Mengatasi gementar ketika hendak berucap dan ketika berucap
Topik ini banyak diperkatakan oleh orang ramai, terutamanya pelajar sekolah, pelajar universiti, guru, ketua-ketua masyarakat dan sesiapa sahaja yang kena berucap, tak kiralah berucap dalam perhimpunan, dalam masjid, dalam platun, dalam grup atau dalam perhimpunan agung yang ramai pendengar/ audien.
Saya sokong anda bahawa bukan senang untuk memberi ucapan dalam apa-apa situasi sekalipun. Masalah utama ialah nerves ketika menunggu masa berucap dan nerves ketika awal burucap atau sepanjang memberi ucapan.
Gambar hiasan
Guru yang selalu mengajar dalam kelas, hebat dalam kelas, pensyarah yang hebat dalam dewan kuliah pun nerves bila kena beri ucapan diluar bidangnya dan diluar ‘kawasannya’
Nerves mungkin kerana diluar ‘kawasannya’ atau diluar bidang pengetahuannya. Ada guru yang ambil MC kerana kena giliran beri ucapan semasa perhimpunan mingguan (tak ramai macam ini- kerana guru adalah orang yang berkebolehan dan terlatih dalam memberi ucapan). Tok imam pun akan mengigil semacam sahaja jika kena beri ucapan
- baca khutbah tak jadi masalah, mengimamkan sembahyangpun tak nerves sebab dalam bidang dan kawasannya.
Kesan nerves
1. Hilang point yang hendak disampaikan
2. Suara kurang jelas, intonasi tak dapat dikawal
3. Berdiri tidak tetap (malah boleh tumbang, jika terlalu nerves)
4. Rasa malu sendiri
5. Air muka berubah, merah padam atau pucat.
Kenapa nerves ?
1. Tidak biasa berucap
2. Tidak bersedia
3. Audien dihadapan orang yang lebih pandai atau dihormati.
4. Memang semulajadi nerves.
Bagaimana mengatasi ?
1. Tidak biasa berucap.
Pelajar boleh dilatih dari bangku sekolah lagi agar tidak nerves ketika memberi ucapan- latihan sebegini akan membiasakan seseorang berdiri dihadapan dan memberi ucapan. Perkongsian pengalaman semasa latihan dalam kumpulan juga boleh digunakan untuk menghilangkan nerves. Pelajar jangan mengelak diri dari kena giliran berucap dihadapan. Atau mengemukakan pandangan, ini semua akan membina keyakinan dan kebiasaan untuk memberi ucapan.
Buat latihan sendiri, catit pada nota/ teks ditempat yang boleh buat lawak, suruh audien buat sesuatu , ini kena buat perancangan yang betul, supaya tak silap semasa memberi ucapan.
Latihan depan cermin adalah yang terbaik yang boleh dilakukan. Malah dalam teknologi moden, boleh rakam, dengar semula dimana kelemahan, tapi nasihat saya jangan terikat sangat dengan teks. Jangan hafal, terlupa hafalan, puas nak kena cari punca.
2. Tidak bersedia / diluar bidang / diluar kawasannya.
Kebolehan berucap kerana dalam otak telah ada benda yang hendak disampaikan, pengarah mungkin tidak nerves kerana bahan yang hendak disampaikan kepada subordinate telah masak dalam fikirannya, dan satu lagi dia tidak nerves kerana dia adalah orang yang dihormati dalam organisasinya.
Bagi yang kena beri ucapan, buatlah persediaan, buatlah sedikit rujukan bagi menguatkan fakta dan hujah serta dapat meyakinkan audien.
Datanglah lebih awal, kalau dating lewat lagi bertambah nerves, kaji sikit, siapa audien, berapa ramai, educated ke, alim ke, rokes ke. Semua ini akan beri keyakinan dan kebersediaan kepada anda untuk memberi ucapan.
