Tuesday, November 30, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 6 (MAUT)

NASIHAT TENTANG CINTA – 6 (maut)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.

Maut jarang dibincangkan berbanding dengan jodoh dan rezeki. Ramai yang takut maut termasuk saya, walaupun takut tetapi buat-buat tak endah dengan maut yang boleh dating pada bila-bila masa.

Ayat-ayat cinta

1. Aku ingin sehidup dan semati bersamamu
2. Ku nanti mu di pintu syurga
3. Langkah mayat aku jika kamu mahu memperisterikan dia.

Anak-anak muda merasakan diri mereka belum hampir dengan mati, lambat lagi hendak dijemput oleh Malaikat maut, tak kan cinta belum kesampaian sudah dipanggil pulang.

Sabda Nabi SAW.

“ Perbanyakkan mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusan dunia”

Surah Al Jumu’ah :8

“Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari darinya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekelian adan di kembalikan kepada Zat yang maha mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang apa telah kamu lakukan”.

Hai, bayangkan segala yang kita lakukan ditayangkan semula, dilihat oleh ibu, bapa, anak-anak, dan orang lain, peristiwa kita berdating berdua-duaan, malunya.

Cinta dan asmara aadalah berbeza, bayangkan jika maut dating ketika kita berasmara haram, ketika kita melakukan dosa, tidak sempat bertaubat, hanya tahu buat, Masya Allah.
Atau jika maut datang juga , adakah kita akan menanti si dia dipintu syurga ?, atau dia akan berkata “ aku ingin mati bersama mu”.

Lagu cinta.

Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bersama
Seperti yang telah kita lalui..

..7

Monday, November 29, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 5 (JODOH)

NASIHAT TENTANG CINTA – 5 (jodoh)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.


Allah jadikan makhluknya berpasang-pasangan, pasangan yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan secara fitrah manusia normal akan memerlukan pasangan. Pasangan lelaki dan perempuan, bukan pasangan lelaki dengan lelaki, begitu juga bukan pasangan perempuan dengan perempuan.

Surah Al Naml ayat 54-59 yang menceritakan , sebelum Allah memberi pembalasan kepada manusia homoseks dan lesbian. Allah utuskan Nabi Lut terlebih dahulu untuk memberi peringantan, tetapi umat Nabi Lut menolak dan mereka makin melampaui batas, lalu Allah membinasakan mereka.

54: Juga kami utuskan Lut, ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya “mengapa kamu melakukan hal yang keji sedangkan kamu orang yang berpandangan luas.

55: Sesungguhnya kamu telah mengauli lelaki untuk memuaskan nafsu dan bukan terhadap wanita, kamu benar-benar kaum yang jahil

56: Jawab kaumnya hanyalah seperti yang mereka katakan “usir saja Lut dan keluarganya dari negerimu, mereka orang yang mendakwa dirinya suci.

57: Kemudian kami selamatkan dia dan keluarganya kecuali isterinya yang kami biarkan tertinggal
58: Kami hujani mereka dengan hujan azab, amat buruk nasib orang yang telah diberi peringatan.
59: Katakanlah, “segala puji hanya bagi Allah, selamat sejahtera untuk hamba Allah yang ia pilih, Manakah yang lebih baik?, Allah yang demikian kekuasaannya atau benda yang mereka jadikannya sekutu-sekutu bagiNya?


Janganlah susah hati kalau masih belum bertemu dengan bakal jodoh, kerana jodoh telah ditetapkan oleh Allah, dan kita tak perlupun ‘mencari’nya terlebih dahulu padahal kita belum bersedia untuk dijodohkan dengannya dalam ertikata berkahwin dengannya. ‘Mencari’ dahulu dengan alasan untuk mengenali lebih lama akan membawa kepada kesan buruk yang lain.

…6

Sunday, November 28, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 4 (JODOH)

NASIHAT TENTANG CINTA – 4 (jodoh)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.

Lihat bagaimana tilikan secara tak sengaja menganggu kehidupan kita

Cerita sikit 1.

Semasa saya mengikuti program matrikulasi dahulu saya ada berkawan baik dengan orang Melaka, sekadar kawan dalam kelas dan amali , satu grup, saya tak berkenan dengan dia ni, tak tau lah kalau dia berkenan dengan saya, tapi saya rasa imposibel, musatahil. Tiada sebarang perhubungan diluar waktu kuliah dan amali.

Cerita sikit 2.

Masa mengajar di NS dulu ada seorang GSTT perempuan yang kira ok, tapi saya kan jenis pemalu, kesimpulannya selamat, tiada sebarang urusan.

Cerita sikit 3.

Di Johol, NS , saya sewa rumah seseorang, saya datang bayar sewa dirumah beliau dengan kawan saya, seorang ustaz dipelawa masuk dan duduk di anjung rumah, setelah berbual agak lama, anak perempuannya membawa minuman, dan disuruh anak perempuannya berbual dengan kami, dia kata nak buat kerja dibawah. Kami mana tahu berbual dengan orang perempuan. Selepas minum kami minta izin pulang. (menolak jodoh orang NS). “Ustaz , orang dah bagi green light, teruskan le ustaz”. Kata saya kepada kawan saya. Ustaz pun kata tak rela. Banyak tahun juga saya terkena ilmu pengasih orang NS, tapi tak le teruk, 2, 3 tahun kebelakang baru habis, ayat mereka dalam badan saya. Ingatkan dah baca perisai tak kena, kena juga.., baru-baru ini lalu kat kawasan rumah itu, nak lihat apa ‘terjadi’ disitu.

Ketiga-tiga cerita sikit itu nak beritahu bahawa saya menolak tilikan bomoh dahulu, supaya saya tidak tergolong dalam golongan menilik nasib, walaupun perkara tersebut berlaku secara tak sengaja.

…5

Saturday, November 27, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 3 (JODOH)

NASIHAT TENTANG CINTA – 3 (Jodoh)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.

Pengalaman saya, Peristiwa ini sudah lama berlalu, keluarga saya dari ibubapa termasuk saya sering sakit-sakit dan tidak tenteram, lalu saya mengikuti emak saya bertemu seorang bomoh supaya dia melihat kalau-kalau ada yang menganggu, bomoh ini tidak berubat, sekadar melihat dan scan sahaja. Lalu dia melihat dan scan dan didapati beberapa ekor jin sedang duduk berehat diatas alang rumah saya dan sering menganggu.

Emak saya bertanya, apa yang menyebabkan saya sering lupa sehingga tak dapat mengingat pelajaran walau study bagai nak gila, lalu discannya saya, lalu dia bertanya kepada seseorang yang terberinteraksi dengan dia. “chek ni ke yang selalu dok kacau Pi”. “ dah aiih, tak kacau dia pun” kata bomoh itu, yang ‘dia itu tak kacau saya. “habis mai ‘ buat apa?” Tanya bomoh itu. Diringkas kan cerita ‘dia tu’ setelah beberapa soalan dikemukakan, bomoh beritahu bahawa ‘dia tu’ berkenan kepada saya, sekarang dia ada di Melaka atau Negeri Sembilan bomoh itu tidak pasti, terang bomoh tersebut, ‘dia tu’ sedang kilik buku, mengajar disekolah.

Saya mengabaikan semua itu, berkenaan jin yang ada dirumah dia cadangkan orang-orang tertentu yang boleh menghalau jin tersebut. Di ringkas cerita, setelah berkahwin dengan isteri saya, saya bertanya “awak dimana dan buat apa pada ketika itu (waktu saya bertemu bertemu bomoh)”. Isteri saya berkata yang dia ketika itu sedang menjadi Guru Sandaran di Melaka. Tahun 1994 baru saya kenal isteri saya semasa belajar di MPTKL.

Lihat.. ada perkaitan seperti apa yang diberitahu oleh bomoh tersebut. Saya cuba mengabaikan, kerana sekali lihat seperti tilikan nasib, siap tahu itu ‘jodoh’, atau secara kebetulan terjadi sedemikian. Mari kita baca terjemahan ayat dalam surah Jin ayat 5-9.

5: Kami mengira tidak patut jin dan manusia membuat kebohongan tentang Allah.
6: Bahawa ada beberapa orang lelaki yang mencari perlindungan pada jin, yang akhirnya para jin malah menambah sesat mereka.
7: Dan bahawa para jin mengira sebagaimana perkiraan mu, bahawa Allah tidak akan membangkitkan seseorangpun, dan tidak pula mengutus rasul.
8: Sesungguhnya kami berusaha mendapatkan rahsia langit, tetapi kami dapati ia penuh dengan penjaga yang tegas, dan api yang menyala.
9: Dahulunya kami duduk di situ untuk mendengar rahsia langit, kini siapa yang berusaha mencuri berita, api didepannya siap menyerang.

Agaknya rahsia langit dicuri dengar oleh Jin dan diturunkan sebagai ilmu tilik nasib, tilik jodoh. Banyak jahat punya jin.

Jodoh adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah, kita tidak tahu siapa jodoh kita, bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain, kemudian berkahwin lagi dengan orang lain.
…4

Friday, November 26, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 2 (JODOH)

NASIHAT TENTANG CINTA – 2 (Jodoh)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.

Jodoh, ajal maut dan rezeki telah ditentukan oleh Allah. Membaca tarikh lahir untuk melihat masa depan atau melihat jodoh tak ubah seperti tukang tilik yang dari berpalit kapur 2, 3 line, melihat tapak tangan atau nujum melihat bintang dilangit dan meneka nasib seseorang, atau si sotong yang teka bola tepat belaka, atau mengoncang bilah colok.

Setiap bangsa ada nujumnya dan kaedah yang diguna macam sama sahaja, ilmu turun temurun. Harus diingat menilik nasib adalah salah satu dosa besar. Remaja serta dewasa baik lelaki mahupun wanita suka melihat bintang dan membintangkan diri dalam kelompok tertentu berdasarkan tarikh lahir. Lahir dari tarikh sekian ketarikh sekian dikelas dalam bintang sekian-sekian. Orang dalam bintang sekian-sekian akan berperwtakan sedemikian, nak percaya pun tak boleh, kerana macam betul, last sekali termenung sendirian kerana bintang tersebut kata, anda ditinggalkan kekasih.

Bintang-bintang ini kononnya mengambarkan perwatakan, lalu kita pun melihat si dia bintang apa, match atau tidak dengan kita. Abaikan kerana ia seolah-olah tilikan nasib. Pun begitu saya tidak nafikan ilmu sebegini memang wujud.

Bintang-bintang yang menghiasi langit digunakan Allah untuk merejam syaitan seperti difirmankan surah Al Mulk : 5. “ sesungguhnya kami hiasi langit yang dekat dengan dunia dengan bintang-bintang sebagai pelita dan kami jadikannya sebagai perejam syaitan, Bagi mereka yang kafir kepada tuhannya akan mendapatkan seksa neraka jahanam, tempat kembali yang paling buruk”.

Dalam surah Al Buruj : 1 “demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang”.
Surah At Thaariq :1 “demi langit dan bintang yang muncul pada malam hari”

Bintang ada 12 gugusan, 6 di utara, 6 di selatan. Melalui bintang, manusia mengambil iktibar dan kebaikan, sehinggalah ilmu tenung nasib berdasarkan bintang-bintang. Kajilah bintang-bintang, tapi ingat tilikan nasib akan menjadikan seseorang itu menyekutu Allah dan balasannya adalah Neraka Jahannam.

Lagu cinta,

Sinaran mata mu bak kejora
Ditengah malam
Menyuluh kedamaian hati.

Kejora = bintang kejora.
Entah-entah bintang kejora diguna Allah untuk melastik syaitan.

..3

Thursday, November 25, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 1 (MUKADDIMAH)

NASIHAT TENTANG CINTA – 1 (mukaddimah)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.

Meskipun saya bukan ahli dalam menasihati anda tentang cinta, terimalah nasihat yang mungkin berguna kepada anda seadanya. Yang tua menasihati yang muda, yang muda menghormati yang tua, itulah budaya kita Melayu, budaya yang selari dengan tuntutan Islam.

Saya tahu, rata-rata ex STEP berumur antara 18 hingga 23 tahun pada tahun 2010. Masuk ke STEP tahun 2004 ketika umur 16 tahun atau bacth terakhir pada tahun 2009. Ada dikalangan ex STEP sudah mendirikan rumahtangga, sedang bertunang , sedang berpacaran atau sedang mencari pasangan. Di kalangan ex STEP ramai yang telah dewasa, melebihi umur 21 tahun. Sudah bekerja, sudah menguruskan rumahtangga sendiri. Sudah memiliki idealogi politik masing-masing.

Mari kenangkan seketika nasihat yang sering saya ucapkan dalam perhimpunan hari Ahad, 7.30 pagi hingga 8.10 pagi, kerap kali perhimpunan melebihi 8.10 pagi, dan ini sering dijadikan alasan oleh guru untuk tidak masuk perhimpunan, hebat, ex STEP jangan berperangai sedemikian, pastikan kita sentiasa berada dalam jemaah/ kesatuan tempat kita bekerja, jangan jadi penongkah arus dalam organisasi.

Antara perkara penting yang sering saya ucapkan dalam perhimpunan ialah,
1. Demi masa,
2. Ingat lima perkara sebelum lima perkara
3. Amal maaruf nahi mungkar
4. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut yang
mengubahnya,
5. Merancang masa hadapan,
6. Pesan Lukman ul Hakim
7. Tips menjadi murid cemerlang.

