Friday, December 23, 2011

Mengenang 7 tahun peristiwa tsunami

Assalamualaikum wbt.
saya petik dari edaran pada hari Jumaat.

Info Rakyat
PAS kawasan Masjid Tanah – siri 5

Mengenang 7 tahun peristiwa Tsunami Aceh.

Tujuh tahun dahulu, iaitu 26 Disember 2004, suatu gempa bumi yang besar telah berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia.

Ia berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900, angka korban sebenar mungkin tidak dapat diketahui namun dianggarkan sekurang-kurangnya 182,000 orang telah maut.

Mungkin kita juga masih ingat pada 26 Disember 1996 pernah berlaku satu bencana iaitu rebut Greg yang berlaku di negeri Sabah memakan korban seramai 238 nyawa.

Banyak cerita-cerita yang kita dengan tentang apa yang berlaku sebelum rebut tersebut terjadi. Tentang kisah pelanggaran manusia terhadap hokum-hukum tuhan dan melanggar norma manusia. Mungkin kebetulan sahaja masa berlaku bencna pada tarikh di atas, tetapi kita hendaklah berhati-hati.

Hujung tahun selalu dikaitkan dengan pesta, sambutan dan perayaan yang melekakan. Kepada semua umat Islam, terutama kepada muda mudiyang sangat kami kasihi yang merupakan asset masa depan Negara, jangan jadikan tarikh-tarikh ini sebagai masa sesuai untuk melakukan maksiat kerana bala Allah SWT itu amat pedih dan dahsyat.

Lebih mendukacitakan lagi, apabila Allah SWT menurunkan bala ia akan terkena kepada semua orang, samada orang itu baik atau jahat.

Mungkin kita boleh merenung lirik sebuah lagu ciptaan dan nyanyian seprang penyanyi lagu puisi Indonesia Ebiet G Adie dalam lagunya ‘ Berita kepada kawan’

Barang kali disana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam muali enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.



hjlutfi-choras: kita sering menganggap bala yang terjadi adalah kebetulan dan fenomena alam.

No comments:

Post a Comment