Tuesday, December 21, 2010

Saya Takut Mati - 7

Assalamualaikum wbt.

Saya Takut Mati – 7 adalah untuk menjawab balas Saya Takut Mati – 3.

Sekolah agama

Menjadi trend masa kini, masing-masing mahu menghantar anak kesekolah agama, satu perkembangan yang baik. Cuma saya mempersoalkan adakah menghantar anak kesekolah agama sebagai langkah menebus kegagalan diri ?. Menebus kejahilan sendiri yang sebelum ini tidak ‘beragama’. Bila timbul kesedaran dalam diri, lalu rasa menyesal kerana tidak bersekolah agama sebelum ini, lalu mengambil langkah menghantar anak kesekolah agama dengan harapan anak tidak menjadi seperti diri nya.

Kita sedar bahawa pendidikan agama adalah amat penting, namun kerana Negara kita memisahkan agama dan akademik diajar secara berasaingan dan menetapkan jumlah mata pelajaran yang boleh dipelajari maka ajaran agama termasuk praktikalnya diajar secara berasingan, hanya mereka disekolah agama atau sekolah arab sahaja yang berlajar agama, dan mereka disekolah arab terus gagal dalam akademik !.

Atau menghantar anak kesekolah agama kerana anak tersebut dirasakan tidak akan mampu untuk belajar akademik lantaran kerana ‘kita rasa’ anak tersebut lembab otaknya, manakala anak yang tidak lembab otaknya terus kita pilih sekolah yang ‘baik-baik’.

Hantarlah anak UPSR 5A kesekolah agama sepenuhnya, bukan SMK Agama kerajaan atau hantar ke Tahfiz, bukan hantar 5E semuanya kesekolah agama. Bila kita hantar 5E kesekolah agama, nanti dipermainkan oleh 5A, akademik pun tak ok, sebab tu mengurus tak ok, keluarlah kata-kata orang agama tidak educated dan sebagainya.

Adakah akademik tidak penting dan bila ada kesedaran dari jahil terus nak hantar anak kesekolah agama ?.

Kalau kamu sudah insaf, kenapa nak ‘denda’ anak dengan menghantar kesekolah agama ?, adakah kamu takut bila tua baru kamu faham ajaran agama seperti kamu?. Lainlah kalau kamu dari awal terdidik dengan sekolah agama/arab maka anak-anak kamu dijuruskan kearah itu, tanpa sebarang prejudis, memang itu laluan tradisi keluarga anda.

Tidak salah anda hantar anak kesekolah akademik sekalipun, tapi jangan main lepas tangan, jangan harap ustaz/ zah sahaja yang ajar anak sembahyang, puasa, bawalah anak sendiri dengar ceramah agama, akativiti agama, pergi masjid, didiklah dalam diri anak-anak kekutan iman dan amalan hidup Islam, biar dia duduk dalam masyarakat kristian sekalipun dia akan kekal Islamnya dan baik Islamnya sampai menjadi contoh kepada orang lain.

Disekolah menengah akademik, matapelajaran pendidikan Islam, cukup untuk menjadi asas hidup seorang Islam, yang menjadi masalah, kehidupan dirumah, tidak Islamik, Tv dibiarkan buka 24 jam, ibu tidak menghormati bapa, ini ditiru oleh anak-anak. Anak –anak dibiarkan buat keputusan tanpa bimbingan ibubapa, bapa takut nak marah anak. Tidak selari apa yang diajar oleh Ustaz disekolah dengan ibu bapa.

Pernah, kami memberi sedikit hukuman kepada anak yang tidak solat semasa tinggal diasrama, kesannya ibu bapa pelajar dating marah kepada ustaz, dengan alasan dalam Agama tiada Paksaan, hebat dia mentafsir ayat tersebut.

Baiklah,
kalau anda bertekad untuk hantar anak kesekolah agama, manakala anak sebelum ini tak dihantar kesekolah agama kerana 5A, soalan saya, andaikata anak tersebut gagal memperolehi kerja yang setaraf dengan kakak atau abangnya, adakah dia akan memarahi anda, atau adakah anda akan bertanggungjawab terhadap keewangan keluarga anak anda?. Tak takutkah anak mempersoalkan yang di diinanya , kerana ke sekolah dia gagal mendapat kerja ?.

Kemungkinan perkara ini akan terjadi, dalam keadaan yang memisahkan akademik dan agama, pelajar sekolah agama tiada laluan kerjaya, selain pendidikan, Jabatan Agama dan agensi berkaitan agama. Berbeza kalau disamping sekolah agama ada aliran sains atau lain-lain yang membolehkan anak-anak mengisi kerjaya, tidak banyak aliran sedemikian di Negara Islam kita. Ada bukan tiada, sekolah yang ajar Tahfiz dan akademik sains. Dalam kes sebegini cukup baik.

Atau saya cadangkan, jika anda hendak menghantar anak anda kesekolah agama, sediakan asset seperti tanah, untuk diusahakan oleh anak tersebut jika dia tidak mendapat pekerjaan, tapi mampukah anda.?

Ini yang membuat mereka takut untuk mengahantar anak kesekolah agama, berbanding orang kampong yang tak pernah memikirkan hal-hal begini kerana keyakinan mereka kepada Allah, bahawa rezeki ada dimana-mana, ilmu yang dimiliki boleh digunakan untuk mencari rezeki.

Menderma / sedekah.

Nilai RM 0.50 atau RM 1.00 tahun 1980 tidak sama dengan nilai RM 0.50 atau RM 1.00 tahun 2010, saya pun tahu, orang kampong pun tahu. Habis tu kalau dah tahu kenapa sejak tahun 1980 hingga kini hanya bubuh RM 1.00 dalam tabung Masjid ?

Pendapatan kita bertambah, maka tambah kan banyak RM kedalam tabung-tabung Fisabilillah, Ingat sedekah boleh panjangkan Umur ?!.

Kita berkira untuk memasukkan wang kedalam tabung masjid atau derma-derma lain, kita takut sangat wang tersebut disalah guna oleh JK masjid atau lain-lain jawatan kuasa yang meminta derma, tapi kita tak pernah berkira untuk menghiburkan diri kita, sewa astro, beli CD, tengok bola, masuk Fun- fair, masuk lagoon tu – lagoon ni, masuk sana- masuk sini yang kena tiket bukan RM1.00 malah cecah ratus, kalau orang Tanya begini kita kan jawab, untuk kepuasan diri, saya kerja penat sekali-sekala nak rasa nikmat.

Percaya atau tidak nikmat yang penuh nikmat ialah kalau anda dapat tolong kesusahan orang lain, sebab tu YB suka tolong orang lain. Atau ada orang yang secara spontan cuba menyelamatkan orang lain, kita akan rasa puas bila tolong tanpa harap balasan.

Hai sahabat, mulai Jumaat ini sediakan wang kertas merah (kalau sebelum ini biru) masukkan dalam tabung masjid, nampak orang susah hulur seringgit dua. Dan satulagi TIPs , minta orang yang kita beri zakat atau sedekahkan duit doa kan untuk kita, kerana ketika itu dia gembira dapat duit, doanya ikhlas dan tiada bencinya kepada kita.

Saban tahun, bermacam-macam derma dipungut untuk membantu, mangsa gempa, mangsa banjir dan berbagai-bagai mangsa. Kita pun hulur RM 1.00, memadai kah RM1.00 , kita pun jawab memadai, kerana kalau seorang rakyat Malaysia hulur RM 1.00 kita akan dapat RM 27 juta.

Saya tidak berminat menderma melalui saluran-saluran yang dibuat oleh mereka yang hanya cari publisiti dan guna publisiti tadi untuk kepentingan diri sendiri atau organisasi politiknya, malah ada yang mengambil komisen pula atas derma dengan alasan kos pengurusan !.




Sukarelawan.

Seronok mendengar sukarelawan yang ditawan oleh Israel, kita pun rasa macam dia tu hero, dan kita pun nak jadi hero juga, hai sahabat perbetulkan niat kalau nak jadi sukarelawan, latihlah diri jadi sukarelawan buang tahi cicak di Masjid, kemuadian sukarelawan bentang tikar sejadah dimasjid, kemudian sukarelawan buang sesuatu yang menhhalang jalan orang.

Kalau dah dapat buat perkara-perkara tersebut, jadilah sukarelawan diperingkat yang besar, kalau yang kecil tak dapat buat, tak payahlah buat yang besar, saya bimbang anda mati katak. Cuba pergi Tanya sukarelawan perang Afghanisatan yang dianggap ‘musuh’ dan dicari oleh kerajaan, adakah mereka ini sanggup buang tahu cicak di masjid. Anda akan dapat jawapannya. Dan cuba Tanya sukarelawan yang Bantu mangsa banjir, adakah mereka naik solat sunat tahiyatul masjid ketika membantu mangsa di masjid.


Bersambung..8

No comments:

Post a Comment