3. Audien dihadapan orang yang lebih pandai atau dihormati.
PM tidak perlu nerves kerana beliau adalah orang yang dihormati, tetapi dia perlu nervers jika beri ucapan dikhalayak bukan penyokongnya, silap-silap kasut pun boleh terbang ke kepala. Seseorang yang dihormati, memang harus di hormati dan diberi penghormatan sewajarnya, sebab itu dalam budaya Malaysia penghormatan sahaja mengambil masa 5 minit lebih. Yang berbahagia, Datuk…, yang dihormati, nenek… yang dikasihi adik….
Penghormatan yang betul dapat mengurangkan 50 % nerves diawal ucapan. Study lah bagai mana nak menghormati dan kata hormat yang betul, eg yang gagah perkasa datuk badang, yang lemah gemalai si… dan macam-macam lagi kata hormat yang telah dikenalpasti oleh bijak pandai dalam bidang pengucapan awam.
Anda juga boleh anggap khalayak dihadapan anda adalah terdiri dari rakan-rakan yang boleh disampaikan apasaja maklumat, maklumat ada asas atau ada fakta.
Tapi bagaimana nak anggap mereka sebagai kawan, kerana kita dah tahu, mereka terdiri dari sekian-sekian orang, yang dihormati, yang dikasihi malah ada yang dibenci.
4. Memang semulajadi nerves
Memang semulajadi nerves, ini menunjukkan kita adalah manusia yang normal, bukan seorang yang totally angkuh, sombong,
Ini berkaitan dengan kekuatan jiwa, kekuatan mental, hanya mohon dari Allah swt, isikan jiwa dengan zikir. Isikan oksigen dengan menarik nafas dalam-dalam , oksigen yang disedut masukkan bersama, Allah hu akbar atau subha nallah. Cari lah air penawar yang boleh meningkatkan keyakinan diri dan membuang syaitan yang ada dalam saluran darah yang sering menimbulkan rasa was-was.
Jangan tengok audien secara bertentang mata semasa awal ucapan, cukup sekadar jelling sikit-sikt, kemudian, bila dah stabil, bolehlah ada eye contact dengan audien.
Elakkan daripada memegang kertas, kerana jika anda nerves, ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan nervesr.
Bagaimana saya mengatasi nerves ?
Saya akui saya nerves semasa menunggu giliran untuk memberi ucapan, tetapi nerves saya akan hilang sebaik saja saya memberi salam, mengucapkan selawat dan buat-buat membetul-betulkan mikrofon (walaupun ini tak sepatutnya dilakukan semasa memberi ucapan,)
Semasa menunggu giliran selalunya, ingatan zikir, subhanallah dimainkan difikiran saya. Sebagai guru , saya telah banyak kali memberi ucapan kepada pelajar, sejak tahun 1995, apabila saya muncul memberi penerangan berkaitan kokurikulum, seterusnya Hal Ehwal Murid dan seterusnya berkaitan sekolah, boleh dikatakan nervers saya akan habis sebaik sahaja saya memberi salam, mengucapkan selawat dan buat-buat betulkan mikrofon.
Disekolah saya tergolong dalam kategori orang dihormati kerana jawatan yang saya sandang, jadi tiada masalah, kerana audien adalah orang yang ‘kena’ dengar ucapan saya dan ucapan saya adalah ‘betul’ belaka.
Selain dari tempat tersebut saya belum pernah memberi ucapan, sewaktu memberi taklimat kepada pengarah suatu ketika dahulu, tiada nerves kerana saya yakin yang ditaklimatkan itu adalah data-data dan maklumat yang lengkap dan saya praktik beberapa kali.
Cadangan saya,
Sesiapa yang nerves semulajadi, eloklah mula mengisi diri dengan bacaan-bacaan Al Quran. Kerana apabila Ayat Quran mengisi urat darah kira, ia menutup ruang kepada syaitan, jin yang duduk dalam saluran darah kita. Syaitan memang suka mengusik dan mengacau kita dalam berbagai keadaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment