Assalamualaikum wbt.
Saya petik dari Utusan Online.
ROM 28 Dis. – Agensi anti monopoli Itali hari ini mengemukakan tuntutan saman berjumlah AS$1.2 juta (RM3.72 juta) terhadap syarikat teknologi terkenal Amerika Syarikat, Apple Inc. berhubung mengeluarkan maklumat yang mengelirukan pengguna.
“Tuntutan saman berjumlah AS$1.2 juta (RM3.72 juta) telah dikemukakan kepada Apple Inc. selepas mendapati syarikat tersebut bertanggungjawab mengamalkan amalan perniagaan yang tidak telus,” kata agensi terbabit.
Apple Inc. dilaporkan memberi maklumat yang tidak jelas berhubung bayaran tambahan yang dikenakan kepada pengguna selain tidak melaksanakan jaminan selama dua tahun atas produk syarikat tersebut. – AFP
hjlutfi-choras: tahap pemahaman kepenggunaan di Malaysia masih terlalu rendah, pengguna 'tidak berani mempertahankan hak, tidak yakin akan menang jika kes di bawa kemahkamah, kos untuk bawa kes tinggi dan akan menyusahkan berbanding manfaat barang yang dibeli. akhirnya peniaga/ pengeluar terus membekalkan barang yang mendatangkan mudarat kepada pengguna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment