Monday, December 20, 2010

Saya Takut Mati - 6

Assalamualaikum wbt.

Saya Takut Mati – 6 adalah untuk menjawab balas Saya Takut Mati – 2.

Kecintaan kepada dunia telah membuat kita lupa untuk mengingati mati, ia adalah satu penyakit, oleh kerana cinta dunia adalah satu penyakit, maka eloklah kita elakkan diri dari terkena penyakit tersebut.

Manusia bermegah dengan keduniaan, bermegah-megah dengan kereta yang dimiliki, rumah yang dimiliki, ladang , asset dan bermegah-megah dengan anak yang dianugerahkan.

Kecintaan dunia menyebabkan kita lupa untuk mengingatkan diri bahawa kita akan kealam akhirat, dunia ini adalah persinggahan untuk mengumpul bekal keakhirat.



Harta, anak-anak dan pangkat tidak boleh dibawa kemati. Harta akan dipusakai, anak-anak akan menjadi yatim, kalau anak-anak terdidik dengan iman dan takwa, ia akan memberi kebaikan dan kalau sebaliknya, merana dalam kubur.

Isteri yang dicintai pun akan ditinggalkan bersama harta yang dikumpulkan, jadi apalah ertinya keduniaan….

Kita menyangka ajal kita belum sampai, dengan memberi alasan-alasan yang bodoh, alasan yang tak perlu dialaskan kepada Allah, kerana Allah sememangnya tahu yang kita masih ada anak-anak kecil yang perlu dididik, kita masih kegilaan-kegilaan yang belum dipenuhi, lantaran itu dengan bodohnya kita menyatakan kepada Allah tentang kegilaan-kegilaan tersebut.

Kenapa beri alasan anak masih kecil ?, supaya Allah memanjangkan usia kita ?, Ajal Allah telah tentukan, Allah sudah tentukan tanggungjawab terhadap anak yatim, hak-hak anak yatim, Cuma kita yang mengabaikan.

Harta dunia memang tidak pernah cukup, manusia jika telah mendapat segunung emas, dia berkehndakkan gunung emas yang kedua, ketiga dan seterusnya. Kita boleh cari harta dunia dengan banyak, tetapi kita kena jadikan harta dunia sebagai bahan ibadat, keluarkan zakat, sedekah, derma, jihad fi sabilillah, insya Allah harta ini akan memberi manfaat kepada kita, soalan.. berapa ramai orang kaya yang ingat mati ?.

Rumah kata pergi, kubur kata mari.
Bila tiba masanya rumah yang bertingkat-tingkat tak dapat di nikmati, mungkin akan guna tingkat bawah sahaja, kerana tiada upaya untuk naik keatas, sampai suatu masa, ditingkat bawah, mungkin guna satu bilik sahaja, kerana tidak perlu ruang yang luas, sampai satu masa mungkin guna satu sudut kecil dalam sebuah bilik, sampai suatu masa bilik kita adalah tandas kita, atau tandas kita adalah bilik kita.

Bersederhanalah dalam kediaman, usah kata sediakan bilik untuk keselesaan anak- anak, anak-anak tidak akan tinggal seumur hidup dengan kita, dia akan pergi membina kehidupannya sendiri seperti kita membina kehidupan kita.

Tidak mengapa rumah megah, Cuma jadikan ‘rumahku syurgaku’ yang sebenar. Rumah yang mendidik anak-anak, adab-adab Islam, adab makan, adab bertetamu, adab beribadat, hormat-menghormati, sediakan ruang ibadat (termasuk membaca), bukan adab berkaraoke, adab astro.

Ziarah luar Negara.
Dalam dunia, hanya ada tiga tempat yang menjadi keutamaan untuk dilawati iaitu, Kaabah, masjid Nabi dan Masjid Al Aqsa. Lain-lain tempat ‘tiada istimewa’, Menjadi cita-cita manusia untuk melancong ketempat-tempat tersebut, tiada salah, namun setiap kali melancong jadikan ia sebagai ibadat, setiap pengalaman dan penegtahuan baru mesti dikaitkan dengan kekuasan Allah dan meningkatkan keimanan kepada Allah, bukan sekadar bermegah kerana telah sampai ketempat-tempat tertentu dalam dunia.









Kegemaran dan hobi dunia amat melalaikan, memanah, menunggang kuda dan berenang patut dijadikan hobi. 4x4 off road bagaimana ?.

Bukan jadi masalah 4x4 off road, mendaki gunung, ekspedisi hutan, berkenu dilaut, semua ini hendaklah ditukar menjadi ibadat, untuk ditukar jadi ibadat amatlah mudah, niatkan akativiti ini kerana Allah kerana untuk melihat kekuasaan Allah, bersederhanalah dalam aktiviti, sehingga tidak lalai menunaikan tanggungjawab, jauhkan segala bentuk maksiat dalam aktiviti tersebut.

Cubalah tuan-tuan sujud diatas tanah tanpa alas di dalam hutan, ditepi sungai, ketika sibuk dalam aktiviti, pasti ada kelainannya daripada sujud diatas lantai karpet di masjid, kita akan dapat rasa dekatnya diri kepada Allah.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment