Showing posts with label JIHAD. Show all posts
Showing posts with label JIHAD. Show all posts

Thursday, October 22, 2015

MENEROKA USAHAWAN SOSIAL




NOR HARTINI SAAR I  |  25 Mei 2015 12:21 AM
RATA-RATA masyarakat memahami bahawa ukuran kejayaan usahawan adalah melalui keuntungannya dalam perniagaan. Keadaan ini berbeza dengan usahawan sosial di mana kejayaannya bukan setakat diukur melalui keuntungan malah turut diukur melalui manfaat yang dapat dikongsi bersama dengan masyarakat. 

Dengan kata lain memperkasa pembangunan sosio-ekonomi adalah misi utama usahawan sosial mengatasi keuntungan atau kekayaan. Inilah yang dikatakan model usahawan sosial yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat amnya.
Ini sejajar dengan tuntutan dan prinsip dalam Islam yang menegaskan amalan perniagaan yang baik bukan sahaja untuk memperoleh keberkatan Allah SWT namun kekayaan yang sebenar-benarnya adalah yang dapat memberi manfaat kepada individu dan masyarakat secara keseluruhannya. 

Dalam Islam, usahawan sosial ini juga amat berkait rapat dengan konsep muamalah kerana menjaga kepentingan ekonomi, alam sekitar, sosial, politik dan pendidikan. 

Secara tidak langsung ini dapat memberi suntikan dalam membantu menyediakan peluang untuk masyarakat menikmati kehidupan yang sihat; penggunaan barangan dan perkhidmatan yang berimbang; menyuburkan hubungan manusia yang berasaskan komuniti yang kukuh dan pe­nyayang; menegakkan prinsip pasaran yang berasaskan peraturan yang baik dan beretika serta menjaga kelestarian alam sekitarnya yang seimbang. 

Justeru, adalah wajar model usahawan sosial ini diteroka oleh golongan muda bagi mewujudkan lebih ramai usahawan muda yang kreatif untuk tampil meneroka bidang baharu ba­gi membantu masyarakat dan persekitaran.
Berbeza dengan usahawan dalam sistem kapitalis yang hanya mementingkan materialistik dan keuntu­ngan perniagaan sendiri ke­rana berasakan mempunyai kekuatan modal. Ini menggambarkan dalam sistem kapitalis yang kaya akan bertambah kaya manakala usahawan baharu sudah tentu ditindas. Jika ke­adaan ini berterusan, ini tidak mungkin dapat menjadikan ekonomi rakyat sejahtera.
Bahkan usahawan yang berkiblatkan kapitalis akan menjadikan kehidupan masyarakat lebih teruk. Kemiskinan semakin parah, kesihatan tidak bertambah baik, kelestarian alam sekitar terjejas dan wujudnya masyarakat yang makin tamak. Natijahnya, kekayaan dunia hanya dinikmati segelintir manusia yang tidak berhati perut dan pada masa sama mengejar pengiktirafan mereka usahawan terulung.

Sehubungan itu, sebagai usahawan sosial yang sudah berjaya mereka adalah digalakkan membantu ahli perniagaan yang baharu untuk memulakan perniagaan. Bantuan ini tidak semestinya dalam bentuk kewangan tetapi juga dalam memberi latihan kemahiran perniagaan, teknikal dan fungsi serta pemantauan agar usahawan baharu ini berjaya.

Dalam perkembangan semasa sebagai contoh, penubuhan Unit Keusahawanan Sosial di bawah Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) adalah satu tindakan yang baik yang dapat menyokong keusahawanan sosial. Ini adalah pusat setempat untuk usahawan sosial memberi inspirasi kepada generasi muda supaya menjadi masyarakat yang aktif, selain meluaskan capaian usahawan sosial sedia ada termasuk menyediakan kemudahan pembiayaan dan kemahiran, bagi melahirkan usahawan muda dalam sektor itu. 

Begitu juga, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang rata-ratanya diterajui oleh orang Melayu Islam sewajarnya mencontohi konsep perniagaan sosial. Bantulah mereka yang lemah demi kebaikan umat Islam dan seterusnya kebaikan itu bakal dinikmati oleh masyarakat secara keseluruhannya.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Monday, July 6, 2015

Menolak ISIS



Assalamualaikum wbt. Petikan dari Arrahmah.com.

Terinfeksi virus KhawarijMeski ISIS menampik dirinya berpahamkan khawarij, namun dari sisi karakter dan ciri-ciri khawarij sangat melekat padanya. Seperti sabda Rasulullah, ‘Fika Imru’un Jahiliyah’, pada dirimu ada karakter jahiliyah. Sabda diatas disematkan kepada seseorang yang memiliki karakter jahiliyah sekalipun beriman kepada Allah. Iman kepada Allah adalah satu hal, dan kemaksiatannya adalah hal lain. Begitu juga ISIS, klaim bahwa ia beraqidahkan aqidah ahlus sunnah wal jma’ah adalah satu hal, namun karakternya yang mudah mengkafirkan pihak lain adalah hal yang lain. ISIS Ahlus Sunnah klaim, khawarij karakter.Karena karakter khawarij yang dimiliki ISIS inilah yang menyebabkan ia mudah menumpahkan darah kaum Muslimin dan orang-orang tak bersalah. Bahkan darah yang ia tumpahkan adalah darah orang-oarng terbaik di zaman ini. Kegemeran ISIS memerangi kaum Muslimin dan Mujahidin sudah terihat ketika ISIS masih beroperasi di Iraq dahulu kala, yaitu ketika mereka memerangi Jaisul Islam terlebih dahulu, kemudian puncaknya membantai Mujahidin Anshar Islam. Kegemaran ini berlanjut ketika ISIS beroperasi di suriah. ISIS yang karakternya seperti penderita autisme, selalu merasa benar dan tidak mau mengalah. Hampir seluruh tandzim jihad di suriah diperangi oleh ISIS, apalagi tandzim nasionalis.Autisme ISIS berlanjut ketika ISIS melawan arahan-arahan para pimpinan jihad.

 Ketika itu pula terlihat makin jelas autisme ISIS dan kebohongannya ketika berjanji akan memenuhi instruksi para pimpinan jihad, namun kenyatannya mereka malah menyerang para pimpinan jihad. Para ulama rujukan pun menjadi saasaran berikutnya. Sebagian pendukung ISIS menghukumi para ulama rujukan dengan tuduhan fasiq, munafik bahkan kafir, subhanallahi amma tashifun.Menurut syeikh al-Maqdisi, ‘…Kadangkala saya juga memandang sebagian dari mereka lebih buruk dari Khawarij’. Dasar penilaian syekh al-Maqdisi terangkai dalam beberapa poin berikut:Kelompok Khawarij mengafirkan pelaku dosa besar. Sebagian mereka (personil ISIS) ada yang mengafirkan seseorang karena ketaatannya, setelah itu ia mengganti nama ketaatan tersebut dengan maksiat, pengkhianat, dan shahawat.Rambu-rambu takfir menurut mayoritas pengikut mereka berdasarkan hawa nafsu dan permusuhan (tidak di atas dhowabit syar’iyyah). 

Mereka diliputi oleh kejahilan, kebingungan, dan angan-angan yang bodoh.Kelompok Khawarij tidak berdusta. Namun saya pernah ber-muamalah dengan beberapa dari mereka bahwa ada sebagian dari mereka yang lebih besar kedustaannya dari Rafidhah dan lebih pembohong dari Yahudi.Mereka mengangkat pedang terhadap umat terbaik Muhammad SAW dari kalangan Mujahidin, juga menghalalkan darah dan hartanya. Merekalah yang paling berani dan cepat memerangi (mujahidin) daripada memerangi kafir asli karena dianggap telah murtad—dan orang yang murtad lebih buruk dari kafir asli. Di dalam hadits disebutkan “Siapa yang memberontak dari umatku, memukul (membunuh) yang baik dan yang fajirnya dan tidak mempedulikan dari kemukminannya serta tidak menunaikan janjinya kepada orang yang dijanjikan maka ia bukan dariku dan saya lepas diri darinya.Dan barang siapa yang berperang di bawah bendera ashabiyah dan menyeru kepada kefanatikan atau marah karena fanatik kemudian terbunuh, maka terbunuhnya adalah terbunuh secara jahiliyah.” (selesai kutipan).

Syekh Ibrahim Syakaran, murid senior Syekh Ulwan berkata, Adapun pelabelan Jama’ah Daulah sebagai ‘Daulah Khawarij’ juga merupakan perkara yang jauh dari kebenaran. Karena jika kita mengkaji tentang kelompok-kelompok khawarij di dalam nash, ia dinamakan sebagai Khawarij atau Haruriyah sebagai suatu jama’ah aqidah yang mana jama’ah itu dan i’tikadnya adalah satu. Mereka terapkan aqidah tersebut dari atasan hingga bawahan.Adalah lebih tepat untuk melabeli keadaan Jama’ah ini sebagaimana perkataan “Bahwasanya para ghulat di masa ini lebih ekstrim dan lebih ghuluw daripada para ghulat di masa lampau” berdasarkan beberapa hal:Sesungguhnya khawarij di masa lalu sangat berprinsip tinggi dan menerapkan aqidah bid’ah mereka pada seluruh elemen jama’ah. Sedangkan Jama’ah Daulah menerapkan aqidah mereka berdasarkan kepemimpinan dan pengaruh.Sebagian besar khawarij di masa lalu mengafirkan pelaku dosa besar, adapun ghulat di zaman kita ini mereka tidak mengafirkan perbuatan dosa besar melainkan mengafirkan perbuatan amal shalih yang disyariatkan pada dasarnya.Khawarij di masa lalu dikenal dengan ibadah shalat dan bacaan Al-Qur’an mereka, adapun para ghulat di zaman ini mereka jauh dari ibadah ini, mereka disibukkan dengan nasyid-nasyid penyemangat dan menghabiskan waktu di media social untuk menghujat dan memaki dengan tujuan membela Jama’ahnya.

Khawarij di masa lalu dikenal dengan kejujuran mereka, sedangkan para ghulat di masa ini dikenal dengan banyaknya dusta mereka. Mereka menghalalkan dusta demi menolong kelompoknya.Bahkan dapat dikatakan bahwa dengan menisbatkan Jama’ah Daulah kepada khawarij, hal ini merusak citra khawarij itu sendiri. (selesai kutipan). - See more at: http://www.arrahmah.com/rubrik/kebengisan-isis-efek-mubahalah.html#sthash.6mpWIAJm.dpuf


Hukuman keatas mereka yg meninggalkan IS (sheikh Bari)

 Pembunuhan di Masjid Salim, Syiria.

Hjlutfi: terus berpegang pada Islam yang sebenar (ASWJ)


Wednesday, August 6, 2014

Apa boikot-boikot ?


Assalamualaikum wbt.

Setahu kita telah lama Negara haram Israel ditubuhkan, bukan sekali mereka membunuh rakyat Palestin, serangan demi serangan dibuat kepada rakyat Palestin (Umat Islam), mereka memperleceh Islam dengan melakukan serangan pada Hari Raya, pada awal muharam dan lain-lain hari kebesaran Islam. Mereka meyerang ketika umat Islam menunaikan haji, ketika umat Islam menyambut puasa.

Kenapa mereka memilih waktu tersebut ?

Sebenarnya kalau mereka pilih masa-masa lain tak jadi masalah, umat Islam pada masa ini, tidak akan bersatu untuk menentang mereka, jadi mereka memilih untuk memperlecehkan Islam pada hari-hari kebesaran Islam. Apa hendak dihairankan dalam Al Quran telah disebut, mereka bangsa yang membunuh oara nabi dan rasul, kalau setakat nak bunuh umat Islam apa yang dihairankan.

 

Sudah 66 tahun Israel membina Negara, membina ekonomi, membina empayar perbankkan, membina jenama, membina New World Order.  Dan sudah tentu 66 tahun umat Islam memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Negara Yahudi tersebut.

Hari ini mari kita persiapkan diri, jangan boikot, sebaliknya kita kuasai, tak kiralah kuasai dalam bentuk rampas ,nasionalisasi’, ambil alih (kuasai saham),  kita beli jenama-jenama mereka, kita beli perniagaan mereka.

Kenapa ? , mustahil !

Kerana beranggapan mustahil lah, maka sehingga 66 tahun kita gagal Mem’boikot’ Israel. Setiap kali Palestin diserang, kita boikot McD, kita boikot Coca cola, kita boikot itu ini, bila perang reda, kita kembali memaafkan dan kembali makan ayam yahudi (halal !).

Cuba dari sekarang jenama ayam Islam Mc D,  diambil alih sepenuhnya dan dijadikan jenama baru Muhammad bin Abdullah. Coca cola dijadikan Cuba rasa. Tiada usaha bersungguh-sungguh atau kekalahan dari segi strategi pemasaran, atau main kotor yahudi menyebabkan produk Islam gagal menguasai dunia, nak tak nak, makan juga di Mc D.

 

Islam telah mengajar supaya umatnya menguasai bidang perniagaan, ekonomi, persenjataan, menguasai segala macam Ilmu.

Hanya dengan perniagaan, Islam akan kembali menguasai  urusan dunia, hanya melalui ekonomi , tekanan- tekanan boleh  dikenakan terhadap Negara-negara yang memusuhi Islam. Hanya melalui persenjataan, musuh akan mengeruni.

Tidakkah semua itu telah ditunjukkan jalan oleh Nabi Muhammad SAW ?. Habis kenapa tidak mengambil langkah seperti itu sejak 66 tahun lalu ?.

Berbalik kepada iman dan sikap umat Islam sendiri, banyak hadis yang menerangkan keadaan umat Islam akhir zaman spt. Umat Islam dihurungi bagai semut menghurung makanan. Bukan kerana umat islam sedikit, tetapi bagai buih dilautan.

Siapa yang bertanggungjawab untuk mengembalikan kejayaan Umat Islam ?

 

Tuesday, July 22, 2014

Sultan terakhir yang mempertahan tanah Pelastin


Assalamualaikum wbt.

Sultan Abdul Hamid 2, mempertahankan Pelastin sedaya upaya baginda, jangan kita marah apabila membaca sejarah yang memperkecilkan baginda, sejarah yang ditulis oleh barat semuanya memburukkan sultan-sultan Islam termasuk sultan di sayap timur khalifah othmaniyah (Sultan- Sultan Alam Melayu), Sultan-Sultan Empayar Mughal)
 
Mari kita lihat sedikit jiwa Sultan Abdul Hamid 2, ini bukan Sultan Abdul Hamid Kedah, yang gambarnya dijadikan pelaris di kedai-kedai Cina , Melayu dan Petani
 
Pada hari Isnin 14 Ogos 1876 bersamaan 23 Rejab 1293 H, Sultan Abdul Hamid dibai’at sebagai Khalifah ketika itu Baginda berusia 34 tahun. Kebijaksanaannya menguruskan urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Sokongan padu kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil mengurangi tekanan Eropah terhadap Daulah Utsmaniyyah.

Sultan Abdul Hamid II telah memimpin sebuah kerajaan yang luasnya terbentang dari timur hinggalah ke barat. Pemerintahannya selama 30 tahun sentiasa dikelilingi konspirasi serta fitnah dari dalam dan luar negeri.

Ini termasuk usaha jahat yang dilakukan oleh kaum Yahudi untuk mendapatkan sebidang tanah di bumi Palestin yang ketika itu menjadi sebahagian dari empayar Kerajaan Utsmaniyyah. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi agar mereka dapat memasuki Palestin.

1. Sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan pada tahun 1892 kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan untuk tinggal di Palestin.

2. Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang menemui Sultan Abdul Hamid pada tahun 1896 sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds

3. Melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah.

Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan arahan melarang rombongan penziarah Yahudi untuk tinggal lebih dari tiga bulan di Palestin, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. Seterusnya pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan arahan mengharamkan penjualan tanah di Palestin kepada Yahudi.

Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah

1. 150 juta pound sterling Inggeris khusus untuk Sultan.
2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencecah 33 juta pound sterling
Inggeris.
3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank
4. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.
5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin.

Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan, “Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka”.

Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan. Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti “liberation”, “freedom”, dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai “Hamidian Absolutism”, dan sebagainya.

Pada malam 27 April 1909 ( Selasa 6 Rabiul Akhir 1327H ), Sultan Abdul Hamid telah didatangi beberapa orang tamu yang tidak diundang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah yang bersetuju dengan penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya.

Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali turut mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut dengan persetujuan oleh anggota senat yang lain.

Keempat utusan itu adalah
1. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah (Meclis-i Mebusan)
2. Aram Efendi, wakil rakyat Armenia,
3. Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah,
4. Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebus

Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka. Dengan nada angkuh, Esat Pasha menyampampaikan berita pemecatan ini.


 

“Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,…. tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini ( Emmanuel Carasso ) masuk ke tempatku?” Jawab Sultan dengan nada yang amat murka. Emmanuel Carasso adalah orang yang pernah bersekongkol dengan Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid ini telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk dan Sultan Abdul Hamid II sendiri telah kehilangan kuasa dan diturunkan dari takhta.

Wednesday, July 16, 2014

Nasihat Fidel Castro kepada Israel

Assalamualaikum wbt.

Saya petik nasihat castro kepada Israel. Banyak pemimpin dunia kafir tahu cara melemahkan Islam, dan semua pemimpin Islam sedar perkara tersebut, namun.. tetap mengambil kafir sebagai rakan akrab/ penolong.

Fidel Castro, pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”

Monday, July 14, 2014

Fitnah Akhir Zaman


Fitnah Akhir Zaman.

Assalamualaikum wbt. “pintu neraka terletak dihujung jari sendiri”, anda yang tekan, andalah yang masuk, anda yang taipkan password, pintu terbuka andalah yang masuk, anda yang letakkan thump print, pintu terbuka andalah yang masuk.

Mudah sekali untuk masuk neraka dengan teknologi yang ada pada hari ini, teknologi hari ini makin hari makin menjelaskan kekuasaan/ ilmu Allah swt.  Bila disebut di hari perhitungan akan ditayangkan oleh Allah swt segala amat baik dan amal kejahatan. Hari ini kebanyakan perbuatan dirakam oleh kamera sendiri atau kamera orang lain, dimuatkan ke tube untuk penilaian orang lain. Beringatlah tentang “pintu neraka dihujung jari sendiri”. Ini mukadimah sempena Ramadhan.

Artikel berikut adalah isu yang sedang bermain didunia khasnya dunia umat Islam. Tak berapa kerat manusia bukan Islam yang ambil peduli tentang isu ini. Bukan Islam di Malaysia belum tentu, malah bersorak atas apa yang berlaku terhadap saudara kepada umat islam di Malaysia.

Kita tak boleh berharap kepada orang lain dalam urusan kita, “bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami”. Segala kebaikan yang disumbangkan oleh orang Islam tidak pernah di balas dengan kebaikan, malah difitnah oleh orang bukan Islam, berbagai helah dibuat untuk menidakkan sumbangan orang Islam. Contoh teladan yang baik ditunjukkan oleh tentera Islam semasa membebaskan  Al Quds, dibalas dengan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera salib apabila mereka kembali menawan Al Quds. “jangan kamu jadikan orang kafir sebagai sahabat akrab atau penolong kamu”, hal ini telah jelas namun hati Islam yang lemah iman masih tidak mahu mengatakan bukan Islam itu musuh, jadi… ,  jadilah seperti yang terjadi hari ini.

Dimulai dengan serangan-serangan keatas Negara Islam,Palastin,  Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir, Syiria  maka kucar- kacirlah Negara tersebut, dalam Negara tersebut sudah hilang kepercayaan antara suatu puak dengan puak yang lain, antara kumpulan pejuang dengan kumpulan yang lain,  kafir mengkafir kumpulan lain hanya kerana perkara yang belum sah hunjung pangkalnya. Kewujudan kumpulan pejuang hanya untuk mempertahankan diri sendiri kerana tidak yakin ‘saudara’ yang datang membantu adalah musuh atau saudara. Maka hujung senjata dihala kepada sesiapa sahaja.

Ditambah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh ‘ulama berpihak kepada kerajaan’, ‘ulama berpihak kepada pembangkang’,  ‘ulama sunni’,  syiah dan sebagai fatwa yang memburukkan keadaan. Kita di Malaysia cukup keliru adakah hendak mendengar As Shoubuni , adakah hendak mendengar, Al Qardawi, atau ulamak jalanan yang lebih berfatwa dan mengezet fatwa mereka ke media social, atau hendak berbaiah dengan khalifah Ibrahim Al Baghdadi.

 

Maklumat yang kita peroleh terlalu banyak dan kita hendak menangkan maklumat yang kit a baca untuk tunjukkan pengetahuan kita, tapi adakah maklumat itu benar. Dalam Isu Syiria saya berpegang kepada Sheikh As Shoubuni kerana saya dengar sendiri dari ucapan beliau yang diterjemahkan dengan amanah oleh penterjemah, maka saya berpegang bahawa memerangi Byasar adalah Jihad. Byasar adalah Syiah.

Di Pelastin Hamas sibuk berperang dengan peluru, di TV1 kita bertengkar secara tidak baik kerana fakta dan memenangkan fakta yang kit a baca, entah dari sumber yang mana. “Kepanasan’ kita untuk mempertahankan Islam menyebabkan kita memperoleh dan berhujah pada fakta yang salah pada pandangan orang lain.

Isu siapa membantu Hamas ?

Hamas hanya berperang sendirian, mereka berjihad sendirian, tiada berita mana-mana mujahiden yang berjuang bersama hamas, jika adapun tidak di highlightkan.  Hamas ada Briged Al Qassam, para mujahidennya sendiri,yang mana kebanyakan adalah penghafaz Al Quran. Ini yang membuat Israel gerun terhadap Hamas.

Adakah benar Iran membantu Hamas. Jawapannya tidak benar, tidak ada dalam sejarah Iran membantu memerangi Israel untuk membebaskan Palastin atau membebaskan Baitul Muqaddis. Iran hanya bantu Hezbullah, kerana Hezbullah adalah Syiah, bantu ketika Israel menyerang Labenon, bukan membantu membebaskan Palastin. Jika ada pihak yang mengatakan Hamas dibantu oleh Hezbullah, fakta tersebut adalah salah.

Selagi saya tidak mendapat sumber sahih , saya tak mahu mengunakan fakta yang salah hanya untuk menunjukkan temberang bagi memenangkan Islam.  Negara-negara lain tidak mahu campurtangan dalam isu Pelastin kerana pada anggapan mereka ini men”habiskan beras’ saja. Amerika akan guna kuasa Veto yang boleh membatalkan apa saja rosolusi yang dibuat oleh Negara-negara lain, termasuk OIC. Israel pula tak pernah mematuhi segala perjanjian yang dibuat sebelum ini, dan dahulu seperti disebut dalam Al Quran.

Kenapa Tebing Barat tidak dihujani dengan bom. Tebing Barat tak ada Hamas,Buakn tak ada terus, Yahudi tak takut kepada pencinta dunia, Yahudi hanya takut kepada pencinta Akhirat. Sudah tentu Ismail Haniyeh yang dikejar oleh Israel berbanding Mahmoud Abbas. Kalau di Malaysia Israel akan kejar PAS berbanding kejar Umno, ‘hanya perumpamaan’. Entah-entah di Kejar kedua-dua sekali sebab PAS dan UMNO lawan Israel habis-habisan. (sekadar layan marah saja..)

Kenapa IS tak bantu bebaskan Palastin ?

Secara peribadi IS sendiri belum ‘tentu arah’, tentu sukar utnuk mereka membantu, tetapi itulah satu-satu harapan yang ada buat masa ini untuk mengembeling para mujahidin menentang Israel. Tapi kena ingat berperang dengan ‘anak emas’ Amarika dan sekutu kafir eropah akan member kesan yang besar kepada Dunia sendiri.

Selagi  Orang Islam masih membeli senjata yang diperlukan, selagi itu sukar untuk menang terhadap musuh, bayangkan disetiap senjata kecil, berat, kimia, telah diletakkan satu alat pengesan oleh pembuatnya iaitu, Amarika sendiri, German, China, Rusia, Sudah tentu lokasi pejuang akan diketahui dengan mudah. Solehhuddin menggunakan pedang Damascus yang ditempa sendri oleh orang Islam, tentera Othmaniyah membuat istinghar  dan meriam sendiri, itulah factor kemenangan. Briged Al Qassam membuat senjata roket sendiri, sudah tentu mereka berpotensi untuk menang dengan izin Allah.

IS , saya masih keliru , belum ada maklumat sahih, pendekatan Agama bagai Taliban, jika benar menghukum pemilik akaun Fb wanita (jika benar), mengkafirkan orang Islam yang ber’perjanjian dengan kafir’ memurtadkan orang Islam yang lain, membuat saya masih keliru untuk’ membaiah’  Khalifah. Jika seperti itu yang ditunjukkan maka IS akan jadi seperti Taliban, dalam perkara  yang kecil dibesarkan akhir sekali orang akan Nampak Islam yang dibawa menyusahkan dan seterusnya menolak IS.

Namun saya masih mengharapkan IS menjadi  tempat bergantung para pejuang menentang sesiapa sahaja yang kafir.
Asstaghfirullah hal Azzim,  ampunlah dosa saya, jauhkan saya dari membuka pintu neraka untuk diri sendiri.

Thursday, July 10, 2014

Bandingan revolusi Cuba dengan ISIL/ISIS/IS -3


Bandingan revolusi Cuba dengan ISIL/ISIS/IS

 Assalamualaikum wbt.

Kedua-dua pihak iaitu Cuba dan IS telah mencapai kuasa melalui ‘pemberontakan’ (disebut oleh pemerintah yang ditentang, dalam sejarah mereka sudah tentu mereka adalah pejuang yang Berjaya.) Kedua-dua nya tidak mendapat pengiktirafan  sebagai penguasa oleh Amerika. Pengiktirafan oleh kuasa besar adalah amat penting bagi kewujudan sesebuah Negara dalam planet bumi.

Cuba,  walaupun tidak mendapat pengiktirafan amerika mereka masih boleh berkawan dan diiktiraf oleh Negara-negara yang ofensif dengan amerika spt, Soviet dan Negara-negara yang sefahaman ideology dengan mereka.

Perjuangan Feidel Castro hanya melibatkan semapadan Negara Cuba sahaja, berbanding IS yang melibatkan dua Negara yang iaitu Iraq dan Syiria (Syam- nama asal wilayah sekitar).

Jika sekadar untuk memperolehi kuasa, saya percaya IS sudah Berjaya , sama seperti Taliban yang berkuasa di Afganistan buat sementara waktu. Namun kerana cita-citanya yang lebih jauh iaitu menjadi ‘Khalifah Umat Islam’ menyebabkan mereka dipandang sinis oleh Negara umat Islam sendiri. Dikalangan Umat mungkin boleh menerima Khalifa Islam kerana tiada perlu bebuat apa, hanya mengakui sahaja, namun dari segi politik dan kuasa menyebabkan Negara-negara Umat islam lain tidak akan mengiktiraf kekuasaan Khalifah Islam oleh IS.

Maka disini timbul istilah “Syok sendiri” yang dilemparkan kepada IS oleh penganalisis politik, penganalisis agama atau penganalisis individu. Keadaan dunia yang agak rumit, dikuasai oleh Negara-negara yang seteru dengan umat Islam dan pada masa yang sama bersahabat dengan Negara umat Islam menjadikan ia lebih rumit untuk memberi pengiktirafan kepada IS.

Dari segi politik sudah tentu orang menganggap IS asal dari pemberontak, dari segi agamapun Ulama akan menghukum IS sebagai ‘pemberontak’ kerana kononnya tindak tanduknya ada yang bertentangan dengan Islam, dan yang ditentang adalah orang Islam sendiri. (siapakah yang dimaksudkan orang Islam sendiri, adakah Syiah?). Manakala mujahidin lain yang tidak bersetuju dengan IS ini terus tidak bergabung.

Bagaimana dengan Muaawiyah memperolehi kuasa Khalifah, tidakkan melalui pemberontakan, akhirnya dia di baiah dan diiktiraf sebagai Khalifah umat Islam. Begitu juga Abbasiyah, tidakkah mereka memperolehi kuasa khalifah melalui penentangan terhadap Muaawiyah.

(Kenapa khalifah/ pemerintah yang sedang berkuasa ditentang ?) – Kerana mereka dilihat sudah tidak Islamik, maka perlu ada pemerintahan baru yang lebih Islamik.

Turki Othmaniah diiktiraf sebagai khalifah Islam terakhir, 90 tahun yang lalu. Begitu panjang umat Islam dunia tiada Khalifah Umat, yang ada hanyalah ulil Amri, untuk kawasan-kawasan spt Malaysia, Indonesia, meskipun gelaran pemerintah di panggil Yang diPertuan Agong, Presiden, King atau sebagainya. OIC sepatutnya satu badan yang boleh bertindak sebagai Khalifah Umat, namun mereka hanyalah  Oh.. I.. See.

Langkah IS mengistihar diri sebagai khalifah memberi satu ruang dan nafas baru bagi pencinta system Khalifah. Satu system yang khusus dalam ‘pemerintahan umat’ kerana khalifah akan bertindak sebagai perlaksana Islam is Addin. IS tetap mendapat sokongan dan dokongan dari para mujahid yang sentiasa mahu melihat Islam kembali menguasai dunia. Meskipun mereka tidak mendapat sokongan dari mana-mana ketua Negara Umat Islam, namun pihak mujahid di setiap Negara umat Islam sudah membaiah. Khalifah IS, atau Khalifah Ibrahim.

Sebagai individu Islam hanya akan menjadi ‘pak turut’ sahaja kerana tiada kuasa.

Namun IS pasti akan mendapat tentangan hebat dari Negara Barat, Amerika dan Eropah hanya kerana dia IS. Perang yang berpanjangan akan terus berlaku sebagaimana Taliban yang pada mulanya menang setiap perlawanan dan akhirnya Afganistan kembali kekancah peperangan yang tiada kesudahan.

Ketidakstabilan di Timur Tengah akan memberi kestabilan dan mandiri kepada Israel. Maka dalam jangkaan saya IS akan terus ditentang oleh Iraq, oleh Syiria dan Iran dan mereka sudah tentu akan dibantu oleh amerika dan sekutunya.

Mana IS ketika umat Islam di Pelastin sedang diserang ?.

Inilah soalan dari ‘munafikun” terhadap IS. Mereka tidak menyokong IS tetapi mahukan IS bertindak sebagai Khalifah. Tidakkah itu pelik namanya.

Saya percaya mereka yang telah membaiah Khalifah sedang berjuang di Pelastin sebagai mujahidin, bukan mewakili Negara masing-masing. IS asal dari kumpulan pejuang sudahtentu mereka mempunyai rangkaian diseluruh dunia yang setia kepada IS.

 

 

Wednesday, April 24, 2013

NADWAH ULAMAK KEDAH SEPAKAT TOLAK UMNO/BN

NADWAH ULAMAK KEDAH SEPAKAT TOLAK UMNO / BN






Assalamualaikum wbt.

N3 dibawah ini saya petik dari Kedah La, Kedah La petik tang mana saya tak tau , hak tu kena Tanya dia. Bacalah , ini untuk kebaikan kita dan Malaysia.

Kalau betul kita Islam dan mahu Islam, ikut kata ulamak, sebab ilmu kita tak sampai tahap ulamak, amalan kita lagi tak sampai tahap ahli abid dan ulamak-ulamak.





KUALA LUMPUR: Nadwah Ulama dan Kepimpinan NGO Islam yang terdiri dari tuan-tuan guru, ulama dan pemimpin NGO Islam dari seluruh negara bermuafakat bahawa perubahan pemerintahan di peringkat Pusat dan negeri dalam PRU13 adalah suatu tuntutan kepada umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.



Dengan isu-isu yang berbangkit sepanjang 1999 hingga 2013, Nadwah yang dihadiri lebih 400 alim ulama dan 16 NGO Islam seluruh negara berlangsung di Alor Setar, semalam.



Turut hadir adalah Tuan Guru Haji Saleh Bin Musa selaku Mursyid Nadwah (gambar), Syeikh Mohd. Zainol Asri Romli, Tuan Guru Haji Abdul Majid Abu Bakar An Nadwi, Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan, Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah Bukit Lada, Tuan Guru Haji Mohd Rejab Md. Akhir, Syeikh Mohd. Rodi Abdul Rahman Al Hafiz, Tuan Guru Khairul Anuar Shafii, Tuan Guru Haji Mohd. Nasir, Mohd Azmi Abdul Hamid, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Tuan Guru Haji Ahmad Abdullah, Tuan Guru Haji Yusuf Husin Pondok Penyarum dan Dr. Muhammad Fauzi Zakaria.



Para ulama, tuan guru dan pemimpin NGO Islam bersepakat bahawa kuasa pemerintah perlu berubah tangan pada PRU13 ini demi menyelamatkan negara dari terus menuju kepada kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara.



Mereka yang telah memegang kuasa telah mengkhianati mandat rakyat dengan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan pembolotan kekayaan negara di kalangan pemimpin elit negara.



Isu berikut adalah alasan kenapa rakyat perlu menolak BN dan memberi mandat kepada gabungan parti alternatif dari Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan Pusat dan negeri dalam PRU13:



1. BN mempertajamkan sentimen agama dengan membiar pihak tertentu untuk menimbulkan konflik,



2. Sentimen perkauman sempit semakin diapi-apikan oleh BN yang akan menghancurkan negara.



4. Status agama Islam tidak bertambahbaik malah semakin terjejas akibat dasar nasionalisme sempit dan faham sekular yang diamalkan oleh pemerintah.



5. Campur tangan dalam institusi awam oleh parti politik yang keterlaluan.



6. Perbelanjaan kewangan negara yang tidak telus,



7. Membenarkan politik lucah, politik wang dan politik mengaibkan yang semakin mengotorkan demokrasi,



8. Membenarkan penghakisan budaya hidup dan kelunturan aqidah umat Islam dan kerosakan moral masyarakat yang semakin parah,



9. Menyalahurus ekonomi negara sehingga menyebabkan kos hidup rakyat meningkat, beban hutang negara meningkat kepada lebih RM500 bilion



10. Penswastaan keperluan hidup asasi rakyat sehingga merumitkan kehidupan golongan berpendapatan rendah,



11. Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang semakin parah,



12. Kos hidup yang melibatkan makanan asas, khidmat kesihatan, khidmat pengangkutan, kos pendidikan, perumahan yang semakin meningkat,



13. Keselamatan sosial yang semakin tidak terjamin,



14. Gejala keruntuhan akhlaq generasi muda yang semakin serius,



15. Perbelanjaan kerajaan yang mencatat salahurus agensi kerajaan seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara berulang setiap tahun,



16. Keyakinan rakyat kepada agensi awam yang semakin luntur,



17. Politik kotor, politik wang, politik samseng dan politik lucah menjadi-jadi,



18. Kebocoran wang haram yang berjumlah berbilion ringgit keluar negara yang merugikan pendapatan negara dari segi cukai,



19. Salahurus penggunaan tabungan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Tabung Tentera,



20. Korporat penting negara seperti TNB, Petronas , Telekom, MAS, PNB yang disalahurus kerana campurtangan politik yang menyebabkan ada yang rugi dan ada yang disalahguna,



21. Pelbagai agensi awam diujudkan tetapi telah membebankan perbelanjaan negara tanpa memberi pulangan yang kepada rakyat seperti yang sepatutnya



22. Kedaulatan negara terjejas akibat kelemahan pertahanan negara yang menyebabkan banyak khazanah negara dicerobohi dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat terus mengguna kesempatan untuk menguasai ekonomi danolitik negara



23.Sektor media awam disalahguna sehingga kredbiliti agensi media awam terjejas teruk akibat campurtangan parti politik pemerintah yang melampau.

Pendukung deklarasi ulama.



NGO-NGO



1. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)

2. Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)

3. Persatuan Ulama Kedah (Puk)

4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

5. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)

6. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)

7. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah)

8. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa)

9. Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah (Darul Mustafa)

10. Women’s Initiative For Research, Development & Advancement (Wirda)

11. Persatuan Kebajikan & Pendidikan Pelajar Islam Kedah (Persida)

12. Yayasan Paksi

13. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah)

14. Gerakan Sokong Syariah (Gesa)

15. Institut Pengembelingan Komuniti (Impak)

16. Institut Penyelidikan Syariah Malaysia (Isra)



Pondok dan sekolah agama

1. Madrasah Al Rahmaniah Sik

2. Maahad Darul Muhajirin Gajah Teriak

3. Madrasah Darul Muhtadin Jeniang

4. Madrasah Manabi’ Al-Ulum Al-Diniah Telaga Batu Jitra

5. Madrasah Ahmadiah Addiniah Al Islamiah Pondok Ahmad Nahu

6. Madrasah Al-Zuhudiah Parit Panjang

7. Madrasah Ahmadiah Bukit Pinang

8. Madrasah Islahiah Pondok Ustaz Adnan

9. Madrasah Nurul Islam Charok Tok Uban Sik

10. Ribat Nasrul Muhajirin Kg.Permatang Kaka

11. Al Madrasah Al Imaniah Ad Dalawiyah Kg. Padang Buluh Nipis

12. Madrasah Addiniah Al-Mardiyah Pondok Sg.Kob

13. Maahad As-Syatirie Kg Sg. Dedap Yan

14. Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah Kg Begia, Sik

15. Madrasah Darul Ulum Al Barakah Kg Batu Besar Sik

16. Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah Kg. Sungai Mati Lepai

17. Madrasah Takwiyatul Islamiah Pondok Bukit Lada

18. Pondok Tn.Guru Hj.Hussin Dol Guar Chempedak

19. Madrasah Tahzib An Nufus Pondok Ust.Awang Lanai

20. Madrasah Al-Hidayah Al-Hukmiah Pondok Permatang Nibong

21. Madrasah Munawwarah Parit Panjang, Baling

22. Madrasah Al-Falah Al-Samaniah Ad-Diniah Pondok Alor Janggus

23. Madrasah At-Tarbiah Pondok Kg. Landai

24. Pondok Darul Saadah Sg Limau Baling

25. Pondok Semeling

26. Pondok Hj Wan Soleh Jitra

27. Pondok Penyarum Baru Tobiar, Pendang

28. Madrasah Jaafarul Hasanah Lepai

29. Pusat Pengajian Tarbiyatul Auladiyah Kilim Langkawi

30. Sek Men Islam Darul Ulum (Smidu) Pokok Sena

31. Madrasah At Taklimiah Al Khairiah Tok Keling,

32. Sek Men Agama Al Baqiyatussolihat Langkawi,

33. Madrasah An Nur Al Islamiah Gajah Mati Pendang

34. Akademi Islam Haji Abdullah Suboh Kota Kuala Muda,

35. Sekolah Menengah Agama Ihsaniah Belantik Sik,

36. Sek Men Agama Makarimul Akhlak Langgar

37. Maahad Tarbiah Islamiah Derang

38. Madrasah Zubaidiyah Merbok

39. Pusat Pendidikan Al-Islah Pinang Tunggal

40. Madrasah Nurul Hidayah Kg.Tembak K.Ketil

41. Markaz At Ta'lim Wat Tarbiah Pondok Bandar Hilir

42. Madrasah Saadatul Wathoniah Kg. Tembak K.Ketil

43. Madrasah Misbahul Falah Parit Panjang

44. Madrasah Nurul Islah Parit Panjang

45. Maahad Tahfiz Al-Fityan Yan

46. Maahad Tahfiz Al Quran Yayasan Al Huffaz Parit Panjang

47. Institut Pendidikan Islam & Tahfiz Al-Quran Abada Parit Panjang

48. Pusat Tahfiz Al Amin Lunas

49. Pusat Pengajian Islam Maahad Raudatul Ulum Serdang,Kedah

50. Maahad Tahfiz Mutmainnah Sungai Petani

51. Ma'ahad Al-Imam Al-Syafie Pendang

52. Maahad Tahfiz Al-Barakah Tikam Batu,Sg Petani

53. Maahad Qiraat Amal Aimy Dzalifah

54. Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim, Kedah

55. Maahad Tahfiz Saidina Abu Bakar Kuala Nerang, Kedah

56. Maahad As Solehah Kuala Kangkong Alor Setar

57. Sek. Agama At-Toyyibah Changlun

58. Madrasah Islahiah Diniah Memali Baling

59. Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Sridu) Tandop Alor Setar

60. Sek. Integrasi Faizin (Saif) Guar Chempedak

61. Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Langkawi

62. Sek. Ren Islam Burhanuddin Al-Helmi Alor Star

63. Sek. Rendah Islam An-Nur Gajah Mati Pendang,

64. Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Kupang, Baling

65. Sek. Rendah Islam Raudhatul Muslimin Sg. Kembal Kuala Ketil

66. Sekolah Rendah An-Naim Kuala Ketil

67. Sek. Rendah Darul Hijrah Mukim Siong Baling



Thursday, April 4, 2013

Mohon Sumbangan RM untuk dana pilihanraya

Assalamualaikum wbt.

Entry kali ini, memohon semua warga Malaysia, tak kira Parti apa yang di sokong.

PAS  UPU Pengkalan Balak, dalam MTD Tanjung Bidara , N02, memohon sumbangan dana RM sebanyak mungkin dari tuan-tuan dan puan puan.

PAS  =  Parti Islam Se Malaysia

MTD = Majlis Tindakan DUN

UPU = Unit Peti Undi.

Keperluan dana ini adalah untuk kerja-kerja pilihanraya, eg, untuk wang taruhan Calon PAS Tanjung Bidara, wang deposit tampal poster, wang belanja pekerja-pekerja sukarela, yang akan bertugas semasa pilihanraya , sebelum dan selepas pilihanraya.

Jadi tuan-tuan dan puan - puan hulurlah sedikit bantuan dengan memasukkan kedalam akaun Pas Tanjung Bidara di bank rakyat menggunakan no akaun berikut;

22- 045 - 520973 - 6

Semoga sumbangan tuan-tuan dan puan-puan dapat memenangkan PAS Tanjung Bidara dan PAS seluruh Malaysia.