Showing posts with label PENGALAMAN. Show all posts
Showing posts with label PENGALAMAN. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Keusahawanan Sosial Memperkasa Pembangunan Ummah



Baru-baru ini saya telah membentangkan satu cadangan kepada beberapa pihak tentang Keusahawanan Sosial (Social Entrepreneurs), sebagai kaedah strategik memperkasa pembangunan sosial masa kini. Saya percaya ia merupakan solusi terbaik dan kos efektif jangka panjang memerangi gejala sosial, jenayah jalanan dan komersil, gangsterisme, hedonisme termasuk penyalahgunaan dadah melalui kesedaran remaja dan masyarakat seluruhnya. Namun, saya mendapati ada yang masih kurang jelas tentang maksud Keusahawanan Sosial itu sendiri.


Keusahawanan sosial

Apa Itu Keusahawanan Sosial

Masih ada pihak menyangka Keusahawanan Sosial itu sama sahaja dengan maksud keusahawanan yang biasa kita dengar, sedangkan ia sebenarnya membawa intrepitasi yang lebih mendalam. Ia bukan sekadar usaha yang cenderung kepada pemantapan ekonomi tetapi juga merancang kepada kelestarian sosial agar kesejahteraan sosio-ekonomi negara dapat membangun secara harmoni dan sejahtera.

Seperti yang kita sedia maklum, usahawan merupakan individu yang kebiasaannya didefinasikan mempunyai perniagaan. Ada juga yang mendefinasikan sebagai ahli perniagaan yang berjaya, kaya dan berpesonaliti. Tanggapan sedemikian tidak boleh dinafikan kerana istilah usahawan itu sendiri seringkali dikaitkan dengan kerjaya perniagaan. Sifat materialistik juga antara faktor segelintir manusia terdorong menceburi bidang keusahawanan. Ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang gagal.

Inspirasi melalui keusahawanan itu sendiri sebenarnya telah mencipta penjelmaan Keusahawanan Sosial yang mempunyai definasi lebih luas dari Aktivisme. Usahawan Sosial memerlukan idea, visi dan usaha melangkaui sekadar kekayaan material atau kewangan sebagai sumbangan kepada masyarakat. Saya percaya ia akan menjadi fundamental paling penting dalam konteks asas keusahawanan dan pembangunan ekonomi dalam beberapa tahun akan datang. 
Definasi keusahawanan sosial
Seorang usahawan sosial akan mencipta peluang yang diperolehi bukan sekadar meraih keuntungan tetapi merangka serta menyalurkan usaha memperbaiki sistem masyarakat. Usahawan Sosial mengutamakan misi dan kaedah penyelesaian kepada permasalahan sistem masyarakat sesuai dengan peredaran zaman. Mereka juga lebih terdorong mementingkan pencapaian impak misi sosial melalui usaha yang dirangka dari sekadar meraih kekayaan.


Misi Keusahawanan Sosial Memperkasa Sosio Ekonomi Negara

Memperkasa pembangunan sosial merupakan misi utama ‘social entrepreneurs’. Setiap perlaksanaan misi lebih mementingkan impak pembangunan sosial. Mereka akan senantiasa berusaha menyampaikan mesej dan idea secara beretika, mesra dan berkesan. Seorang usahawan sosal juga sentiasa berusaha menarik agen perubahan serta sokongan pelbagai pihak demi menangani isu-isu yang semakin membarah dalam masyarakat.

Secara jujur saya mendapati bahawa usaha pendekatan merealisasikan pembangunan sosial di Malaysia perlu pengkajian semula agar lebih inovatif, pragmatik dan bersesuaian dengan citra diri generasi muda dalam era IT dan globalisasi ini. Pendekatan yang selaras dengan trending terkini amat perlu diperhatikan agar ia sentiasa releven dan diserap secara effektif kepada golongan yang disasarkan.

Antidot kepada permasalahan sosial boleh diibaratkan sebagai antivirus. Masakan antivirus yang dicipta pada tahun 2001 mampu menangani virus ciptaan terkini tahun 2015. Oleh itu, penglibatan dari semua pihak sememangnya perlu dalam memahami maksud keusahawanan sosial dengan sokongan yang sewajarnya. Ia merupakan antidot paling berkesan mencegah gejala sosial untuk beberapa generasi akan datang.

Keusahawanan Sosial Melahirkan Masyarakat Minda Positif 

Kita boleh lihat pelbagai usaha yang diketengahkan demi menyelamatkan alam sekitar daripada kemusnahan. Melalui kesedaran, kita faham implikasi yang bakal dirasai generasi akan datang sekiranya alam sekitar musnah. Usaha seperti kitar semula dan sebagainya dilakukan pelbagai pihak bagi menjelaskan mesej memelihara alam sekitar. Begitu juga yang perlu dilakukan dalam memperkasa pembangunan sosial. Ada kalangan insan yang perlu dikitar semula dan dibimbing secara berterusan agar kelestarian sosial ini tidak musnah. Hakikatnya, apa yang bakal generasi hadapan kita alami pasti lebih teruk jika nilai-nilai sosial ini musnah sepertimana musnahnya ekologi semulajadi alam seluruhnya.


Siapa itu usahawan sosial

Berdasarkan kaji selidik, generasi muda kini cenderung kepada sifat keusahawanan dalam diri mereka. Sudah sampai waktu semua pihak perlu terlibat menggalakkan kelahiran usahawan sosial secara besar-besaran, membuang sifat kapitalisme dan memperkasa keusahawanan berteraskan Al-Quran dan sunnah secara kreatif dan konduktif dengan arus peredaran zaman.

Saya juga berkecimpung dalam program keusahawanan sosial yang mensasarkan kerjasama pihak. Maklumat lanjut di ruang
PROFIL kepada yang berminat.
Mudah-mudahan setiap rezeki keusahawanan yang diperolehi bersama usaha memperkasa pembangunan sosial ummah membawa erti kejayaan yang lebih bermakna untuk kehidupan di dunia dan akhirat… aamiin.

Wednesday, April 22, 2015

Melahirkan generasi yang berfikir, boleh berfikir dan bijak berfikir

Assalamualaikum wbt.

Makluman awal : Gambar yang saya tampal kat bawah dipetik dari Amenoworld. blogspot.
Jika benar gambar tersebut maka benarlah kisahnya.


 
Kegagalan manusia berfikir menyebabkan banyak tindakan yang diambil memberi kesan negatif di kemudian hari. dari dulu hingga sekarang pendidikan Malaysia tak habis-habis berfikir sehinggakan antara PENDIDIKAN dan PELAJARAN masih difikirkan mana satu yang betul, si A kata PENDIDIKAN betul, maka guna PENDIDIKAN, si B kata PELAJARAN tukar guna PELAJARAN pula, kemudian fikir lagi, guna semula PENDIDIKAN.
 
itu cara orang atas fikir.
 
Cara orang Atas fikir, orang atas no 2, selepas menteri.  Kita laksanakan KBKK  untuk latih generasi kita jadi orang yang berfikir, apa yang kena fikir, kita mula dengan persoalan APA, KENAPA MENGAPA, BILA , BAGAIMANA, DIMANA, KEMANA.
 
susah sangat, senang cerita cikgu sajalah yang fikir siap-siap kemudian suruh pelajar hafal saja apa yang cikgu telah fikir kemudian jawab periksa. Yang penting dapat jawab periksa. Budak skor A sederet, itu yang di banggakan.
 
Alah... KBKK mana best. yang best ialah KEBAT / HOT , tak hot tak kebat mana best, KBKK tak main le. Zaman sekarang ni zaman KEBAT, zaman HOT
 
Cikgu-cikgu, kamu tu adalah pelaksana, jalankan saja arahan, kamu langgar arahan, kamu boleh diambil tindakan tata tertib, ada faham, ?
Para cikgupun jawab; kami faham sangat wahai Yg Berbahagia  Dato' Pengarah. Kami faham sangat wahai yang berusaha Tn Pengetua. 
 
Maka KEBAT / HOT pun dilaksanakan, rupa-rupanya memang betul generasi Y rakyat Malaysia kononnya, Gen Y pandai meneroka, pandai bertanya, pandai itu dan pandai ini, rupanya Gen Y tak pandai guna otak untuk berfikir, yang dia pandai adalah menggunakan Aplikasi yang difikir oleh segelintir orang yang berfikir. Maka terbuktilah hanya orang tertentu yang pandai berfikir.
 
Kalau pelajar berfikir dan memberi jawapan cara dia berfikir, kenapa kena ada skema jawapan pula, terimalah keputusan atau jawapan cara dia berfikir. NANTI AKAN KEMBALI kepada KBKK
 
elemen kreatif dan Kritis  akan kembali bertahta dalam pendidikan / pelajaran di Malaysia.
 
Apa kaitan dengan gambar di atas. dia kena buang kerja sebab lawan PBS, apa kaitan dengan KEBAT / HOT
 
Tak de. cuma nak beri tau, semua arahan ketua mesti dilaksanakan. Baik buruk PBS mana kau tau, ada kau fikir ?
 
 
 
 
 

Monday, April 6, 2015

Apakah rahsia untuk awet muda ?


sukarelawan polis di lahad datu thn 2001 konstabel sp 18318 umur 33 . foto sebelah masa umur 40
— with Noor Adzhar Mansor and 5 others.

 
 
Tak ada rahsia, semua itu adalah kurniaan Allah. Jalani kehidupan yang selamat, makan makanan berkhasiat lagi Sunnah, sentiasa berwuduk , Inshaa Allah. Tapi ini bukan petua saya, sayapun tak dapat kekalkan keremajaan / kemudaan, hilang gigi sahaja, wajah pasti nampak tua.
 
Rahsia panjang umur, ada dalam hadis Rasulullah SAW. iaitu dengan banyak bersedekah dan menjaga silaturahim.