Sunday, December 5, 2010
NASIHAT TENTANG CINTA - 11 (soleh dan solehah)
NASIHAT TENTANG CINTA – 11 (soleh dan solehan)
Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.
Kita harus bersyukur kerana kita bukan dikalangan orang yang ke kelab malaam, disko atau bersosial diparti liar. Allah sduah tentukan bahawa wanita baik hanya untuk lelaki yang baik.
Jika anda selalu kedisko, kawan-kawan anada dikalangan kaki disko, persekitaran anda adalah disko dan anda akan tertarik dan jatuh cinta dikalangan kaki disko.
Kalau anda dikalangan penuntut ilmu, kawan-kawan anda adalah dikalangan penuntut ilmu, jodohpun dikalangan penuntut ilmu. Jarang berlaku seorang ustaz mencari bakal isteri di kelab malam, kalau pun berlaku sedemikian adalah secara kebetulan, atau pun ustaz tersebut bertekad untuk mentarbiyah isterinya.
Begitulah sebaliknya, lelaki tidak soleh kalau dia mahukan isteri yang soleh, maka dia kena mengubah perwatakan menjadi soleh supaya dia ditemukan jodoh dengan wanita solehah. Orang penzina akan bertemu jodoh dengan penzina. Eeii minta simpang le...
Lagu cinta (konon)
Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Yang dapatku persembahkan
Sebagai lambang percintaan...
Aku sepertimu
Sering diburu
Oleh kenangan masa lalu.
Dalam lagu ini,
Ingat yang perempuan saja biasa buat sebelum kahwin, rupanya yang lelaki pun mengaku biasa buat sebelum kahwin, kalau dua-dua macam tu, sama sajalah, tak payah bising-bising, taubat sajalah.
Kan saya kata tadi lelaki soleh untuk wanita solehah. Pun begitu ada juga kes lelaki yang taubat mendapat wanita solehah sebagai isteri dan wanita yang bertaubat mendapat suami soleh.
Bila sudah berkahwin, hal-hal lama tak perlu diungkitkan lagi, nak ungkit sebelum kahwin, sebelum kahwin selidik lah dahulu, siapa bakal suami/isteri anda, zaman penuh cabaran ini. Hai ex STEP jagalah kehormatan diri, jangan jadikan benda tersebut untuk pembuktian cinta. Jadikan ikatan perkahwinan sebagai bukti cinta.
…12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment