Thursday, January 19, 2012

Penyakit Mental


Assalamualaikum wbt.

Tanda-tanda awal sakit mental

1. Perubahan tingkahlaku yang ketara
2. Cepat marah atau bertindak ganas
3. Ketidakupayaan untuk menangani masalah dan melakukan aktiviti seharian
4. Mempunyai idea-idea yang pelik.
5. Keresahan yang teruk
6. Kemurungan yang berpanjangan
7 Perubagan ketara dalam tabiat pemakanan dan tidur
8. Memikir atau bercakap tentang bunuh diri.
9. Perasaan berubah-ubah dengan ketara
10. Penyalahgunaan dadah dan alkohol.

saya petik dari kementerian kesihatan Malaysia.

Saturday, January 14, 2012

Lesen TV dan Radio


Assalamualaikum wbt.

N3 kali ini berkaitan lesen TV dan Radio, ini saya rujuk wikipedia

Lesen televisyen (atau lesen penerima penyiaran) ialah lesen rasmi yang wajib dipegang oleh sesiapa yang menerima siaran televisyen (dan adakalanya juga radio) di sesetengah negara, sebagai satu bentuk cukai sandaran bagi membiayai penyiaran awam, sekaligus membolehkan penyiar awam menyiarkan rancangan tanpa atau dengan sedikit dana dari iklan.

Pada zaman awal penyiaran, timbulnya masalah pembiayaan bagi perkhidmatan para penyiar. Sesetengah negara mengamalkan pengiklanan, tetapi yang lain pula menguat kuasa langganan awam wajib yang berbentuk lesen penyiaran yang dibayar oleh isirumah yang memiliki peti radio (dan lama-kelamaan, peti TV juga).

UK ialah negara pertama yang mengamalkan pembiayaan melalui langganan awam wajib yang mana wang yuran lesen disalurkan kepada BBC yang diasaskan melalui Piagam Diraja untuk menghasilkan rancangan biayaan awam sambil mengekalkan kebebasan dari pengaruh kerajaan dari segi pengurusan dan kewangan. Lesen ini pada asalnya dikenali sebagai lesen radio.

Setelah bangkitnya televisyen, ada negara yang telah mendirikan lesen televisyen tambahan yang berasingan, manakala yang lain sekadar menaikkan lesen untuk menanggung perbelanjaan siaran TV, maka bertukarnya nama "lesen radio" menjadi "lesen TV" atau "lesen penerima". Kini, kebanyakan negara membiayai siaran radio awam dari yuran lesen sama yang dimaksudkan untuk televisyen, namun ada yang masih mengekalkan lesen radio berasingan, atau mengenakan yuran lebih rendah atau tidak mengenakan apa-apa yuran bagi sesiapa yang hanya memiliki peti radio.

Sesetengah negara juga mengenakan yuran berbeza kepada pemilik TV warna atau hitam putih. Ada yang memberikan diskaun atau mengecualikan sama sekali pengguna warga emas atau kurang upaya.

Berdepan dengan masalah pengelakan yuran lesen, adanya negara yang hendak membiayai penyiar awam terus dari hasil cukai atau melalui kaedah-kaedah yang lebih sukar dielak seperti bayaran bersama bil elektrik. Penyiar awam kebangsaan di sebilangan negara juga menerima iklan sebagai biayaan tambahan.

Lesen televisyen di seluruh dunia

Muzium Komunikasi Penyiaran di Chicago menyatakan bahawa dua pertiga negara di Eropah dan separuh negara di Asia dan Afrika menguat kuasa lesen televisyen untuk membiayai televisyen awam. Pelesenan TV jarang diamalkan di benua Amerika, sebaliknya terhad kepada bahagian-bahagian seberang laut Perancis dan wilayah-wilayah British.

Perbelanjaan dan pelaksanaan sebenar lesen televisyen banyak berbeza antara negara. Setiap negara yang mengamalkan lesen televisyen sentiasa mengkaji semula yuran lesen setiap tahun mengikut keadaan. Berikut ialah senarai negara yang mewajibkan pengguna televisyen memegang lesen televisyen untuk menerima perkhidmatan televisyen:
Negara yang telah memansuhkan lesen televisyen

Negara-negara berikut pernah mewajibkan lesen televisyen, tetapi kini sudah dimansuhkan (tahun pemansuhan, sebab pemansuhan (jika ada); dan pembiayaan masa kini diberikan):

• Australia (1974, atas dasar bahawa kecapaian perkhidmatan televisyen dan radio ke hampir seluruh negara menjadikan pembiayaan awam secara tidak langsung adalah lebih adil; ABC kini dibiayai oleh geran kerajaan, penjualan cenderamata dan pengedaran rancangan ke antarabangsa)

• Belanda (2000, berikutan kos pengutipan berlebihan; NPO kini dibiayai oleh cukai awam

• Belgium (2001, wilayah Flanders sahaja; VRT kini dibiayai oleh cukai am)

• Cyprus (akhir 1990-an, akibat tekanan dari penyiar swasta; CyBC kini dibiayai oleh pengiklanan dan geran kerajaan)

• Gibraltar (2006[2]; Gibraltar Broadcasting Corporation dibiayai oleh geran kerajaan)

• Hungary (2002, unit perumahan sahaja; Magyar Televízió dan Duna TV dibiayai oleh cukai kerajaan)

• India (1977, All India Radio dan Doordarshan dibiayai oleh Kerajaan India dan pengiklanan)

• Malaysia (1999; RTM kini dibiayai oleh cukai kerajaan dan pengiklanan)

• New Zealand (1999, pembiayaan kos pengutipan yuran sukar ditampung; saluran TV menjadi penjana pendapatan komersil untuk kerajaan tanpa apa-apa kewajipan khidmat awam lagi)

• Portugal (1992; RTP dibiayai oleh subsidi kerajaan dan pengiklanantetapi yuran radio masih dikenakan dalam bil elektrik)

• Singapura (2011)


Hjlutfi-choras: sudah tentu ada cerita menarik dikalangan mereka yang hendak mengelak dari kena saman tak ada lesen TV.

Wednesday, January 11, 2012

Anwar ke Mumbai, adakah bincang buat filem hikayat Anwar?

Assalamualaikum wbt.

Saja je beri tajuk macam kat atas tu. Sehari dua ni saya beri kredit kepada DS Anwar kerana hebatnya anugerah Allah ini kepada Negara Malaysia. Jangan hadir ceramah DS Anwar jika tidak mahu jadi pengikutnya kerana jika anda hadir pasti anda terpukau. Ini satu karisma beliau, jangan hadir ceramah Tn Guru Hj Hadi, kalau anda belum ada cita-cita nak sokong PAS, kerana sekali anda hadir, gerenti anda jadi ahli seumur hidup.

Berikut adalah catatan Anwar Ibrahim yang di petik dari harakahdaily.net.

Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Dato' Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta -- bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,
Anwar Ibrahim

Monday, January 9, 2012

Menang untuk jadi arang, kalah untuk jadi abu

Assalamualaikum wbt.


9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Siapa yang menang ?.

PKR , UMNO, PAS (DAP dan MCA serta MIC hanya relax…,menunggu untuk menangguk di air yang keruh bukan di Ayer Keruh , Melaka)

Apa isu yang boleh dimainkan UMNO dalam PRU,,, keadilan undang-undang Malaysia, Mahkamah terbaik di dunia. Keadilan untuk semua.

Apa isu yang boleh dimainkan oleh PKR ?

Konspirasi, ketidak telusan, penyelewengan.

Apa isu yang boleh dimainkan oleh PAS

Hukum Hudud,…


Apakah isu yang dimainkan oleh anda sendiri dalam PRU 13..

Anda adalah penentu siapa yang akan memerintah Negara selepas PRU 13. undi anda penentu masa depan Negara.

Sunday, January 8, 2012

Apa boleh buat ?

Assalamualaikum wbt.

Dimana ada undang-undang (undang-undang manusia)

Disitu ada hukuman
Disitu ada penipuan
Disitu ada penyelewengan
Disitu ada penyalahgunaan.

901 amat bermakna bagi sesetengah orang, yang memperjuangkan KEADILAN untuk Anwar akan dapat kemenangannya, yang perjuangkan ANWAR untuk keadilan pun akan dapat kemenangannya.

Akhirnya semua akan menang, yang terpenjara akan menang kerana sokongan makin kuat, inilah perjuangan, inilah kemenangan, kalau tak terpenjarapun akan menang, inilah modal perjuangan.

Yang memenjarapun dapat kemenagan, kemenangan menegak keadilan untuk semua. Sama-sama kita nanti 901, ia bawa tuah kepada siapa ?.

Saturday, January 7, 2012

bloger hjlutfi-choras tersungkur atas jalan

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kepada mereka yang membantu saya semasa kemalangan dihadapan stesen minyak dekat simpang ke Malim Jaya.

Syukur alhamdulillah, (saya telah sujud syukur) kerana tidak mendapat sebarang luka dan kecederaan semasa kemalangan tersebut.

8.00 am - telah fikir samada nak pergi naik motor ke naik kereta. mengenangkan selalu tengok penunggang motor megelupur kesakitan atas jalan (terbaru pukul 11.00 mlm 2 Jan 2012 di lebuh raya PLUS Sg Buluh - Subang, nampak depan mata, tapi saya buat keputusan, naik motor kerana ajal maut ditangan Allah swt.

9.30 am - keluar rumah,(baca doa naik kenderaan), masuk balik dalam rumah ambil jaket, singgah kedai gunting, tapi kedai gunting belum buka, terus perjalanan ke Jln Sri Lanang, cari spare part kereta. pusing sana sini cari kedai, bila jumpa dia kata spare part tu tak ada, cuba cari di Woo Chun di sekian-sekian,dekat jalan ong kim wee, cari di situ tak ada.

11.00 am jalan di lorong pandan depan Tmn Kesidang sek 1, tayar belakang pancit, tahan seorang bro yang lalu situ, tanya dia, dimana kedai motor, bro itu tolong pergi tengok kedai motor itu buka ke tidak, sekejab dia datang semula kata kedai itu buka. lebih kurang 200m di belakang. woi dekatnya, (orang beriman Allah selalu tolong.. perasan) tolak motor kekedai tersebut, tukar tayar dalam (tiub) orang Kedah panggil tayar dalam, cis.. mahalnya.. RM 11, kat KN baru RM 8.00.

12.00 pm pusing pi pusing mai, singgah makan di Tanjung Keling, sekejab dengar azan dari Masjid Tanjung Keling, habis makan sempat berjemaah dengan ahli jemaah Masjid Tanjung Keling. Kemudian rehat sekejab dalam masjid.

2.00 pm Fikir nak balik, tapi ubah fikiran, balik pun tak ada sapa kat rumah, lebih baik pergi cari spare part di Malim Jaya, patah balik lalu Pokok Mangga, sampai Malim Jaya, cari kedai spare part. sebelum tu pergi kedai pasang tong NGV, tanya dia Ford Ranger diesel kalau pasang berapa anggaran kos.katanya " RM 8000.00" saya ulang RM 8 ribu.
kata saya, kalau begitu saya tak jadi pasang. lagi pun kenderaan diesel tak menjimatkan kalau guna NGV, kata pemasang itu.



2.30 pm tanya di kedai spare part, ada ke spare part ini, dia jawab apa kereta. ooo tidak ada.., pakai lori punya le.., saya kata "tidak masuk " dia balas "modified le"
saya kata "terima kasih ..". dia kata "cari original di ford le."

2.45 pm bawa motor dengan berhati hati, tak laju mana , folow sebuah kereta kembara, tiba-tiba dia belok kiri.. saya brek mengejut, dan lentok badan ke kiri, tak jadi juga motor tuas naik ke kanan, saya cuba kona kanan , tayar depan motor saya kena juga bumper belakang kereta kembara, saya bertahan supaya tak jatuh, tapi macam kena tolak je, saya jatuh tersungkur belakang kereta tersebut. otak beri arahan... guling badan, saya pun guling badan satu kali. tercabut sandal.., sekelip mata saja.. abang tak apa ? tanya orang datang membantu.


Datang pemandu kembara tadi, saya minta maaf.. nak salam dengan saya... saya kata " tunggu dulu".

"abang boleh bangun " tanya seorang tu.
"biar saya duduk sekejab, saya rasa tak ada apa-apa " saya pun duduk atas jalan tu .. tarik nafas dalam-dalam, dan cuba bangun. Alhamdulillah, tak ada luka atau patah. Cuma lengan ke siku sakit sikit sampai saat ini, mungkin masa jatuh dan guling tadi.

Saya tanggal kan topi keledar dan jaket, periksa samada luka atau tidak, alhamdulillah, tik luka tak patah.

Budak driver kembara nak bela diri, saya kata "saya nampak awak tak beri signal, tiba-tiba belok kiri," dia balas "saya beri signal" saya kata "tak payah berdalih".
Jawab seorang saksi "mengarut lah kau, mana ada signal".

"tolong chek motor saya, apa yang rosak" kata saya. Budak driver tu pun chek motor saya, dia kata tak ada yang rosak, saya malas nak bising-bising, saya nampak apa yang rosak, kepak putih sebelah kanan pecah, pemijak sebelah kanan bengkok teruk, ekzos terkepak kedalam.. malas bising-bising, tak berapa sen benda tu.

"sudah lah... ." kata saya .


he-he.. berkat latihan silat masa muda, lompat harimau, dan gulingan masa senaman di sekolah dulu.






belajar lah untung-untung Allah tolong saat -saat genting.

Insya Allah, Alhamdulillah, Taba rakkallah.

Wednesday, January 4, 2012

PASTI, Pilihan terbaik rakyat Malaysia


Assalamualaikum wbt.

Saya petik dari perutusan Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hj Hassan bin Hj Ahmad.

Dalam menuju era baru ini, PASTI berusaha melakukan ' rebranding' (penjenamaan semula) bagi beberapa produk PASTI sedia ada serta akan memperkenalkan beberapa program baru bagi memacukan lagi PASTI. Kurikulum PASTI akan diperkasakan, kemahiran guru akan diperkayakan dan kecekapan pengurusan akan diperkemaskan lagi. Sasaran terkini warga PASTI adalah menjadikan PASTI sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.
sila rujuk http://pastipusat.wordpress.com

hjlutfi-choras: pandangan mata kasar dari jauh, saya dapati setiap pagi anak-anak di sambut oleh ustazah PASTI , mengambil wuduk, solat sunat dan meneruskan aktiviti pembelajaran PASTI. Dalam takwim dimaklumkan hari puasa sunat, tidakkah ini melatih minda dan rohani anak-anak ?.

Meskipun sesetengah PASTI 'menumpang' di bangunan buruk atau sewa rumah-rumah taman, namun PASTI tetap maju dan menjadi pilihan masa kini.

Tuesday, January 3, 2012

Orang atas

Assalamualaikum wbt.

UPSI, satu nama yang glamer ketika ini, kerana berlaku beberapa peristiwa yang mendapat perhatian masyarakat. Bagi sesetengah ibubapa, mereka akan membantah tindakan anak-anak(siswa siswi dari terlibat dalam demonstrasi, menentang sesuatu akta) kerana siswa-siswi hanya perlu belajar.

Bagi pengurus akademik (Canselor, TNC, NC ) mereka akan menganggap tindakan siswa-siswi hanya akan menyusahkan dan menambah beban kerja mereka. Mereka tidak mahu keluar dari Zon Selesa.

Tindakan ganas Polis dalam menyuraikan demonstrasi pelajar UPSI adalah keterlaluan, polis bagai samseng yang menunggu arahan ketua dan “orang atas” siap menyerang dan membelasah, tidak kira siapa, “orang atas “ bagai orang tidak siuman, hanya hendak memudahkan diri sendiri atas alasan siswa melanggar peraturan mesti diberi hukuman. “orang atas” dapat arahan dari “orang atas” dari “orang atas” dari “orang atas” dan akhir sekali tiada siapa yang akan bertanggungjawab.

Persoalannya, kenapa berdemonstrasi aman ?

1. menyatakan perasaan puas hati dan tidak puas hati
2. sengaja menimbulkan huru hara.

Saya berpendapat demonstrasi yang diadakan oleh pelajar UPSI jauh sekali dari niat untuk menimbulkan huru hara dan kekacauan, hanya sekadar menuntut “kebebasan akademik”. Kebebasan akademik yang membawa makna yang luas, bukan untuk hari ini, malah untuk masa depan.

Kenapa harus disekat ?.

Alasan mudah, siswa siswi tugasnya belajar, bukan berpolitik. Lagi pun pembangkang yang selalu menyebelahi mereka. Menyusahkan sahaja. Itulah jawapan mudah dari pengurus akademik. Kenapa pengurus akademik tidak menggalakan demonstrasi, berilah peluang kepada siswa siswi menuntut sesuatu yang boleh menguntungkan Negara dan warganya. Jangan berfikiran jumud dengan menganggap apa yang disediakan oleh kerajaan hari ini sudah mencukupi, fikirkan persediaan dan kemajuan masa hadapan, siswa-siswi lebih mengetahui keperluan mereka dan keperluan “kebebasan akademik” masa kini dan masa hadapan.

Jangan kita menganggap semua bantahan dan tuntutan adalah tindakan protes dan membangkang, jika itu yang di setkan dalm minda, maka “orang atas” akan terus memberi arahan yang ganas dan kesannya akan merugikan Negara dan warganya di masa hadapan.

Sekian,