Monday, December 17, 2012

MC lagi hari ni.

Assalamualaikum wbt.




Mengapa beberapa penjawat awam mengemukakan sijil sakit ?.



KANGAR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan kira-kira 14,700 penjawat awam muda yang berusia 30 tahun ke bawah kerap mengambil cuti sakit walaupun mereka sebenarnya sihat.





Bilangan cuti yang terhad di kalangan guru yang hanya ada 7 hari cuti rehat khas, antara sebab mengapa cuti sakit dikemukakan walau tak berapa sakit. Sesuatu kerja pribadi yang terpaksa dilakukan dengan ‘selamat’. Kerja ‘pribadi sukar diterangkan kepada orang lain termasuk ketua jabatan seperti, hendak tinggal lama dengan isteri. Contohnya dari KL datang melawat isteri di Serawak pada hari Sabtu dan Ahad, terpaksa ambil cuti sakit hari Isnin sebagai hari perjalanan, kalau tidak tak berbaloi datang dari jauh dengan kos tambang yang tinggi hanya dapat 2 malam sahaja.



Kes sebegini, Kementerian kena lihat, buatkan urusan pertukaran dengan segera, banyak kes dimana suami isteri terpisah kerana birokrasi sahaja.



Samalah dengan kes-kes lain, puncanya cuti rehat atau cuti rehat khas dah habis, terpaksa ambil cuti sakit, jadi selesema yang sikit sudah cukup untuk merayu doctor beri sijil sakit.



Lokasi kerja yang jauh , tambang lebih mahal dari “harga MC”. Dengan pendapatan yang kecil ditambah pula dengan sakit sikit, jadi satu alasan yang kukuh untuk mengemukan sijil cuti sakit. Eg tambang RM25 gaji 40, MC sajalah…

Kementerian kena lihat jarak tempat tinggal pegawai, sediakan rumah yang sesuai dengan pasaran eg, elaun 700, sewa rumah 500, jangan le potong sampai 700 bila duduk rumah kerajaan. Ini tidak menggembirakan kakitangan, tambah pula rumah kerajaan teruk sangat, bocor sana-bocor sini.



Cuti 25/30/35 hari sudah habis. Ketua jabatan memang sedap kata kepada anak buah, dia cuti 35 hari anak buah 25 hari saja, dia pula out station dan boleh keluar hari-hari tanpa minta kebenaran, masa di keluar dia sempat buat kerja peribadi dia, jadi tak payahle nak habis kan cuti.



Adakah perlu cuti diperbanyakkan supaya pekerja tak perlu ambil MC ?





Sunday, December 16, 2012

MC palsu

Assalamualaikum wbt.
Ini saya ambil dari blog addin.

KANGAR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan kira-kira 14,700 penjawat awam muda yang berusia 30 tahun ke bawah kerap mengambil cuti sakit walaupun mereka sebenarnya sihat.




Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya memandang serius gejala tersebut walaupun jumlah itu membabitkan sekitar tiga peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam iaitu seramai 1.4 juta orang.Malaysia kini mempunyai kakitangan awam seramai 1.4 juta orang dan daripada jumlah itu, 490,000 orang atau 35 peratus terdiri daripada golongan muda berusia 30 tahun ke bawah.



"Mereka sepatutnya ambil sijil cuti sakit jika betul-betul tidak mampu bekerja atau jika bekerja penyakitnya itu akan berjangkit kepada rakan sekerja.“Kalau sekadar selesema, cukuplah dengan pelepasan masa bekerja satu atau dua jam, tidak perlu beri cuti sakit walaupun diminta,” katanya kepada pemberita di sini semalam. ~mp

Hjlutfi: berapa ramai ketua jabatan memahami, soal cuti sakit, cuti rehat, cuti kecemasan, cuti banjir, cuti mati ?, atau mereka main ikut-ikut sahaja ?.

Tuesday, December 11, 2012

Saya Tolak BN atau Tendang BN


Assalamualaikum wbt.

Stiker ni saya ambil dari Blog Gendang Perang. Mushkil,  Tolak BN ke Tendang BN.  Fikir-fikir kan, Gaji anda siapa bayar.he he ., Jalan raya, lebuh raya siapa buat..., he, he... Brim sapa bagi ... he, he..

Selamat berfikir dan membuat keputusan untuk PRU 13.


Wednesday, December 5, 2012

Pendang Lake Resort

Assalamualaikum wbt.

Ni saja nak buat publisisti percuma untuk Pendang Lake Resort. Kalau tuan/puan nak berehat dalam suasana tenang tapi dalam pekan , dekat dengan orang yang tak berapa ramai, datanglah berehat sehari dua di Pendang Lake Resort.

Lokasinya di Pekan Pendang, belakang Petronas Pekan Pendang. Tempatnya tak le hebat macam Sunway lagoon, Lost world of Tambun, tapi kalau nak rilex, sambil memancing, ronda-ronda kawasan bendang, beli belah di pekan Nat (pekan sehari / pasar lambak siang hari / rombengan/ tamu) , sambil tu boleh contact kawan lama mai bersembang tepi tasik.

Atau bila mai makan kenduri di Pendang atau Alor Setar atau Yan, carilah Pendang Lake Resort, Homestay pun banyak la ni, tapi mai lah berehat di Pendang Lake Resort.

Sebelah malam boleh pi Masjid Pekan Pendang, kena time Guru mengajar boleh dengar, tak dapat banyak, dapat sikit ilmupun jadilah, nak makan tak jadi masalah, tak mau makan di resort, pi makan di warung, kedai makan Islam bersepah-sepah, kedai makan siam budha tak dak dalam pekan pendang, mau kalu pi ke Sg Tiang, Pdg Durian, Kg China, awas le sikit kedai siam budha banyak kut tu.

Tapi kalau boleh pi le kedai makan orang tempatan, bukan kedai masan siam Patani, kesian kat orang tempatan, buka kedai makanpun orang tak mau mai makan, depa dok suka pi kat tom yam Petani.
bukan nak boikot kedai depa, depa pun Islam macam kita, tapi kalau kita pi kedai orang kedah, lega sikit depa, zakat depa bagi, sedekah depa bagi, orang petani bawa balik duit ke tempat depa, itu saja.

Kalu dari KL turun tol Pendang,  ikut tanda arah, belok kiri ke Pendang, belok kanan ke Kota Sarang Semut. Pendang ke Kota Sarang Semut 7 km lebih.  Ke Kota SS, jumpa Kokbah, Bukit Choras (kg saya le tu),  jumpa Pulau Jerat (tempat ni ramai yang dah tak tau) baru jumpa kota, kemudian boleh pi Kuala Sala.

Kearah Pendang, belok kiri, jumpa Batu Menunggul, lepas tu Simpang bukit Raya, simpang Air Putih, baru jumpa Pendang, 2 km lebih. Kalau tanya orang Pendang Lake Resort, ada juga yang tak tau, Tanya Kolam Mada, orang tua-tua mungkin tau, orang muda gerenti tak tau, di Pekan pendang, bukan semua orang pendang. Sejauh Sg Tiang, Kubur Panjang mai berbelanja di Pekan Pendang. panduan lokasi , di sebelah tapa pekan nat, sebelah stadium Pendang. Dari Alor Setar dalam 25 km saja.

Mai le jangan tak mai, bila hampa mai, belanjalah lebih sikit, beli kuih muih di gerai, makan banyak-banyak, tak habih berapa duit..aeh.., sedekah lebih sedikit dalam tabung masjid, kalau nak bersembang macam kenai lama, orang Pendang tak kesah, depa kut ni cepat mesra, kena gaya, depa ajak pi makan nasi rumah depa.

Boleh mengail ikan dalam lake, atau mengail ikan puyu cara orang kampung dalam sungai dan bendang berdekatan. Kayakpun boleh. Patang boelh join geng main sepak raga.

Ada klinik 24 jam, ada ibupejabat polis, ada klinik daerah (pusat kesihatan daerah), ada bomoh, ada tukang urut (bukan rumah urut) ada atm kad, BSN, CIMB, Agro, Maybank-di petronas. Nak beli kain baju murah, lebih murah dari Nilai 3, atau Jln Masjid India, Jln Tunku Abdul Rahman, ada di pendang. Tapi saya tak rekomen sangat, sebab tak untungkan penduduk Islam tempatan.

