Assalamualaikum wbt.
UPSI, satu nama yang glamer ketika ini, kerana berlaku beberapa peristiwa yang mendapat perhatian masyarakat. Bagi sesetengah ibubapa, mereka akan membantah tindakan anak-anak(siswa siswi dari terlibat dalam demonstrasi, menentang sesuatu akta) kerana siswa-siswi hanya perlu belajar.
Bagi pengurus akademik (Canselor, TNC, NC ) mereka akan menganggap tindakan siswa-siswi hanya akan menyusahkan dan menambah beban kerja mereka. Mereka tidak mahu keluar dari Zon Selesa.
Tindakan ganas Polis dalam menyuraikan demonstrasi pelajar UPSI adalah keterlaluan, polis bagai samseng yang menunggu arahan ketua dan “orang atas” siap menyerang dan membelasah, tidak kira siapa, “orang atas “ bagai orang tidak siuman, hanya hendak memudahkan diri sendiri atas alasan siswa melanggar peraturan mesti diberi hukuman. “orang atas” dapat arahan dari “orang atas” dari “orang atas” dari “orang atas” dan akhir sekali tiada siapa yang akan bertanggungjawab.
Persoalannya, kenapa berdemonstrasi aman ?
1. menyatakan perasaan puas hati dan tidak puas hati
2. sengaja menimbulkan huru hara.
Saya berpendapat demonstrasi yang diadakan oleh pelajar UPSI jauh sekali dari niat untuk menimbulkan huru hara dan kekacauan, hanya sekadar menuntut “kebebasan akademik”. Kebebasan akademik yang membawa makna yang luas, bukan untuk hari ini, malah untuk masa depan.
Kenapa harus disekat ?.
Alasan mudah, siswa siswi tugasnya belajar, bukan berpolitik. Lagi pun pembangkang yang selalu menyebelahi mereka. Menyusahkan sahaja. Itulah jawapan mudah dari pengurus akademik. Kenapa pengurus akademik tidak menggalakan demonstrasi, berilah peluang kepada siswa siswi menuntut sesuatu yang boleh menguntungkan Negara dan warganya. Jangan berfikiran jumud dengan menganggap apa yang disediakan oleh kerajaan hari ini sudah mencukupi, fikirkan persediaan dan kemajuan masa hadapan, siswa-siswi lebih mengetahui keperluan mereka dan keperluan “kebebasan akademik” masa kini dan masa hadapan.
Jangan kita menganggap semua bantahan dan tuntutan adalah tindakan protes dan membangkang, jika itu yang di setkan dalm minda, maka “orang atas” akan terus memberi arahan yang ganas dan kesannya akan merugikan Negara dan warganya di masa hadapan.
Sekian,
Tuesday, January 3, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment