Thursday, July 18, 2013

Bila Pendidikan dijadikan Medan balas dendam

Assalamualaikum wbt.




Kecoh dengan apa yang terjadi di KUIN. Sebuah pusat pengajian milik kerajaan negeri Kedah. Sewaktu Kedah di tadbir oleh PAS, semuanya berjalan lancer, walau timbul masalah-masalah , masalah tersebut boleh di selesaikan. Tapi kini setelah BN/UMNO memerintah Kedah, porak peranda KUIN dibuatnya, yang rugi adalah anak Kedah atau pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu.



Dari awal lagi MB Kedah yang baru kata buat Institusi pendidikan tak untung, jadi sudah tentu beliau lepas tangan dalam hal ini. Atau memang ada penyakit khianat kerana KUIN menawarkan kursus-kursus Islam. Begitu juga Maahad Thfiz di Pulau Langkawi, projek tersebut di tangguh atau kata lain tak akan ada projek tersebut.



Merosakkan KUIN seolah membalas dendam terhadap PAS yang mengia-iakan KUIN dan PAS dapat nama kerana KUIN, jadi KUIN perlu di hancurkan. Sifat buruk hasad dengki tetap ada dari mereka yang sokong secular. Sama seperti yang menjatuhkan Presiden Morsi di Mesir, mereka melompat setinggi-tingginya bila seorang alim dijatuhkan, hanya kerana mereka tidak berupaya menjuarai kealiman, sama seperti Yahudi marahkan Nabi Muhammad SAW kerana , dikalangan mereka tidak lahir Nabi Muhammad SAW.



Kesannya, hilang kepercayaan terhadap institusi pendidikan Islam, pelajar tak mahu memohon masuk KUIN, pelajar tidak mahu mohon masuk Universiti Al Azhar dan lain-lain universiti di Mesir. Dalam tempoh 3 hingga 4 tahun huru hara, berapa ramai graduan gagal dilahirkan, jadi siapa yang untung, sudah tentu musuh Islam dan orang Islam yang benci Islam hanya kerana dia tidak berpeluang menjadi Islam yang baik.

Friday, July 5, 2013

TV3 paling tidak guna , padanlah di panggil TV 3 suku

Assalamualaikum wbt.

TV3 milik Umno labelkan Presiden Morsi sebagai diktator.. sungguh jahat perbuatan mereka. Terbukti Umno adalah agen Amerika yang sebenarnya.  Jika mereka adalah Islam sudah tentu satu kenyataan membidas tindakan rampas kuasa tersebut. Sebaliknya menyepi sahaja.


TV3 cuba menanam dalam fikiran  Rakyat Islam Malaysia bahawa orang yang berjuang Islam akan menjadi dictator dan gila kuasa. Tuduhan dictator kepada Morsi akan terpalit kepada TGHA dan PAS.

Jika PAS memerintah mereka juga akan menjadi dictator. Cuma secular sahaja yang kononnya baik dan demokratik, Peliknya orang Islam pendokong secular tetap mahu mengaku diri mereka juga pejuang Islam.

Kita sepatutnya bergembira dengan kedatangan Ramaddan, namun terpaksa merasa sedih, apabila sebuah kerajaan yang mahu kembali membela Islam di jatuhkan dengan alasan yang kecil sahaja.

Jika Mubarak melakukan kekejaman 30 tahun, Gamal Nasir  malah Firaun telah melakukan kekejaman di Mesir, Sang Morsi yang baru setahun memerintah dianggap melakukan kekejama terhadab mereka yang mahukan “kebebasan”

Hati Islam mana yang tidak terluka jika orang yang mahu mempertahankan Islam dijatuhkan. Sudah tentu yang menjatuhkan nya adalah seorang yang cenderung kearah KEKAFIRAN / KUFUR.

Sipekak dan sibuta Islam sahaja yang menyokong rampasan kuasa tersebut.

Wednesday, July 3, 2013

Komen pasal Filem/cerita Tajuk Setem TV2

Assalamualaikum wbt.

Komen pasai cerita/filem Tajuk Setem TV2  2 Julai 2013, 10 mlm.  Sah le tak tengok Tilawah, TV1 yang disiarkan pada waktu yang sama.

Filem ni dah lama ditayangkan, tahun 2009, cuma kali pertama saya tonton di tv.
Pada keseluruhannya jalan cerita amat menarik, sesuai untuk tontonan umum
, tak perlu fikir banyak, Cuma yang saya nampak tidak kena ialah pengelola rumah anak yatim, meminta dua orang murid tua nya mencuri setem yang lama untuk menyelamatkan rumah anak yatim yang mungkin akan terjual, kerana tiada dana.

Dua orang murid tua nya digambarkan sebagai penipu, menjadi penipu mungkin kerana pengelolanya seorang penipu sebelum ini , terbukti apabila beliau menyuruh dua anak murid tua nya mencuri.
Walau ditunjukkan imej baik (berbaju Melayu dan bersongkok - Pak Ramli)

Filem 'Setem' dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat seperti Afdlin Shauki (Joe),Rashidi Ishak (Sid), Vanidah Imran (Alliya), Que Haidar (Iskander), Bront Palare (Burn), Datuk Aziz Sattar (Pak Ramli), Datuk Jalaluddin (Adnan Hassan), Aziz M.Osman (Posman), Azwan Ali (Pengurus Restoran) dan Syanie sebagai Clubber


Adalah tidak wajar, memberi makan, perlindungan, pakaian kepada anak yatim hasil wang curi. ini menggambarkan betapa tidak bermoralnya, walaupun diakhir cerita menunjukkan keinsafan oleh watak-watak yang melakonkan Setem.

Peringatan untuk semua: jangan beri wang riba, interest, bunya, dividen tak halal kepada anak-anak yatim, walaupun mereka tidak tahu sumber wang tersebut, ini akan menghitamkan hati mereka, tiada barakah atas perbelanjaan wang jenis tersebut.

Jangan kerana sayangkan wang tersebut, sedekah kepada anak yatim, berilah sedekah yang halal. Ni dah dekat Ramaddan , ramai yang akan bersedekah, jangan sedekah kepada anak yatim sahaja, anak orang miskin, kadang lebih menderita kewangan berbanding dengan anak yatim di pusat penjagaan.

Tuesday, July 2, 2013

Pertukaran guru berkahwin dikaji semula.



KUALA LUMPUR 1 Julai - Guru-guru yang hidup berjauhan dengan pasangan masing-masing, dari segi kemanusiaannya diakui tidak elok dan kurang sesuai terutama pada mereka yang baru melangsungkan perkahwinan.
Sehubungan itu Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, pihak kementerian sedia mengkaji semula isu tersebut bagi membolehkan masalah berkenaan dapat diatasi.
Katanya, beliau sendiri ketika bertugas sebagai pengetua sentiasa memberi sokongan penuh kepada guru-guru yang memohon untuk berpindah atas sebab mengikut pasangan masing-masing.
''Berkaitan dengan isu pertukaran ini, memang berdasarkan kemanusiaan, tidak sesuai dan tidak baik untuk suami atau isteri dipisahkan. (Oleh itu) Pihak kementerian akan kaji balik isu ini," katanya pada soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) di Dewan Rakyat, hari ini.
Menjawab soalan asal Hasbullah, Mary Yap berkata, selari dengan status dan peranan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam memenuhi tanggungjawab melahirkan guru berkualiti, pihak kementerian pada tahun ini telah memberi tanggungjawab kepada IPGM untuk melaksanakan salah satu daripada 24 inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

hjlutfi : kaji jangan tak kaji, kajian beban tugas guru dah berapa kali tukar menteri tak selesai juga.