Sunday, December 6, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 16






Assalamualaikum wbt.

Sae kali pertama

Ramai jemaah bersesak-sesak ke Bukit Safa untuk mengerjakan sae. Saya yang datang tanpa seseorang untuk menunjukkan tempat sae, hanya melihat papan tanda yang tertulis Safa dan saya sekali lagi confuse dimana hendak memulakan sae, waktu belajar kita disuruh mula dibukit safa dan berakhir dibukit Marwah. Kedudukan papan tanda “ Sae start from here” juga mengelirukan. Namun saya mengambil keputusan mendaki bukit Safa dari tempat berhampiran papan tanda tersebut dan memandang Kaabah serta berdoa dan melambai kaabah kemudian turun Bukit Safa menuju ke Marwah di lorong yang telah ditetapkan, saya bermula dari Gigi batu-batu bukit Safa berjalan turun menuju Marwah dengan membaca wirid- wirid yang dipelajari. Peluh bercucuran dan membasahi tuala Ihram, namun semua itu saya tidak pedulikan yang penting saya mesti mengabiskan 7 kali Sae. Sampai di Marwah saya membaca doa kemudian turun kembali menuju Safa. Antara Safa dan Marwah kita tak boleh terpesong niat, niat awal kita adalah sae, kalau kita ternampak kawan dan nak kejar kawan, ini dikira lari niat, sea tersebut tak terkira dan perlu ulang. Selepas cukup pusiangan sae, iaitu habis di Bukit Marwah. Gunting kecil memang sentiasa ada dalam beg galas. Selepas membaca doa sae. Saya pun mengunting rambut saya, tanpa melihat cermin. Selepas puas hati dengan guntingan tersebut, saya mengunting rambut isteri saya di tempat yang jauh dari orang ramai.

Biasalah bukan semua bawa gunting, ada yang datang minta tolong gunting, ada yang nak pinjam gunting, jadi saya pun memberi mereka pinjanm ,yang ditolong oleh saya pun ada.

Datang seorang pemuda dari Indonesia yang kata “Jangan pak, tak boleh gunting rambut sendiri”, ini mazhab mana pula ?. Saya abaikan teguran beliau dan terus bergunting sendiri. Yang saya faham tak boleh gunting rambut orang lain sebelum gunting rambut sendiri.

Ada juga anak-anak arab yang mencari makan tolong gunting rambut orang, lepas guntuing kena bayar. Ada satu kali beliau datang gunting rambut saya, dia datang minta gunting dan gunting rambut saya dengan menggunakan gunting saya, selepas gunting dia minta bayaran. Saya kata tiada, dua tiga kali dia minta saya tetap kata tiada. Dan ditambah itu guntuing saya. Akhir sekali dia kata halal.

Ada satu peristiwa dimana ramai jemaah mengerumi saya minta pinjam gunting saya kata tunggu sekejab dengan bahasa isyarat. Keadaan tersebut telah menyebabkan pengawal disitu datang memarahi kumpulan tersebut, dan saya tak dapat berkata apa-apa.

Pernah satu kali saya bercukur sedikit di atas batu bukit marwah, seorang jemaah haji India kata kepada saya ‘Haram’, adakah bergunting atau bercukur diatas batu bukit Marwah adalah haram.!.

Pernah datang jemaah haji dari India juga, seorang wanita yang datang memberitahu isteri saya supaya menggunting ekor rambut, tidak boleh potong pangkal rambut. Kami abaikan kata-kata tersebut kerana kami berpegang kepada apa yang dipelajari semasa berkursus.

Semasa bergunting agak sukar sedikit bagi orang perempuan yang mahu menjaga auratnya, berbanding yang lupa bahawa rambut adalah aurat. Saya terpaksa mencari tempat yang jauh sedikit untuk mengunting rambut isteri saya. Ada yang tak peduli langsung aurat, sehingga digunting oleh lelaki bukan muhrim. (dua bangsa yang berbeza, adakah mereka muhrim?)

Banyak kali bergunting kerana saya melakukan 14 kali Umrah sunat. Selepas haji saya mulai bercukur dengan menggunakan pisau cukur selesai sae.

Sae antara Safa dan Marwah sekarang ini tidak lagi selurus antara safa dan Marwah sebaliknya laluan ke Marwah dari Safa terpaksa dianjak kekanan , jadi jika kita melalui jalan tersebut ia tidak akan sampai ke Marwah, untuk itu terpaksa hala kembali ke Marwah apabila sampai di kawasan Bukit Marwah, Bukit Marwah yang saya faham adalah kawan batu-batu puncak bukit, yang letaknya lebih kurang 10m dari laluan Safa ke Marwah. Untuk meyakinkan kita datang dan pijak batu-batu bukit safa atau Marwah. Batu di Bukit Marwah telah disaluti dengan simen seperti semen fero, semasa kerja menyimen batu tersebut saya perhatikan, ramai yang tak semena-semena ‘ambil berkat’ dengan memegang simen tersebut. Kawasan batu Bukit Marwah lebih rendah berbanding batu-batu bukit Safa. Batu Bukit Safa perlu dipanjat jika hendak menaikinya, buka ketita sae. Ketika sae memadai sampai di gigi batu yang belum ditutup dengan lantai.
Manusia suka menconteng, batu-batu Bukit Safa pun ditulis, seperti I was here. Dan sebagainya. Kalau Hajar yang buat begitu ! “Hajar was here, alone” , apa komen kita?.

Dari bukit Safa kita perlu mengintai kedudukan Kaabah kerana dilindungi oleh tiang-tiang masjid. Dari Bukit Marwah tidak Nampak Kaabah, kerana dilindungi oleh dinding binaan laluan sae yang baru. Sae juga boleh dibuat ditingkat atas, sekali pun saya tidak keatas.

Saya juga beberapa kali sae dilaluan asal iaitu menongkah arus laluan antara Marwah dan Safa. Sah Ke ?. Sae adalah berjalan antara safa dan Marwah. Berlari-lari anak dikawasan lampu hijau, sunat bagi lelaki, tidak sunat bagi perempuan, namun saya Nampak ramai juga perempuan bukan dari Malaysia yang berlari-lari . Ada juga dikalangan jemaah yang berterusan lari seperti marathon antara safa dan marwah. Dan saya terpaksa mengelak dari dilanggar oleh mereka.

Ada juga beberapa kali saya tak sempat habis sae dan telah masuk waktu sembahyang, semua orang akan berhenti sembahyang di laluan sae. Air zam-zam disediakan di laluan sea, boleh minum tapi awas dimana anda berhenti !, laluan sae tidak lengkap jika anda tidak bersae ketika minum air zam-zam, seeloknya habiskan sae, lepas sae, minum sepuasnya. Bagaimana dengan niat, adakah terpesong niat sae jika kita lintas dalam hati nak singgah minum air zam-zam ?.

Satu kali saya telah selesai tawaf dan sae haji. Isteri saya belum sae. Semasa isteri saya tawaf haji , saya temankan dia dengan bertawaf sunat. Tawaf sunat tak perlu disudahi dengan sae. Jadi saya tunggu di Bukit Safa dengan memberi keizinan kepada beliau untuk sae. Pernah juga saya terpaksa menambah pusingan sae kerana, terlari niat, mencari dan ligan kawan.

Kawasan sae ini telah diubah suai untuk menampung keperluan jemaah. Papan tanda Babus Salam juga tidak kelihatan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment