Tuesday, July 21, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 9

Assalamualaikum wbt.

Selain aktiviti wajib yang perlu diadakan disekolah seperti Majlis Anugerah Cemerlang dan Sukan Tahunan, SMTP turut menganjurkan aktiviti besar yang lain dan juga menjadi tuan rumah peringkat daerah dan juga peringkat zon utara Kedah/ Perlis. (Antara aktiviti yang dijalankan setiap tahun ialah Tadarus Al Quran yang melibatkan semua guru dan pelajar pada Bulan Ramaddan)

Bila sesuatu aktiviti besar diadakan , para guru cukup komited dalam menjalankan tugas mereka untuk menjayakan majlis tersebut. Berikut antara aktiviti besar yang diadakan di SMTP.

1. Program rekreasi minda yang melibatkan semua pelajar- aktiviti ini adalah dalam program Gemilang SMT Pendang untuk mencapai visi, meningkatkan prestasi SPM bertempat di KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah. 2006 dan 2007
2. Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Kedah – 2006
3. Kejohanan Antara Teknik Zon Utara – 8 – 12 Mac 2007

Untuk kali ini saya akan mengimbas sedikit aktiviti Kejohanan Antara Teknik Zon Utara.

Sayugia , tibalah giliran SMT Pendang untuk menjadi tuan rumah Kejohanan tersebut yang lebih dikenali sebagai KAT. Mesyuarat kali pertamanya telah diadakan pada tahun 2006 lagi sewaktu Pengetua En Zanal bin Dirin, entah bagaimana Pengetua telah diarah bertukar ke SMT Alor Setar pada bulan Nov 2006. Pengetua baru ‘tak sampai-sampai’, nak tak nak Pemangku Pengetua terpaksalah melaksanakan KAT 2007.

Mesyuarat demi mesyuarat telah diadakan, guru-guru telah memberi sokongan untuk terus melaksanakan KAT 2007. Pada masa inilah saya Nampak para guru telah bertukus lumus menjalankan tugas masing-masing dibawah jawatankuasa kecil masing-masing.

Kejohanan ini melibatkan pertandingan Bola sepak, bola jaring, bahas Bahasa Inggeris ala Parlimen dan rekacipta. Pengadil dan juruteknik permainan dijemput dari pihak luar untuk mengelakan ketidakadilan.

Kesemua 9 buah sekolah menengah teknik zon utara mengambil bahagian dan menginap diasrama SMTP. Alhamdulillah KAT 2007 berjalan dengan lancar. Pasukan Bola Jaring SMTP Berjaya mewakili zon utara keperingkat KAT Kebangsaan yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan.

Kebetulan semasa kejohanan bapa mentua saya mengadakan kenduri perkahwinan dua orang adik ipar saya, saya hanya dapat balik makan kenduri sahaja, saya tak dapat menolong semasa majlis kenduri tersebut, begitu juga isteri saya beliau tak dapat balik menolong ketika kenduri tersebut demi komitednya terhadap kejohanan tersebut.
Penolong Kanan Kokurikulum ketika itu ialah En Mohd Nasir bin Darus, Setiausaha Sukan ialah Ust Nizal bin Mazli. Saya menghargai tugasan yang mereka lakukan, sehingga berjaya melaksanakan KAT 2007.

Majlis Penutupan dilaksanakan oleh Tn Hj Hamsi, Timbalan Pengarah, BPTV, JP Teknikal.


Bersambung ... terima kasih

No comments:

Post a Comment