Tuesday, December 14, 2010
Saya Takut Mati - 1
Saya Takut Mati – 1
Assalamualaikum wbt.
Artikel ini sebagai mengingati diri saya dan rakan-rakan sebaya (juga untuk semua yang membaca blog ini)
“Nyiur muda pun gugur kebumi”
13/12/2010 – 11.24 pm. Saya teringat untuk menulis artikel ini kerana teringatkan panggilan “Pak Cik di kedai computer petang tadi.
Lap Top “sendiri punya” saya hanging dan tak berfungsi semalam sewaktu saya sedang edit gambar- gambar kedalam fail anak-anak saya, lap top lama yang memori nya kecil sahaja, model acer tahun 2003, banyak kali dah hantar kekedai, banyak kali juga rosak kerana virus. Selepas kerja terus saya ke Masjid Tanah, cari kedai computer.
Duduk seorang diri memang tak tau nak buat apa, nasiblah saya tahu apa yang dilakukan. Dan tak cukup masa pun.
Berbalik kepada kedai computer tadi. Juruteknik muda dalam lingkungan 22 tahun memanggil saya “pak cik”. Jarang saya di panggil pak cik.
Inilah yang buat saya tertarik untuk menulis artikel ini, untuk renungan diri saya dan pembaca blog ini.
“Tua sangatkah aku, dipanggil pak cik, rambut belum beruban, sehelai dua yang masih terlindung di sebalik rambut hitam, kulit muka masih tegang, mata belum berkanta sepenuhnya, pakaian masih kemas, badan masih tegap” “Panggilan yang tidak kena pada orangnya”.
Masakan saya dipanggil pak cik , kerana saya masih;
1. Badan masih tegap dan gagah
2. Jiwa masih muda, masih memikir untuk beli kereta mewah
3. Keinginan untuk memilik harta masih tinggi
4. Keinginan tinggal dirumah besar masih ada
5. Keinginan untuk mendapatkan gred gaji tinggi masih ada.
6. Galak berfesbook dan blog.
Selayaknya saya dipanggil abang oleh juruteknik tersebut.
Berurusan dengan masyarakat, mereka memanggil saya cikgu, panggilan yang melenyapkan ke ‘tuaan’ saya. Panggilan cikgu menyebabkan saya tak sedar dan agak terkedu bila dipanggil Pak Cik.
Tapi saya masih muda, usia baru genap 42 tahun pada bulan ini. Anak-anak saya masih kecil, yang tua umur 14 tahun yang paling kecil (bukan bongsu) baru satu tahun.. Tapi bang oiii, Nyiur mudapun gugur kebumi juga.
Sebelum saya terus menulis artikel ini..
Minta tuan-tuan dengan ikhlas hati berhenti membaca sekejab dan hadiahkan Al fatihah kepada rakan sebaya saya ex- couresemate diuniversiti dulu yang telah kembali kerahmatullah. ( Mihar, Rosli Sowian dan Zuhaida Ibrahim) – Terima kasih.
Bersambung..2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment