Sunday, December 5, 2010
NASIHAT TENTANG CINTA - 12 (adakah anda perlukan cinta)
NASIHAT TENTANG CINTA – 12 (adakah anda perlukan cinta )
Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.
Soalan saya : adakah anda benar-benar perlu mencinta seseorang ? atau adakah anda benar-benar perlukan cinta ?
Jika anda menyatakan anda benar-benar perlu mencintai seseorang, saya kata cinta itu tak sejati, sekadar dibuat-buat sahaja. Kalau anda kata anda perlukan cinta, saya kata ini adalah naluri manusia iaitu perlu untuk dicintai, tapi bolehkah suruh orang cinta pada kita ?
Cinta kepada seseorang hadir dengan sendiri, kita tak minta, tapi hadir, anugerah Allah., tak payah cari cinta, kerana nanti akan dapat cinta palsu.
Cinta hadir dengan sendiri, tak perlu berkawan pun, boleh hadir cinta, tidak mustahil, baru berkenalan sehari sudah jatuh cinta, malah sebelum berkenalanpun dah jatuh cinta. Cinta adalah anugerah Allah untuk dijaga dan ditadbir supaya mendapat pahala, bukan dapat dosa.
Kalaulah anda mengejar cinta hanya kerana anda nak tunjuk yang anda “laku”. Ini tak bermakna apa-apa, ia tiada kesudahan.
Lagu cinta (lawak)
Dari musim durian
Hingga musim rambutan
Tak juga aku mendapatkan..
Saya beri anda satu soalan untuk memerangkap saya sendiri. Kalau cinta tak perlu diucapkan kenapa perlu “berkenalan” ?
Ya lah kalau cinta tak perlu diucapkan, cinta lah dari kejauhan, dia tak perlu tahu yang anda cinta padanya, itulah cinta sejati, kenapa nak beritahu kepada sidia yang anda cinta padanya. Jawapannya anda mahu dia tahu yang anda cinta padanya dan dengan harapan dia akan terima cinta anda.
Bagaimana perlakuan terima cinta anda, kalau dia kata “ saya terima cinta anda, terima kasih, cinta lah lagi,”. Tapi dia tak beri cintanya kepada kamu. Ini nak buktikan yang kita hanya mengejar supaya dicintai, kita beri cinta kita supaya dia juga memberi cintanya kepada kita. Kalau dia tidak membalas cinta kita, tiada lagi hubungan selepas itu. Cinta kita kepadanya juga terkubur.
Cerita sikit 4
Tahun 1994, saya terasa nak kahwin, lalu saya menelefon emak saya memberi tahu yang saya hendak berkahwin, dan saya kata yang saya akan cari sendiri bakal isteri saya. Saya bukan ada calon pun, saya cuba cari sahabat lama saya, yang saya ada “janji” dengannya - cinta tak diucapkan. Tapi tak dapat, surat tak pernah dibalas. (dulu mana ada handphone, surat sajalah)
Saya harap sangat-sangat bertemu jodoh dengan sahabat saya itu. Apakan daya jodoh pertemuan dikuasai Allah, kita boleh berharap sajalah.
Wang dalam simpanan melebihi RM 10,000, cukup dah. Cari calon, kalau ok terus kahwin sajalah, buat apa tunggu lama-lama lagi. Cinta suami isteri lagi baik, cinta selepas kahwin. Lalu saya memerhatikan seorang gadis yang sederhana. Mengkaji dan mentelaah kemungkinan dia adalah calon yang sesuai, tidak berdasarkan bintang, sekadar pemerhatian biasa sahaja, latar belakang keluarga, kawan-kawan, dan saya jumpa satu kelemahan pada gadis ini. Kelemahan ini membuat saya rasa dia sesuai untuk menjadi isteri saya.
Gadis ini sama belajar di maktab.
…13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment