Sunday, December 5, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 13 (adakah cinta perlu diberitahu)

NASIHAT TENTANG CINTA – 13 (adakah cinta perlu diberitahu )

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.

Tulisan saya agak tidak tersusun, semua artikel ini ditulis secara spontan sahaja, jagi gaya bahasa pun tak berapa menarik, asalkan apa yang nak saya nasihatkan kepada ex STEP tercapai maksudnya. Sesekali anda akan dapat saya tidak menyokong anda mencintai seseorang, sesekali saya mempertahankan cinta tak perlu diucapkan, sesekalai saya kata kita mengejar cinta . sesekali saya kata kita mencinta untuk dicintai balas.

Cinta terlalu luas, tadbir cinta kita supaya kita mendapat pahala darinya, elakan kita mendapat dosa dari cinta. Sesekali saya berceritakan cinta saya, dulu pelajar saya amat berminat untuk mendengar huraian saya tentang cinta, dan selalu bertanya bagaiman saya bertemu jodoh dengan isteri saya, waktu itu belum sampai masa untuk saya terangkan, kini bila anda sudah dewasa, boleh berfikir, bolehlah saya terangkan, sebagai panduan dan iktibar, cinta manusia tidak sama, namun fokuskan kepada keredaan Allah.

Dulu saya kata isteri saya adalah pilihan ibu bapa saya, confirmation dari mereka, setelah mereka pergi mirisik. Takkan saya nak cerita kepada pelajar tingkatan 4 atau 5 yang saya cari sendiri, ia akan memberi pengajaran tidak baik kepada mereka waktu itu.

Berbalik kepada adakah cinta perlu diberitahu ?

Jangan ikut prinsip saya, cinta sejati tak perlu diucapkan, pasti anda akan merana, melainkan anda adalah seorang yang kuat jiwa dan berpegang teguh pada prinsip anda sendiri. Jadi beritahulah yang anda cinta kepada sidia, tapi jangan harap balasan, kalau harap balasan, saya boleh persoalkan keikhlasan cinta anda.

Kalaulah sidia juga memberi respon yang baik sejak awal perkenalan, maksudnya cinta sama cinta, dan kalau si dia memahami bahawa perkenalan yang berlaku adalah atas dasar hendak mencinta, ini lebih menguntungkan.

Tapi kalau sidia tak faham atau buat buat tak faham yang perkenalan untuk tujuan cinta, ini agak payah dan parah.

Mengapa perlu nak ucapkan atau beritahu yang kamu cinta kepadanya. Kamu cinta Allah dan Rasul ada sebut, Ya Allah aku cinta padamu, ya rasulullah aku cinta padamu, tak adakan, tahap kita ni, tak ada, tak taulah kalau wali Allah menyebut sedemikian, cinta pada Allah dan rasul ditunjukkan dengan perlakuan kita, Cinta Allah sebutlah Allah, zikirlah kepada Allah, cinta pada Rasululah, ikutlah sunnah baginda. Yang saya pakai serban kerana nak tunjukkan saya Cinta Rasulullah. 8 kali saya menziarahi baginda, takkan semudah pakai serban , saya tak dapat lakukan.

Beritahu terus terang sajalah yang anda cinta kepadanya, dan bersedia untuk terjun blok asrama, atau digilis komuter LRT. Hoi, sampai tahap tu sekali ke. Ia lah , kalau anda jenis tak pandai kontrol, jenis tak faham, cinta tak semestinya dibalas cinta, cinta tak mestinya bersatu, mencinta bukan kerana nak dapat balik cinta.

Tadi dan sebelum ini saya kata dan ulang banyak kali, sebenarnya kita mencintai seseorang kerana kita harap orang itu juga mencintai kita, kalau betul anda mencintai sidia tanpa harap balasan cinta darinya, jadi cinta tak perlu diucapkan. Tapi saya tidak suruh kamu menipu diri dengan tidak mengucapkan atau memberitahu yang kamu mencintainya. (sorry, teringat sahabat lama saya, cinta tak perlu dibalas cinta, kisah cinta 20 tahun lalu – biarlah ia rahsia).

Dia tolak cinta kamu, perkara biasa, carilah prinsip saya tadi, cinta sejati tak perlu balasan. Kalau cinta anda terhadapnya terhenti disitu, jelas itu bukan cinta sejati. Sebab itu saya suruh cinta orang yang betul, kerana sifat-sifat baik yang ada pada dirinya dan sifat menuju
keakhiratan yang ada pada dirinya.

Selalu berlaku bila kawan kita itu menolak cinta, kita dah jadikan dia musuh, kita cemburu dengan dia. Wujud lah perkataan frust menonggeng, cinta tak berbalas,

Kalau dia KIV dulu samada nak terima atau tidak, ni banyak birokrasi pulak.

Kalau padi katakan padi
Tidak kami tertampi-tampi
Kalau jadi katakan jadi
Tidak kami ternanti-nanti.

Penantian adalah satu penyiksaan, sudahle memilih, kenakan syarat pula, Nasihat saya, beri tempoh 3 hari, hari keempat , katakan kepadanya, tak mengapa, tidak terima cinta sayapun tak mengapa,

Malu nak beritahu yang saya cinta kamu. Dah malu apa boleh buat, memang patut malupun, kerana cinta itu buat-buat sahaja. Bukan cinta sejati, cinta sejati tak perlu diucapkan, cinta sejati tak harap balasan.

Kamu harap dia balas cinta kamu atau sekadar dia tahu yang kamu cinta kepadanya ?.

Kalau sekadar harap dia tahu, tak le jadi masalah, yang jadi masalah kita harap dia balas cinta kita. Pilih lah yang betul, yang faham cinta itu rahmat anugerah Allah, jadi tak le timbul dia akan berkata kita “perasan”

Pipi tak mancung hidung tersorong-sorong”, silap, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Sepatutnya orang yang dicintai perlu bersyukur, bukan senang orang nak mencintai kita. Balaslah dengan baik, katakan dengan baik ketidak bersediaan anda untuk membalas cinta orang kepada kamu.


…14

No comments:

Post a Comment