Thursday, December 2, 2010
NASIHAT TENTANG CINTA - 8 (Cinta)
NASIHAT TENTANG CINTA – 8 (cinta)
Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.
Cinta adalah anugerah Allah kepada setiap insan, mereka yang tidak memiliki rasa cinta adalah tidak normal.
Ali Imran : 14
“ Di hiaskan bagi manusia itu kecintaan tentang apa yang menyenangkan iaitu daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada emas dan perak, kuda-kuda pilihan, haiwan ternakan dan tanaman.”
Sabda Nabi SAW
“ Tiadalah dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai oleh Allah itu, ialah orang yang lebih banyak cintanya kepada rakannya”.
Cinta yang hakiki adalah cinta yang didasarkan kerana Allah semata-mata, iaitu bila anda mencintai seseorang bukanlah kerana peribadinya, tetapi kerana kelebihan-kelebihan nya yang menujukan dirinya ke arah akhirat. Ini bermakna kita mencintai orang yang baik budi, tak tinggal solat, tak tinggal puasa, tak buat maksiat dan buat perkara-perkara yang diredoi Allah. Kita tidak cinta pada rupa paras, sebaliknya pada sifatnya yang baik.
Ataupun mencintai isteri kerana isteri tersebut dapat melindungi kita dari terus terjebak dalam kancah maksiat, disamping isteri kita yang selalu mencukupkan diri kita dengan segala kecukupan , baik zahir dan batin.
Timbul persoalan, adakah mencintai kekasih (bukan isteri) adalah cinta sejati.
Pada pandangan saya, cinta tetap sejati Jika dapat memenuhi kreteria berikut;
1. Cinta kerana Allah – dapatkah kita mencinta sidia hanya kerana Allah, kita mencintainya bukan kerana paras rupa atau harta benda. (soalan tambahan dan simpanan – adakah kita mencintainya kerana Allah jika kita sering berdua-duaan dengannya – nanti kita jawab)
2. Ikhlas dan tak perlu diucapkan. – Ini amat sukar, jika kita tak ucapkan bagaimana si dia tahu yang kita mencintainya.
3. Cinta tak harapkan balasan Cinta – kebiasaannya kalau kita mencintai seseorang, pasti kita akan harap balasan cinta dari sidia.
Ketiga – tiga kreteria tadi hanyalah lontaran idea dan pandangan saya untuk mengenal pasti adakah cinta saya kepada isteri saya sejati dan kerana Allah.
Lagu cinta
Bekorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia..
..9
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment