Tuesday, December 17, 2013

Arah Kiblat dalam surau di Shahab Perdana tak menentu

Assalamualaikum wbt.

Bagi penumpang yang pernah menggunakan Terminal bas Shahab Perdana di Alor Setar pasti akan merungut kerana tandas yang tidak cantik dan tak diurus dengan baik serta kemudahan surau di tingkat satu yang tidak layak bagi satu tempat seperti Shahab Perdana. Shahab Perdana adalah terminal bas utama bagi Negeri Kedah, seawal 5 pagi penumpang akan menjejak kaki ke Shabab Perdana, kalaulah penumpang tersebut adalah musafir atau pelancong yang kali pertama tiba dengan harapan yang besar tentang negeri Kedah, pasti mereka akan rasa kecewa.

Saya kerap menggunakan terminal tersebut, tandas dan surau adalah dua tempat yang gagal memuaskan hati saya, keadaannya seperti tidak terurus. Ruang perniagaan di bahagian atas juga tidak terurus, berdasarkan pemerhatian saya, arkitek hanya mereka bentuk ikut sedap mata memandang, bukan ikut pandangan seorang peniaga. Peniaga mahu kedai yang mudah dikunjungi, Kalau sudah diatas, sudah tentu menyusahkan pembeli. Ditambah dengan bayaran tempat parking, menyebabkan pelanngan luar tidka sudi untuk menjengah terminal bas Shahab Perdana. Atau buat saja Terminal bas sebagai terminal bas, ruang niaga ditempat lain yang berhampiran, tak perlu one stop centre, kerana ini akan merugikan. Namun saya melihat kesilapan pada reka bentuk yang menyebabkan ruang niaga ditingkat satu tak dapat beroperasi.

Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Melaka Sentral. dan satu amaran saya agar 'mereka' tidak menukar nama Terminal Shahab Perdana kepada  Alor Setar Sentral untuk mencontohi nama KL Sentral, Melaka Sentral JB Sentral dan lain-lain.

Berbalik kepada surau (surau lelaki), keadaanya tidak terurus sehingga kan arah kiblat tidak ditentukan dengan tepat, panduan arah kiblat yang dilukis pada dinding sudah tentu dibuat oleh individu yang sering menggunakan surau tersebut sebagai langkah membantu jemaah lain mencari arah kiblat. Sudah sekian lama Shahab Perdana beroperasi, kenapa sehingga kini tiada panduan arah kiblat yang "sah oleh mereka yang berautoriti"


Arah yang ditunjukkan didinding pasti tidak sama dengan dilantai, darjak atau bearing pasti akan berubah, apatah lagi jika dilukis sedemikian sahaja. walau apapun terima kasih kepada si 'penentu' arah kiblat tadi atas iniasiatif dan niat ikhlas utnuk membantu memberi panduan arah kiblat kepada jemaah.

Bagi orang Islam gagal menentukan arah kiblat adalah satu kelemahan yang akan membawa kepada kelemahan-kelemahan yang lain. nampak kecil, tapi kesannya amat besar dalam kehidupan.

Saya sangat berharap agar pengurusan Shahab Perdana dapat menguruskan terminal ini dengan baik, terutama surau dan tandas. Terminal ini adalah imej kemajuan Negeri Kedah. Jika tidak diuruskan dengan baik sudah tentu Kedah gagal diistiharkan sebagai negeri maju, atau negeri sejahtera atau BN Menang Rakyat SENANG.




No comments:

Post a Comment