Monday, December 6, 2010
NASIHAT TENTANG CINTA - 15 (cinta berbalas mengundang kemurkaan Allah)
NASIHAT TENTANG CINTA – 15 (cinta berbalas mengundang kemurkaan Allah)
Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.
Apa pasal pula cinta berbalas mengundang kemurkaan Allah, bukan kah Allah yang menganugerahkan perasaan yang cukup indah ini.
Cinta adalah perasaan yang cukup indah, hendak dikatakan ada terasa tiada, hendak dikata kan tiada, ianya ada. – tak faham, tak faham, itulah cinta.
Cinta indah yang sepatutnya dikecapi dengan rasa syukur dan patuh kepada Allah, namun begitu rata-rata cinta manusia dilalaikan oelah Allah , kecuali cinta sejati, cinta sejati lagi.
Cinta tak berbalas kerana Allah sayangkan awak, agar awak tidak terjerumus dalam maksiat. Awal-awal dulu saya kata jangan cari cinta kalau belum bersedia hendak berkahwin, Saya bimbang cinta yang baik ini disalah gunakan. Menjadikan cinta itu terlalu kotor.
Bila cinta, kita rasa ingin bertemu, bila bertemu kita rasa nak pegang-pegang, mula lah episod gangguan syaitan.
Lagu cinta (lawak)
Jangan pandang-pandang
Duduk renggang-renggang.
Saya tak cadangkan ciinta sebelum kahwin, peringkat sebelum kahwin, kawan sikit-sikit sudahlah, Cuma tender siap-siap saja, jumpa sekejap-sekejap sudahlah untuk ubat rindu.
Kalau betul dia juga ada perasaan cinta kepada awak, berjanji setialah, tak perlu jumpa-jumpa.
“oleh kerana awak sudah cinta sama saya dan saya pun cinta awak, kita ambil keputusan tidak akan dating, kita jumpa selepas graduat nanti” ditandatangan bersama.
Idea pelik. Bagaimana kalau dia berubah fikiran, takut salah seorang berubah fikiran, tambah satu clause, sesiapa yang berubah fikiran, tak akan hidup bahagia., atau sesiapa yang menginkari janji kena bayar wang sebanyak RM 1,000, 000. 00
Lagi pelik.
Payah nak cari cinta setia, sebab tu ramai yang tak dapat meneruskan hubungan, mula tahun satu, tahun dua putus, mula tahun dua tahun tiga putus, kalau tak mula tak putus. Mula tahun akhir, insya Allah sempat bercinta selepas kahwin.
…16
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment