Wednesday, July 3, 2013

Komen pasal Filem/cerita Tajuk Setem TV2

Assalamualaikum wbt.

Komen pasai cerita/filem Tajuk Setem TV2  2 Julai 2013, 10 mlm.  Sah le tak tengok Tilawah, TV1 yang disiarkan pada waktu yang sama.

Filem ni dah lama ditayangkan, tahun 2009, cuma kali pertama saya tonton di tv.
Pada keseluruhannya jalan cerita amat menarik, sesuai untuk tontonan umum
, tak perlu fikir banyak, Cuma yang saya nampak tidak kena ialah pengelola rumah anak yatim, meminta dua orang murid tua nya mencuri setem yang lama untuk menyelamatkan rumah anak yatim yang mungkin akan terjual, kerana tiada dana.

Dua orang murid tua nya digambarkan sebagai penipu, menjadi penipu mungkin kerana pengelolanya seorang penipu sebelum ini , terbukti apabila beliau menyuruh dua anak murid tua nya mencuri.
Walau ditunjukkan imej baik (berbaju Melayu dan bersongkok - Pak Ramli)

Filem 'Setem' dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat seperti Afdlin Shauki (Joe),Rashidi Ishak (Sid), Vanidah Imran (Alliya), Que Haidar (Iskander), Bront Palare (Burn), Datuk Aziz Sattar (Pak Ramli), Datuk Jalaluddin (Adnan Hassan), Aziz M.Osman (Posman), Azwan Ali (Pengurus Restoran) dan Syanie sebagai Clubber


Adalah tidak wajar, memberi makan, perlindungan, pakaian kepada anak yatim hasil wang curi. ini menggambarkan betapa tidak bermoralnya, walaupun diakhir cerita menunjukkan keinsafan oleh watak-watak yang melakonkan Setem.

Peringatan untuk semua: jangan beri wang riba, interest, bunya, dividen tak halal kepada anak-anak yatim, walaupun mereka tidak tahu sumber wang tersebut, ini akan menghitamkan hati mereka, tiada barakah atas perbelanjaan wang jenis tersebut.

Jangan kerana sayangkan wang tersebut, sedekah kepada anak yatim, berilah sedekah yang halal. Ni dah dekat Ramaddan , ramai yang akan bersedekah, jangan sedekah kepada anak yatim sahaja, anak orang miskin, kadang lebih menderita kewangan berbanding dengan anak yatim di pusat penjagaan.

No comments:

Post a Comment