Showing posts with label PERNIAGAAN DALAM ISLAM. Show all posts
Showing posts with label PERNIAGAAN DALAM ISLAM. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Keusahawanan Sosial Memperkasa Pembangunan Ummah



Baru-baru ini saya telah membentangkan satu cadangan kepada beberapa pihak tentang Keusahawanan Sosial (Social Entrepreneurs), sebagai kaedah strategik memperkasa pembangunan sosial masa kini. Saya percaya ia merupakan solusi terbaik dan kos efektif jangka panjang memerangi gejala sosial, jenayah jalanan dan komersil, gangsterisme, hedonisme termasuk penyalahgunaan dadah melalui kesedaran remaja dan masyarakat seluruhnya. Namun, saya mendapati ada yang masih kurang jelas tentang maksud Keusahawanan Sosial itu sendiri.


Keusahawanan sosial

Apa Itu Keusahawanan Sosial

Masih ada pihak menyangka Keusahawanan Sosial itu sama sahaja dengan maksud keusahawanan yang biasa kita dengar, sedangkan ia sebenarnya membawa intrepitasi yang lebih mendalam. Ia bukan sekadar usaha yang cenderung kepada pemantapan ekonomi tetapi juga merancang kepada kelestarian sosial agar kesejahteraan sosio-ekonomi negara dapat membangun secara harmoni dan sejahtera.

Seperti yang kita sedia maklum, usahawan merupakan individu yang kebiasaannya didefinasikan mempunyai perniagaan. Ada juga yang mendefinasikan sebagai ahli perniagaan yang berjaya, kaya dan berpesonaliti. Tanggapan sedemikian tidak boleh dinafikan kerana istilah usahawan itu sendiri seringkali dikaitkan dengan kerjaya perniagaan. Sifat materialistik juga antara faktor segelintir manusia terdorong menceburi bidang keusahawanan. Ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang gagal.

Inspirasi melalui keusahawanan itu sendiri sebenarnya telah mencipta penjelmaan Keusahawanan Sosial yang mempunyai definasi lebih luas dari Aktivisme. Usahawan Sosial memerlukan idea, visi dan usaha melangkaui sekadar kekayaan material atau kewangan sebagai sumbangan kepada masyarakat. Saya percaya ia akan menjadi fundamental paling penting dalam konteks asas keusahawanan dan pembangunan ekonomi dalam beberapa tahun akan datang. 
Definasi keusahawanan sosial
Seorang usahawan sosial akan mencipta peluang yang diperolehi bukan sekadar meraih keuntungan tetapi merangka serta menyalurkan usaha memperbaiki sistem masyarakat. Usahawan Sosial mengutamakan misi dan kaedah penyelesaian kepada permasalahan sistem masyarakat sesuai dengan peredaran zaman. Mereka juga lebih terdorong mementingkan pencapaian impak misi sosial melalui usaha yang dirangka dari sekadar meraih kekayaan.


Misi Keusahawanan Sosial Memperkasa Sosio Ekonomi Negara

Memperkasa pembangunan sosial merupakan misi utama ‘social entrepreneurs’. Setiap perlaksanaan misi lebih mementingkan impak pembangunan sosial. Mereka akan senantiasa berusaha menyampaikan mesej dan idea secara beretika, mesra dan berkesan. Seorang usahawan sosal juga sentiasa berusaha menarik agen perubahan serta sokongan pelbagai pihak demi menangani isu-isu yang semakin membarah dalam masyarakat.

Secara jujur saya mendapati bahawa usaha pendekatan merealisasikan pembangunan sosial di Malaysia perlu pengkajian semula agar lebih inovatif, pragmatik dan bersesuaian dengan citra diri generasi muda dalam era IT dan globalisasi ini. Pendekatan yang selaras dengan trending terkini amat perlu diperhatikan agar ia sentiasa releven dan diserap secara effektif kepada golongan yang disasarkan.

Antidot kepada permasalahan sosial boleh diibaratkan sebagai antivirus. Masakan antivirus yang dicipta pada tahun 2001 mampu menangani virus ciptaan terkini tahun 2015. Oleh itu, penglibatan dari semua pihak sememangnya perlu dalam memahami maksud keusahawanan sosial dengan sokongan yang sewajarnya. Ia merupakan antidot paling berkesan mencegah gejala sosial untuk beberapa generasi akan datang.

Keusahawanan Sosial Melahirkan Masyarakat Minda Positif 

Kita boleh lihat pelbagai usaha yang diketengahkan demi menyelamatkan alam sekitar daripada kemusnahan. Melalui kesedaran, kita faham implikasi yang bakal dirasai generasi akan datang sekiranya alam sekitar musnah. Usaha seperti kitar semula dan sebagainya dilakukan pelbagai pihak bagi menjelaskan mesej memelihara alam sekitar. Begitu juga yang perlu dilakukan dalam memperkasa pembangunan sosial. Ada kalangan insan yang perlu dikitar semula dan dibimbing secara berterusan agar kelestarian sosial ini tidak musnah. Hakikatnya, apa yang bakal generasi hadapan kita alami pasti lebih teruk jika nilai-nilai sosial ini musnah sepertimana musnahnya ekologi semulajadi alam seluruhnya.


Siapa itu usahawan sosial

Berdasarkan kaji selidik, generasi muda kini cenderung kepada sifat keusahawanan dalam diri mereka. Sudah sampai waktu semua pihak perlu terlibat menggalakkan kelahiran usahawan sosial secara besar-besaran, membuang sifat kapitalisme dan memperkasa keusahawanan berteraskan Al-Quran dan sunnah secara kreatif dan konduktif dengan arus peredaran zaman.

Saya juga berkecimpung dalam program keusahawanan sosial yang mensasarkan kerjasama pihak. Maklumat lanjut di ruang
PROFIL kepada yang berminat.
Mudah-mudahan setiap rezeki keusahawanan yang diperolehi bersama usaha memperkasa pembangunan sosial ummah membawa erti kejayaan yang lebih bermakna untuk kehidupan di dunia dan akhirat… aamiin.

Thursday, October 22, 2015

MENEROKA USAHAWAN SOSIAL




NOR HARTINI SAAR I  |  25 Mei 2015 12:21 AM
RATA-RATA masyarakat memahami bahawa ukuran kejayaan usahawan adalah melalui keuntungannya dalam perniagaan. Keadaan ini berbeza dengan usahawan sosial di mana kejayaannya bukan setakat diukur melalui keuntungan malah turut diukur melalui manfaat yang dapat dikongsi bersama dengan masyarakat. 

Dengan kata lain memperkasa pembangunan sosio-ekonomi adalah misi utama usahawan sosial mengatasi keuntungan atau kekayaan. Inilah yang dikatakan model usahawan sosial yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat amnya.
Ini sejajar dengan tuntutan dan prinsip dalam Islam yang menegaskan amalan perniagaan yang baik bukan sahaja untuk memperoleh keberkatan Allah SWT namun kekayaan yang sebenar-benarnya adalah yang dapat memberi manfaat kepada individu dan masyarakat secara keseluruhannya. 

Dalam Islam, usahawan sosial ini juga amat berkait rapat dengan konsep muamalah kerana menjaga kepentingan ekonomi, alam sekitar, sosial, politik dan pendidikan. 

Secara tidak langsung ini dapat memberi suntikan dalam membantu menyediakan peluang untuk masyarakat menikmati kehidupan yang sihat; penggunaan barangan dan perkhidmatan yang berimbang; menyuburkan hubungan manusia yang berasaskan komuniti yang kukuh dan pe­nyayang; menegakkan prinsip pasaran yang berasaskan peraturan yang baik dan beretika serta menjaga kelestarian alam sekitarnya yang seimbang. 

Justeru, adalah wajar model usahawan sosial ini diteroka oleh golongan muda bagi mewujudkan lebih ramai usahawan muda yang kreatif untuk tampil meneroka bidang baharu ba­gi membantu masyarakat dan persekitaran.
Berbeza dengan usahawan dalam sistem kapitalis yang hanya mementingkan materialistik dan keuntu­ngan perniagaan sendiri ke­rana berasakan mempunyai kekuatan modal. Ini menggambarkan dalam sistem kapitalis yang kaya akan bertambah kaya manakala usahawan baharu sudah tentu ditindas. Jika ke­adaan ini berterusan, ini tidak mungkin dapat menjadikan ekonomi rakyat sejahtera.
Bahkan usahawan yang berkiblatkan kapitalis akan menjadikan kehidupan masyarakat lebih teruk. Kemiskinan semakin parah, kesihatan tidak bertambah baik, kelestarian alam sekitar terjejas dan wujudnya masyarakat yang makin tamak. Natijahnya, kekayaan dunia hanya dinikmati segelintir manusia yang tidak berhati perut dan pada masa sama mengejar pengiktirafan mereka usahawan terulung.

Sehubungan itu, sebagai usahawan sosial yang sudah berjaya mereka adalah digalakkan membantu ahli perniagaan yang baharu untuk memulakan perniagaan. Bantuan ini tidak semestinya dalam bentuk kewangan tetapi juga dalam memberi latihan kemahiran perniagaan, teknikal dan fungsi serta pemantauan agar usahawan baharu ini berjaya.

Dalam perkembangan semasa sebagai contoh, penubuhan Unit Keusahawanan Sosial di bawah Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) adalah satu tindakan yang baik yang dapat menyokong keusahawanan sosial. Ini adalah pusat setempat untuk usahawan sosial memberi inspirasi kepada generasi muda supaya menjadi masyarakat yang aktif, selain meluaskan capaian usahawan sosial sedia ada termasuk menyediakan kemudahan pembiayaan dan kemahiran, bagi melahirkan usahawan muda dalam sektor itu. 

Begitu juga, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang rata-ratanya diterajui oleh orang Melayu Islam sewajarnya mencontohi konsep perniagaan sosial. Bantulah mereka yang lemah demi kebaikan umat Islam dan seterusnya kebaikan itu bakal dinikmati oleh masyarakat secara keseluruhannya.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Thursday, May 5, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 18

Perniagaan dalam Islam.
Assalamualaikum wbt.
Meletakkan diri dalam keadaan takut dan harap kepada Allah.

Siapalah manusia ini untuk berani kepada Allah, siapalah manusia ini yang tidak bergantung harap kepada Allah.

Sebagai muslim, apabila menghasilkan sesuatu produk, ia merupakan amanah yang amat besar, jika produk tadi dapat digunakan dan diambil kebaikan atau manfaatnya, maka anda berterusan mendapa pahala, tetapi jika rpoduk tadi dibuat khusus untuk kejahatan, maka anda akan berterusan mendapat dosa selagi produk tadi digunakan untuk tujuan kejahatan tersebut.

Mana adil kami buat rpoduk untuk kebaikan, yang orang jahat guna untuk buat jahat, pasal apa kami akan terus tanggung dosa ?.

Allah maha mengetahui niat awal semasa pembinaan produk tadi, pen/ pensel digunakan untuk pembelajaran, kalau pengguna guna pen/pensel untuk melukis gambar porno, secara logiknya, sipelukis akan berdosa,.

Thursday, April 28, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 17

Istiqamah.

Sebut memang mudah, namun untuk melaksanakan Istiqamah, amatlah berat. Sebagai Usahawan muslim, mestilah mempunyai cirri-ciri Istiqamah.

Anda mempunyai idea, idea diperolehi hasil kurniaan Allah, tak kira melalui pemerhatian, pengalaman, penyelidikan, perbincangan (sumbang saran, sesi buzz) . Itulah ilmu Ladunni bagi manusia biasa.

Jika kita menceburi sesuatu pekerjaan, ilham akan dating untuk menghasilkan sesuiatu produk untuk memudahkan kerja. Sebagai contoh, menanam padi pada mulanya menggunakan tangan sahaja, kemuadian ilham datang, menggunakan kuku kambing, kemudian ilham datang lagi, menggunakan mesin menanam.

Ilham akan dating jika anda terus bersykur kepada Allah dan anda sentiasa mahu berfikir. Dari Ilham ini, kemungkinan ilham dalm bentuk kreativiti atau inovatif.
Kreativiti adalah idea tulen manakala inovatif adalah penambahbaikan atau tambah nilai terhadap sesuatu produk yang ada.

Ilham tadi dikembangkan dan direalisasikan kepada bentuk produk, maka terhasillah satu produk. Setelah produk dihasilkan maka anda hendaklah meneruskan tanpa jemu dan sentiasa berusaha menambaahbaik kepada produk tadi. Lawan kepada istiqamah adalah hangat-hangat tahi ayam.

Thursday, April 21, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 16

erniagaan dalam Islam.
Ciri Ciri Usahawan islam.

1.Akidah Islam
2.Niat yang suci kerana Allah
3.Setiap perbuatan adalah Ibadah.
4.Memiliki sifat-sifat terpuji seperti, Jujur, Amanah.
5.Memiliki sifat-sifat jati diri seperti kuat berusaha, gigih.
6.Memiliki sifat-sifat ladunni seperti kereatif dan inovatif
7.Meletakkan diri dalam keadaan takut dan harap kepada Allah
8.Istiqamah.
9.Tawakkal.

Apa saja cirri yanag baik selagi tidak bertentangan dengan akidah maka itu adalah cirri-ciri seorang Usahawan Islam/Muslim dan boleh diikuti oleh pengidola-pengidola usahawan Islam.

Thursday, April 14, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 15

Assalamualaikum wbt.

Sebagai orang biasa kita tidak membezakan antara usahawan dengan peniaga. Bagi mereka sama sahaja antara peniaga dann usahawan.
Pelajar sekolah telah diajar membezakan anatara usahawan dan peniaga, kerana ada cirri-ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga.

Siapa peniaga ?
Orang yang beli barang kemudian jual barang dengan harga yang lebih tinggi. Keuntungan diperolehi dari perbezaan harga tadi. Jadi peniaga yang berniaga tidak akan mengalami kerugian.

Siapa Usahawan ?
Orang yang mengusahakan sesuatu produk yang belum ada kemudian menjualnya. Jadi usahawan ada dua kerja, yang pertama hasilkan produk, yang kedua jual produk.

Antara peniaga dan usahawan siapa yang akan lebih untung ?
Jawapannya ialah usahawan kerana, pertama jual dalam kuantiti yang besar, harga boleh dikenakan tinggi. Tetapi selalunya, usahawan letak harga borong yang lebih rendah.

Siapa yang banyak dapat pahala ?
Dari segi kebaikan, usahawan telah wujudkan produk untuk kesenangan masyarakat. Pahala hanya di ketahui oleh Allah, kita hanya berkira-kira sahaja.

Boleh ke peniaga bergelar usahawan ?
Jawapannya, boleh . Contoh, peniaga runcit akan bergelar usahawan jika dia Berjaya mengembangkan perniagaan runcitnya, dia tubuh cawangan di tempat lain atau ditempat sama. Beliau digelar usahawan dlam bidang peruncitan.

Thursday, April 7, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 14

Tak Ada Modal VS Tak Pandai urus Modal.

Modal adalah satu factor pengeluaran. Kalau tak ada modal bagaimana hendak berniaga. Saya pernah tulis. Kalau ada modal seringgit berniagalah cara seringgit.

Apa yang saya nak sampaikan ialah, mulakan perniagaan dari kecil-kecilan, seterusnya kembangkan. Belajar sedikit demi sedikit, bukan dilambakkan sekaligus, kita tak akan terdaya jika dilambakkan ilmu sekaligus. Begitulah dalam perniagaan kalau terus kita terjun kedalam perniagaan besar sekaligus, banyak selok belok dan ‘tipu daya’ dalam perniagaan yang belum dipelajari.

Kerap peniaga atau dikalangan usahawan yang mengeluh, kata mereka tak cukup modal. Betul ke tak cukup modal ? atau tak pandai urus modal. Bagaimana merancang buat perniagaan sebelum ini, kenapa tak fikir betul-betul, kalau dah tak cukup modal kenapa ceburi perniagaan itu ?.

Dalam perancangan perniagaan, kita telah rancang keperluan modal, dan sudah tentu kita ada modal semasa memulakan perniagaan dan ada modal untuk ‘rolling’ sekurang-kurangnya 1 tahun. Kenapa tiba-tiba ditengah jalan kata tak cukup modal ?

Saya tetap berpegang, modal seringgit berniagalah secara seringgit.

Kemungkinan anda silap buat belanjawan dalam rancangan perniagaan anda atau anda telah ‘salahguna wang perniagaan’ itu yang membuat anda mengeluh tak cukup modal.

Cuba check diri anda ?.

Wednesday, April 6, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 13

Syarat baru tabung usahawan diperkenal
Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
2011/03/29

MUKHRIZ beramah mesra dengan siswazah institusi pengajian tinggi selepas melancarkan Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia di Menara Usahawan, Putrajaya, semalam.
Terma dipermudah pikat ramai siswazah muda mohon dana

PUTRAJAYA: Syarat baru Tabung Usahawan Siswazah (TUS) berkuat kuasa serta-merta, yang lebih mesra usahawan siswazah diperkenalkan bagi meningkatkan lebih ramai usahawan muda selaras dengan agenda Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan kerajaan.
Antara syarat baru itu termasuk jumlah pembiayaan maksimum dinaikkan daripada RM250,000 kepada RM500,000 dan bagi pengambilalihan syarikat pula, jumlah pembiayaan adalah sehingga RM750,000.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir, berkata tidak banyak permohonan diterima sebelum ini berikutan syarat yang terlalu ketat menghambarkan minat siswazah muda untuk memohon.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan SME Bank, kita mendapati syarat sebelum ini tidak banyak memberi manfaat kepada syarikat industri kecil dan sederhana (IKS), jadi kita mengambil keputusan untuk membuat syarat baru," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian 1Malaysia Young Entrepreneurs Challenge, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. Selain pembiayaan maksimum yang dinaikkan, Mukhriz berkata syarat baru itu turut merangkumi tempoh kelonggaran pembayaran balik antara dua tahun hingga empat tahun dan tempoh pembiayaan untuk bangunan dan premis perniagaan dilanjutkan sehingga 20 tahun.

Katanya, umur kelayakan pemohon dinaikkan kepada 40 tahun berbanding 35 tahun sebelum ini dan syarat tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun bagi layak dipertimbangkan untuk pinjaman diperkenalkan berbanding syarat asal 10 tahun.
Justeru, Mukhriz menggalakkan lebih ramai siswazah yang berminat memulakan perniagaan memohon pembiayaan di bawah TUS kerana tabung itu kini masih mempunyai baki terkumpul berjumlah RM45 juta.

Beliau berkata, pinjaman mudah yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) itu menetapkan kos pembiayaan atau kadar faedah antara dua dan empat peratus.

“Cabaran pertama bagi sebuah perniagaan ialah modal. Jika isu ini dapat diatasi dan beban mereka diringankan, akan lebih banyak IKS diusahakan oleh siswazah,” katanya.

Mengulas mengenai syarat lama bagi mendapatkan dana TUS, Mukhriz berkata, ia tidak kondusif memandangkan syarat yang dikenakan agak ketat.

“Kami dapati dari segi praktikalnya, tidak banyak syarikat memperoleh manfaat. Oleh itu, kami mengkaji semula keadaan secara lebih terperinci dan berunding dengan SME Bank bagi menawarkan pinjaman yang lebih baik.

“Usaha melahirkan lebih ramai usahawan graduan yang berjaya, adalah antara Petunjuk Prestasi Utama kementerian, dengan program yang dilaksanakan termasuk Skim Usahawan Siswazah (SUS) serta dana di bawah TUS.

“Lepasan siswazah perlu menghadiri program SUS itu sebelum mendapatkan pinjaman mudah daripada dana khas TUS,” katanya.

Ditanya mengenai kebimbangan pelbagai pihak komponen kereta Jepun yang rosak akibat tsunami mungkin digunakan untuk kereta yang dijual di negara ini, Mukhriz berkata, satu pasukan bertindak (task force) sudah ditubuhkan bagi memastikan masalah itu tidak berlaku.


Assalamualaikum wbt.

Siswazah; jangan disalahkan mereka kerana tidak menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan. Nak jadi peniaga, nak jadi usahawan semangat kena kuat. Tak ada kerja nak pinang ank orang pun susah, tak ada kerja tetap pun sama juga, tension oo.

Monday, April 4, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 12

Melonjak usahawan ICT bumiputera
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

ANUGERAH ICT NEF-AWANI 2010 anjuran Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF) bersama saluran berita televisyen, Astro Awani berakhir minggu lalu.
Semua pemenang untuk tujuh kategori utama, lima kategori pilihan rakyat dan satu penerima anugerah khas telah pun diumumkan dalam acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Secara asasnya, acara tersebut dilihat mencapai matlamat utamanya membantu usahawan tekno dan ICT bumiputera tempatan mempromosi produk serta perkhidmatan mereka seterusnya membuka peluang untuk dikembangkan peringkat lebih baik.

Ini kerana, buat julung-julung kalinya, penganugerahan seumpama itu mengiktiraf serta menyokong penggiat industri kreatif dan ICT daripada kalangan bumiputera.
Menurut Presiden NEF, Ashran Ghazi, platform tersebut pasti akan memberi inspirasi kepada ahli masyarakat yang berminat menceburi bidang keusahawanan tekno.

''Menerusinya, ia membuktikan bahawa industri ini mempunyai hala tuju dan masa depan yang cukup cerah jika dilaksanakan dengan perancangan yang betul.

''Kita juga mahu memastikan orang ramai tahu bahawa di negara kita terdapat syarikat yang mempunyai kebolehan dan potensi besar dalam industri ini,'' katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis berkenaan.

Anugerah berkenaan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menyampaikan trofi kepada para pemenang.
Ashran menambah, syarikat industri kreatif dan teknologi tempatan seharusnya diberi pendedahan dan pengiktirafan sewajarnya supaya mereka bersedia bersaing tidak kira di dalam negara mahu pun di arena global.

Ini kerana menurutnya, kebanyakan produk serta perkhidmatan hasil keluaran syarikat bumiputera adalah setanding dengan peringkat antarabangsa.
''Negara mempunyai syarikat bumiputera yang berbakat besar dalam industri kreatif dan teknologi, berdaya saing serta inovatif.

''Justeru, selain mengiktiraf mereka, penganjuran Anugerah ICT NEF-Awani 2011 ini juga diharap memberi impak yang besar dalam perkembangan industri,'' jelasnya.

Sesuatu yang unik mengenai anugerah ini, ia mengetengahkan pendekatan membawa syarikat-syarikat ini didedahkan menerusi media.

Platform media tersebut termasuk siaran televisyen (Astro Awani), rangkaian radio (AMP), akhbar (Utusan Malaysia) dan juga majalah keluaran NEF (The Network).
Dengan cara itu, ia secara dapat memberi peluang kepada para usahawan mendedahkan produk dan perkhidmatan mereka.

Ia sekali gus menawarkan kesan positif kepada syarikat terutama daripada segi imej, aktiviti pembiayaan, akses pasaran, kreativiti dan pembangunan.
Sementara kategori pilihan rakyat, orang awam boleh mengundi calon-calon kegemaran mereka secara dalam talian melalui laman Facebook Anugerah ICT NEF-AWANI 2010.
Salah satu kategori yang dipertandingkan adalah Syarikat Startup Bumiputera Terbaik di ungguli oleh syarikat Animonsta Studios Sdn. Bhd. yang menghasilkan siri animasi Boboiboy.

Menurut Pengarah Urusannya, Mohd. Nizam Abd. Razak, syarikatnya berterima kasih kepada pihak penganjur di atas penganugerahan yang diberi.
''Walaupun syarikat kami baru berusia 18 tahun, tapi kami berbangga dengan pencapaian ini menerusi produk animasi Boboiboy.

''Kami berharap Boboiboy akan terus diterima masyarakat. Sejak disiarkan dua minggu lalu, animasi ini telah mendapat rating yang cukup menggalakkan,'' jelasnya.

Ditanya mengenai persaingan daripada syarikat animasi lain yang semakin banyak ditubuhkan, beliau memberitahu, keadaan itu membuatkan syarikatnya lebih bersemangat untuk tampil dengan produk berkualiti terbaik.

Assalamualaikum wbt.

Banyak bidang, cabang, ranting, huluan, hiliran yang boleh dijadikan produk untuk diusahakan. Cuma kena ada ilmu, keyakinan diri.

Tak ada modal ?.

Ada modal seringgit meniaga lah cara seringgit...

Wednesday, March 30, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 11

SME Corp. sasar 1Keluarga 1Usahawan
bisnes@utusan.com.my
Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

KUALA LUMPUR 28 Mac - Industri kecil dan sederhana tempatan mampu memberi sumbangan signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekiranya setiap keluarga di Malaysia mampu melahirkan seorang usahawan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp.), Datuk Hafsah Hashim berkata, unjuran itu seiring dengan hasrat kerajaan yang mahukan sektor swasta menerajui ekonomi negara.

Menurutnya, dari segi keupayaan, sasaran itu tidak mustahil dicapai oleh Malaysia dalam tempoh sembilan tahun lagi.

Beliau berkata, di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun, negara-negara ini telah melahirkan seorang usahawan bagi setiap 19 populasi.
Hasil kajian yang dijalankan pada 2000, nisbah usahawan di Malaysia pula adalah 1:120 dan prestasi itu semakin baik pada tahun ini apabila ia meningkat kepada 1:38.
''Melihat prestasi ini, saya percaya pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu meningkat sembilan peratus pada 2011 dan angka itu diperbaiki pada tahun-tahun mendatang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.
Hafsah berkata, industri itu telah menyaksikan pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus pada 2004 hingga 2009, melepasi tumbuhan KDNK 4.5 peratus.

Pada 2010 pula, prestasi PKS terus stabil pada kadar 8.0 hingga 8.5 peratus dan KDNK pula adalah 7.0 peratus.

Tambah beliau, dari segi jualan pula, PKS mencatatkan 13 peratus pada suku pertama 2010, 21 peratus pada suku kedua dan masing-masing 17 peratus dan 15 peratus pada suku ketiga dan keempat.
''Prestasi ini adalah dinamik dan positif yang dapat meningkatkan skala perniagaan sebagai satu pendekatan bagi rakyat untuk menjana pendapatan,'' ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, orang nombor satu SME Corp. itu berkata, agensi tersebut sedang merangka Pelan Induk PKS untuk hala tuju industri itu pada 2020.

Enggan mengulas lanjut tentang pelan itu, Hafsah berkata, pelan induk tersebut lebih menjurus kepada rancangan dan usaha meningkatkan industri tersebut.
''Menjelang 2020, kita mahu menggunakan pendekatan radikal bagi merancakkan pertumbuhan PKS supaya kedudukan Malaysia sama seperti negara-negara maju,'' tambahnya.

Di negara-negara maju, industri PKS menyumbang antara 40 peratus hingga 60 peratus kepada KDNK.


Assalamualaikum wbt.

Di negara kita, telah banyak perancangan untuk meng'usahawan' kan penduduknya, terutamanya bumiputera. Banyak agensi kerajaan yang diwujudkan bagi merealisasikan hasrat, namun sehingga kini 30 % ekuiti bumiputera tak tercapai seperti sasaran DEB. Tubuh MARA untuk bantuan modal dan teknikal, agensi-agensi lain setempat pun apa kurangnya main peranan seperti PPK, ada saja rancangan keusahawanannya. Satu kampung satu industri tenggelam dalam semak samun kampung sahaja.

Yang mengurus dan diurus semuanya keturunan Melayu dan Islam.


Boleh saya tanya, kenapa jadi begitu ?.

sekian.

Tuesday, March 29, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 10

SUKARNYA DAPAT KERJA - JADILAH USAHAWAN

Petikan dari Harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya bahawa 300,000 orang dilaporkan mengunjungi karnival BN Youth Jobs membuktikan bahawa anak muda terutama di kalangan graduan mengalami masalah pengangguran dan pekerjaan tidak mengikut taraf pendidikan yang serius.

Pengarahnya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, berdasarkan jawapan parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lepas, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426 600 orang yang menganggur.
Daripada 426 600 ribu ini, 7.5 peratus atau sekitar 32 000 adalah penganggur di kalangan graduan.

“Kadar pengangguran ini sudah cukup membuktikan bahawa generasi muda masih dalam krisis pekerjaan,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Maka, ujarnya tidak hairan kehadiran yang ramai ke karnival itu menuntut tindakan yang lebih tegas menyelesaikan masalah pengangguran.
Katanya, karnival semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah graduan menganggur dan graduan bekerja tidak mengikut taraf pendidikan.

Ini, tambahnya melibatkan langkah kerajaan mengurus ekonomi dan tatakelola yang baik bagi membanyakkan peluang pekerjaan baik di peringkat kerajaan mahupun swasta.


Assalamualaikum wbt.

Selepas ada ijazah, memang graduan nak cari kerja, kerja pula mestilah setaraf dengan ijazah / diploma kalau tidak mana ada klas. Saya cadangkan ceburlah diri dalam perniagaan, kerana 9/10 dari pintu rezeki adalah dari perniagaan dan Islam memandang tinggi orang yang berniaga.

Namun saya percaya berbagai alasan akan diberikan oleh graduan-graduan tadi. dan mereka akan hentam saya balik, kata yang awak kenapa tak jadi usahawan atau berniaga ?. Sifat nak hentam balik ini adalah salah satu punca graduan-graduan tak boleh nak jalankan bisnes sendiri.

Sekian.

Thursday, March 24, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 9

Perniagaan dalam Islam.

Kita sering menganggap ibadat hanya berlaku ketika kita besolat, puasa, zakat dan haji serta membuat kebajikan yang lain, ini terjadi kerana sejak dahulu kita disempitkan pemahaman terhadap ilmu Islam.

Setelah ilmu dapat disampaikan kepada masyarakat, barulah bidang perniagaan dan pekerjaan yang lain diterima sebagai ibadat dalam pemahaman masyarakat Islam di Malaysia.

Menurut Al Qurtubi, perniagaan atau jualbeli adalah kegiatan jual beli antara dua pihak iaitu penjual dengan pembeli.

Ia melibatkan pertukaran barang dengan barang atau dengan wang yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan

Perniagaan memenuhi fitrah kehidupan manusia dan dianggap Ibadat dalam Islam, melalui perniagaan ekonomi sesebuah negara dapat dikukuhkan.

Perniagaan bukan sahaja diperlukan oleh individu malahan oleh masyarakat dan negara. Ini adalah kerana kemampuan dan tenaga manusia adalah terhad sedangkan keperluan mereka ada berbagai-bagai.

Islam mengiktiraf fitrah manusia yang berkehendakkan mengumpul harta. Antara cara yang terbaik adalah melalui perniagaan.

Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Baginda Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: “Apakah jenis mata pencarian yang paling baik?” Maka baginda menjawab: Hasil usaha sendiri, dan setiap perniagaan yang bersih (dari tipu daya dan khianat).”


Terdapat banyak ayat al Qur’an dan Hadith yang berkait dengannya.

Maksud Sabda R. SAW: “ Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, siddiqin dan para syuhada.” (HR:Tirmizi)

Firman Allah (An Nisa’: 29):,
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu ”

Firman Allah (Al Baqarah : 275):“Dan Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”

Firman Allah(Al Baqarah: 198): “Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu.”

Thursday, March 17, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 8

Melihat peribadi Rasullullah melalui peniaga yang Jujur dan Amanah.

Kita akan merasa senang hati apabila dilayan dengan baik oleh pelayan kedai (bukan pelayan GRO), kedatangan kita disambut dengan senyuman dipelawa masuk, ditanya keperluan kita, kita akan rasa senang hati dan akan ceritakan kebaikan tersebut kepada kawan-kawan dan mencadangkan supaya kawan-kawan datang kekedai tersebut. Itu baru layanan dari pelayan kedai.

Dan bayangkan kalau tuan yang empunya perniagaan/kedai itu sendiri yang melayan kita, layanan yang baik dan mesra, kita tiada sebarang prasangka kepada pemilik kedai tersebut.

Dan sekarang cuba bayangkan Rasulullah sedang berniaga di Syam, sudah tentu baginda memberi senyuman yang indah, bertutur dengan nada yang lembut dan lunak, menceritakan secara jujur setiap barangan yang diniagakan, sudah tentu para pelanggan akan merasa senang hati berurusan dengan baginda.

Tidak hairanlah jika perniagaan yang dijalankan sentiasa mendapat untung, manakala pelanggan akan sentiasa tertunggu-tunggu musim perniagaan akan datang untuk bertemu baginda.

Rasulullah diutuskan untuk membawa rahmat keseluruh alam, baginda menjadi contoh dalam setiap lapangan/ bidang, dalam bidang perniagaan baginda memberi contoh yang terbaik untuk diikuti, Cuma kita yang kesampingkan laluan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Sedikit mengenai Rasulullah dalam perniagaan.

 Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab telah pun muncul sebagai golongan pedagang yang berkemahiran dan menguasai jalan perdagangan dunia seperti Eropah, China, India, Parsi dan Afrika.

 Selepas kedatangan Islam, Mekah menjadi pusat ibadat yang terpenting di Semenanjung Arab dan orang Arab mengambil peluang ini untuk menjalankan perdagangan ketika musim haji.


 Keamanan dan keselamatan sebagai pusat ibadat juga telah menarik pedagang lain untuk berniaga di situ. Ini sekaligus menjadikan Mekah sebagai pusat perdagangan.

 kaum Quraisy (bangsawan)merupakan kabilah yang paling terhormat di Mekah dan maju dalam perniagaan.
 Rasulullah datang dari Bani Hashim kaum Quraisy dan telah dipelihara oleh Abu Talib, bapa saudaranya yang merupakan saudagar Arab yang kaya.

 Baginda telah dibawa berniaga pada ketika berusia 12 tahun. Di usia semuda itu, baginda telah menunjukkan minat yang tinggi dan sanggup menghadapi cabaran dalam perniagaan.

