Monday, December 6, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 17 (cinta pertama dan bukan terakhir)

NASIHAT TENTANG CINTA -17 (cinta pertama dan bukan terakhir)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 – 2009

Lagu cinta

Pertama kali
Bersemi dijiwaku ooo
Sungguh indah
Mekar mewangi
Serikan taman ini...
Kan ku kucup jadi kenangan.

Kali pertama jatuh cinta memang indah, sebelum menjatuhkan cinta kepada seseorang pastikan, kita telah memilih sebagai mana yang saya beri panduan sebelum ini, supaya ia menjadi cinta yang sejati, bukan cinta kerana nafsu sahaja.

Cinta pertama ini seboleh-bolehnya berkahwin, hidup bersama dan berkekalan hingga mati dan disyurga nanti ia menjadi ketua bidadari yang melayan suami/isteri

Jangan asalkan berkawan, curah perasaan, terus pura-pura cinta, tolong fikir panjang supaya tak menyesal, cinta akan menjadi bertambah cinta, kerana ia dipupuk, ia dibentuk menjadi cinta.

Ataupun tengok kawan ramai yang dok couple, andapun tertarik, teringin, nak couple sama, pura-pura cinta, buat-buat cinta, dating sana, dating sini, last sekali minta pembuktian cinta, last sekali kecewa. Cinta apa....



Cerita sikit 7

Saya beritahu sidia sebelum bertunang, yang saya sebelum ini pernah mencintai seseorang dan hingga kini masih ada cinta kepadanya, saya katakan kepada sidia yang cinta saya kepada seseorang itu tak mestinya bersatu, Cuma saya rasa cinta padanya, dan cinta itu tetap ada untuknya, saya tak harap balasan cinta dari seseorang itu , (saya telah terangkan cinta sejati, cinta ikhlas kepada anda dalam artikel sebelum ini) . Setelah mengambil keputusan mengenali sidia, pengorbanan jiwa raga, dan tanggungjawab hanya untuk sidia.

Sayapun telah memberitahu sejujurnya, apa hubungan saya dengan seseorang itu, seseorang itu hanya sahabat saya, saya cinta padanya, dia tidak membalas cinta saya, dia pun tidak mahu meneruskan hubungan dengan saya, sebelum saya mengambil keputusan mengenali awak, saya mencarinya, kalau-kalau masih ada jodoh antara kami. Setelah saya tak dapat hubunginya barulah saya mengambil keputusan untuk mengenali awak, saya mencarinya terlebih dahulu untuk mengotakan kata-kata saya kepadanya. Saya juga beritahu yang saya dan sahabat saya itu berlaku satu peritiwa yang tak dapat saya lupakan, dan mungkin dia tak maafkan saya , namun begitu saya sentiasa mengharap dia memaafkan saya. (tersentuh kulitnya pun tidak) Dan saya pasrah, tiada jodoh antara kami. Itulah cinta pertama saya.

Sekarang terpulang kepada sidia, hendak bertunang dengan saya atau tidak?
Dan keputusannya saya bertunang dengan sidia sebaik sahaja tamat KPLI, bulan 6,1995, 3 hb 11 kami berkahwin.

...18

No comments:

Post a Comment