Monday, November 30, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 37

Assalamualaikum wbt

Badan belum sampai cerita empunya badan sudah heboh.
Pertama sekali saya ucapkan selamat melapor diri disekolah baru kepada semua guru SMT Pendang yang bertukar ke sekolah, ada ke SMT , ada ke SMK, ada ke SABK dan ada ke Kolej Matrikulasi.

Ke sekolah baru, sama seperti budak tujuh tahun baru nak masuk darjah satu. Dapat kenal seorang kawan, pi mana pun dengan kawan tu, bila mula kenai kawan yang lain, kawan pertama dia kenal, tertinggal begitu sahaja. Dalam kes yang lebih berat, cerita pula keburukan kawan pertama dia dulu.

Hari pertama sahaja rasa kekok, selepas itu, ok le. Tapi selalunya disekolah baru sudah ada kenalan, kenalan semaktab, seuniversiti, sepanitia, sesukan. sepermainan, silap-silap jumpa kawan lama duk admire dulu.

Apa-apa pun selamat berkhidmat di sekolah baru/tempat kerja baru. Saya tak ucap selamat mengajar kerana tugas guru bukan sahaja mengajar, kalau nak mengajar sahaja kena kerja di pusat tusyen bukan disekolah.

Selalunya bila salinan surat pertukaran sampai disekolah baru, nama guru tersebut akan diperkatakan, yang kenal akan kata dia kenal dengan guru tersebut, yang tahu, akan cerita tentang pengetahuan nya mengenai guru tersebut, yang tak tahu, buat deeak saja. Jadi jarang sangat, dalam Malaysia ini, orang tak kenal kita, atau tak kenal cerita kita. (dikalangan kita sahajalah, jangan Tanya di kem tentera).

Kalau cerita mengenai diri kita baik, ia akan memberi tanggapan positif oleh rakan rakan sejawatan yang baru, kalau cerita mengenai diri kita buruk, ia akan memberi tangapan negative oleh rakan-rakan sejawatan yang baru.

Sekolah baru tempat memulakan sejarah baru, tempat memulakan yang baik-baik, bukan tempat menyambung perangai lama yang tak elok (tak perlu saya hurai yang mana satu perangai baik, yang mana satu perangai tak baik), ini lah peluang membuat perubahan dalam diri. Setakat ini untuk artikel ini. Saya masih menanti surat pertukaran,

Sekian terima kasih.

Bersambung….

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 10

Kain Ihram.

Saya telah membeli bag yang dijual oleh Koperasi tabung Haji, membeli keperluan lain, di kedai kelengkapan haji di Alor Setar dan Pendang, Selagi tak berangkat pergi selagi itulah tidak cukup. Terutama bila mendengar cadangan dari orang yang pernah pergi, namun saya tetap juga dengan pendirian “semua itu tidak perlu” , sama seperti saya kata suntik tawakkal, Sarung bag saya tak mahu buat, tapi isteri saya kata kena buat, orang kata kena buat, akhir sekali buat juga, sarung batu melontar saya kata tak payah buat, orang kata kena buat, akhirnya buat, sarung kasut kena buat, saya kata tak perlu, akhirnya buat.

Saya telah ada 2 pasang kain ihram, ayah saya bagi pinjam satu pasang, penuh bag. Orang kata bawa kain ihram kain cotton untuk buat kafan bila mati, saya kata tak payah, amalan salah yang dok buat hanyalah adat kebiasaan orang kampong, saya pesan supaya tuan/puan jangan buat, ia boleh sampai ketahap khurafat.

Saya seorang yang tak berapa kisah dalam persedian keperluan, yang penting adalah keperluan ilmu, macam mana hendak mengerjakan haji dan umrah dengan betul paling kurang sah haji dan umrah.

Persediaan telah dibuat, bag disi dan dikeluarkan sehingga dapat yang terbaik, tak sabar-sabar lagi untuk menjadi tetamu Allah. Hutang-hutang telah diselesaikan !, wang keperluan ditinggalkan kepada Ayah saya untuk anak-anak dan untuk bayar yuran persekolahan kerana kami akan pulang pada 5 Januari 2009.

Perasaan ketika ini amat menyeronokkan. Sukar untuk digambarkan, duit hilangpun tak terfikir lagi.

Wassalam

Sunday, November 29, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 9

Bacaan Yasin

Selang tak berapa hari saya dapat mengetahui yang saya akan berangkat dengan KT 60 dari Bayan Lepas, Pulau Pinang. Perasaan gembira tak dapat digambarkan, Emak saya lebih gembira, seolah-olah beliau yang hendak ke Tanah Suci. Guru dan pelajar sekolah telah mengadakan bacaan yasin, untuk saya dan isteri, untuk cikgu Fuad dan isteri, untuk cikgu Fairuzah dan suami, untuk cikgu Mansor dan isteri. Saya, cikgu Fuad dan Cikgu Mansor turut meminta Kariah Masjid Pokok Tai membaca Yasin dan mendoakan keselamatan kami.

Duit Hilang.

Pada hari Jumaat, emak saya mengadakan majlis bacaan yasin di kampong, panggilan bacaan yasin seperti biasa, iaitu amalan mingguan wanita kampong, bacaan dari rumah ke rumah mengikut giliran. Semasa bacaan tersebut barulah dimaklumkan yang saya suami isteri akan berangkat ke tanah suci. Kami tak tahu, kalau kami tahu kami akan bawa duit sedekah. Sedekah amalan biasa untuk orang yang akan berangkat ke Tanah suci. Selepas bacaan Yasin di rumah saya bergegas ke Masjid Teroi untuk satu lagi Majlis bacaan yasin dikalangan peserta kursus haji bersiri. Selepas bacaan yasin di Masjid saya kembali kerumah ibu saya untuk mengambil anak-anak yang ditinggalkan disitu.

Malam hari saya agak letih dan terus tertidur.

Pada waktu pagi saya bersiap-siap untuk pergi kesekolah, hari persekolahan ganti. Dalam pukul 9 pagi saya kekantin untuk bersarapan, Sewaktu hendak bayar, saya dapati tiada wang dalam dompet saya. Saya beritahu, bayar hari lain. Saya terus makan namun dalam hati tertanya-tanya kemana pergi wang yang banyak dalam dompet saya. Selepas makan saya telefon isteri saya , panggilan tak berjawab, saya telefon rumah, minta anak saya tengok duit kalau-kalau terjatuh, jawapannya tiada. Saya segera balik kerumah dan selongkar dimerata-rata tempat dan saya dapati tiada, terduduk , banyak… duit tu. Saya segera datang bertanyakan isteri saya samada beliau menyimpan duit tersebut. Rupa-rupanya duit beliau pun tiada dalam dompet, handphone dia pun tiada. Masya Allah.. kena curi.

Saya kembali semula kerumah dan membuat pemeriksaan dirumah, tiada sebarang kesan pecah masuk, tapi awal pagi semasa baru bangun didapati pintu bilik kami terbuka, saya hanya mengesyaki anak lelaki saya yang masuk kerana kebiasaannya dia akan masuk untuk kebilik air.

Setelah diperiksa, semua wang dalam dompet saya, dompet isteri, dalam bag tangan isteri, atas meja untuk anak-anak ke sekolah setiap hari semuanya habis dicuri orang.
Cuma tinggal wang arab Saudi yang saya tukar RM 1000 dan wang kertas seringgit lebih kurang RM 100 yang saya sedia untuk anak kesekolah setiap hari tak diambil. Alhamdulillah, masih ada yang selamat, barang kemas seutas dua pun selamat, walaubagaimanapun jam tangan serta handphone isteri saya dicurinya.

Kira-kira RM3400 yang hilang, wang tersebut saya keluarkan untuk bayar insuran hayat dan Pendidikan anak-anak setelah diberi peringatan telah tiga bulan tak buat pembayaran, saya telah pergi ke pejabat Takaful untuk membayar, didapati tiada sebarang masalah, semua potongan telah dibuat mengikut jadual. Jadi duit tersebut saya simpan dirumah. Namun begitu sempat juga saya beli jubah sehelai dan isteri saya pun beli jubah di kedai berhampiran pejabat insurans tersebut di Sg Petani. Tak sempat nak disimpan , dah dikebas.

Saya segera pergi berjumpa tok ayah, minta tengok gerangan siapa yang buat hal. Masya Allah, bukan orang yang masuk, anak kerak katanya. Betul ke anak kerak ?. Dia akan datang lagi.

Ingatkan saya seorang yang kena, cikgu Fuad pun kena, barang kemas isteri dia, lap top, handphone dan duit tunai. Takkan anak kerak kut?. Dia pun tidak sedar waktu mana yang hilang. Saya dapati pagar dibelakang rumah saya ada bekas potong.

Anak kerak nak buat apa dengan lap top, jam dan handphone.

Saya beberapa kali menelefon number isteri saya, mula-mula dapat, kemudian terus tak dapat. Begitu juga cikgu Fuad.

Adakah aku redha ?.

Sejak peristiwa itu saya sekeluarga jadi bimbang dan takut. Telah 6 tahun kami tinggal disini , tiada sebarang masalah, tiada sebarang kecurian atau pecah rumah. Kali ini jadi ketika kami hendak mengerjakan haji. Pencuri seolah-olah tahu kami ada duit. Apa tidaknya, di masjid buat bacaan Yasin, tentulah orang tahu.

Yang menghairankan selepas kejadian tersebut, pintu bilik saya tidak boleh ditolak ketepi dinding, kalau tolak ia akan kembali ketengah pintu, pada hal sebelum kejadian pintu tersebut ajan sentiasa rapat kedinding kalau ditolak. Ayah saya datang dan dapati meremang bulu roma ketika masuk kebilik saya. Saya pun dapati sedemikian. Seperti biasalah kalau ada hantu saya akan halau sendiri.

Saya menjangkakan mungkin pencuri tersebut masuk dengan bantuan hantunya. Atau anak keraknya yang masuk, manakala dia tunggu diluar pagar. Polis pun kata hairan kerana tiada sebarang kesan pecah masuk.

Selang seminggu lebih kurang pukul 2.00 pagi, ada tangan yang cuba memulas tombol pintu bilik saya, saya terjaga, isteri saya belum tidur nyenyak lagi kerana, menyemak latihan pelajar. Saya segera mencapai tonkat rotan, saya membuka pintu dan melihat sekitar dalam rumah, tiada sebarang kesan orang masuk, anak saya sedang tidur nyenyak. Saya melihat diluar, ke pagar kalau-kalau ada orang, tiada juga. Tiba-tiba berlari-lari diatas siling rumah, saya membaca ayat kursi, tidak menjadi, saya takbir tiba-tiba terdengar dentuman kuat dari atas siling rumah saya, kalau betul anak kerak, ia berlari-lari jangkauan pendek dan cepat, kesana-kemari berulang-ulang kali sebelum terdengar dentuman kuat.

Saya belum mahu meyakinkan itu anak kerak, walaupun ia sedemikian, saya terus membaca yassin, tidur malam tersebut pun tidak lena.

Selang tak lama ada berita dari orang kampong yang mereka juga kehilangan wang, tanpa disedari. Hingga hari ini saya tidak berani simpan wang dalam rumah.

Namun saya mengambil pendekatan, Allah mengeluarkan sedikit wang ‘syubahat atau haram’ dari poket saya. Alhamdulillah. Sedikit saja Allah tarik nikmat senang hati, tidur lena dan dimasukkan sedikit keluh kesah, bimbang dan takut sebagai ujian awal sebelum berangkat ke tanah suci.

Wassalam

Saturday, November 28, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 8

Berita Terkini.

Saya telah mendapat tahu yang telah tersenarai untuk menunaikan haji pada tahun 2008 seminggu sebelum kursus haji perdana, saya merasa cukup gembira mendapat berita tersebut, saya diberi no telefon Ibu pejabat TH di Kuala Lumpur oleh pegawai TH Pendang, minta saya sendiri yang bertanya disana, dan akhirnya saya dimaklumkan tarikh penerbangan saya iaitu 21 November 2008. Alangkah seronoknya waktu itu, saya menitis air mata kegembiraan.
Pada hari Jumaat, semasa kuliah haji di Masjid Teroi saya maklumkan kepada Ustaz dan rakan-rakan yang saya telah tahu, ini menyebabkan mereka pula yang rasa gelisah, kerana belum mengetahui.

Kuliah hari tersebut membincangkan mengenai kursus haji perdana yang akan diadakan di serentak diseluruh Negara. Mood pun semakin meningkat.

Kursus Haji Perdana.

Selang tak berapa lama dari kursus haji intensif kami dijemput untuk kursus haji Perdana yang diadakan di dewan Wawasan Jitra iaitu pada 17-18 Oktober 2009. Isteri saya tidak dapat menghadiri kursus tersebut kerana beliau terpaksa mengikuti kursus PTK di Pulau Pinang bermula 11 Oktober hingga 18 Oktober 2008.

Peserta boleh memilih untuk pergi sendiri atau dengan menaiki bas yang diurusakn oleh TH dengan sedikit bayaran. Saya memilih untuk pergi sendiri dengan kereta kerana pada hari akhir kursus Perdana saya perlu segera ke Pulau Pinang untuk menjemput isteri saya.

Anak-anak telah saya tinggal di kampong saya bersama datuk mereka. Petang tersebut saya datang awal sedikit kerana saya bimbang tiada tempat parking kerana kawasan dewan wawasan seperti pengalaman aktiviti lain sukar untuk dapatkan tempat parking. Saya sampai dan terus mendaftar diri mengikut daerah- masing-masing dan diberi tanda nama peserta kursus, seterusnya diarahkan ketingkat dua untuk tempat penginapan.

Apabila sampai di tingkat dua barulah saya tersedar yang saya tertinggal sesuatu barang, iaitu tikar untuk dijadikan alas tempat tidur apabila terpadang beberapa bakal jemaah sedang membentangkan tikar diruang koridor tingkat 2. “malam ini jenuh sejuk” , dulu pernah juga tidur atas simen di kompleks daya bumi, malam tahun baru, ini saya cerita sedikit, malam tahun baru saya dan beberapa rakan datang kedataran merdeka, Kuala Lumpur dengan hajat tidak mahu pulang pada malam tersebut selepas sambutan malam tahun baru. Tahun berapa saya tidak ingat, kalau tak silap tahun1989. tidur atas lantai simen telalu sejuk, ditambah dengan tiupan angin di kawasan terbuka.


Pada mulanya saya rasa macam hendak pulang mengambil tikar tetapi rumah jauh sangat, saya pun nekad tak mahu guna sebarang alas untuk tidur malam ini. Ramai para bakal jemaah telah mengambil tempat masing-masing, saya terus kehadapan melihat ruang. Rupa-rupanya dalam sebuah bilik ada ruang masih banyak , bilik tersebut pula lengkap dengan karpet. Ruang tepi dinding bilik tersebut telah diisi oleh para jemaah. Saya mengambil ruang ditengah-tengah. Kedudukan para jemaah tidak tersusun, kaki dan kepala saling bertentangan. Tiada siapa yang berani memberi arahan untuk membuat susunan yang lebih teratur dan kondusif untuk malam itu. Ada juga dikalangan jemaah yang menyuarakan yang mereka hendak berbual malam ini.

Kami diarah untuk turun berjemaah solat Maghrib dan Isyak lengkap dengan pakaian ihram. Sudah menjadi kebiasaan mesti ada yang lewat, mereka yang lewat akan terpingga-pingga mencari tempat, dan selalunya mereka akan duduk di kawasan yang pada mulanya dijadikan laluan. Tindakan mereka tersebut akan menyusahkan lagi mereka yang lebih lewat. Bilangan jemaah yang ramai berbanding kemudahan bilik air di bangunan dewan tersebut, masing-masing mesti mencari masa dan mengambil peluang menggunakan bilik air.

Sembahyang Maghrib pada malam itu agak lewat sedikit kerana menyusun saf supaya teratur dan ‘betul’. Bakal jemaahpun perlu diperbetulkan saf !. Makan malam mengikut kumpulan masing-masing selepas Solat Maghrib.

Memakai pakaian ihram memang tidak selesa tambahan pula tidak memakai pakaian dalam, untuk latihan ini, boleh lah pakai, tapi awas disana nanti jangan pakai pula. Kalau pakaipun siapa yang tahu.?!.

Semasa masuk kedewan , para jemaah diberi sehelai bag plastic untuk diisi selipar.

Selepas solat Isyak bermulalah siri taklimat serta ceramah. Kursus tersebut dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah. Antara penceramah undangan ialah Ustaz Md Isa Abdul Rahman. Kuliah adalah berkisar cara mengerjakan haji dan umrah, teori dan amali.

Pada malam tersebut, selepas minum diadakan latihan amali tawaf dan melontar. Ada juga dikalangan jemaah yang asyik bersembang di bilik, petugas TH terpaksa naik memanggil mereka turun untuk latihan amali. Semasa latihan tawaf, agak kekok kerana ruang yang sempit berbanding bilangan yang ramai, namun begitu semasa sae, agak lebih selesa kerana diadakan diluar dewan, Hujan yang turun pada petang hari pertama menyebabkan latihan melontar hanya dibuat didalam dewan dan oleh beberapa jemaah sahaja.

Komen Pegawai TH: Sikap yang ditunjukkan semasa kursus ini akan terbawa-bawa semasa berada di tanah Suci, mereka meminta bakal jemaah mempunyai sikap yang positif dan tidak mensia-siakan peluang mengerjakan ibadat haji.

Bagi saya kursus ini cukup bermakna, ia merupakan latihan dan mempelajari cara sebenar melakukan rukun-rukun dan wajib haji, namapak macam boleh buat tetapi hakikatnya jika tidak direhasel dan dipraktikkan sudah tentu akan kekok. Orang kampong saya termasuk sepupu saya juga ada bersama semasa kursus haji perdana. Begitu juga sahabat saya Cikgu Ahmad dari SMT Jalan Stadium dan isteri beliau turut serta dalam kursus haji Perdana.

Saya terpaksa meninggalkan kursus lebih awal pada hari kedua dan bergegas ke Pulau Pinang untuk mengambil isteri saya, sebelum itu saya singgah mengambil anak-anak untuk dibawa bersama ke Pulau Pinang. Cenderamata yang diberikan oleh beberapa syarikat diwakilkan kepada cikgu Mansor untuk mengambilnya.


Sesuatu yang mengembirakan para jemaah ialah sesiapa yang terpilih untuk Kursus Haji Perdana sebenarnya telah terpilih untuk keTanah Suci tahun ini. Berbanding tahun-tahun sebelumnya walaupun dipanggil untuk kursus haji perdana belum tentu dapat pergi. Wassalam

Friday, November 27, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 7

Kursus haji intensif



Semasa Cikgu Mansur mendapat tawaran menghadiri kursus haji secara intensif anjuran Tabung Haji sendiri, saya masih belum dapat, ini membuat saya rasa gelisah, saya telah menghubungi TH Pendang dan bertanyakan hal tersebut dan saya meminta agar saya dan isteri diterima untuk menghadiri kursus tersebut, kursus di Pendang dibahagi kepada tiga kumpulan, saya bersungguh-sungguh meminta untuk menghadiri kursus tersebut dan akhirnya saya diberi surat untuk kursus tersebut untuk kumpulan ketiga.

Kursus diadakan pada 10 hingga 11 Ogos 2008 bertempat di bangunan TH Pendang. Bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Waktu rehat tengahari saya pulang kerumah ibubapa saya dan berbincang mengenai haji dengan mereka. Semasa kursus saya telah memberi tumpuan penuh terutama semasa latihan amali. Kursus intensif ini mengambil masa selama dua hari. Semasa hari pertama peserta kursus di beri ujian bertulis dalam tulisan jawi atau rumi, saya hanya memilih soalan yang dicetak dalam tulisan rumi, kerana saya tidak cekap membaca tulisan jawi. Bagi saya soalan tersebut amat lah mudah, mudah dijawab kerana saya telah mengikuti kursus haji bersiri dan melalui pembacaan sendiri, pun begitu ada juga yang saya tidak tahu. Mujurlah datang kursus dapat tahu apa yang tidak tahu. Isteri saya membantu nenek-nenek yang tidak pandai cara menjawab soalan, cikgu le katakan. Antara soalan yang ditanya seperti, bulan haji, waktu tahrim di Mekah dan Madinah, waktu wukuf dan lain-lain.

Latihan amali untuk sae dan tawaf serta melontar. Ada juga dikalangan peserta yang malu-malu untuk melakukan amali, disuruh pakai ihrampun rasa malu, Nampak macam boleh buat, tapi sebenarnya adakah boleh?. Saya pinjam kain ihram ayah saya dan mempraktikan cara memakai ihram semasa kursus tersebut. Wassalam

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum wbt.

Saya mengucapkan selamat hari raya aidil adha, kepada semua rakyat Malaysia dan Penganut Islam di seluruh dunia. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, November 26, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 36

Assalamualaikum wbt

Hari ini staf sokongan ramai yang bercuti, tinggal PAP dan Juruteknik. Saya tak bercuti. Beberapa pekerja kontrak datang untuk modified bilik Pengarah Kolej Matrikulasi dan bilik Timbalan Pengarah. Kelmarin dokumen-dokumen dari bilik tersebut telah dialih ke satu bilik yang dikhaskan untuk simpan dokumen SMT Pendang.

Satu demi satu bahagian SMT Pendang diubahsuai menjadi bahagian Kolej Matrikulasi. Rasa sedih tetap ada tengok bilik diubahsuai menjadi kolej Matrikulasi. Seperti yang saya kata dulu, saya tidak menyekat pembangunan, saya tidak membantah 'naik taraf'. Cuma rasa sedih sahaja. Perasaan itupun sekejab sahaja saya gerenti. Cuba kita lihat gambar yang saya muatkan dalam artikel ini, tentu ada seronoknya...

Takkan dah lupa dengan abang kita ni..., lupa nama..
Gambar masa kursus

Gelak sakan nampak !

Arahan dan Lakonlayar.

Pertandingan rekacipta KAT di SMT Bachok

Nak pi mana ramai-ramai ni ?

Ini saya masa kurus tahun 2006-2008


Bersambung...

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 6

Assalamualaikum wbt.

Cikgu Mansor dah dapat surat. Setelah masuk bulan 3 ada dikalangan bakal jemaah telah menerima undangan yang mengatakan nama tersenarai untuk rombongan haji tahun ini atau nama dalam senarai menunggu. Cikgu Mansor kian giat mengikuti kuliah haji. Selain di Masjid Teroi, beliau pergi juga di Yan. Saya dan isteri hanya menghadiri kuliah di Masjid Teroi sahaja, sebab hari Jumaat petang sahaja yang saya kelapangan. Saya pergi bertanya di Pejabat Tabung Haji status rayuan saya. Tiada sebarang perkembangan.

Saya berdoa agar saya dapat diterima sebagai tetamu Allah pada tahun ini, atas sebab-sebab yang telah saya katakan dahulu. Selang tak berapa lama, mereka dipanggil untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Mungkin mereka ada peluang tahun ini, Saya belum menerima apa –apa berita. Akhirnya saya menerima surat yang dihantar oleh Syarikat pengendali haji yang menawarkan perkhidmatan mereka, saya tidak memberi sebarang respon terhadap surat tersebut kerana dalam hati saya berkata, kalaupun saya diundang saya akan memilih untuk pergi secara muasasah. Bukan masalah kewangan, tapi saya yakin tentu lebih meriah pergi bersama orang yang bersusah payah mengumpul wang berbanding dengan pergi bersama-sama dengan mereka yang senang mengumpul wang. Mungkin saya bertemu orang-orang ‘alim kampung’ dalam muasasah , yang dapat memberi faedah kepada saya. Sesekali terfikir juga , mungkin nama dah ada dalam senarai, kalau tidak masakan ada tawaran sedemikian yang datang dari orang yang berniaga !. Cikgu Lutfi pun dah dapat surat. Pada bulan April sepucuk surat tawaran telah saya terima dan meminta saya menjawab samada menerima atau menolak tawaran menunaikan haji tahun ini.

Pada 22 April 2008 Saya tanpa membuang masa telah pergi ke Tabung Haji Pendang untuk menyerahkan surat terima tawaran tersebut. Walau bagaimanapun tawaran tersebut hanyalah untuk senarai menunggu. Masih ada harapan untuk ke Tanah Suci tahun ini. Pada 5 Mei 2008 saya dan isteri diarah membuat passport haji di TH Pendang. Tahun sebelumnya, buat passport pun belum tentu dapat pergi. Saya dan isteri telah diminta untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Daerah Pendang. Pada hari tersebut iaiatu 17 Julai 2008, selepas waktu sekolah 2.30 petang saya tergesa-gesa ke klinik kesihatan Pendang untuk tujuan pemeriksaan kesihatan dan suntikan. Oleh kerana tergesa-gesa dan diambil bacaan tekanan darah, maka bacaan tersebut agak tinggi dari biasa. Saya sebenarnya ada mengalami tekanan darah tinggi sejak berumur 25 tahun dan mula makan ubat semasa berumur 32 tahun, kerana waktu itu saya selalu membawa pelajar keluar bersukan dan lain-lain aktiviti, oleh kerana takut jatuh di tengah padang maka saya mula mengambil ubat darah tinggi. Ujian kesihatan pada hari tersebut tidak lulus, diminta datang sekali lagi pada hari lain. Pada kali kedua iaitu 24 Julai 2008 saya datang sekali lagi, saya berehat hampir satu jam di klinik sebelum diambil bacaan tekanan darah dan didapati bacaan tekanan darah adalah normal. Saya telah diberi suntikan yang dimestikan kepada semua jemaah yang akan ketanah suci, satu suntikan itu sahaja. Pegawai Tabung Haji ada mencadangkan untuk suntikan tambahan yang perlu dibayar sendiri oleh jemaah. Saya dan isteri tidak menyuntiknya. Saya hanya kata saya sudah suntik ubat tawakkal, cukuplah dengan satu suntikan sahaja.

Pemeriksaan kesihatan ini perlu untuk memastikan bakal jemaah mempunyai ubat sendiri semasa berada ditanah suci, jemaah dapat mengenalpasti sakit masing-masing dan TH dapat menganggarkan keperluan ubat yang akan dibawa ketanah suci. Ada dikalangan jemaah yang tidak tahu yang mereka telah sekian lama menghidap darah tinggi dan kencing manis, bila terpaksa periksa untuk ketanah suci barulah ‘sedar’ mereka menghidap penyakit merbahaya. Wassalam

Wednesday, November 25, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 5

Assalamualaikum wbt.

Sampai Seru – Allah telah menyeru umatnya mengerjakan haji sejak zaman Nabi Ibrahim as , apabila Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mula membina Kaabah. Teringat saya ayat yang menyeru datang mengerjakan haji, antara intisarinya , apabila diseru mengerjakan haji maka berduyun-duyun orang yang akan datang dari segenap pelusuk dunia dan dengan kenderaan unta kurus. Kenapa datang dengan unta kurus?

(Tafsir saya sendiri untuk diri saya sahaja - Manusia yang taat akan segera melaksanakan suruhan Allah walaupun dalam keadaan susah payah. Dalam Kes Haji terpaksa simpan duit sehingga mampu, sebab kalau nak tunggu mampu yang betul-betul mampu, sampai bila nak mampu ?, kalau dah cukup, agak boleh sampai, boleh balik, anak yang ditinggal cukup-cukup makan, pergi saja dan berserah kepada Allah)

Kecukupan saya dan anak sudah melebihi, maka saya tak boleh berlengah lagi, nanti ada halangan lain pula, anak sudah besar, takut nak ditinggalkan, anak sekolah, susah siapa nak urus. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi ketika anak saya kecil-kecil lagi. Yang besar umur 12 thn yang kecil sekali 2 tahun. Kalau tinggal dirumah kawanpun makan belum banyak. Tinggal rumah tok wan, boleh menghiburkan, tak jadi beban.

Saya mula berdoa agar dapat mengerjakan haji tahun ini, saya sudah mula secara serius sembahyang sunat Qobliyah dan Baqdiayah, sunat awwabin, sunat taubat, sunat Tahajjud, namun yang selalu saya tertinggal ialah sunat Duha dan sunat terbit matahari serta sunat tasbih. Saya giatkan bacaan Quran untuk Khatam lagi sebelum pergi haji. Setahun satu kali Khatam.

Zakat pun saya mula bayar secara detail, kalau sebelum ini bapa mentua saya saja yang terima zakat saya, kini saya beri kepada bukan saudara rapat saya. Begitu juga dengan isteri saya. Pendek kata apa yang meragukan tentang pendapatan, cuba di bersihkan. Dan berdoa dan bertawakkal kepada Allah sahaja yang mana tak halal atau syubahat.

Sekian, wassalam

Tuesday, November 24, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 35

Assalamualaikum wbt.

Tahun 2009 makin menuju ke penghujungnya. Pelajar akan balik kampung pada hari Khamis ini (26 Nov 2009). Peperiksaan akan bermula semula pada 30 November 2009, subjek yang saya ajar sejak 2004, isitu subjek Pengajian Keusahawanan. Tak susah sangat subjek ini cuma perlu ingat fakta-fakta dan kira sikit-sikit, akaun sikit, lain-lain olahan bahasa, banding beza, langkah-langkah, beri cadangan idea sendiri, SWOT. Semoga pelajar Pengajian seluruh Malaysia dapat menjawab dengan cemerlang pada peperiksaan SPM kali ini.

Hari Jumaat 27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H, adalah Hari Raya Korban, tahun ini saya tak buat korban, sebaliknya buat akikah untuk anak kecil saya, tumpang lembu korban di kampung saya. Tahun lepas buat korban di Mekah.

Di SMT Pendang pernah sekali guru-guru buat korban bersama, tahun ini tak boleh nak rancang apa, guru-guru sibuk nak tukar sekolah. Namun begitu guru-guru STEP ini cukup bermuafakat dalam melaksanakan aktiviti, sukan, gotong royong dan lain-lain.
Gambar -gambar yang saya paparkan adalah aktiviti guru-guru STEP. Jangan marah gambar disiar tanpa kebenaran, dunia sekarang gambar 'boleh' tersiar dimana-mana tanpa kebenaran. CNN, BBC, Bernama, Al Jazeera dan blog-blog picisan macam blog saya ini. Cuma kita harap gambar kita tak di'gu'kan dengan gambar mana-mana artis jelita dan digosipkan.

Kreatif dan rajin juga antara ciri-ciri guru STEP, satu contoh, abah Mansor dan Petanque. Kalau Laksamana Cheng Ho kembali ke selat Melaka tahun ini, beliau akan terkejut dengan kesesakan kapal dan (terserempak juga denganbot pancung dari Indon), begitulah kalau Abah Mansor kembali ke STEP, beliau akan terkejut dengan gelangang petanquenya.


Guru-guru juga berbakat, anak muridnya tentulah lagi ok.




Ini adalah barisan guru-guru Melayu.Yang pakai kemeja itupun guru Melayu juga.

Ini pelajar mengambil bahagian dalam merentas desa.

Ini dua orang guru STEP

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 4


Kursus Haji

Tahun 2006,

Bila balik kampong keraplah ibu bapa saya bertanya pasal pergi haji, mereka sering juga megajar isteri saya cara mengerjakan haji dan menceritakan pengalaman haji mereka. Maka tergeraklah hati saya untuk pergi berkursus haji. Dalam congakan saya adalah lebih baik pergi berkursus terlebih dahulu walaupun tarikh lambat lagi , 5 tahun lagi, Saya pura-pura mengajak isteri saya membuat rayuan untuk pergi lebih awal dari tarikh yang diberikan, dia kata belum bersedia, nak belajar Quran dulu dan sebagainya. Maka saya beri kebenaran kepada isteri saya pergi belajar Quran dengan ustaz Ghani. Pegawai agama di Pejabat Agama Daerah Yan, suami kepada kawannya yang tinggal tak jauh dari rumah kami untuk belajar membetulkan sebutan dan tajuid. Saya tak pergi belajar Quran ke ?, Sebenarnya memang saya ada keinginan untuk belajar Quran dengan lebih mendalam, tapi belum berkesempatan, dulu belajar Quran dengan nenek sendiri , banyak ponteng dari belajar, pergi juga belajar di Masjid oleh ustaz bertauliah sebelah petang, tapi ustaz kata kepada saya, sekali anak Khatib mai, dah ada misai, mai pula lagi sekali dah ada janggut. ‘Khatib adalah panggilan ayah saya, yang selalu baca khutbah di masjid, hari Jumaat dan juga hari raya, tapi ayah saya bukan imam, bukan bilal, bukan siak, hanyalah anak kariah yang ada ilmu agama sikit , ada sijil sekolah arab.

Saya sempat juga pergi belajar lagu, konon-konon nak tahu macam-macam lagu seperti dalam program akedemi Quran di TV9, namun pakatan kami disurau kampung itu tak menjadi.

Isteri saya pergi belajar sebelah malam, siang sekolah, waktu petang saya kena ajar dia dulu, sebab takut ustaz marah kalau tak boleh. Waktu ni baru tunjuk skill. Tarik lagu bukan main, nak mengajar tak boleh, tunjuk contoh boleh lah sikit, (tapi saya tetap berazam akan pergi berguru tajuid)

Tahun itu isteri saya sedang mengandung anak ke 6 kami, dan saya harap sangat anak kali ini akan pandai Quran kerana telah belajar sejak dalam kandungan.


Tahun 2007

Kebetulan saya terpandang iklan kursus haji anjuran Masjid Teroi sewaktu memandu makan angin petang-petang. Lebih kurang 12 km dari rumah kami Dari jalan Jenun straight ke Jalan Yan. Kursus tersebut telah bermula. Saya mula menghadiri kursus Haji pada 9/2/07. Pada mulanya saya membawa anak kecil kami yang baru lahir, Kursus selepas waktu Asar. Kursus di berikan oleh Ustaz Razak, bekas Pengurus Tabung Haji Guar Chempedak, sekarang bertugas dengan TH Travel.

Saya ingat saya seorang saja orang luar kariah yang datang, rupa-rupanya kawan saya, Cikgu Mansor dan isteri juga datang, Cikgu Fairuzah dan suami (ustaz yang mengajar Quran kepada isteri saya) juga datang, cadang nak datang senyap-senyap , tak mahu beritahu siapa, rupa-rupanya kawan saya pun sama, nak datang senyap-senyap, tak mau bagi tau kepada orang, sembunyi le konon!.

Dah terbongkar rahsia bahawa kami ada keinginan untuk pergi Haji. Tapi saya terangkan bahawa kami hanya baru berkursus, dijangka tahun 2011 baru kena giliran ke tanah suci.

Setiap kali datang kuliah, saya yang jaga anak dahulu (Amin), sementara isteri sembahyang berjemaah, sebaik dia selesai sembahyang, saya berikan anak kepadanya dan dia akan riba sampai habis kuliah. Kadang anak saya menangis, harap tak ganggu kuliah sangat. Kak Yah , Isteri cikgu Mansor adalah pengasuh kepada anak saya Amin, Amri, dan Adibah.

Pada mulanya saya nak berkursus secara sambil lewa sahaja kerana tahun ke Tanah Suci lambat lagi, tapi bila dah dengar kuliah, rasa tak boleh main-main, mesti kena beri perhatian penuh. Sepanjang tahun 2007 tak pernah ponteng kuliah, kuliah diadakan pada hari Jumaat pukul 5 petang hingga 6.30 petang. Saya akan catat semua ilmu yang diberikan. Masa pun berlalu. Anak kecil dah mula buat bising, sesekali menjerit dan menangis, umurnya semakin meningkat.




Tahun 2008

Tahun ini saya rasa semakin bersemangat untuk meneruskan kuliah , kuliah bersambung semula, masih pada hari Jumaat, 5.00 ptg, waktu yang paling sesuai untuk saya, dan tiada alasan untuk tidak datang berkursus, kecuali malas. Keseronokan berkursus tahun lepas membuatkan saya rasa seperti mahu pergi mengerjakan haji tahun ini juga, pada bulan Januari 2008 saya menulis surat memohon rayuan untuk mengerjakan haji tahun 2008. Saya datang bertanya di Pejabat TH Guar Chempedak, seorang pegawai kaunternya beritahu supaya saya penuhkan akaun sebanyak lebih kurang 9,000 dan tulis surat rayuan dan serahkan kepada Tabung Haji. Keesokan hari saya penuhkan akaun saya dan isteri , seminggu kemudian saya bawa surat bertemu dengan seorang lagi pegawai kaunter yang urus urusan haji. Beliau berkata, rayuan belum dibuka, saya kata balas minggu lepas Abang tu kata suruh hantar surat rayuan disini. “Tak begitu abang” kata saya sambil menoleh pegawai kaunter tersebut. Tak apalah kalau tak mahu terima lagi, saya bawa balik surat ini. Dalam hati merungut juga pasal , lain arahan dari pejabat yang sama, biasalah….

Balik rumah saya berbincang dengan isteri, saya kata tahun ini kita mesti buat rayuan, lalu saya mengambil keputusan untuk pos surat rayuan terus ke Ibu Pejabat TH di Kuala Lumpur. Selang beberapa hari dalam bulan Februari, saya ke TH Pendang, membawa salinan surat yang sama bertemu pegawai yang menguruskan Haji, saya beritahu yang saya hendak buat rayuan, beliau kata, tulis surat, saya kata siap dah, terus saya keluarkan surat tersebut dan berikan kepada beliau, beliau membuat semakan di komputer dan melihat nama saya yang sudah lama didaftarkan sejak tahun 2001. Saya juga beritahu yang saya telah menghantar surat kepada Ibu pejabat TH. Tapi saya tak komen kepadanya tentang pegawai di Guar Chempedak. Syukurlah atas layanan yang diberikan. Komen saya, kalau betulpun rayuan belum dibuka, terimalah surat saya, simpan dalam fail, bila ada arahan supaya terima rayuan, daftarlah surat saya sebagai perayu. Allah yang menentukan, kita merancang, tak dilayan orang tu, dilayan oleh orang ni. Saya tak berkecil hati, itu hanya dugaan kecil, dugaan lebih dari itupun kita telah lalui.

Kuliah tahun ini saya tidak bawa anak lagi, sebab dia sudah pandai buat bising dan tak tahan lama, mula menganggu rakan kuliah yang lain. Saya tinggalkan anak dirumah pengasuh yang baru. Kak Yah tak mengasuh tahun ini kerana nak beri tumpuan untuk mengerjakan haji, kerana nama mereka disenaraikan untuk tahun ini.

Sebelum ke kuliah saya tinggalkan anak, selepas kuliah singgah ambil, anak-anak yang lain duduk dirumah bersama kakak yang dalam tahun 5. Tak jadi masalah sebab kami tinggal di kuarters, dari segi keselamatan tak ada masalah.

Saya beri tumpuan yang lebih tahun ini, dengan tekun dan rasa-rasa rayuan tahun ini akan dapat. Tahun ini musim haji jatuh bulan 12, waktu cuti sekolah, anak-anak tak perlu dihantar ke sekolah, kalau tidak susah juga. Isteri sayapun bersemangat seolah-olah tahun ini akan dapat pergi. Surat rayuan baru dihantar semangat telah ada. ‘Sampai Seru’ agaknya. Sekian, wassalam

Monday, November 23, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 34


Assalamualaikum wbt.

Peperiksaan SPM kali ini dalam cuaca sejuk saja. Jangan Otak jadi beku sudahlah. Apa kata pe ke na teh tarik dulu. Tapi nak tanya lalu ke... kalau di tarik begini.


Itulah gambar anak murid saya kelas 5PD1 dan 5PD2 tahun 2008 yang menganjurkan pertandingan teh tarik. Saya ajar mereka bagaimana buat perniagaan penganjuran, tapi saya harap mereka ini tak jadi penganjur artis/konsert, gusti, tomoi, kalau jadi penganjur program usahawan antarabangsa ok. Pelajar ini lagi advance, siap jual CD pertandingan tersebut.Yang dibawah ini adalah para juri import khas
sekian terima kasih

Bersambung...

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 3



Simpan wang dalam Tabung Haji

Saya telah mendisiplinkan diri supaya setiap kali mendapat gaji mesti membuat simpanan dalam Tabung Haji, simpan tak banyak ikut keadaan, kadang 50 kadang 100, disamping itu saya menabung juga untuk anak-anak, seorang 10 ringgit. Yang penting istiqamah dan displinkan diri.

Tabung Haji Lahad Datu awal-awal dahulu terletak tingkat 1 di bangunan kedai , tak ingat jalan dan kedai apa. Pengurusnya adalah Hj Suhaimi , orang semenanjung, tinggal di Taman CL, Lahad Datu, saya pun tinggal di taman tersebut. Kemudian Tabung Haji pindah kebangunan kedai yang baru dekat juga dengan Lahad Datu Shopping Centre, kalau belum berubah ketempat lain. Sudah 6 tahun saya tinggalkan Lahad Datu.

Orang kampong yang tak berpendapatan tetap pun boleh cukup wang untuk ke tanah suci, ini kan pula saya yang bergaji tetap, malu sangat kalau tak cukup wang untuk ketanah suci.

Keadaan sekeliling kita yang banyak mempengaruhi kita, ibu bapa sudah pergi haji, Pengetua sudah pergi haji, kawan-kawan sudah pergi haji, jadi kita pun kena pergi haji. Orang yang dah meninggal pun di ‘haji’ kan. (anak-anak yang soleh akan buat haji untuk ibu bapa mereka, tak mampu buat sendiri kena upah).

Dan Saya mengambil kesimpulan semua orang Islam adalah Haji dan Hajjah, walaupun semasa hidup mereka tidak berkesempatan menunaikan haji, kerana anak-anak akan melaksanakan untuk mereka !. Wassalam

Saturday, November 21, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 2



Tarikh Ikut Giliran

Semasa mendaftar saya telah diberikan giliran pada tahun 2011, saya hanya mendaftar dengan isteri saya sahaja, tidak dalam kumpulan saudara atau orang kampong yang lain. Sengaja berbuat demikian !. Pada tahun 1999 kedua ibu bapa saya telah pergi mengerjakan haji bersama emak saudara saya dan suaminya.

Saya tidak dapat menghantar mereka, kerana waktu itu saya bertugas di Lahad Datu, Sabah. Orang kata pergi ramai-ramai dengan saudara mara atau orang kampung seronok, Namun saya tidak berpendapat sedemikian. Bagi saya lebih seronok mengenali kawan baru, semasa mengerjakan haji. Dapat mewujudkan silatulrahim yang baru.

Banyak terjadi dugaan atau ujian keatas mereka yang pergi sekeluarga atau sekampung, bertengkar, bermasam muka malah berkelahi. Tujuan mengerjakan haji yang baik telah terhapus dengan kes-kes sedemikian.

Pada tahun 2011 umur saya dan isteri adalah 43 tahun, umur yang sedang elok untuk mengubah diri, kata orang, selepas umur 40 jika diri masih tak berubah, sampai ke sut tak berubah, faktor umur amat saya ambil berat dalam hal ini, saya takut juga kalau saya tergolong dalam golongan orang yang tak berubah. Saya waktu itu dalam kategori insan Islam biasa, sembahyang, puasa, buat baik, sopan santun, ada jemputan saya pergi, orang minta tolong, saya tolong, Perangai jahat tak ada, hasad dengki, tak banyak, hasil muhasabah diri, saya bukanlah golongan orang yang ‘jahat’ atau jahil.

Tapi kenapa takut pada umur 40 tahun. 40 tahun adalah umur ‘turning point’ satu umur yang mana, keadaan ekonomi diri mulai kukuh, keadaan rumah tangga sedang stabil, tolak ansur dan bermasyarakat telah ada, fikiran bertambah matang, tanggungjawab di tempat bekerja diberikan kepada kita.

Saya hanya bimbang jika saya tidak jadi lebik baik dari keadaan umur sebelum 40. Atau saya jadi lebih buruk dari keadaan saya yang sedia ada, manalah tahu, dengan ekonomi yang kukuh, saya mula nak bergaya melebihi pendapatan, ini akan membawa kepada gejala penyelewangan dan tipu daya, dengan keluarga yang dah stabil, manalah tahu kalau saya cadang nak kahwin lagi, ini akan membawa porak peranda kepada anak- anak, manalah tahu bila dah umur 40, saya hanya mahu orang mendengar kata saya sahaja kerana dah jadi orang ‘berpengalaman’. Jadi umur 40 tahun perlu di beri perhatian oleh semua orang.

Umur 40 , tahun masihi ke tahun hijrah ?.

Saya rasa sukar kalau dalam keadaan biasa untuk kita kira umur dalam tahun hijrah, tapi dengan adanya perisian komputer yang boleh kira umur kita dalam tahun hijrah, lebih mudah. Cuba cari ‘converter from Hijr to Gregory’ atau sebaliknya, kita dapat tahun dengan tepat, siap dengan hari kita dilahirkan.

Saya hanya tahu saya dilahirkan 2 hari sebelum hari raya puasa, hari buat ketupat !, sukar nak diingat tarikh sebenar, perseolannya puasa tahun tersebut 30 hari atau 29 hari?

Elok lah jika kita mengambil kesempatan dari teknologi yang ada untuk mengetahui, hari, tarikh lahir dalam tahun hijrah.

Tahun 2008M umur saya adalah 40 tahun , manakala mengikut takwim hijrah umur saya 41 tahun. Kita hanya mampu merancang, yang nak beri adalah Allah swt. Saya dirancang ke Tanah Suci pada tahun 2011 ketika umur 43, tapi Allah telah tentukan saya pergi tahun 2009 ketika umur 40 – 41 tahun. Syukur Alhamdulillah. Wassalam

Friday, November 20, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 33

Assalamualaikum wbt.

Tahun lepas, pada tarikh yang sama dengan hari ini iaitu 20 Nov 2008 (hari Khamis), Namun tahun hijrah tarikhnya tidak sama. 20 Nov 2008 bersamaan 22 Zulkaedah 1429, 20 Nov 2009 bersamaan 3 Zulhijjah 1430, seminggu lagi nak hari raya korban.

Pada tarikh 20 Nov 2008, saya memulakan langkah musafir untuk mengerjakan Ibadat Haji dari rumah No G2, Kuarters Guru, SMT Pendang, Pokok Tai 06720 Pendang, Kedah.

Satu kenangan yang mungkin akan terlupa jika tak direkodkan. Sukar nak akui “tak mungkin dilupakan” kerana dalam Al Quran pun ada menyatakan sifat manusia iaitu Pelupa. Kalau lah blog ini tak digodam oleh sesiapa dapatlah ditatap semula.

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, pelajar-pelajar SMT Pendang telah mengadakan bacaan Yassin kali kedua untuk kami berdua bertempat disurau SMT Pendang. Sebelum ini mereka sudah baca untuk Saya, Cikgu Fuad, Cikgu Rozita, Cikgu Mansor dan Cikgu Fairuzah. Kali ini khas untuk kami berdua, bertuahnya saya, bacaan ikhlas dari anak murid saya.

Waktu tersebut guru-guru telah bercuti akhir tahun, tinggal pelajar yang mengambil peperiksaan SPM sahaja.

Ketika Berhadapan Kaabah, saya sempat berdoa untuk semua pelajar SMT Pendang, semoga Allah memberi kejayaan kepada mereka di dunia dan akhirat. Untuk wajah-wajah tertentu ada doa khusus untuk mereka. Dan saya ingat tarikh peperiksaan kertas Pengajian Keusahawanan, saya berada dihadapan Kaabah dan memohon keampunan kalau-kalau saya kurang memberi perhatian ketika kelas.

Melalui blog ini saya akan menceritakan pengalaman mengerjakan haji, manalah tahu, apa yang saya ceritakan itu akan dapat dijadikan iktibar untuk diri saya dan tuan/puan yang membacanya. Sekadar berkongsi pengalaman dengan mereka yang mahu mengetahui, kepada yang tak mahu baca, tak perlu baca.

Ikutilah Pengalaman Haji saya dalam siri Labbai Kallah Hum Malabbaik. (Semoga Allah Ampuni saya) yang akan saya publishkan mulai tarikh ini- Insya Allah.

Siri SMT Pendang ke Kolej Matrikulasi akan saya teruskan sehingga SMT Pendang benar-benar menjadi Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (inipun bergantung jika saya masih hidup!)

Sekian terima kasih.

Bersambung….

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 1




Assalamualaikum wbt

Saya mengambil kesempatan ini untuk menulis pengalaman saya mengerjakan ibadat haji pada tahun 1429H bersamaan tahun 2008M, iaitu bermula perjalanan 20 November 2008 dan selamat sampai di tanah air pada 5 Januari 2009. Semoga pengalaman yang saya coretkan ini dapat dikongsi bersama sebagai iktibar dan pengajaran, yang baik silalah ambil, yang buruk harap tuan/puan jadikan sempadan dan tidak lakukan sedemikan.

Sesekali rasa takut juga untuk menulis pengalaman ini, kerana bimbang ‘Haji tak mabrur cerita saja lebih’ atau kemabruran haji di ‘tarikh balik’. Namun setelah berfikir panjang saya mengambil keputusan berkongsi pengalaman, dan semoga Allah memabrurkan haji dan umrah saya serta isteri juga jemaah yang menunaikan haji tahun 1429 H.

Namun jika tak mabrur, makbul pun Alhamdulillah.

Ayat-ayat dan bahasa yang saya gunakan dalam tulisan ini tidak menentu, saya tidak memberi penekanan untuk membetulkan tulisan saya atau mengolah ayat supaya lebih gramatis, puitis atau sebagainya, juga saya tidak mengedit ejaan serta imbuhan.

Terlebih dahulu saya memohon maaf jika dalam pengalaman ini mungkin akan terjumpa episod saya membangga diri, atau saya merendahkan diri orang lain atau Nampak macam saya sahaja yang betul, orang lain salah, semua itu berlaku adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya sendiri. Harap maaf.

Seawal cerita.

Saya mengambil borang untuk mendaftar haji di Pejabat Tabung Haji Kuala Nerang, membuat pemeriksaan jenis darah di klinik berkat Kuala Nerang dan mendaftar untuk mengerjakan haji pada tahun 2001 di Pejabat Tabung Haji Pendang. Kuala Nerang ialah tempat asal isteri saya, manakala Pendang adalah tempat saya (kampung berdekatan). Simpanan dalam tabung haji telah lama dibuat, kerana sudah menjadi ‘adat’ orang Islam mesti kena pergi haji (bagi yang mampu), takkan tak mampu pula !, mesti kena usaha bagi mampu !, Islam mahu umatnya mempunyai harta dan kekayaan, kerana dengan kekayaan banyak ibadat dapat dilaksanakan, kaya tapi jangan bakhil. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, dan kemiskinan akan membawa kepada kekufuran. Abdul Rahman bin Auf adalah antara contoh sahabat yang kaya pada zaman nya, kekayaan beliau digunakan untuk perkembagan Islam. Bayangkan kalau semua orang Islam kaya , sudah tentu ekonomi dunia di kuasai oleh Islam, Syiar Islam dapat dilaksanakan ( satu ibadat), jual beli menurut sistem Islam (ibadat), Perbankan ikut Islam (ibadat), Kontrak ikut Islam ( ibadat), Kalau nak tulis hadis dan ayat Quran dalam coretan ini , susah sikit sebab saya tidak mahir dan saya sendiri bukan seorang ustaz, sekadar membaca kitab-kitab tulisan rumi sahaja.

Apabila ekonomi dunia dikuasai oleh orang Islam, maka secara automatik politik dunia akan dikuasai oleh Islam, seterusnya Islam tak akan diperkotak katikkan oleh orang bukan Islam.

Marilah kita sedar, suatu hari nanti jika kita terus lemah. apabila hendak ke Mekkah, kita perlu memohon visa dari Amerika atau Israel. Semasa perang di Iraq dan Afganistan, perkara seperti ini telah terjadi !. Malah semasa negara kita dijajah Inggeris dahulu, bagaimana peraturan yang dikenakan kepada rakyat Malaysia ?. (jika ada yang dapat ceritakan boleh beri komen dalam blog ini).


Saya hanya mendengar cerita kesusahan hendak ke Mekkah oleh nenek saya saja, susah dalam perjalanan, bukan susah dalam sekatan yang kita tidak nampak oleh penjajah.

Dahulu kena tunggu kapal di Pulau Pinang, tunggu sebulan atau lebih, bila kapal tiba baru boleh belayar, waktu menunggupun dah kena sediakan bekal yang banyak, Jalan Burmah Pulau Pinang cukup sesak pada musim orang nak pergi haji, orang menghantar yang lebih ramai dari yang nak pergi.

Kemudian zaman kapal terbang, musim haji ramai orang ke lapangan terbang hantar saudara nak ke Mekah, lepas hantar boleh pergi berkelah, waktu itu dapat berkelah di Pulau Pinang cukup hebat, Batu Feringgi, Taman Bunga, akuarium dan lain-lain tempat yang menarik. Wassalam

Thursday, November 19, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 32


Assalamualaikum wbt.

Hari ini merupakan hari terakhir penggal persekolahan tahun 2009. Kalau guru penolong sudah tentu saya akan bergembira kerana cuti panjang, namun sehingga kini saya telah ditakdirkan sejak menjadi guru tidak berpeluang cuti panjang setiap hujung tahun. Oleh kerana sudah biasa dengan keadaan tersebut, jadi sayapun buat tak kisah sahaja.

Hari ini ramai guru-guru SMT Pendang menyerah tugas, tugas tahun 2009 telah selesai, kebanyakan mereka akan melapor diri di sekolah baru pada 1 Dis 2009, yang diarahkan mengajar Matrikulasi masih tertunggu-tunggu bilakah surat dari BSM akan sampai. Surat arahan yang mengesahkan bahawa mereka adalah seorang pensyarah Matrikulasi.

Saya percaya ramai yang sedih meninggalkan SMT Pendang, tapi demi kepentingan perkhidmatan terpaksa juga bertukar. Namun begitu ada seorang lagi guru yang tak dapat surat bertukar, nama beliau tercicir, beliau bukan termasuk dalam senarai pensyarah, tapi entah bagaimana nama beliau tak tersenarai dalam urusan pertukaran. Lagi tension.

Sayapun masih belum menerima apa-apa maklumat, itu saya boleh terima kerana saya perlu menjaga sekolah sehingga tarikh sekolah diserahkan kepada Bahagian Matrikulasi, dan sesekali harap juga dengan saya-saya diserahkan ke bahagian matrikulasi.

Banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan, fail-fail SMT perlu disimpan baik-baik disatu tempat, aset dan inventori perlu dikawal dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Bersambung...

TAHNIAH ANAK-ANAK CIKGU


Assalamualaikum wbt.

Tahniah kepada anak saya Afiqah Insyirah bt Hj Lutfi, anak cikgu Suhaimi, anak cikgu Na'imah dan anak cikgu Hj Ahmad Fuad atas pencapaian 5A dalam UPSR.

Semoga mereka terus mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sekian, terima kasih

Wednesday, November 18, 2009

PANDANGAN

Assalamualaikum wbt.

Ini adalah pandangan peribadi saya, bukan mewakili institusi saya. Pandangan ini telah lama saya tulis namun hari ini baru dapat di paparkan, sebagai penjawat awam saya perlu berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak mempersoalkan dasar dan jika pandangan ini di paparkan awal sekalipun, mungkin dalam longkang juga tempatnya, dan saya sendiri tak perlu mencampur tangan urusan dasar kerana saya hanyalah penjawat awam diperingkat pelaksana, bukan peringkat penggubal.

Sudah menjadi kebiasaan apabila sesuatu perubahan hendak dilakukan terutama perubahan yang drastik, maka akan keluarlah komen-komen dari berbagai pihak. Selalunya mereka akan membincangkan yang kontra. Dalam artikel ini saya akan memberi pandangan terhadap tiga perkara iaitu;

Pertama : Benarkan Sekolah dinaik taraf menjadi Kolej Matrikulasi.

Mungkin ini satu sejarah bagi seorang guru. Sekolah tempat berkhidmat ‘dinaik taraf’. Saya tidak membaca ‘dinaik taraf’ sebaliknya saya membaca sekolah ditutup. Saya berpendapat sedemikian adalah kerana jika sekolah dinaik taraf, pelajar tingkatan 4 dan 5 akan terus berada di sekolah berkenaan, disamping itu kursus baru di tambah, iaitu kursus Matrikulasi Teknikal dijalankan bersama-sama tingkatan 4 dan 5 diinsitusi yang dinaikkan taraf tadi. Perkara yang dilaksanakan ialah pelajar tingkatan 4 dan 5 diberhentikan pengambilan.

Sebagai seorang guru, saya tidak akan menyekat proses pembangunan fizikal dan pembangunan mental/ rohani seseorang individu. ‘Naik taraf’ tersebut amat baik kerana ia memberi laluan kepada pelajar aliran teknikal di sekolah Menengah Teknik meneruskan kesinambungan pengajian dalam bidang teknikal sebelum menyambung diperingkat Ijazah di Universiti. Sebelum ini saya percaya ada sekolah yang dinaik taraf kepada Maktab Perguruan atau lain-lain.

‘Naik taraf’ secara drastik tersebut dari satu sudut amat baik, kerana dalam masa yang singkat Matrikulasi Aliran Teknikal dapat diwujudkan, namun kos melepasnya ialah tiga buah Sekolah Menengah Teknik terpaksa dikorbankan.

Saya berpendapat Sekolah Menengah Teknik tidak perlu dikorbankan, sebaliknya amalan menumpang dan bergerak bersama-sama lebih praktikal dalam hal begini. Biarkan Matrikulasi Teknikal dilaksanakan di SMT sementara peruntukan tertentu disediakan untuk mewujudkan sebuah kampus yang lebih terkini dan futuristik. Menjadikan sebuah sekolah yang seakan-akan sebuah kolej tidak memadai, rekabentuk sekolah tetap sebuah sekolah, walaupun diubahsuai.

Matrikulasi Aliran Teknikal boleh dilaksanakan sebagaimana MARA melaksanakan Kursus Matrikulasi di Kolej MARA, mereka menguruskan perjawatan dan menguruskan kemasukan pelajar.


Perkara kedua : Keistimewaan dalam pengambilan pelajar

‘Naik Taraf’ tidak memberi sebarang keistimewaan kepada lepasan SMT, kerana kemasukan kekursus aliran teknikal terbuka untuk pelajar lepasan SPM yang lain, saya bangga jika ramai yang dapat masuk ke matrikulasi aliran teknikal, kerana saya yakin yang masuk adalah dikalangan pelajar bumiputera yang perlu disokong pengembaraan akademik mereka, namun dalam dunia yang penuh dengan persaingan, saya bimbang lepasan SMT yang rata-ratanya berkelulusan sederhana sahaja akan terpinggir, kekosongan di Matrikulasi Aliran Teknikal diisi oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains ataupun mana-mana pelajar cemerlang bukan dari SMT. Peranan dari pegawai-pegawai lepasan ‘Teknik’ di Bahagian Matrikulasi amat diperlukan dalam memastikan pelajar SPM lepasan SMT diisi dalam Matrikulasi Teknikal. Peranan mereka sebagai “the hidden hands” yang mengatur agar lebih ramai pelajar SMT dapat memasuki Matrikulasi aliran teknikal.

Pada pandangan saya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional juga perlu memainkan peranan dalam memastikan lepasan SMT mendapat lebih banyak peluang ke Matrikulasi Aliran teknikal.

Perkara ketiga : ‘Naik Taraf’ menyebabkan ramai guru ditukarkan.

Para guru terpaksa berkorban memohon pertukaran (ditukarkan) walaupun ada dikalangan mereka yang bercita-cita menjadikan sekolah ini sebagai sekolah terakhir mereka, ada yang membina rumah dikawasan berdekatan , ada yang membeli rumah dikawasan tersebut. Faktor ini mungkin tidak diambil kira oleh pegawai-pegawai atasan, kerana mereka boleh berpegang kepada aku janji dan lain-lain pekeliling yang mengatakan seseorang penjawat awam sentiasa boleh diarahkan bertugas dimana-mana.

Namun ‘naik taraf’ ini telah menguris keselesaan mereka. Bagi yang berkelayakan mereka boleh memohon jawatan pensyarah, namun adakah semua layak walaupun mereka memiliki ijazah masing-masing dengan pengkhususan tertentu.

Pihak BPTV boleh memujuk guru-guru dengan memberi sekolah pilihan pertama mereka sebagai hadiah naik taraf tersebut, namun hadiah tersebut tetap tidak sama nilainya dengan usaha membangunkan sekolah oleh guru-guru terutamanya guru-guru yang melapor diri di SMT mulai tahun 2004. Guru-guru yang bertukar kesekolah baru terpaksa berkelakuan sebagai orang baru, malah mungkin terpaksa memperkenalkan diri sepertimana ‘freshie’ memperkenalkan diri.

Guru-guru kanan yang membina kerjaya diintitusi sekolah kehilangan kekananan apabila menyertai Kolej Matrikulasi, mereka akan menjadi pensyarah sama seperti guru-guru yang mereka arah suatu ketika dulu. Ataupun jika mereka tidak menyertai Kolej Matrikulasi adakah mereka akan mengisi jawatan yang mereka sandang sebelum ini.

Dalam artikel ini saya hanya membincangkan tiga perkara , apa yang saya tulis hanyalah pandangan sahaja, kesimpulan yang dapat saya katakan ialah ketiga-tiga perkara tersebut bukanlah isu besar, semuanya dapat diselesaikan secara bijaksana oleh pegawai di Bahagian yang berpengalaman,setakatmana kebijaksanaan pegawai dijabatan, dibahagian yang sering dipertikaikan oleh guru. sebagai guru saya sentiasa mahukan kejayaan kepada pelajar, tidak tertakluk kepada pelajar saya sahaja, pengorbanan adalah lumrah dalam kehidupan, jika kita berfikir secara positif kemana sahaja kita ditukarkan semuanya akan memberi kebaikan kepada kita. Insya Allah.

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 31

Assalamualaikum wbt.

Seperti biasa sebelum peperiksaan SPM SMT Pendang akan mengadakan bacaan Yassin dan solat hajat, memohon daripada Allah swt, supaya mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Ramai ibubapa datang, kita jemput bersama siswa-siswi Kolej Matrikulasi Teknikal. Majlis tersebut diadakan pada 12 Nov 2009. Terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.
YDP PIBG memberi ucapan dalam majlis tersebut, YDP ini adalah NYDP tahun 2004 dulu, masa sekolah baru buka dia jadi NYDP, masa sekolah nak tutup dia jadi YDP, saya percaya yang dia percaya bahawa SMT Pendang tetap ada istimewa tersendiri sebab itu beliau menghantar anak beliau belajar disini.
Pada hari Ahad 15 Nov 2009 seperti tahun-tahun sebelumnya kami mengadakan Majlis Restu Ilmu, dimana pelajar memohon dari restu dari guru-guru mereka. Adab belajar/menuntut ilmu kena ada restu guru.

Pada 17 Nov 2009 kami mengadakan jamuan perpisahan STEP 2009, adalah makan-makan banyak.Gambar kurang jelas, harap maaf. Minta tuan/puan hadiahkan Al Fatihah kepada Arwah ibu Pn Haslina yang kembali kerahmatullah pada petang 17 Nov 2009, selepas majlis perpisahan saya sempat menziarahi jenazah..

Pada 18 Nov 2009, peperiksaan SPM dah bermula, guru-guru nampak dah mula angkut barang peribadi sahaja kedalam kereta, barang bukan peribadi depa tak angkut, pukul 2.00 ptg ada mesyuarat Staf Sokongan. Pagi besok nak beri taklimat tutup sekolah kepada guru-guru pula.

Sekian, terima kasih.

Bersambung...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM

Assalamualaikum wbt.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM KEPADA SEMUA PELAJAR DI SELURUH MALAYSIA.

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM.



Yasin sudah baca










Nasihat sudah kasi















Makan sudah kasi











Lena juga ada














Apa lagi ?, jawabla !!

Khas untuk pelajar SMT Pendang, semoga anda tenang ketika menjawab soalan SPM dan semoga anda berjaya dengan cemerlang, STEP Boleh.
Terima kasih.

Sunday, November 15, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 30

Assalamualaikum wbt.

Dukacita saya terpaksa mengeluarkan shoutmix chat widget dari blog saya kerana ada dikalangan pembaca blog saya, menyalahguna ruangan tersebut. Sukacita diingatkan bahawa blog saya bukan blog rasmi mana-mana institusi, blok saya hanya sekadar untuk menyampaikan ucapan, pandangan dan pengalaman.



Sekian terima kasih.

Bersambung….

Wednesday, November 11, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 29

Assalamualaikum wbt

Tahniah sekali lagi kepada guru-guru yang telah mendapat tahu sekolah baru mereka. Paling dekat dengan rumah, Ustazah Fairuzah akan berkhidmat di Maahad Zainal Abidin, saja letak title ustazah kerana, Maahad Tahfis adalah sekolah agama rakyat yang diambil alih oleh kerajaan. Semua yang mengajar di situ dipanggil ustaz dan ustazah.

Cikgu Rozita, isteri saya akan mengajar di SMK Kuala Nerang, akan bersama dengan adiknya yang sedang mengajar disitu. Dan dia akan ber'ketuakan' bekas gurunya. Kawan-kawan lain ada yang dapat SMK Lebai Man, SMK Merbuk, SMK Dulang, SMK Bt 5, SMK Pendang dan lain-lain. Saya masih tak tahu dimana akan ditempatkan.

Selepas ini saya akan 'port' di Kuala Nerang, Biarpun saya kena mengajar dimana-mana, Kuala Nerang sekarang ni pun OK, kali pertama saya ke Kuala Nerang pada tahun 1991, waktu itu saya sedang jalani praktikal di Radio Tiga Alor Setar, Jln Kuala Kedah. Kami ditugaskan membuat OB ,(outside broadcast). Bila saya pergi meminang isteri saya, tak sangka pula, rupanya rumahnya berdekatan dengan tempat kami buat rakaman luar dulu.

Pekan Kuala Nerang terletak lebih kurang 38 dari Alor Setar, tapi harga ikan dan barang-barang lain mahal. Harga pampers anakpun mahal. Pisau menoreh pun mahal, racun dan baja pun mahal. Sayapun hairan pasal apa mahal sangat. (dulu isteri sayapun jual mahal, sorry, jangan mare).


Rumah saya di Kuala Nerang pun belum siap lagi, nampaknya saya kena sewa rumah dulu. Rumah kami baru naik tiang, rancang betul dah, hujung tahun di jangka siap dan boleh duduk, tapi macam orang duk kata selalu, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Rumah kami pula dalam kebun getah tepi bendang, sunyi sepi, baru ada tiga buah rumah dalam kampung itu.

Hari ini saya wakil Cikgu Ahmad Dollah dan Cikgu Mansor pergi ambil hadiah anak mereka sempena Majlis Anugerah Cemerlang SK Pokok Tai, Mereka telah bertukar sekolah awal tahun dan pertengahan tahun lalu. Anak Cikgu Ahmad Dollah (Khairulnisa) dapat 5A dalam UPSR dahulu, Anak Cikgu Mansor (Hazim) dapat 4A 1B, tahun ini anak saya ambil UPSR harap dapat 5A.

Hari ini anak saya Afiqah Insyirah pun naik ambil hadiah, dia dapat nombor 2 dalam kelas 6J, Adibah Liyana dapat no satu, kelas 2U. Muhammad Amsyar Aman 5J, macam saya dulu tak pernah naik ambil hadiah. Tapi saya pecah rekod saya sendiri apabila saya mendapat nombor satu dalam peperiksaan percubaan SPM dan dapat gred 1 ? dalam peperiksaan SPM.

Kelmarin kawan saya, Pengetua SMT Kerian datang melihat dapur SMT Pendang, beliau ada memohon kepada BPTV untuk mengambil barang-barang dapur untuk dipindahkan ke SMT Kerian. Semoga permohonan beliau diluluskan.



Sekian, terima kasih.

Bersambung

Monday, November 9, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 28

Assalamualaikum wbt.
HAI-HAI, BAI-BAI (bye-bye) DAN MENYEBAI.
Hai-hai = ucapan gembira apabila bertemu seseorang, menyapa seseorang yang lama kenai (sapa cara orang puteh)




Bai-Bai = selamat jalan, tulis ikut Melayu orang tak tau, kalau tulis bye-bye, outomatik orang tau, selamat tinggal saya pergi dahulu, namun sejarah penggunaan bye-bye adalah, ucapan oleh paderi kristian kepada orang yang tinggalkan dia yang bermaksud lebih kurang Jesus selamatkan kamu. Kita boleh ganti bye-bye dengan TA-TA atau Indon punya DA atau Sabah punya BAH. (sebutan H diperlahan seolah-olah tiada huruf tersebut)





Menyebai = bukan bebal, ia lebih kepada merajuk lantaran kecewa kerana dirinya tak diperendahkan oleh orang, atau orang buat tak layan kat dia. Selalunya Menyebai tak lama, kalau dipujuk kena gayanya, menyebai sat sahaja, tetapi bergantung kepada kes juga.

Tahniah kerana permohonan pertukaran anda telah Berjaya !.

Bolehlah ucap bye-bye kepada kawan-kawan, tapi kawan-kawan pun semua dapat tukar juga. Bye-bye sesama sendiri saja lah. Bye-Bye kerana dapat meninggalkan sekolah Menengah Teknik Pendang, kalau tak berlaku ‘naik taraf’ entah tahun bila baru nak bertukar sekolah. Bye-bye SMT Pendang.

Yang akan dapat bertukar ke Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah pun saya ucap tahniah, bye-bye SMT Pendang.

Menyebai = , : Menyebai , nak membawa diri kerana tak dapat bertukar ke SMT yang lain, dapat sekolah JPN sahaja.

Untuk pengetahuan, saya belum tau dapat mana, isteri saya dapat Kedah. Saya harap dapat Sg Petani ke, Alor Setar ke, Arau ke. Kalau Kulim, teruk banyak nak kena berulang kesekolah. Kalau dapat Matrik Changlon ke lagi ok.

Ait.. bang, kata tak minta matrik.. Saya minta bang oii, tapi tak temuduga dengan kawan-kawan SMT Pendang pada 5 Jan 09, saya temuduga pada 21 Mac 2009. sebab itu saya tak diperaku macam kawan-kawan dan tak tau keputusan samada Berjaya atau tidak.

