Monday, December 6, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 14 (betul ke tak pe bila cinta tak dibalas)


NASIHAT TENTANG CINTA – 14 (betul ke ada orang tak pe bila cinta tak dibalas)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.

Sukarnya mensejatikan cinta, kerana kita harap balasan, kalau cinta pada guru kerana ilmunya sudah tentu tak frust, kalau cinta pada anak-anak, sudah tentu tak frust kerana itu adalah tanggungjawab, kalau cinta kepada isteri, inilah cinta sejati.

Orang kata cinta ibarat api, kalau betul cinta itu api, sudah tentu ia penuh dengan syaitan. Memang tak pe kalau cinta tak dibalas, relax le, yang heboh sangat apa pasal ?.

Cinta 1, tak dibalas, ok
Cinta 2, tak dibalas, ok
Cinta 3, tak dibalas, ok
Cinta 20, tak dibalas , ok.

Kalau cinta anda ikhlas, berapa banyak pahala yang anda perolehi, kerana mengasihi dan mencintai seseorang sesama manusia Islam, kerana Allah.

Jangan serik untuk kembali mencintai seseorang, jangan putus asa, tak payah le nak konon-kononnya, cinta hanya satu, kalau sejati tak apa, ini tidak sejati (takrif sejati).

Mengharap cinta dari dia seorang sahaja, cintaku hanya untuk dia saja,
Lepas tu buat-buat kecewa, harap simpati konon,

Tak perlu semua ni, saya cadangkan buat rekod, senarai orang yang dicintai sepenuh hati, 1 – infiniti.

Hai ex STEP, kalau cinta anda tak di balas, saya beri 3 hari sahaja tempoh berkabung.

Hari satu: menangis lah sekuat hati, guna healer, atau mikrofon masjid tapi jangan guna mikrofon kelab malaam, disko, dangdut, yang ini saya tak berkenan 100 %.

Hari dua : Lap semua air mata, atau hingus yang keluar semasa menangis, basuh bagi bersih, nak pakai masa solat.

Hari ketiga : makan kenyang-kenyang, bagi ada banyak semangat .

Hari keempat : buat iklan besar-besar, cinta untuk ditender, atau siapa mahu cinta saya, atau seumpama dengannnya.

Kenapa menangis ?

Menangis adalah satu terapi merawat rasa gembira, merawat rasa sedih , bukan tak gentle bila menangis, Cinta punya pasal hero hindustan boleh menangis oo.. Cinta kepada Allah juga membuat Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali menangis.

Normal le, bila cinta tak diterima kita menangis, kerana kita tidak berpegang kepada prinsip cinta sejati yang saya kata dalam artikel ini. Dan sebelumnya. Kita merasakan cinta kita ikhlas, cinta kita sejati, kenapa dia tak terima, padahal kalau betul cinta kita ikhlas, terpulanglah kepada dia nak terima atau tidak.

Hai ex STEP, siapa suruh kau mengadu kepada Allah yang cinta kau tak dibalas. Waktu kau sedih, pandai kau mengadu kepada Allah, waktu kau miang, tak ingat Allah.

Walau bagaimanapun syukur kerana kau mahu mengadu kepada Allah, kalau kau mengadu kepada pokok, kepada kucing, kepada lembu, kan susah. Ujian sikit saja, tak berdarah kat mana-mana pun. Kalau luka dalam hati, luka dalam orang kata boleh bawa mati maa. Tapi apa pasal mau luka pula, kena apa ?, ada telan tulang ikan ke ?, atau telan sembilu ke, atau tertelan mata anak panah, atau terkena tusukan lembing masa latihan merejam lembing.

Ala cikgu ni macam faham je ?. orang tengah sedih buat lawak pula.

Kita hanya ikut perasaan sahaja, kita lari dari landasan Islam yang sebenar, Islam melarang pergaulan bebas lelaki dan wanita bukan muhrim, takut bercinta sebelum kahwin. Saya pun ada kata kalau nak cari cinta, cari masa dekat nak kahwin. Kahwin dan bercinta dengan isteri/suami.

Kecewa hanya lah mainan perasaan, frust menonggeng, frust kuak lentang pun mainan perasaan., tak ada pe, kena kuat semangat dan tabah menghadapi cabaran.

Cerita sikit 5

Selepas berkenalan dengan si dia saya maklumkan yang saya akan datang kerumahnya semasa cuti, untuk merisik, kawan saya nak ikut, katanya di belum pernah pergi kewasan itu. Lalu kami pergi berdua.

Hari itu bapa sidia tiada dirumah, hanya ibunya sahaja, lalu saya menyampaikan tujuan sebenar kedatangan saya. Saya katakan juga yang saya akan meminang sidia. Sidia tidak balik kerana takut, takut nak berhadapan dengan situasi itu, lagi pun kami bukan kenal mesrapun. Bila buka sekolah, saya maklumkan yang saya telah kerumahnya dan memberitahu yang saya terangkan kepada ibunya. Sekarang terpulang kepada awak, nak benarkan saya pergi meminang, atau tidak.

Kenapa tak buat begini kepada sahabat pertama dulu ?

…15

No comments:

Post a Comment