Kos dari KL, tol tak sampai RM 50, minyak lebih kurang tu juga, pergi balik baru RM 100, sewa bilik di PLR , RM 100, makan sehari RM15, beli durian RM 20, sedekah di Masjid RM10 , alah.. tak berapa duit, yang penting, pengalaman baru, rehat dan kawan serta kenalan baru.



Selamat datang ke Kedah , Pendang lake Resort.  (sewaktu artikel ini ditulis, saya tak ada maklumat terkini tentang PLR, boleh search di internet

Tuesday, December 4, 2012

Tuan Tuan Melayu takut di doa



Assalamualaikum wbt.



Kadang saya rasa pelik juga dengan orang macam mereka itu, hari tu takut doa oleh puak Kristen yang kononnya nak jadikan Malaysia Negara Kristen. Hari tu takut orang PAS doa hancurkan UMNO (saya difahamkan bukan berdoa untuk menghancurkan individu UMNO)



Tapi saya hairanlah kenapa nak takut dengan doa orang kristen, makbulkah doa mereka.



Oleh kerana nak tunjuk mereka tu baik, mereka doa kesejahteraan untuk semua, itu baru dikatakan Islamik, wasatiyah le katakan, bukan hadhari. Hadhari tak main dah.



Kenapa takut doa ?.



Ramai orang tahu, orang yang kena zalim amat mustajab doanya. Mungkin menyedari tindakan Tuan-Tuan Melayu sebelum ini banyak menzalimi orang, sebab itu rasa takut menyelubungi diri.



(pandai ko kata Tuan Tuan Melayu menzalimi orang, kau beri contoh yang mereka telah zalimi kau…, tak leh jawab ?)



Seorang kawan saya kata dia tak setuju dengan doa orang PAS yang mahu hancurkan UMNO, saya diam saja, supaya tak menghangatkan suasana..



Kawan saya tadi bagi contoh Nabi cukup baik, mendoakan supaya diberi hidayah untuk penduduk Taif, maka doa nabi diperkenankan, hebat Nabi SAW, walaupun luka berdarah tetap mendoakan kesejahteraan untuk orang yang menyakiti Baginda.



Dalam hati kata, aku pun pernah berdoa menghancurkan seseorang, kerana aku rasa aku diinanya oleh orang itu Bini aku beri nasihat kepada aku, tak baik doa untuk menghancurkan orang lain. Nasihat yang baik dari seorang yang baik. Tidak , saya akan doa juga supaya dia dapat pembalasan yang setimpal. (akhlak aku tak baik sebab doa kehancuran orang lain ? !!!, kawan aku dan bini aku adalah orang baik, kerana tak doa untuk hancurkan orang lain).



Begitulah agaknya, Tuan Tuan Melayu adalah orang baik, manakala orang PAS jenis rendah akhlak kerana mendoakan kehancuran UMNO. (UMNO ni zalim ke, dia buat apa kat PAS, sampai PAS sanggup doa kehancuran UMNO ? ).



Zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Bagi kucing makan kertas , zalim, bagi harimau makan nasi, zalim, ketuk kepala babi tanpa sebab, zalim, apatah lagi tidak melaksanakan hukum Allah, sudah tentu lebih zalim.



Doa kau termakbul atau tidak ?.



Aku tak berani menyatakan makbul atau tidak, tapi apa yang dialami oleh orang yang menginanya aku cukup untuk memberi pengajaran kepada mereka jika mereka mahu berfikir. Sehingga aku pula terpaksa bertaubat minta ampun kepada Allah kerana ‘keceluparan’ doa aku.



Seorang jatuh tangga,, retak kaki , seorang kemalangan kereta terjun bendang. Adakah itu kesan doa kau yang dimakbulkan ?. jangan perasan le bro !. habis hari tu kereta kau jatuh lebuhraya, sapa pula yang doa kehancuran kau ?.



Pengajaran : Kita rasa kita di zalimi, entah-entah kita telah menzalimi orang lain dengan lebih dahsyat. (point sokong UMNO)



“Ya Allah ampunlah saya, hambamu yang rendah akhlak ini, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan yang kau redo”.



“Amin”