Monday, December 6, 2010
NASIHAT TENTANG CINTA - 16 (Rindu)
NASIHAT TENTANG CINTA -16 (RINDU)
Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 - 2009
Lagu cinta
Rindu..
Serindu – rindunya..
Namun apa daya.. kau tak mengerti.
Rindu – perasaan yang tak dapat digambarkan, , kadang rasa indah bila merindu , kadang rasa tersiksa bila merindui dan amat tersiksa lah kalau orang yang kita rindui itu tak tau pun yang kita rindu kepadanya.
Rindu ini bukan kita rancang, ingat selalu tak semestinya rindu, tapi kadang-kadang kita nak berpisah sementara dengan kawan-kawan, kita akan kata, saya akan merindui kamu.
Kita tidak akan merindu kalau orang tersebut bukan yang kita sayang, kita tak akan merindui kawan biasa, kita akan merindui kawan yang luar biasa dalam hidup kita.
Merindui orang yang kita mula jatuh cinta kepadanya tidak memberi apa-apa makna, hanya menyiksa diri saja. Seksa pun tak apa sebab sifat rindu yang begitu indah membuat kita rasa tak rugipun, tak buang masapun. Seksa diri kerana rindu kita tak diketahui oleh sesiapa pun.
Tapi kalau kita merindui orang yang juga rindu pada kita, tentulah seronok.
Cerita sikit 6
Waktu itu (sekali itu sahaja) saya rasa teramat rindu kepada tunang saya, saya di LD manakala dia di Papar, dahulu bukan ada handphone, nak telefon pun susah. Nak pergi menemuinya, Masya Allah lebih kurang 500km, bukan highway macam disini. Gunung ganang, hutan rimba. Nak tak nak saya tumpang bas sekolah ke Ranau, naik bas Van dari ke Kota Kinabalu, sampai di Kota Kinabalu naik bas (van) ke Papar. Bertolak 8.00 pagi sampai Papar pukul 6 petang.(maghrib), tak apa mengubat rindu.
Bermalam dirumah seorang kawan ditaman yang sama, dua malam disitu, pergi beli-beli keperluan di KK dan pagi hari ketiga saya bertolak balik ke LD, nak meninggalkan tunang saya, Allah sajalah yang tahu, rasa berat yang amat sangat, (kenapa lah mereka tak setuju, saya minta menikah awal-awal bertunang dahulu, sebelum posting, itupun keluarganya nak bagi tunang setahun, mana boleh, singkatkan kpd 6 bulan, saya tak tahan menanggung rindu)
(nota : kenapa tak adjust tempat posting yang sama? jawapannya : saya boleh ajdust dan mampupun untuk buat adjustment , tapi mengenangkan kami belum kahwin, biar tinggal berjauhan, syukur Alhamdulillah, tak berlaku sebarang perkara yang tak diingini).
Moralnya : 1. bertunang jangan lama, menikah cepat-cepat.
...17
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment