Thursday, March 10, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 7

PERNIAGAAN DALAM ISLAM – 7 JUST IN TIME.

Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya ketengahkan system JIT (Just In Time), sistem ini telah lama diamalkan di Jepun, ianya bertujuan meningkatkan daya produktiviti dan untuk mengurangkan kos.

Sistem ini mengkehendaki pembekal menghantar bekalan kepada pelanggan tepat pada masanya dengan saiz inventori seberapa minimum yang mungkin.

Antara objektif JIT adalah meminimumkan inventori, mengelakkan pembaziran, mengurangkan masa dan kekerapan penyedian, menambah baik system proses pengeluaran secara berterusan dan menjadikan proses pengeluaran lebih anjal.

Pada pandangan saya, system ini amat baik, pengusaha (perusahaan) tidak perlu membeli bahan mentah/ inventori dengan banyak dan meletakkan di kilang, setiap bahan mentah yang disimpan akan meningkatkan kos.

Ruang kilang yang kecil akan membuat kilang tersebut menjadi sesak dan menyebabkan kilang tidak kondusif dan sekaligus akan menganggu produktiviti.

Persoalan; adakah JIT ini dapat diadaptasikan sebagai satu system Islam ?.

Selagi sesuatu system itu baik, tidak bertentangan dengan syariat, tidak melanggar hukum halal haram, maka ia sesuai digunakan. Dengan mengamalkan JIT pengusaha-pengusaha terutama IKS dapat mengurangkan kos terutama kos penyimpanan dan membeli banyak untuk simpan sebelum digunakan. Ruang kilang dapat digunakan sepenuhnya untuk mesin-mesin pengeluaran, bukan sebahagian dari kilang dijadikan stor menyimpan bahan mentah.

Namun dari segi pengamalannya memerlukan tahap professional yang tinggi, perlu ditambah dengan unsure amanah dan tanggungjawab. Amanah dan tanggungjawab amat diperlukan kerana penghantaran bahan mentah yang lambat akan menyebabkan operasi perusahaan akan terganggu, dan akan menyebabkan kerugian dipihak pengusaha.

Sekian.

No comments:

Post a Comment