Tuesday, December 1, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 11

Hari berangkat.

Seorang anak lelaki saya dihantar kerumah mentua di Kuala Nerang, kerana disana dia dapat bermain dengan paksunya. Manakala anak yang lain ditinggalkan di Choras. Bag-bag tertentu telah dihantar ke Choras terlebih dahulu, Cuma tinggal bag dokumen sahaja ada bersama kami, Saya telah menaikan notis dipapan kenyataan pejabat memaklumkan jadual berangkat saya dan memohon maaf daripada semua orang. Saya juga telah meronda kerumah saudara-mara yang sempat memaklumkan saya akan ketanah suci dan memohon maaf dari mereka.

Saya memaklumkan yang saya akan berangkat sebelah petang, selepas solat asar dan dijangka sampai ke Kompleks haji Bayan Lepas sebelum Maghrib. Saya turun dari rumah saya dikuarters dengan membaca ayat-ayat yang dipelajari semasa kursus, niat musafir, sembahyang sunat musafir, hanya kami berdua yang turun.

Kemudian kami sampai dirumah ayah saya. Selepas waktu zohor ramai saudara mara datang, Kedatangan saudara mara membuat hati saya mula hiba, dan tak tertahan untuk mengalirkan air mata. Saya berkemas untuk apabila masuk waktu asar kami sembahyang jemaah bersama ayah saya dan mulalah air mata bercucuran kebumi.

Abang Non mengazan kan langkah kami dimuka pintu, saya dan ayah saya membacakan doa-doa hendak musafir (kali kedua), lalu saya menuju kekereta inova abang Yusri yang tersedia dihadapan pintu, saya tidak berani pandang belakang lagi, bukan kerana diberitahu jangan pandang belakang, Cuma wajah saya yang sedih membuat saya tak dapat pandang belakang. Orang tua kata tak boleh pandang belakang semasa nak berangkat ke Tanah Suci, saya kata apa salahnya, pandanglah kebelakang , lihatlah anak-anak yang ditinggalkan kalau mampu. Saya langsung tidak memegang anak kecil saya dalam dua jam terakhir kerana bimbang menangis.

Sebelum itu saya terpaksa membawa seorang anak perempuan saya ke klinik kerana demam, lebih kurang 2.30 petang baru selesai berjumpa doctor, kalau saya tak hantar rasa tak puas hati, nak ditinggal begitu sahaja.

Suasana sunyi sepi sewaktu kami hendak melangkah keluar, bapa saudara dan saudara mara terdiam tak terkata apa. Hanya melihat kami hendak pergi. Kami pernah pergi ke bertugas di Sabah, tak rasa pilu apapun semasa berangkat. Kenapa pula hendak ketanah suci yang telah tahu tarikh pulang rasa hiba pula..
(sekarang inipun saya bergenang air mata, mengenangkan sayunya, hibanya, suasana hendak kerumah Allah ) sebab itulah saya lebih senang turun sendiri, pergi sendiri tanpa dihantar, kerana kelemahan saya untuk menahan air mata.

Masa berpindah balik dari Sabah pun (setelah 7 ½ tahun disana) saya tak tertahan air mata kerana sayu, hiba, pilu meninggalkan pelajar-pelajar, sahabat handai sehinggakan orang lain pun turut menangis, pelajar-pelajar saya pun menagis tak terkira. (sudah 7 tahun saya tidak melangkah kaki menjenguk mereka disana)

Pergi yang tahu tarikh pulang, kalau dapat pulang dan umur panjang.

Kenapa saya menangis ?, Adakah saya takut nak menghadapi Allah, sepatutnya saya gembira kerana akan menjadi tetamu Allah, Sukar nak diterangkan .

Lebih kurang 2 jam kami sampai ke Kompleks TH di Jalan Relau Bayan Lepas. Sudah ramai orang menghantar bakal jemaah, bilangan yang menghantar sememangnya lebih, dulu saya rasa tak perlu dihantar oleh orang ramai, sekarang saya menganggap perlu untuk dihantar oleh adik beradik yang ramai kerana ini akan membuka semangat orang yang menghantar untuk cepat-cepat ke Tanah Suci.

Kami menurunkan bag di hadapan pintu untuk ke kompleks, sementara Abang Yusri pergi meletakkan kenderaan, banyak khemah besar disediakan oleh TH untuk kemudahan orang yang menghantar, suasana seperti pesta, siap dengan gerai-gerai jualan dan sebagainya.

Wassalam

No comments:

Post a Comment