Pernah sekali saya katakan anda boleh ‘ merempit’ tetapi Tn Pengetua dalam ucapan balas, tidak bersetuju dengan ‘merempit’.

Pernah saya berdoa ketika hujan lebat semasa perhimpunan, kerana waktu hujan lebat antara waktu doa dimakbulkan. Pernah saya meperdengarkan bacaan Ayat Quran sebagai pedoman kepada kita semua dan pernah saya memberi ucapan dalam bahasa Ingeris sebagai persediaan saya mengikuti kursus PTK.

Tetapi saya tidak pernah memberi nasihat tentang cinta. Sebenarnya perkataan cinta pun saya rasa malu nak sebut dihadapan pelajar, tambah-tambah lagi semasa perhimpunan yang turut dihadiri oleh isteri saya.
….2

Thursday, November 18, 2010

Iktibar Jari

Assalamualaikum wbt.

Dedikasi buat sahabat bernama KMN

Allah memberikan lima batang jari untuk sebelah tangan kita, bermakna kita ada 10 jari tangan, begitu juga dengan jari kaki, kecuali mereka yang diberikan kelebihan atau keistimewaan (lebih atau kurang jari)

Setiap kejadian yang Allah jadikan itu amat sempurna, sehingga tiada cacat celanya, Cuma mulut manusia yang celupar, suka mencela tanpa sebarang sebab dan alasan munasabah. Bila hari panas manuasia harap hujan, bila hari hujan manusia minta panas. Manusia suka menyatakan kesukaan dan kegemaran mereka tanpa ‘berlapik’. Manusia juga suka memilih, yang puth lebih cantik, yang hitam lebih manis, yang coklat ?. akibat suka memilih ada dikalangan manusia yang cukup sempurna dicipta Allah tersisih.

Jari yang Allah kurniakan kita namakan dengan nama-nama yang indah, yang besar panggil ibu jari (tak panggil bapa jari), jari telunjuk, kelingking, manis dan yang mengerikan ialah jari hantu.

Kelima-lima jari tersebut ada fungsi tersendiri dan saling lengkap melengkapi. Tanpa salah satu kita tidak sempurna. (buat kawan-kawan yang hilang jari, Di – terputus jari kerana mercun, Di – terputus jari kerana mesin, Herman – terputus ibu jari kerana pintu tandas – bersabarlah dan redalah).

Dalam artikel ini saya tidak mahu menghurai fungsi jari, namun saya ingin ingatkan diri saya sendiri dan pembaca yang seiring pendapat dengan saya.

Budaya kita, mengambil iktibar dari lima jari yang dikurniakan kepada kita, jari yang dinamakan jari telunjuk, ia berfungsi untuk menunjuk, menunding, memang sesuai menjalankan tugasnya, namun kesesuaian itu untuk tika dan saatnya sahaja, dalam situaisi tertentu tidak sesuai digunakan. Dalam budaya kita (merujuk kepada Melayu Islam), lebih manis menunjukkan sesuatu dengan menggunakan ibu jari.

Bila ibu jari digunakan ia akan menunjuk kehadapan manakala empat jari lagi akan menunjuk kearah diri kita sendiri, ia adalah automatic terjadi sedemikian, lalu kta mengambil iktibar, satu kali kita ‘tunjuk’ orang, 4 kali orang tunjuk kita. Sekali kita melihat kesalahan orang bermakna dalam diri kita ada 4 kesalahan.

Iktibar tersebut bersesuaian dengan ayat Quran (tak ingat surah dan ayat) supaya kita tidak mengata kepada orang lain, dibimbangi, orang yang kita mengata tersebut lebih baik dari diri kita.

Namun ada juga manusia-manusia yang suka berbalah dengan apa yang Allah kurniakan, sekadar hendak menunjukkan diri sendiri degil terhadap iktibar yang Allah suruh kita ambil dari setiap kejadian yang diciptanya. Dan mengatakan pula “sudah begitu ciptaan Allah, dalam kes jari- bila satu ditunjuk kehadapan, 4 lagi akan menunjuk kebelakang.

Allah beri akal untuk kita berfikir, setiap makhluk yang Allah ciptakan boleh diambil iktibar, dan dari iktibar tersebut, melambangkan/ menunjukkan kekusaan Allah dan menerangkan sifat/zat Allah yang lainnya. Dari situ akan lahir dan menebal keimanan kita, bukan makin degil dan dungu diri kita, sekadar hendak berhujah dengan akal semata-mata.

