dengan tepat, panduan arah kiblat yang dilukis pada dinding sudah tentu dibuat oleh individu yang sering menggunakan surau tersebut sebagai langkah membantu jemaah lain mencari arah kiblat. Sudah sekian lama Shahab Perdana beroperasi, kenapa sehingga kini tiada panduan arah kiblat yang "sah oleh mereka yang berautoriti"


Arah yang ditunjukkan didinding pasti tidak sama dengan dilantai, darjak atau bearing pasti akan berubah, apatah lagi jika dilukis sedemikian sahaja. walau apapun terima kasih kepada si 'penentu' arah kiblat tadi atas iniasiatif dan niat ikhlas utnuk membantu memberi panduan arah kiblat kepada jemaah.

Bagi orang Islam gagal menentukan arah kiblat adalah satu kelemahan yang akan membawa kepada kelemahan-kelemahan yang lain. nampak kecil, tapi kesannya amat besar dalam kehidupan.

Saya sangat berharap agar pengurusan Shahab Perdana dapat menguruskan terminal ini dengan baik, terutama surau dan tandas. Terminal ini adalah imej kemajuan Negeri Kedah. Jika tidak diuruskan dengan baik sudah tentu Kedah gagal diistiharkan sebagai negeri maju, atau negeri sejahtera atau BN Menang Rakyat SENANG.




Monday, December 9, 2013

Rusuhan warga asing di Singapura, Apa yang perlu dipelajari oleh Malaysia

Assalamualaikum wbt.

Malaysia mempunyai bilangan pendatang asing yang ramai. Mereka tidak takut untuk melalukan jenayah kerana mereka tiada sebarang kepentingan ekonomi dalam negara Malaysia, tiada premis perniagaan (tidak termasuk berniaga secara haram), hanya memberi tenaga sahaja dan mendapat upah. Keikhlasan untuk sama-sama menjaga keamanan sudah tentu tidak wujud, namun kekuatan untuk membela rakan atau sahabat adalah amat kuat bagi seseorang perantau.


Ditambah dengan khabar angin melalui sms , mereka akan cepat bertindak tambahan lagi mereka tinggal secara berkelompok disesuatu kawasan.

Rusuhan di Singapura kelmarin sepatutnya diteliti dengan tajam, oleh kepimpinan negara, jangan terlalu rakus mengejar 'pembangunan' sehingga mengabaikan kebajikan warga sendiri. Kini rakyat Malaysia sendiri taku untuk keluar bersiar-siar pada hari cuti, kerana kumpulan pendatang ini akan turut keluar secara beramai-ramai, dan sudah tentu kita tidak memahami apa yang mereka tuturkan dan tidak memahami bahasa isyarat mereka.

Mungkin perlu ada peraturan agar menyekat atau menghadkan pergerakan warga asing, walau nampak seperti melakukan diskriminasi terhadap mereka, tetapi kita semua tahu dan sedar bahawa jenayah yang berlaku dalam negara kita kebayakan dilakukan oleh warga asing.

Pasukan keselamatan harus mempunyai (kalau sudah ada perlu di 'gerak' kan selalu untuk mengerunkan pendatang asing, agar tidak bertindak melulu dan melanggar peraturan dan adap Negara kita)

Mereka yang didapai bersalah walau kecil perlu dihantar pulang sebagai pengajaran kepada yang lain. Saya yakin Singapura akan bertindak tegas dalam hal sebegini, dan saya kuran yakin yang Malaysia akan bertindak tegas kerana sifat 'sopan santun' para menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara,

Thursday, December 5, 2013

PISA : Kedudukan Malaysia di belakang Vietnam

Assalamualaikum wbt.

PISA: Kedudukan Malaysia di belakang Vietnam dalam pendidikan mengejutkan.

Sangat mengejutkan;
Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara termasuk di belakang Vietnam dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA).

Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian itu sementara Singapura dan Thailand di depan Malaysia.

PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Berikut ini adalah komen pembaca semasa PISA dijalankan




“BM and English? “Form One students sit for TIMSS n PISA exam. Questions in BM only. Not fair to students taught in English. – Parent”

Dan ini adalah jawapan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan laman web KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin merujuk dan memberi maklum balas kepada SMS “Parent” dalam akhbar THE STAR bertarikh 30 Julai 2013 seperti kenyataan di atas.

Untuk makluman, instrumen saringan TIMSS dan PISA dijalankan hari ini adalah merupakan ujian rintis untuk mendapat maklum balas penguasaan murid dalam sesuatu konstruk dan konteks. Ujian rintis ini tidak melibatkan pencapaian murid. Dapatan kajian ini akan membantu guru menyesuaikan P&P supaya kelemahan murid dapat diatasi dan kekuatan murid pula dipertingkatkan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

PISA difahamkan oleh KPM adalah maklum balas pengusaan murdi dalam sesuatu konstruk dam konteks untuk lihat pencapaian murid. dan dibawah ini adalah dapatan dari kajian rintis tersebut.


Kesimpulan yang diperolehi.

Guru-guru perlu membaiki kelemahan masing-masing supaya murid dapat mencapai prestasi akademik yang tinggi.

Murid di Malaysia terlalu lemah kerana, tidak memberi tumpuan semasa menjawab soalan, murid di Malaysia menganggap ujian itu tidak penting, jadi mereka menjawab secara acuh tak acuh. bukan dapat sijil.

Apa-apa pun : KPM perlu membuat kajian, dan guru perlu menjawab dengan jujur, bukan jawab dengan penuh rasa takut. Solan kajian juga perlu menyeluruh, mencari punca sebenar kelemahan murid, mencari punca sebenar kelemahan guru.

Wednesday, December 4, 2013

Sabasun dan Candi Lembah Bujang

Assalamualaikum wbt.




Kedua-dua ini adalah mangsa kerakusan pemimpin. Tanah kawasan candi di Lembah Bujang dijual untuk dimajukan. Tapak Sabasun di Trengganu akan dijual , sudah tentu dengan harga yang tinggi.

Tapak Candi tak ada nilai bagi orang yang gilakan wang dan kemajuan. Betulkan itu candi Hindu, atau itu sebuah binaan agama veda, atau tapak rumah ibadat syariat nabi terdahulu, apa-apapun bahan sejarah harus dikekalkan.

Tapi kenapa pemimpin tidak menghargai dan fikir untuk dikekalkan ?.

Sabasun (sabar + sungguh ) sebuah perniagaan bumiputra Islam, di negeri Islam, yang mana diketahui amat sedikit individu Islam menceburi bidang perniagaan runcit sedemikian, tapak nya dendak diambil kembali oleh kerajaan negeri, sudah tentu untuk dimajukan dan saya percaya bukan Islam yang akan memajukan tapak tersebut dengan bangunan perniagaan yang cantik dan sewanya yang tak mampu dibayar oleh peniaga Islam. Jadi dimana pembela ISlam. Alasan kemajuan, tidak patuh peraturan hanya secebis dari alasan untuk memindahkan sabasun.