Kenapa minta matrik, tak setia kat Teknik ke ?. dalam hal macam ini bukan isu setia yang boleh dimainkan, setia tara manapun kawan-kawan yang isi borang tukar minta SMT pun tak dapat. Minta subjek apa ?, masa isi borang minta Dinamika Kemahiran, dengan harapan dapat stay di SMT Pendang lagi.

Saya minta matrik, kerana jalan mudah dapat gred DG48, nak jadi pengetua DG 48, saya offer diri , depa kata tak cukup umur le, tak baligh le, tak masuk zon le, hairan juga, kawan saya yang ditawarkan pemangkuan DG 48 pensyarah boleh pula, tarikh lantik sama saja, tarikh masuk DG44 pun sama saja, yang tak sama ialah ketentuan rezeki masing-masing, kata perkataan tersebut, cairlah jiwa yang membara.

Sayapun dah mula ikat buku-buku saya, walaupun tarikh nak bertukar lambat lagi (belum tau lagi), buang sampah-sampah, cari buku stok ,asset dan inventori untuk serah tugas dan serah barang-barang. Cikgu-cikgu lainpun saya sudah minta supaya serahkan harta benda milik kerajaan kepada wakil kerajaan, jangan buat reta sendiri. Bukan apa, semua barang-barang yang direkodkan dalam kew 312, 313 (kad dulu) mesti kena ada, nanti odit datang periksa, susah lah jadinya kalau barang tak ada.

Dari maklumat awal, guru-guru akan bertukar pada 1 Disember 2009, ni saya nak Tanya, diasrama siapa yang nak jaga pelajar, di sekolah siapa yang nak datang urus peperiksaan SPM, SU Peperiksaan tukar, warden tukar, kaunselor tempat pelajar mencurah dan melepaskan kegeraman selepas tak dapat jawab soalan SPM tukar. Jangan sayapun ditukar pada 1 Dis 2009, saya tak sanggup pelajar saya ditinggalkan bagai anak ayam kehilangan ibu. (nak tunjuk betapa prihatinnya saya terhadap pelajar)

Hari ini beberapa orang dari sebuah syarikat arkitek datang kesekolah merancang pengubahsuaian bangunan bagi menyediakan bilik pengarah Matrikulasi, bilik timbalan pengarah dan bilik ketua-ketua jabatan. Kebetulan pagi ini saya kemaskan bilik Tn Pengetua, buang ‘sampah- sampah sejarah’ sejak 2004 , dan saya telah berbincang dengan Tn Ketua Task Force Matrik Pendang, minta sebuah bilik untuk simpan dokumen SMT Pendang mulai 1 Jan 2010.

Ubahsuai ka nak ketuk bangunan ke, silalah Cuma saya harap waktu peperiksaan SPM nanti sila jangan buat sebarang kerja, anak murid saya nak study dan nak periksa.

Tn Ketua Task Force (Pengarah in waiting- Insya Allah) faham keadaan tersebut, dan beliau begitu positif dalam menjaga kepentingan pelajar SPM, pelajar SPM mesti didahulukan, sebab itu saya tak dak masalah dengan Matrikulasi Teknikal. Baru- baru ini kami menggunakan dewan kuliah untuk buat latih tubi, teknik menjawab kepada pelajar tingkatan 5, ok apa !.

Sekian terima kasih.

Bersambung….

Friday, November 6, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 27

Assalamualaikum wbt.

Makan lagi.

Semalam 5 November 2009 saya menghadiri Jamuan, boleh dikatakan jamuan perpisahan kelas 5PD2, kelas yang saya mengajar subjek keusahawanan. Tahun lepas mereka saya latih berniaga, adalah untung sedikit, maka mereka mahu mengadakan jamuan akhir tahun. Saya minta mereka uruskan semuanya. Tempahan, jemputan dan pengangkutan. Jamuan di sebuah restoran berdekatan Alor Setar. Malam itu saya iring mereka ke restoran tersebut dengan bas Teknik Pendang. Pelajar ini berniaga makanan ringan dan segera sahaja pada bulan Ramadan tahun 2008, tahun 2009 tak berniaga sebab ? (macam saya tulis dalam artikel terdahulu) Bertolak agak lewat iaitu 7.30 mlm kerana saya sedang tunggu anak lelaki saya yang ikut rombongan sekolahnya ke Tambun Lost World. Akhir sekali saya pesan dengan Cikgu Zul supaya ambil anak saya. 2.00 Petang hingga 5 petang, 5 November 2009 saya menghadiri perjumpaan Pengetua/ Guru Besar daerah Pendang dengan Pengarah JPN Kedah. Terpaksa tinggalkan mesyuarat PIBG, kerana mengikut keutamaan, nanti kalau tak pergi, pengarah tanya pula, kalau nak diikutkan mesyuart PIBG sekolah lebih penting, kerana saya adalah penasihat. Jadi terpaksalah saya tinggalkan pesan kepada PK HEM perkara-perkara yang nak saya kata dalam mesyuarat PIBG. Rupanya pengarah tak datangpun, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah sahaja yang datang bersama KPP dan anggota sector beliau. Saya mengambil kesempatan bertanyakan pertukaran guru dari BPTV ke JPNK, Ketua sektor jawab, guru-guru akan ditempatkan paling hampir dengan kediaman masing-masing. Nama guru-guru yang berkenaan pun dah ada. Ketua Sektor pun kilas balik pertanyaan saya, kata beliau, katanya kepada KPP pastikan saya (saya) diberi keutamaan pilihan sekolah. Eh.. biar betul, setahu saya nama saya tak dihantar ke JPNK, sebab hari tu,(dua hari lepas) KPP di BPTV kata, En Lutfi minta matrik ke ?. Saya kata saya minta , tetapi bukan dalam kumpulan guru SMT Pendang yang telah diperakukan. Kemana saya nak ditukarkan ?, Yang itu kena Tanya bos-bos. Tanya bos lagi !, Kalau mengikut laman web, apps.emoe.gov.my/epgo, katanya hari ini (6 Nov 2009 ) keputusan pertukaran akan diketahui, seawal pukul 8.00 pagi buka internet, malangnya.

SISTEM E-GTUKAR DITUTUP SEMENTARA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. -Team Teknikal BPM e-GTukar -

Saya pun excited nak tahu dimana isteri saya akan ditempatkan, supaya dalam ‘masa kecederaan’ saya guna ‘kabel’ untuk rayu tempat untuk sekolah baru saya. Kabel saya ialah Perdana Menteri Dato Seri Najib, saya cukup kenal dia. Kisah hidup dia semua saya tahu. (Jangan percaya, kenal dan tahu melalui buku sahaja) Sekian terima kasih. Bersambung….

Wednesday, November 4, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI – 26

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali, Hari Jumaat lalu, 30/10/2009, SMTP mengadakan jamuan makan asrama, diadakan dalam dewan Saujana (nama yang di beri oleh Mantan Pengetua). Semalam diadakan Majlis Jasamu dikenang untuk MPP, Pengawas, Pengawas Pusat Sumber. Tanpa bantuann pelajar-pelajar tersebut, sukar sekolah nak diuruskan dengan baik. Jadi kita kenang jasa mereka. Tahniah kepada ketua Warden yang telah berusaha menganjurkan majlis tersebut.


Saya terkenang pelajar batch pertama dan batch kedua yang bertukus lumus menjalankan tugas mereka dalam keadaan serba kekurangan, mereka mula menaikkan nama sekolah dalam acara bola tampar, nasyid dan beberapa acara lagi di peringkat daerah dan negeri. Kalau boleh saya nak muatkan gambar mereka dalam artikel ini tetapi tak terjumpa gambar-gambar mereka, waktu itu saya hanya pakai kamera lama bukan digital, lambat sikit nak scan.

Sebelum itu majlis makan Badan Pengawas di adakan di Havard Saujana Golf Club. Asyik makan saja, sebab itu badan makin berisi. Gambar dibawah adalah Ketua Pelajar, kecil sahaja orangnya tetapi besar bakat kepimpinannya


Pada 1 hingga 3 November yang lalu saya menghadiri kursus Peningkatan Profesionalisme Pengetua dan Guru Besar Daerah Pendang di Sandy Beach Resort, Pantai Cenang. Pada mulanya saya rasa macam tak mahu pergi, sebab sekolah dah nak tutup, tetapi akhirnya saya membuat keputusan untuk pergi atas beberapa sebab.

1. Sekolah yang nak tutup bukan beerti saya perlu tutup minda dari menerima ilmu pengetahuan.
2. Saya perlu jalani hari-hari akhir sekolah tanpa sebarang keresahan, buat cool saja, walaupun dalam fikiran agak runsing ‘terfikirkan’ sekolah yang akan saya berkhidmat seterusnya.
3. Dapat juga berehat di Pantai Cenang, walaupun dah sekali dua pergi kesana.

Rupa-rupanya ada keistimewaan dan kelainan dalam kursus kali ini. Idea PPD Pendang En Abu Bakar Mad Isa yang ‘pelik sedikit’ dapat diterima oleh saya. Fokus kursus adalah inovasi dan kreativiti dalam mentadbir sekolah. Untuk menaikkan mood berinovasi dan berkreativiti kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah dan tengok burung helang menyambar makanan.

Slot pagi dimulakan dengan senaman pagi, saya mengambil kesempatan untuk berjogging setelah sekian lama tak jogging, dapat lah jogging tanpa henti 10 minit.


Baju merah, pengetua SMK Sg Tiang, yang tengah, Tn PPD, yang baju biru, saya. Gambar selepas berjoging. Masih boleh senyum lepas jogging, kira ok lagi.


Di SMTP saya pernah berjogging 5, 6 kali dalam tempoh 6 tahun sekolah dibuka, jalan yang mengelilingi blok sekolah dan asrama membentuk satu pusingan trek yang cantik sepusingan lebih kurang 1.5 km. Cikgu Raja kerap berjoging dalam kawasan sekolah, Cikgu Fuad , Cikgu Mansor berlatih tawaf dan sae keliling kawasan sekolah sebelum pergi Mekah tahun lepas. Cikgu Rozita pun dua tiga kali berlatih jalan kaki sebelum pergi Mekah. Ada manfaat juga.


Sekian terima kasih.


Bersambung….