Memang lumrah manusia sering menunding jari kepada orang lain, bila jari ditunding, bentuknya seperti pistol, khas untuk menembak sasaran, dua jari kearah hadapan, 3 jari kearah diri dan lebihan jari dari genggaman adalah lebih panjang berbanding dengan menggunakan ibu jari sebagai penunjuk.

Manusia sering menyalahkan orang lain, seolah-olah dirinya sahaja yang betul dan ‘kena’ orang lain semua salah dan bodoh belaka, bahasa yang dikeluarkan tidak berlapuk, tak memikirkan orang lain, hanya untuk kepentingan diri sendiri, melepaskan perkataan untuk kepuasan diri, memang diri puas (sebenarnya tidak puas). Kita kena ingat juga pepatah “kerana mulut badan binasa”, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terguris juga”

Jangan kita fikir kalau kita pendamkan dalam diri kita akan binasa, kita perlu bayangkan kalau kita lepaskan kata berapa ramai yang akan terasa .

Adakah kata yang kita lepaskan benar-benar ada kebenarannya, sudahkah kita selidik orang-orang lain, adakah kita kaji kenapa keputusan sedemikian dibuat oleh ketua kita.

Hakikat menunding jari adalah sekadar menunjukkan diri kita hebat…. Sori tak dak mood nak sambung…

Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Mohon kemaafan atas salah dan silap sekiranya ada.

Sekian, terima kasih.

Monday, November 8, 2010

Banjir dan dekatkan diri kepada Allah

Assalamualaikum wbt.

Kesan banjir yang melanda Kedah dan Perlis serta negeri-negeri lain masih hangat diperkatakan, baik oleh insan yang terkena banjir atau saudara-mara atau sesiapa sahaja. Yang dipertikaikan kenapa tahun ini banjir bertambah buruk (ketinggian air meningkat), kawasan yang sebelum ini belum pernah ditenggelami air kini turut merasa bencana tersebut.

Ada yang mengaitkan kesan pembangunan menjadi punca kawasan tertentu yang belum pernah merasa banjir dapat merasa pada banjir kali ini. Antaranya ialah, pembinaan landasan berkembar yang menghalang laluan air untuk turun kelaut, pembinaan jalanraya baru ditengah tengah bendang yang turut menghalang laluan air ke sungai untuk terus kelaut, dan dikaitkan dengan pelepasan air dari ampangan di Pedu, Muda, Ah ning dan di Thailand. Berbagai-bagai alasan boleh dicari atau direka sekadar menambah masa bersembang dan menyedapkan hati.

Namun berapa ramaikah yang memikirkan ia sebagai satu peringatan dari Allah, hanya peringatan kecil, bahawa Allah berkuasa membanjirkan sesuatu tempat dengan kuasanya yang Maha. Tahun 1999 banjir tak setara mana, tahun 2005 dikatakan lebih besar, tahun 2010 rupanya lebih besar. Bagaimana jangkaan kita untuk tahun tahun akan datang.

Dalam orang lain dikawasan Padang Terap /Kuala Nerang sedang menanti air surut, saya cari Al Quran surah Nuh, untuk mengetahui apa kandungan yang diterangkan dalam surah tersebut, saya percaya orang-orang kampong selalau baca Quran, bulan puasa dua tiga kali khatam, namun biasalah kita hanya membaca dan betul bacaannya, namun biasalah kita tidak mengetahui maksudnya apatah lagi tafsirnya.

Di ringkaskan , Nabi Nuh mengajak ummatnya kembali kepada Allah dan mengesakan Allah, mengesakan Allah dalam ertikata sebenarnya, membenarkan dalam hati dan mengamalkan dengan perbuatan.

Bila banjir, lalu kita lari ketempat tinggi, syukur Alhamdulillah , masjid dibina ditempat tinggi, namun berapa ramai yang menumpang di masjid menjaga adab-adab di rumah Allah itu, berapa ranmai yang mengotorkan masjid, berapa ramai yang ‘mengata’ kepada Allah, berapa ramai yang sembahyang hajat memohon banjir surut ( buat apa sembahyang hajat, selalunya banjir akan surut), berapa ramai yang sedang memaki kerajaan kerana bantuan tak diterima.

Namun saya percaya masih ada yang berdoa kepada Allah kerana inilah peluang mendekatkan diri kepada Allah, kita diuji dengan bencana, maka kita akan lebih dekat kepada Allah, lebih baik diuji dengan kesusahan berbanding dengan diuji kesenangan.

Sekian,