NASIHAT TENTANG CINTA -18 (cinta pertama biarlah rahsia)
Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009
Eiii, malunya saya kalau isteri saya baca blog ini, tadi saya call dia, kata saya rindu kepadanya, dah 11 bulan duduk berasingan. Menitis air mata semasa saya tulis cerita sikit 6
Rindu sungguh-sungguh, tak sama rindu saya kepada sahabat saya dalam cinta pertama. Agaknya sebab tunang saya juga berperasaan rindu seperti saya waktu itu. Sekarangni pun rindu, tapi selalu balik rumah.
Ex STEP, terutama kelas perdagangan sering tanya cinta saya, terimalah nukilan tak berapa feeling ini.
Subuh dingin kampus hijau, berkabus. Sesudah solat subuh aku bersiap untuk ke kuliah, semenjak sem 1 program matrikulasi dikampus ini aku ke kuliah dengan motosikal honda cup c86, kini sudah tiga tahun aku di sini. Dalam tahun pertama program ijazah.
Selepas sarapan pagi di kafeteria KTP aku segera menuju fakulti, meletakkan motosikal dihadapan dewan besar bertentangan dengan fakulti ekonomi dan pengurusan. Waktu senggang aku berbual atau berbincang dengan rakan-rakan sekuliah. Kadang-kadang waktu senggang ini aku ke perpustakaan mencari bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan. Sesekali melintas pasangan pelajar berdua-duan mencari bahan rujukan.
Gelagat mereka langsung tidak menggugat aku yang bersendirian dan aku sedikitpun tidak terpengaruh dengan fenomena sedemikian di kampus.
Kerap kali akau keperpustakaan diwaktu malam untuk mengulangkaji pelajaran, entah mengapa sukar menguasai pelajaran dan mengingati apa yang telah dipelajari, namun aku tetap tekun meneruskannya. Kebiasaan aku akan datang bersendirian seawal jam 8 malam dan akan pulang 10.30 malam. Waktu malam aku akan beri tumpuan sepenuhnya berbanding waktu siang, datang keperpustakaan untuk mencari bahan dan berbincang dengan rakan-rakan atau menyiapkan tugasan.
Jeans lusuh dan jaket jeans biru sering aku pakai diwaktu malam ketika ke perpustakaan. Bekas rakan se matrikulasi banyak melintasi diperpustakaan, sesekali terpandang “gadis ber t-shirt nanas” (GTN) gelaran yang aku berikan kepada seorang coursemate matrikulasi dulu.
Aku tak pernah berkenalan dengan dia, Cuma kenali dia dalan jurusan sainsfizik seperti aku. Aku pun tak pernah jatuh hati kepadanya. Walaupun dia seorang yang menarik dan menjadi pujaan rakan-rakan serta siswa-siswa lain di Kolej waktu itu.
Terus terang dan aku tegaskan bahawa aku tidak pernah jatuh hati kepadanya, jauh sekali untuk menaruh cinta kepadanya. Oleh kerana aku mengelarkan dia Gadis T- Shirt nanas, ini menjadi bualan seolah-olah aku suka kepadanya. Hai sahabat aku ulangi yang aku tiada hubungan dengannya dan aku tidak suka kepadanya. Walau bagaimanapun aku memohon maaf dari GTN dalam kesempatan ini kerana telah menimbulkan berbagai prasangka. Waktu itu usia aku terlalu muda, kejutan budaya dan tidak fahaman bagaimana menyelesaikan segala kegawatan.
Pernah suatu ketika aku ingin mengeratkan silaturahim dengan seorang siswi di kolej empat, siswi yang sama-sama dalam aktiviti pengakap, namun tidak dapat teruskan hasrat tersebut, kerana dia terus memberitahu yang dia sudah mengikat dirinya dengan seseorang. Aku bangga dengan orang yang berani meberitahu perkara sebenar dan berpendirian sebegini. Dan aku tidak menyangka orang tersebut adalah sahabat karib aku sendiri. Lalu aku memohon maaf darinya. Hubungan mereka tidak berkekalan dan aku merasa agak sedih dengan apa yang berlaku. Dan pada kesempatan kali ini juga aku memohon kemaafan dari siswi kolej 4, kalau-kalau masih ada salah dan silap aku terhadap kamu.
Masa berlalu, sahabat yang dulu sering bersama, berbual, berkelah dan berekspedisi kini sudah berselerakan di kojej-kolej kediaman yang berbeza dan mengikuti program ijazah yang berbagai. Seingat aku, kami bukanlah jenis suka menganggu siswi atau suka mengorat, kami dengan cara kami tersendiri, sentiasa gembira dan bercita-cita tinggi.
Dalam kesibukan mengejar cita-cita, kuliah, tutorial, kertas kerja, kerja kursus, aku jadikan seorang siswi junior di KTP sebagai adik angkat, dan aku maklumkan bahawa dia akan kekal sebagai adik angkat dan tidak akan berlaku naik taraf. Apa yang dapat aku tolong, aku beri pertolongan untuk adik angkat tersebut, jarang sekali aku bertemu dengan adik angkat ini, tapi dia cukup mesra.
Aku melawan diri ku dari mengenali siswi takut terjatuh hati, kerana aku mahu tumpukan perhatian kepada akademik, aku tak mahu gagal dalam pelajaran, ramai dikalangan sahabat yang gagal meneruskan pelajaran, gagal bukan kerana siswi, tapi kerana tak dapat menguasai pelajaran yang agak tough. Ramai coursemate mengatakan aku berperwatakan agak garang, dan sukar dihampiri, hakikatnya bukan begitu, aku hanya memberi tumpuan agar tidak gagal dalam pelajaran.
Takdir Allah menentukan segalanya.
Dalam keegoan aku tidak mahu mengenali siswi, Allah pertemukan aku dengan seseorang, seseorang yang benar-benar membuat aku jatuh hati kepadanya. Lemah lembut orangnya, sopan santun, bukan dikalangan orang yang menonjolkan diri, cukup menyenangkan diriku.
Lalu aku berkenalan dengannya. Masih segar dalam ingatan sehingga hari ini, meskipun 20 tahun telah berlalu, walaupun aku mahu melupakannya, walau aku telah taubat segalanya, namun ingatan ini membuat aku menulis dengan harapan “dia memaafkan aku” dari hujung rambut hingga kehujung kaki.
Sepanjang perkenalaan dan persahabatan dengannya aku tidak pernah tersentuh kulitnya, aku hormati dirinya. Kami bertemu beberapa kali, namun cinta untuknya amat mendalam. Aku tidak pernah menyimpan gambarnya, Cuma sepucuk surat darinya untuk aku.
Cinta tak perlu diucapkan, cinta tak perlu dibalas cinta, Cuma aku ingin kau tahu bahawa sebelum aku bertunang, aku mencarimu untuk mengotakan kata-kata aku, berpucuk surat aku utuskan namun tiada balasan, Cuma silapku, aku tidak datang kerumahmu seperti yang aku katakan pada malam peristiwa tragis di bukit ekspo.
Pada kesempatan ini aku memohon kemaafan dari hujung rambut hingga kehujung kaki sepanjang persahabatan kita. Cinta tak perlu dibalas cinta, biarlah rahsia...
Adus malunya.... kepada ex STEP, tua-tua masih terkenang cinta, (terkenang cinta membuat anda sentiasa muda, kah, kah,kah.) , ikuti temubual eksklusif antara Ex STEP dengan saya dalam entry terakhir NTC. Assalamualaikum.
...19
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment