Showing posts with label UCAPAN. Show all posts
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H


Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ampun maaf zahir dan batin.
Berhati-hati dijalan raya, hati-hati juga bila berbicara.

Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun Baru Masihi 2011

Assalamualaikum wbt.

Tahun baru memang selamat, harinya cukup 356 hari, Bulannya cukup 12 bulan, seminggunya cukup 7 hari, seharinya cukup 24 jam.

Cuma kita sahaja yang selalu kata tak cukup masa.

Satu lagi…

Kita ni selamat ke di tahun 2011 ?.

Tahun ini, hari ini .. 01/01/2011 = 1/1/11 = 1.1.11 atau = 1111, nombor cantik, susun macam tiang pagar kebun. Tapi tak cantik 1 + 1 + 1 + 1 = 4.

(sesiapa yang percaya pada nombor, taubatlah .. berdosa ., kalau sekadar syok-syok tengok nombor tersusun.. tak de pe..)

Ramailah yang mengabadikan 1111, abadikan sebagai hari berkahwin, atau apa-apa saja yang grand untuk dikenang. Nak mula masuk sekolah, sekolah cuti pada tarikh ini, di Kedah pun cuti sebab hari Sabtu, kalau tidak, mesti ok. 1111 tarikh mula masuk darjah/tahun 1, sekolah rendah. Satu-satu-satu-satu, hanya Allah yang satu.

Azam apa le tahun ni ?.

Macam tahun lalu juga ke ?.

Apa-apa hal pun , selamat maju jaya untuk tahun 2011

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Mohon kemaafan atas salah dan silap sekiranya ada.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, October 12, 2010

TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DI SPG AMPAT

Assalamualaikum wbt,

Saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada semua keluarga allahyarham/mah yang terlibat dalam kemalangan di Spg Ampat, Melaka pada 10 Oktober 2010.

Semoga tuan/puan tabah menghadapi cobaan ini, setiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah swt dan sudah tentu ada rahmat yang tersembunyi disebalik kejadian tersebut.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri , pada kesempatan ini saya memohon ampun maaf zahir dan batin daripada anda semua atas salah dan silap.

Dan Selamat menjalani ibadah puasa 6.

* raya tahun ini saya akan beraya di Kedah. (Bercuti mulai 8 Sept hingga 16 Sept 2010)

Thursday, May 13, 2010

Ucapan Selamat hari Guru

Assalamualaikum wbt.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru saya; 1. SK Bukit Choras 1975 - 1980 , 2. SM Pendang 1981-1985, 3. Kolej Sultan Abdul Hamid 1986 - 1986.

Selamat Hari Guru untuk rakan-rakan sejawatan 1. SM Chung Hua Kuala Pilah (1992)
2. SM Datuk Undang Abdul Manap, Johol, (1993) 3. SM Teknik Lahad Datu,(1995 - 2002) 4. SM Teknik SP2,(2003) 5. SMT Pendang (2004 -2009) 6. SMT Kulim (2010 - kini)

Jangan putus asa ketika menjadi guru. jangan fade up ketika menjadi guru, jangan meradang ketika jadi guru, jangan rendah diri ketika jadi guru, jangan malas ketika jadi guru, jangan pilih kasih ketika jadi guru, jangan cemburu ketika jadi guru, jangan berkira ketika jadi guru, SELAMAT HARI GURU.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN 2010

Assalamualaikum wbt

Selamat menyambut tahun baru 2010, semoga anda semua berjaya mencapai apa yang diidamkan.

Sekian, terima kasih

Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum wbt.

Saya mengucapkan selamat hari raya aidil adha, kepada semua rakyat Malaysia dan Penganut Islam di seluruh dunia. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH ANAK-ANAK CIKGU


Assalamualaikum wbt.

Tahniah kepada anak saya Afiqah Insyirah bt Hj Lutfi, anak cikgu Suhaimi, anak cikgu Na'imah dan anak cikgu Hj Ahmad Fuad atas pencapaian 5A dalam UPSR.

Semoga mereka terus mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sekian, terima kasih

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM

Assalamualaikum wbt.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM KEPADA SEMUA PELAJAR DI SELURUH MALAYSIA.

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM.



Yasin sudah baca










Nasihat sudah kasi















Makan sudah kasi











Lena juga ada














Apa lagi ?, jawabla !!

Khas untuk pelajar SMT Pendang, semoga anda tenang ketika menjawab soalan SPM dan semoga anda berjaya dengan cemerlang, STEP Boleh.
Terima kasih.

Monday, August 10, 2009

CUTI

Assalamualaikum wbt.

Minta maaf blog ini tak dapat dimuat artikel baru, kerana saya 'cuti'

Insya Allah, bila ada kelapangan fikiran, saya akan kembali.

Selamat 'bercuti'

Terima kasih.

Sunday, June 28, 2009

SELAMAT BERSARA TUAN PENGETUA - 3


Assalamualaikum wbt.
Saya Hj Lutfi bin Hj Abu Hanifah mengucapkan selamat menempuh hidup baru kepada tuan pengetua SM Teknik Pendang yang akan bersara pada 29 Jun 2009.
Tuan telah menyumbang bakti kepada warga SM Teknik Pendang. Semua salah dan silap saya mohon kemaafan.
Kami akan teruskan agenda mencapai misi menjadi 5 SMT Terbaik di Malaysia pada 2010.
Terima kasih.

SELAMAT BERSARA TUAN PENGETUA - 2

Assalamualaikum wbt.

Selamat bersara tuan pengetua, ucapan yang mungkin memilukan hati penerima ucapan tersebut, mungkin juga ucapan yang menyeronokkan penerima ucapan tersebut. Bagi yang mengucapnya pun ada berbagai perasaan tersirat disebalik ucapan tersebut. Minta maaf - mungkin dalam hati kata ... minta maaf tak tergamak nak tulis kata-kata tersebut.

Mari kita berfikiran positif , setiap kakitangan awam atau swasta akan tiba masa bersara, bersara wajib, pilihan atau dibersarakan. Kita akan merasa puas jika kita telah memberi khidmat yang terbaik, tidak curi tulang, kerja seikhlas hati berkhidmat untuk negara bukan untuk kepentingan diri. Jika semasa bekerja kita tidak lakukan kerja, saya cadangan supaya kita buatlah sesuatu yang boleh memanfaatkan pelajar-pelajar, masyarakat dan negara untung-untung ter'cover'lah yang mana kita tak sempat buat semasa kita masih bekerja.

Saya juga nasihatkan kepada diri saya supaya rajin bekerja semasa sedang bekerja, tak payah nak berkira sangat. Selama ni pun tak pernah berkira dengan sekolah/kerajaan, berkhidmat untuk negara dan saya yang menurut perintah. Kawan-kawan yang belum hayati dan amalkan kedua-dua motto tersebut silalah amalkan, rezeki akan melimpah ruah.

Terima kasih.

SELAMAT BERSARA TUAN PENGETUA - 1



Selamat Menempuh hidup baru kepad En Khairuddin bin Mohd Nor yang pernah berkhidmat di SMT Pendang mulai 1 Jun 2007 hingga 29 Jun 2009.
Tuan tetap ada jasa terhadap diri kami.
semoga berbahagia.
Terima kasih.



Friday, June 26, 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Assalamualaikum wbt.

Tahniah kepada semua guru, pelajar, staf sokongan, ibubapa, pengawal keselamatan swasta, serta pekerja kebersihan swasta kerana menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang Kali Ke 5. Majlis kali ini adalah merupakan majlis anugerah cemerlang yang terakhir bagi sekolah kerana tahun depan tiada lagi majlis seumpamanya di sekolah kita. Sekolah kita hanya ada dalam ingatan. ( kalau ada masa saya akan tulis kesusahan 'mewujudkan' sebuah sekolah baru iaitu SM Teknik Pendang ( STEP) mulai tahun 2003 dari pandangan seorang 'caretaker sekolah' dan kesukaran yang bakal timbul apabila sekolah ini akan ditutup pada 1 Januari tahun 2010.

Tahniah kepada semua pelajar (281 orang) yang menerima anugerah "Pelajar harapan Sekolah", anda adalah harapan sekolah untuk mencapai misi Menjadi 5 SMT terbaik di Malaysia pada tahun 2010. Sekarang ini kita berada di nombor ke 12 antara semua sekolah menengah teknik seluruh Malaysia. Teruskan usaha, Insya Allah misi kita akan tercapai. Jika saya melihat dari sudut negatif saya akan berkata tak tercapai pun tidak mengapa kerana tahun depan mana ada lagi STEP. Jangan lihat dari sudut yang negatif, Fikirkan yang positif sahaja, mesti dapat capai misi, walaupun sekolah kita tiada dari segi fizikalnya, dalam rekod Lembaga Peperiksaan Malaysia, tetap ada, dalam rekod Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional tetap ada, dan yang pastinya dalam hati kita pelajar dan guru SM Teknik Pendang, tetap ada. Kita mesti capai misi tersebut, kita tutup STEP dengan pencapaian yang gemilang. Mari kita memartabatkan kecemerlangan.

STEP Juara, terima kasih.

Monday, June 15, 2009

SELAMAT BERSEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t

Selamat kembali kesekolah dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran, teruskan perjuangan mendidik para pelajar. Terima kasih.

Friday, May 29, 2009

CUTI

Assalamualaikum wbt

Semalat bercuti kepada semua guru dan pelajar seluruh Malaysia. Terima Kasih

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum wbt

Saya ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru saya di sekolah rendah SK Bukit Choras (1975-1980) , SM Pendang (1981-1985), Guru-guru Kolej Sultan Abdul Hamid ( 1986)Guru-guru Matrikulasi UPM (1986 - 1988) dan selamat hari guru kepada rakan sejawat di SM Datuk Undang Abdul Manap, Johol, NS. SMT Lahad Datu, Sabah. SMT Sungai Petani 2, Kedah, Guru-guru SMT Pendang, Kedah dan Selamat Hari Guru kepada Isteri saya sendiri. Terima Kasih.

Monday, May 4, 2009

PERINGATAN

waktu kerja buatlah kerja.