 Semasa berusia 20 tahun, baginda telah menjalankan perdagangan samada secara kongsi atau menggunakan modal orang lain iaitu Siti Khadijah atau secara berseorangan.

 Keuntungan selalu menyebelahi baginda apabila baginda menjalankan perniagaan kerana baginda sentiasa mengamalkan sifat sabar, amanah dan jujur.- al-Amin

 Kelebihan baginda ini mempertemukan baginda dengan isterinya Siti Khadijah yang akhirnya merupakan wanita yang pertama memeluk agama Islam.

Para sahabat yang popular dalam bidang perniagaan ialah Abdul Rahman bin Auf.

Thursday, March 10, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 7

PERNIAGAAN DALAM ISLAM – 7 JUST IN TIME.

Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya ketengahkan system JIT (Just In Time), sistem ini telah lama diamalkan di Jepun, ianya bertujuan meningkatkan daya produktiviti dan untuk mengurangkan kos.

Sistem ini mengkehendaki pembekal menghantar bekalan kepada pelanggan tepat pada masanya dengan saiz inventori seberapa minimum yang mungkin.

Antara objektif JIT adalah meminimumkan inventori, mengelakkan pembaziran, mengurangkan masa dan kekerapan penyedian, menambah baik system proses pengeluaran secara berterusan dan menjadikan proses pengeluaran lebih anjal.

Pada pandangan saya, system ini amat baik, pengusaha (perusahaan) tidak perlu membeli bahan mentah/ inventori dengan banyak dan meletakkan di kilang, setiap bahan mentah yang disimpan akan meningkatkan kos.

Ruang kilang yang kecil akan membuat kilang tersebut menjadi sesak dan menyebabkan kilang tidak kondusif dan sekaligus akan menganggu produktiviti.

Persoalan; adakah JIT ini dapat diadaptasikan sebagai satu system Islam ?.

Selagi sesuatu system itu baik, tidak bertentangan dengan syariat, tidak melanggar hukum halal haram, maka ia sesuai digunakan. Dengan mengamalkan JIT pengusaha-pengusaha terutama IKS dapat mengurangkan kos terutama kos penyimpanan dan membeli banyak untuk simpan sebelum digunakan. Ruang kilang dapat digunakan sepenuhnya untuk mesin-mesin pengeluaran, bukan sebahagian dari kilang dijadikan stor menyimpan bahan mentah.

Namun dari segi pengamalannya memerlukan tahap professional yang tinggi, perlu ditambah dengan unsure amanah dan tanggungjawab. Amanah dan tanggungjawab amat diperlukan kerana penghantaran bahan mentah yang lambat akan menyebabkan operasi perusahaan akan terganggu, dan akan menyebabkan kerugian dipihak pengusaha.

Sekian.

Thursday, March 3, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 6

Tujuan Berniaga

Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga :-
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang - pandai bercakap,pandai menyampaikan.
5. melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah.Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam. Sifat Yang Perlu Pada Seorang Peniaga.

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:
1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan karenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan mendesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan.

bersambung ..7

Thursday, February 24, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 5

Falsafah Perniagaan menurut Islam.

Saya petik dari satu laman blog dan saya edit untuk dikongsi bersama.

Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa mendapat untung. Kadang-kadang mengalami kerugian. Jika untung sahaja yang diharapkan pasti, akan terjadinya monopoli, sorok barang , penipuan dan penindasan.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37)

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikannya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:

1. Kita banyak mendapat kawan,di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.

2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:

Maksudnya:
Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.

3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama.Bekerjasama, Islam sangat menggalakkan.

Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:

Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan. (Al Maidah: 2)

4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur.Tidak ada tolak ansur, tidak boleh berniaga .Di dalam Islam,bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.

5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum.Di sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barangan itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam, pembaziran sangat dilarang,menjauhi pembaziran satu kewajipan.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang membazir saudara-saudara syaitan.(Al Isra: 27)

7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi.Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.

8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah,bahkan ia sangat diperlukan di dalam kehidupan.Orang yang sabar, pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab.
Firman Allah dalam Al Quran:
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira. (Az Zumar:10)

9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan(manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmatNya agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.

10. Di dalam perniagaan,boleh dapat peluang mengeluarkan zakat, salah satu dari rukun Islam dapat ditunaikan. Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan.Maka di sini banyak pula golongan terbantu

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatimserta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesame manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. (Al Baqarah: 83)

11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia.Ia sentiasa mencabar emosi kita.Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita.Meyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran.Dalam Al Quran ada menyebutkan meyembunyikan sifat marah itu,ia adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

Firman Allah SWT:
Maksudnya:

" Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat pekara-pekara yang baik. (Ali Imran: 134)

12.Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,bertolak ansur,memberi maaf,berlebih kurang,bersimpati.Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan.Di dalan Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah,agama berlapang dada dan pemaaf.

13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Disini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya, adanya perniagaan, menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.


Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan.Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dibangunkan maka banyaklah pahala yang kita dapat. Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fisabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.



Bersambung ..6