Monday, December 6, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 19 (temubual ekslusif NTC)

NASIHAT TENTANG CINTA -18 (temubual ekslusif NTC)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 – 2009

ES = ex STEP
CG = saya.

ES : Assalamualaikum, cikgu nampak sihat, makin gemuk?
CG: Waalaikummussalam, biasalah gemuk, dulu pun saya gemuk, kadang kurus, kadang maintain, tahun 2006 – 2008 saya kurus , BMI pun ok. Waktu study di UPM kurus saja, third year dah mula gemuk, kurang excercise, sebelum tu , selalu kegym, latihan silat, latihan tae kwondo, third year dah kurang, tae kwon do tak pergi dah, silat dah tamat, pergi sekali sekala, gym tak pergi, asyik pergi library saja.
ES : Isteri cikgu, cigku Tipah sihat ke ?
CG : Bila pula saya kahwin dengan cikgu Tipah, kamu ni mengarut le.
ES : Sorry, sorry, cikgu Rozita... dia buat apa sekarang.
CG: Kalau terdengar kat Cikgu Rozita, nama pelik-pelik, marah dia, kamu tak ‘friends’ dalam facesbook dia ke ?
ES: Ada, tapi dia jarang fb.
CG: FB dia saya yang buatkan, kemudian tolong jawab, kalau ada masej kawan-kawan dia.
ES: Oh begitu, .
CG: Kadang-kadang dia jawab sendiri, kalau kawan dia yang saya tak kenal, saya tanya dia dulu.
ES: Cikgu, kenapa cikgu asyik kata malu saja, dalam NTC.
CG: Saya kan pemalu, tapi malu-malu pun kamu dapat juga nasihat, dapat juga tau rahsia saya.
ES: Best ke bercinta ?
CG: Best macam mana, kalau cinta sejati bukan best, cinta pegang-pegang baru best, betul tak.
ES: ish..cikgu ni,... sebelum cikgu kawan dengan cikgu Rozita, cikgu ada 3 orang makwe, betul tak.
CG: ooo tidak, saya tak ada mak we langsung, cikgu Rozita lah makwe saya, pertama dan terakhir
ES: Habis, GTN bukan mak we cikgu, Sisiwi Kolej 4 bukan mak we cikgu. Cinta rahsia cikgu bukan makwe ?
CG: Saya tak pernahpun berkenalan dengan GTN, kami satu kelas sains fizik saja, bersembang pun tak pernah, saya malu dengan orang perempuan.
ES: Habis tu yang kenal dengan Siswi Kolej 4, macam mana pula.
CG: Sama-sama pengakap, kenal begitu-begitu saja, tak ada apa, kalau jumpa boleh tegur, boleh sembang.
ES: Cikgu ni aktif masa di kampus.
CG: Ooo memang saya aktif, Pengakap laut, silat, tae kwondo, kebajikan, berborak, meronda, berjoging.
ES: Berborak takkan aktif kut, orang maksudkan aktiviti persatuan.
CG: Ia lah, saya suka camping, panjat gunung,
ES: Cikgu.. cerita le sikit , lawa ke makwe cikgu yang seorang tu, orang mana cikgu?
CG: Yang seorang tu pun bukan mak we saya, saya anggap dia sahabat istimewa saya. Malas lah nak cerita pasal seorang ni.
ES : Eleh, tak kan nak rahsia kut, sampai bila, kami pun nak tau juga.
CG: Saya malulah nak cerita.
ES: Nama mula huruf apa.
CG: R
ES: Yang last huruf apa
CG: A
ES: Yang ketiga huruf apa?
CG: S, ooh, oh, nanti semua dapat.
ES: Last cikgu, cikgu jawab, berapa huruf nama dia
CG: Ok, 7
ES: Ada huruf L dak?
CG: Ada.
ES : Cikgu, saya dah dapat, nama mak we cikgu.
CG: kan saya kata , jangan kata mak we cikgu.
ES: R - s- - - a , ada huruf L., confirm betul.
CG: kamu memang pandai korek rahsia
ES: Tengok le siapa yang mengajar kami.
CG: Ialah, saya yang mengajar
ES: Isteri cikgu tak marah ke.
CG: Nak marah sebab apa pulak, ni hanya cinta, bukan saya terbayang-bayang, atau tergila-gila padanya, sesekali ingat le peristiwa lama. Cinta pertama memang susah nak lupa, sebab tu kena ikhlas, kalau taak ikhlas rugi, cinta belum tentu dapat hidup bersama. Lagipun cikgu Rozita kamu, memang maklum tentang perkara ini.
ES: Hairan, kenapa cikgu tak bagi kami kata dia mak we cikgu?
CG: Dia tak pernah anggap saya ini, pak we dia.
ES : Cinta tak berbalas le ni tambah sikit cinta pertama tak berbalas.
CG: Tepat sekali kesimpulan awak. Saya lebih senang kata dia sahabat saya, kerana saya dan dia berkenalan dan berkawan.
ES : Cikgu, ini soalan cepu mas, kalau cikgu jumpa dengan dia, ada pulak cikgu Rozita bersama, ada pula suami dia, apa cikgu nak buat ?
CG: Kalau kamu di tempat saya, kamu nak buat apa ?
ES : Saya tanya cikgu, cikgu kena jawab.
CG : Saya buat-buat tak kenal je.
ES : Tulis kata nak minta maaf., kenapa buat-buat tak kenal pulak.
CG: Nanti suami dia hentam cikgu.
ES: Nak kenal macam mana, entah-entah gemuk mengalahkan Yusni jaafar, Aishah.
CG: Lawa ke, dua kali tanya dah.
ES: Dulu dia kata dia kata dia buruk, suruh saya cari orang lain. Tak lawa la maknanya.
CG: Kalau nak banding dengan Cikgu Rozita, lawa cikgu Rozita lagi.
ES : Habis tu yang cikgu cinta sangat kepada dia, sebab apa?
CG: Saya tak lihat pada paras rupa.
ES : Cikgu, saya tak percaya yanag cikgu akan lari kalau jumpa dia, say tau cikgu jenis macam mana, kalau cikgu penakut, tak kan cikgu boleh jadi ketua di STEP.
CG: Betul tu, saya tak akan lari, saya kan berkenalan dengan suaminya, cerita hal sebenar dan meminta maaf melalui suaminya. Saya rasa suaminya pun jenis understand macam saya.
ES : Cikgu, ni soalan andaian, soalan aplikasi ?
CG: Ada soalan aplikasi pulak?
ES : Andaikan dia belum kahwin, cikgu nak kahwin dengan dia ?
CG: Imposible, dia banyak peminat, ramai yang suka padanya, sehingga saya rasa kasihan, ada saja orang yang nak berkenalan dengannya.
ES: Kata tak lawa, tapi kata dia banyak peminat pulak?
CG: Lemah-lembut, sopan santun, cakap bahasa sedap, orang Melayu, bukan Jawa , katanya semasa awal perkenalan kami.
ES: Jawab le cikgu, kalau dia belum kahwin.
CG : Cinta tak semestinya dapat hidup bersama, walaupun masih ada cinta kepadanya, cinta dan tanggungjawab saya kepada isteri dan anak-anak adalah lebih utama. Biar lah menjadi satu kenangan abadi.
ES: Dia tak kahwin sebab tunggu cikgu, bukan kah cikgu kata nak pergi rumah dia.
CG: Tak logik, mustahil.. takkan sampai tahap tu, surat saya selepas peristiwa malam tu, dia tak pernah balas, nampak saya, dari jauh dia ubah haluan, masa konvokesyen dia, saya datang cari dia, tak jumpa.
ES : Cikgu, apa yang berlaku, sampai cikgu nak minta maaf dari dia hingga kini,
CG : Saya tak kan cerita bab ini. Biarlah rahsia. Tapi saya nak beritahu untuk elakkan sebarang spekulasi, sebarang tanggapan negatif, tanggapan serong. Sepanjang saya mengenalinya, saya tak pernah tersentuhpun kulitnya, tak pernah menggatal dengan dia, saya cukup hormat kepadanya, tak ada perkara tak senonoh yang saya lakukan.
ES: Dah tu kenapa kena rahsia bab ini.
CG : Biar laah rahsia.., hanya Allah saja tahu, hanya kami berdua saja yang tahu. Tambah seorang lagi, hanya saya cerita kepada isteri saya.
ES: Ok lah cikgu, cikgu memang nak rahsia, kami hormat pendirian cikgu, cikgu marah ke?
CG: Mana ada marah, kamu tak belajar saja yang saya marah, lain-lain hal, mana ada saya marah.
ES: Betul tu cikgu., cikgu tarik telinga dia dulu sebab tak bawa buku.
ES: Last sekali, kalau kami terjumpa dengan dia, tapi mana kami kenal, apa yang boleh kami katakan kepada nya.
CG: Katakan yang saya ucap “Assalamualaikum wbt” kepadanya dan saya memohon maaf dari hujung rambut kehujung kaki dan saya maaf kan dia dari hujung rambut hingga kehujung kaki.
ES: Hebat le cikgu, kalau saya tengok muka pun tak mau dah.
CG: Itulah orang perempuan, cinta tak sejati....
ES: Cikgu fb ada, cari lah dia, buat lah iklan minta maaf.
CG: good idea, tapi belum tentu dapat dilaksanakan demi menjaga keharmonian orang lain.





Tamat NTC, jangan tanya lagi tentang cinta kepada saya.

No comments:

Post a Comment