Showing posts with label Saya Takut Mati. Show all posts
Showing posts with label Saya Takut Mati. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Adus Bisa.. Barisan Neraka

Assalamualaikum wbt

BN = Barisan Neraka

Ceritanya begini.



Tulisan yang tertera di bag plastik (compak - orang Sabah kata) adalah luahan perasaan atau emosi salah seorang warganegara Malaysia. Beliau mungkin telah membuat kesimpulan sedemikian setelah meneliti apa yang telah diperbuat oleh BN, mungkin terhadap dirinya, ahli keluarganya atau rakyat Malaysia.

Ni saya teka saja,

Mungkin sebab beliau lihat BN tidak berjuang atas landasan Agama Islam, sebaliknya memburukkan PAS yang berjuang atas dasar Islam.

 (ni saya kata, BN sampai bilapun tak akan memperjuangkan Islam, mereka hanya memberi kosmetik dalam bentuk Islam sahaja padahal tidak Islam pun. Bina Masjid untuk tujuan pelancongan eg, Masjid Kristal, Masjid Selat, Masjid Besi, Masjid Tanah , sori.. Masjid Tanah dibina atas dasar iman dan takwa, tapi masjid tu tersorok belakang kedai orang,  Sayapun tak pernah solat disitu, sambung lagi, bina Masjid sebab nak sapu komisen kontrak dan nak dapat kontrak)

Terap nilai Islam, Bersih Cekap, Amanah - terap saja nilai tapi tak amalkan, berapa banyak berlaku ketirisan (ini nak tunjuk tak berapa teruk) padahal bukan setakat ketirisan malah pecah berlubang, Kerakusan mengaut harta negara, pengursan yang tidak cekap, hutang negara semakin bertimbun, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat, tak bayar-bayar, Tidak amanah, tidak cekap, itu hanya slogan Islamik sahaja.

Perlaksanaan sukuk Islam, padahal sukuk tu samaje dengan pengamalan riba bon, simpanan, pinjaman konvensional yang lain.

Untuk menunjukkan Islamiknya BN (UMNO) maka di wujudkan Istilah Wasatiyyah. manalah pergi Islam Hadhari.  Itulah yang saya katakan kosmetik sahaja. Di sokong pula oleh warga yang hanya anggap Islam itu hanya, pakai tudung bagi wanita, solat, puasa, haji, zakat, baca Yasin malam Jumaat. Sebab itu lelaki pakai seluar pendek tak pe pada pendapat mereka.

Cukai sana sini, beli top-up kena cukai, beli kereta kena cukai, pendek kata semua kena cukai, nanti kalau BN terus memerintah entah-entah hantaran kahwinpun akan dikenakan cukai, tidak mustahil, kerana dalam agenda tersembunyi untuk menggalakan kebebasan dan hak asasi, perkara ini akan dilaksanakan. kalau untuk kurangkan kencing manis, dinaikan harga gula, nak kurang kan kemalangan dinaikkan cukai kereta, macam-macam boleh jadi.

Sahabat hang kata kat aku ke BN , barisan neraka ?.

Saya kata BN, BN wujud kerana ada penyokongnya, jadi sesiapa yang membina BN termasuklah dalam apa yang saya kata BN Barisan Neraka = katanya.

Ni kata saya pula, eloklah, kita sokong PAS, cuma ada sorang dua saja penyokong PAS, ahli PAS dan Pemimpin PAS yang perangai belum senonoh, tapi dalam bab  tutup aurat baik lelaki perempuan, Alhamdulillah, baguih orang PAS, dalam bab solat, pi Masjid, Alhamdulillah, baguih orang PAS, dalam v]bab amanah, Alhamdulillah, baguih orang PAS, perintah Kelantan lebih 20 tahun. tak ada kes rasuah, tak ada kes penyelewengan.

Tu yang tebang balak, apa cerita ?

Ni saya nak bagi tau,

Dunia ni dulu hutan, tapak rumah kita hutan. tapak masjid kita hutan, tapak bandaraya KL hutan, Amarika hutan, kalau tak tebas hutan macam mana nak buat tapak rumah , sekolah dan sebagainya.  Tebas hutan diganti dengan kawasan penanaman sayur-sayuran dan makanan, untuk makanan, kawasan bendang dulupun hutan, Dalam Islam boleh tebang hutan, dengan terkawal. sekadar cukup untuk keperluan rakyatnya. Keperluan untuk lapangan terbang kena tebang hutan, keperluan untuk kawasan ladang kena tebang hutan.

Yang dok jadi masalah orang UMNO main chup atas kertas saja, kawasan hutan ni dia punya, kawasan ni, kawan ni punya, mai orang kampung teroka tanah, rupa-rupanya tanah dah ada nama dah, nanya kawan tu.

Memang menunu neraka sungguh. Astagfirullah hal Azzim, mailah kita bertaubat, minta ampun dari Allah SWT, Pangkah PAS yes ! (ganti pangkah PAS no..)






Friday, December 24, 2010

Saya Takut Mati - 9

Saya Takut Mati -9 (akhir)

Assalamualaikum wbt

Dunia ini ibarat benda –benda yang sememangnya untuk digunakan atau diambil manafaat oleh manusia.

“Sesungguhnya kami telah menjadikan apa-apa yang ada diatas mukabumi itu sebagai perhiasannya untuk kami menguji mereka, siapakah diantara mereka yang amat baik amalannya” (Al kahfi:7)

Oleh kerana manusia sangat mudah lupa diri, terlupa dari mana dia dating dan kemana serta kepada siapa dia akan kembali, maka dia jadikan dunia ini miliknya sendiri, dia tidak gunakan dunia untuk kebaikan dan dia tidak menggunakan dunia untuk menguatkan agamanya.

Kadang-kadang manusia sedar bahawa dia perlu berkhidmat utnuk agamanya, namun ketamakan (akibat hasutan syaitan) telah membuat dia lupa niatnya untuk membuat kebajikan.

Banyakkan mengingati mati, hanya dengan cara tersebut, kita tidak tamak dan rakus mengejar dunia, jangan fikir orang-orang kaya, menteri-menteri sahaja yang rakus mengejar dunia, kitapun apa kurangnya. Banyakkan ingat mati supaya kita masuk kembali kelandasan yang lurus, yang benar.

Buangkan sifat ‘nanti dulu’ dalam membuat kebajikan.

Sebelum terlambat, sebelum nyawa sampai di halqum, marilah kita bertaubat.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensuci diri” (Al Baqarah:222).


Sekian, Wallah hu Aqlam, yang baik dari Allah swt, yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.

Wednesday, December 22, 2010

Saya Takut Mati - 8

Assalamualaikum wbt.
Saya Takut Mati – 8 adalah untuk menjawab balas Saya Takut Mati – 4.

Tenggelam dalam keduniaan.

Saya suka mengingatkan diri saya dan semua pembaca blog ini, bahawa Agama (Islam) itu adalah nasihat, maka saya mengambil pendekatan menasihati diri saya dan pembaca blog ini sedikit sebanyak yang saya ketahui dan lalui, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Kita sering mengejar dunia sehingga melupakan akhirat, sepatutnya kita mengejar akhirat dengan menjadikan dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk mengambil bekal menuju akhirat.

Perumpamaan yang sering diketengahkan oleh guru dan ustaz.
Hidup kita umpama sedang belayar singgah didunia untuk mencari bekal supaya dapat dibawa ke akhirat. Ketika singgah didunia inilah, berbagai ragam manusia, yang lupa untuk mengambil bekalan hanya mementingkan keseronokan dan berhibur sahaja dengan alasan hidup atau singgah didunia hanya sekali, jadi kena kecapi dunia sepuas-puasnya.

Yang tahu bahawa dunia ni hanya persinggahan tetapi tafsir dari sudut berbeza, mereka ini akan mencari bekal untuk meneruskan pelayaran keakhirat.
Siapa yang untung, siapa yang rugi ?
Orang ambil duniakah yang untung atau orang yang ambil akhirat yang untung ?
Yang lihat dari sudut akal, mereka akan berkata orang yang mengambil akhirat adalah rugi, kerana tidak mengecapi sepenuhnya nikmat kurniaan Allah dimuka bumi, tambah lagi, bumi ini dijadikan untuk manusia, dan hujah mereka lagi manusia adalah khalifah dimuka bumi ini.

"Kami telah tundukkan segala makhluk di bumi ini kepada manusia" (Luqman:20)

Yang pilih jalan akhirat tapi guna akal untuk berhujah, akan kata orang yang ambil dunia adalah rugi, kerana tidak sedar dunia ini hanya persinggahan, mereka tidak takut kepada Allah, tidak seperti mereka yang memilih akhirat dan melupai dunia.

Mana satu yang betul ni ?

Nabi SAW diutuskan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dijadikan Khalifah untuk menguruskan bumi, maka selayaknya bumi ini diurus dengan baik. Bumi menjadi jambatan keakhirat, kita tidak boleh lupakan dunia dan hanya tumpu akhirat semata-mata.

Yang sepatutnya ialah kita mengejar akhirat, pada masa yang sama mengambil nikmat dunia sekadar yang telah ditetapkan dalam Islam, seperti apa yang diajar dalam Al Quran dan Sunnah. Kita jangan jadikan dunia sebagai matlamat, dunia hanyalah alat mencapai matlamat akhirat.

Kita perlu kuatkan ekonomi rumah sendiri, supaya kita dapat mengecapi nikmat dunia, pada masa yang sama kita menunjukkan rasa syukur atas nikmat yang diterima dari Allah. Pada masa yang sama kita tingkatkan ibadat dan ketakwaan.

Menunjukkan syukur bukan sekadar berkata ‘Alhamdulillah’. Menghormati hak orang lain juga cara kita menunjukkan syukur kepada Allah, memberi sedekah adalah syukur kepada Allah, memakmurkan masyarakat Islam adalah syukur kepada Allah, menolong babi kelaparan pun adalah perilaku syukur kepada Allah. (jangan dok pi cari babi, nak bagi makan, nanti jadi kes lain pulak)

Terlalu banyak perilaku yang menunjukkan rasa syukur, terlalu panjang kalau nak dihuraikan. Lain version.

Ramai yang mencintai dunia, sehingga ia dikatakan penyakit oleh Nabi SAW. Maka kita hindarilah dari terkena penyakit tersebut, kalau dah berjangkit bagaimana ?
Orang yang kena penyakit ini bukan senang nak diubati, nak beri ceramah dia tak datang masjid. Nak tazkirah waktu kerja, dia tak datang, Orang macam ni kena buat sesuatu yang grand dan nampak gah, buat forum perdana undang dengan kad yang ada clas, beri publisiti meluas, masuk TV, masuk surat khabar, majalah, waktu tu beri sepatah dua pukulan dan kuncian.

Berdakwahlah dan jangan kecewa, urusan memberi hidayah bukan urusan kita, itu urusan Allah, kita hanya jalankan dakwah dan tarbiyah sekadar mampu. Jangan tak buat langsung, nanti bala akan menimpa kita.

Guna Blog dan FB adalah kaedah moden yang boleh dilakukan dalam berdakwah, hari – hari entry perkara-perkara baik, lama-lama cair juga.

Orang yang mula taubat dan bertaubat.

Beruntunglah orang yang mendapat hidayah dari Allah SWT, Hidayah yang diterima dapat melenyapkan segala maksiat yang dilakukan sebelum ini. Bila nak dapat hidayah ?, kena pohon ke ?, atau orang lain tolong pohon untuk kita ?.
Islam mengalakkan penganutnya sentiasa bertaubat, setiap kali melakukan kesilapan, kerana Sifat Allah adalah pemaaf, jangan takut untuk bertaubat kerana ada dalam hati perasaan ingin melakukan lagi kesilapan atau mengulangi maksiat yang sama. Taubat setiap kali melakukan dosa, lama-lama timbul penyesalan yang sebenar, waktu itu datanglah hidayah dari Allah.
Kita jangan memperkecilkan orang yang melakukan maksiat, cuba kita doakan dia setiap kali dia buat maksiat dengan harapan Allah makbulkan doa kita, maka maksiat akan berkurangan. Mungkin dia belum sedar, sebab itu dia berterusan buat maksiat.
Sesetengah orang takut untuk melafaz dan mempraktikkan taubat, kerana bimbang akan mengulangi lagi kesilapan atau maksiat, atau bimbang kehilangan kawan.
Nasihat saya, taubatlah setiap kali buat salah, Allah suka kepada orang yang menyesal dan mengakui kesilapan.

Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah.
Orang dalam ketegori kenal diri seterusnya kenal Allah, amat beruntung, diakhirat dia dapat untung , di duniapun dia dapat untung.

Sebuah hadis Nabi SAW
'Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah".

Firman Allah Taala;
"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)
Insya Allah, belajarlah sedikit demi sedikit mengenal diri, supaya sebelum mati dapat mengenal Allah.

Mengenal diri bukannya sekadar lahiriah atau melihat zodiac, atau tahi lalat, mulalah mengenal diri dengan melihat awal kejadian manusia itu sendiri, manusia pertama iaitu Nabi Adam dijadikan dari tanah, kemudian kita jadi air mani, jadi darah, daging, tulang dan jadi manusia.

Siapa yang menjadikan kita sebegini, adalah ini proses semulajadi ?, diringkaskan cerita tentulah ada Allah yang menjadikan kita. Habis tu , kalau Allah jadikan kita, takkan kita tak nak sembah dia ?.
Kita lihat orang mati, sudah tentu kita tahu yang kita pun akan mati, tak kan mati jadi tanah macam tu saja, roh yang keluar dari jasad kita pergi kemana ?. Kemana lagi kalau tidak ke Rahmatullah.
Roh kembali ke Alam roh, jangan percaya macam orang Hindu atau Budha yang kata akan dibangkitkan dalam kelahiran semula.

Percayalah cara Islam, kita akan kembali bertemu Allah, dan akan dihisab amalan kita, ada balasan syurga dan neraka. Dan berusahalah mengenal diri dan mengenal Allah.

"Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami, nescaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)

Bersambung…

Tuesday, December 21, 2010

Saya Takut Mati - 7

Assalamualaikum wbt.

Saya Takut Mati – 7 adalah untuk menjawab balas Saya Takut Mati – 3.

Sekolah agama

Menjadi trend masa kini, masing-masing mahu menghantar anak kesekolah agama, satu perkembangan yang baik. Cuma saya mempersoalkan adakah menghantar anak kesekolah agama sebagai langkah menebus kegagalan diri ?. Menebus kejahilan sendiri yang sebelum ini tidak ‘beragama’. Bila timbul kesedaran dalam diri, lalu rasa menyesal kerana tidak bersekolah agama sebelum ini, lalu mengambil langkah menghantar anak kesekolah agama dengan harapan anak tidak menjadi seperti diri nya.

Kita sedar bahawa pendidikan agama adalah amat penting, namun kerana Negara kita memisahkan agama dan akademik diajar secara berasaingan dan menetapkan jumlah mata pelajaran yang boleh dipelajari maka ajaran agama termasuk praktikalnya diajar secara berasingan, hanya mereka disekolah agama atau sekolah arab sahaja yang berlajar agama, dan mereka disekolah arab terus gagal dalam akademik !.

Atau menghantar anak kesekolah agama kerana anak tersebut dirasakan tidak akan mampu untuk belajar akademik lantaran kerana ‘kita rasa’ anak tersebut lembab otaknya, manakala anak yang tidak lembab otaknya terus kita pilih sekolah yang ‘baik-baik’.

Hantarlah anak UPSR 5A kesekolah agama sepenuhnya, bukan SMK Agama kerajaan atau hantar ke Tahfiz, bukan hantar 5E semuanya kesekolah agama. Bila kita hantar 5E kesekolah agama, nanti dipermainkan oleh 5A, akademik pun tak ok, sebab tu mengurus tak ok, keluarlah kata-kata orang agama tidak educated dan sebagainya.

Adakah akademik tidak penting dan bila ada kesedaran dari jahil terus nak hantar anak kesekolah agama ?.

Kalau kamu sudah insaf, kenapa nak ‘denda’ anak dengan menghantar kesekolah agama ?, adakah kamu takut bila tua baru kamu faham ajaran agama seperti kamu?. Lainlah kalau kamu dari awal terdidik dengan sekolah agama/arab maka anak-anak kamu dijuruskan kearah itu, tanpa sebarang prejudis, memang itu laluan tradisi keluarga anda.

Tidak salah anda hantar anak kesekolah akademik sekalipun, tapi jangan main lepas tangan, jangan harap ustaz/ zah sahaja yang ajar anak sembahyang, puasa, bawalah anak sendiri dengar ceramah agama, akativiti agama, pergi masjid, didiklah dalam diri anak-anak kekutan iman dan amalan hidup Islam, biar dia duduk dalam masyarakat kristian sekalipun dia akan kekal Islamnya dan baik Islamnya sampai menjadi contoh kepada orang lain.

Disekolah menengah akademik, matapelajaran pendidikan Islam, cukup untuk menjadi asas hidup seorang Islam, yang menjadi masalah, kehidupan dirumah, tidak Islamik, Tv dibiarkan buka 24 jam, ibu tidak menghormati bapa, ini ditiru oleh anak-anak. Anak –anak dibiarkan buat keputusan tanpa bimbingan ibubapa, bapa takut nak marah anak. Tidak selari apa yang diajar oleh Ustaz disekolah dengan ibu bapa.

Pernah, kami memberi sedikit hukuman kepada anak yang tidak solat semasa tinggal diasrama, kesannya ibu bapa pelajar dating marah kepada ustaz, dengan alasan dalam Agama tiada Paksaan, hebat dia mentafsir ayat tersebut.

Baiklah,
kalau anda bertekad untuk hantar anak kesekolah agama, manakala anak sebelum ini tak dihantar kesekolah agama kerana 5A, soalan saya, andaikata anak tersebut gagal memperolehi kerja yang setaraf dengan kakak atau abangnya, adakah dia akan memarahi anda, atau adakah anda akan bertanggungjawab terhadap keewangan keluarga anak anda?. Tak takutkah anak mempersoalkan yang di diinanya , kerana ke sekolah dia gagal mendapat kerja ?.

Kemungkinan perkara ini akan terjadi, dalam keadaan yang memisahkan akademik dan agama, pelajar sekolah agama tiada laluan kerjaya, selain pendidikan, Jabatan Agama dan agensi berkaitan agama. Berbeza kalau disamping sekolah agama ada aliran sains atau lain-lain yang membolehkan anak-anak mengisi kerjaya, tidak banyak aliran sedemikian di Negara Islam kita. Ada bukan tiada, sekolah yang ajar Tahfiz dan akademik sains. Dalam kes sebegini cukup baik.

Atau saya cadangkan, jika anda hendak menghantar anak anda kesekolah agama, sediakan asset seperti tanah, untuk diusahakan oleh anak tersebut jika dia tidak mendapat pekerjaan, tapi mampukah anda.?

Ini yang membuat mereka takut untuk mengahantar anak kesekolah agama, berbanding orang kampong yang tak pernah memikirkan hal-hal begini kerana keyakinan mereka kepada Allah, bahawa rezeki ada dimana-mana, ilmu yang dimiliki boleh digunakan untuk mencari rezeki.

Menderma / sedekah.

Nilai RM 0.50 atau RM 1.00 tahun 1980 tidak sama dengan nilai RM 0.50 atau RM 1.00 tahun 2010, saya pun tahu, orang kampong pun tahu. Habis tu kalau dah tahu kenapa sejak tahun 1980 hingga kini hanya bubuh RM 1.00 dalam tabung Masjid ?

Pendapatan kita bertambah, maka tambah kan banyak RM kedalam tabung-tabung Fisabilillah, Ingat sedekah boleh panjangkan Umur ?!.

Kita berkira untuk memasukkan wang kedalam tabung masjid atau derma-derma lain, kita takut sangat wang tersebut disalah guna oleh JK masjid atau lain-lain jawatan kuasa yang meminta derma, tapi kita tak pernah berkira untuk menghiburkan diri kita, sewa astro, beli CD, tengok bola, masuk Fun- fair, masuk lagoon tu – lagoon ni, masuk sana- masuk sini yang kena tiket bukan RM1.00 malah cecah ratus, kalau orang Tanya begini kita kan jawab, untuk kepuasan diri, saya kerja penat sekali-sekala nak rasa nikmat.

Percaya atau tidak nikmat yang penuh nikmat ialah kalau anda dapat tolong kesusahan orang lain, sebab tu YB suka tolong orang lain. Atau ada orang yang secara spontan cuba menyelamatkan orang lain, kita akan rasa puas bila tolong tanpa harap balasan.

Hai sahabat, mulai Jumaat ini sediakan wang kertas merah (kalau sebelum ini biru) masukkan dalam tabung masjid, nampak orang susah hulur seringgit dua. Dan satulagi TIPs , minta orang yang kita beri zakat atau sedekahkan duit doa kan untuk kita, kerana ketika itu dia gembira dapat duit, doanya ikhlas dan tiada bencinya kepada kita.

Saban tahun, bermacam-macam derma dipungut untuk membantu, mangsa gempa, mangsa banjir dan berbagai-bagai mangsa. Kita pun hulur RM 1.00, memadai kah RM1.00 , kita pun jawab memadai, kerana kalau seorang rakyat Malaysia hulur RM 1.00 kita akan dapat RM 27 juta.

Saya tidak berminat menderma melalui saluran-saluran yang dibuat oleh mereka yang hanya cari publisiti dan guna publisiti tadi untuk kepentingan diri sendiri atau organisasi politiknya, malah ada yang mengambil komisen pula atas derma dengan alasan kos pengurusan !.




Sukarelawan.

Seronok mendengar sukarelawan yang ditawan oleh Israel, kita pun rasa macam dia tu hero, dan kita pun nak jadi hero juga, hai sahabat perbetulkan niat kalau nak jadi sukarelawan, latihlah diri jadi sukarelawan buang tahi cicak di Masjid, kemuadian sukarelawan bentang tikar sejadah dimasjid, kemudian sukarelawan buang sesuatu yang menhhalang jalan orang.

Kalau dah dapat buat perkara-perkara tersebut, jadilah sukarelawan diperingkat yang besar, kalau yang kecil tak dapat buat, tak payahlah buat yang besar, saya bimbang anda mati katak. Cuba pergi Tanya sukarelawan perang Afghanisatan yang dianggap ‘musuh’ dan dicari oleh kerajaan, adakah mereka ini sanggup buang tahu cicak di masjid. Anda akan dapat jawapannya. Dan cuba Tanya sukarelawan yang Bantu mangsa banjir, adakah mereka naik solat sunat tahiyatul masjid ketika membantu mangsa di masjid.


Bersambung..8

Monday, December 20, 2010

Saya Takut Mati - 6

Assalamualaikum wbt.

Saya Takut Mati – 6 adalah untuk menjawab balas Saya Takut Mati – 2.

Kecintaan kepada dunia telah membuat kita lupa untuk mengingati mati, ia adalah satu penyakit, oleh kerana cinta dunia adalah satu penyakit, maka eloklah kita elakkan diri dari terkena penyakit tersebut.

Manusia bermegah dengan keduniaan, bermegah-megah dengan kereta yang dimiliki, rumah yang dimiliki, ladang , asset dan bermegah-megah dengan anak yang dianugerahkan.

Kecintaan dunia menyebabkan kita lupa untuk mengingatkan diri bahawa kita akan kealam akhirat, dunia ini adalah persinggahan untuk mengumpul bekal keakhirat.



Harta, anak-anak dan pangkat tidak boleh dibawa kemati. Harta akan dipusakai, anak-anak akan menjadi yatim, kalau anak-anak terdidik dengan iman dan takwa, ia akan memberi kebaikan dan kalau sebaliknya, merana dalam kubur.

Isteri yang dicintai pun akan ditinggalkan bersama harta yang dikumpulkan, jadi apalah ertinya keduniaan….

Kita menyangka ajal kita belum sampai, dengan memberi alasan-alasan yang bodoh, alasan yang tak perlu dialaskan kepada Allah, kerana Allah sememangnya tahu yang kita masih ada anak-anak kecil yang perlu dididik, kita masih kegilaan-kegilaan yang belum dipenuhi, lantaran itu dengan bodohnya kita menyatakan kepada Allah tentang kegilaan-kegilaan tersebut.

Kenapa beri alasan anak masih kecil ?, supaya Allah memanjangkan usia kita ?, Ajal Allah telah tentukan, Allah sudah tentukan tanggungjawab terhadap anak yatim, hak-hak anak yatim, Cuma kita yang mengabaikan.

Harta dunia memang tidak pernah cukup, manusia jika telah mendapat segunung emas, dia berkehndakkan gunung emas yang kedua, ketiga dan seterusnya. Kita boleh cari harta dunia dengan banyak, tetapi kita kena jadikan harta dunia sebagai bahan ibadat, keluarkan zakat, sedekah, derma, jihad fi sabilillah, insya Allah harta ini akan memberi manfaat kepada kita, soalan.. berapa ramai orang kaya yang ingat mati ?.

Rumah kata pergi, kubur kata mari.
Bila tiba masanya rumah yang bertingkat-tingkat tak dapat di nikmati, mungkin akan guna tingkat bawah sahaja, kerana tiada upaya untuk naik keatas, sampai suatu masa, ditingkat bawah, mungkin guna satu bilik sahaja, kerana tidak perlu ruang yang luas, sampai satu masa mungkin guna satu sudut kecil dalam sebuah bilik, sampai suatu masa bilik kita adalah tandas kita, atau tandas kita adalah bilik kita.

Bersederhanalah dalam kediaman, usah kata sediakan bilik untuk keselesaan anak- anak, anak-anak tidak akan tinggal seumur hidup dengan kita, dia akan pergi membina kehidupannya sendiri seperti kita membina kehidupan kita.

Tidak mengapa rumah megah, Cuma jadikan ‘rumahku syurgaku’ yang sebenar. Rumah yang mendidik anak-anak, adab-adab Islam, adab makan, adab bertetamu, adab beribadat, hormat-menghormati, sediakan ruang ibadat (termasuk membaca), bukan adab berkaraoke, adab astro.

Ziarah luar Negara.
Dalam dunia, hanya ada tiga tempat yang menjadi keutamaan untuk dilawati iaitu, Kaabah, masjid Nabi dan Masjid Al Aqsa. Lain-lain tempat ‘tiada istimewa’, Menjadi cita-cita manusia untuk melancong ketempat-tempat tersebut, tiada salah, namun setiap kali melancong jadikan ia sebagai ibadat, setiap pengalaman dan penegtahuan baru mesti dikaitkan dengan kekuasan Allah dan meningkatkan keimanan kepada Allah, bukan sekadar bermegah kerana telah sampai ketempat-tempat tertentu dalam dunia.









Kegemaran dan hobi dunia amat melalaikan, memanah, menunggang kuda dan berenang patut dijadikan hobi. 4x4 off road bagaimana ?.

Bukan jadi masalah 4x4 off road, mendaki gunung, ekspedisi hutan, berkenu dilaut, semua ini hendaklah ditukar menjadi ibadat, untuk ditukar jadi ibadat amatlah mudah, niatkan akativiti ini kerana Allah kerana untuk melihat kekuasaan Allah, bersederhanalah dalam aktiviti, sehingga tidak lalai menunaikan tanggungjawab, jauhkan segala bentuk maksiat dalam aktiviti tersebut.

Cubalah tuan-tuan sujud diatas tanah tanpa alas di dalam hutan, ditepi sungai, ketika sibuk dalam aktiviti, pasti ada kelainannya daripada sujud diatas lantai karpet di masjid, kita akan dapat rasa dekatnya diri kepada Allah.

Bersambung…

Sunday, December 19, 2010

Saya Takut Mati - 5

Assalamualaikum wbt.

Saya Takut Mati – 5 adalah untuk menjawab balas Saya Takut Mati – 1.

STM adalah satu episode mengingat kematian, sempena Tahun Baru Hijrah 1432H dan sempena tahun baru Masihi 2011 dan sempena Hari Ulang Tahun saya ke 42. Semoga artikel yang disesuaikan dengan blog ini dapat memberi peringatan kepada saya juga kepada pembaca blog saya untuk dijadikan iktibar.

Saya mengambil contoh nyiur muda juga gugur ke bumi, kerana dalam kehidupan kita, kita mengambil contoh dari makhluk Allah yang lain sebagai penguat bahasa dan pengukuh alasan. Nyiur Muda jarang gugur kebumi, tetapi ada berlaku demikian. Nyiur tua memang selalu gugur kebumi, bila-bila masa.

Pada usia muda kita rasa kita ‘susah ‘ hendak mati, penyakit yang menyebab kematian tidak ada pada kita, itu yang membuat kita kata, kita susah hendak mati.
Oleh kerana rasa susah nak mati, ramai yang mengambil aktiviti extreme untuk dilakukan. Contoh gambar dibawah (gambar hiasan sahaja)


Kita juga merasakan yang kita susah hendak mati ketika usia muda kerana banyak lagi hal-hal kehidupan belum kita lalui, kita sangka Allah tidak mematikan kita kerana hal tersebut. Lumrah bagi semua manusia.

Tapi kita kena ingat, Ajal seseorang telah ditentukan oleh Allah swt. Panggilan kepada seseorang, Abang, kakak, adik, pak cik, datuk, nenek adalah gambaran usia, gambaran kematangan fikiran, gambaran pengalaman.

Panggilan yang menyenangkan kita seperti panggilan Cikgu merasakan kita seperti rasa sentiasa muda, kerana cikgu tidak mengambarkan usia. Begitu juga panggilan ustaz, tidak mengambarkan usia. Walaupun sudah pencen, masih terasa muda, tau-tau sahaja cikgu mati.

Panggilan dan gelaran dunia lagi mengkhayalkan, Dato’, Tan Sri, 1st Lady, YB lagi melekakan dan terus hanyut dengan layanan VVIP yang diterima dan mahu terus kekal dilayan begitu. Gambar dibawah ni pun gambar haisan sahaja.



Allah memberi peringatan bahawa anda sudah tua dengan memutihkan sedikit demi sedikit rambut yang hitam suatu ketika dahulu, melemahkan urat saraf yang suatu ketika dahulu tegang dan kuat, melunturkan otot-otot yang dulu pejal dan anjal, Mengaburkan mata, memekakkan telinga dan mengilhamkan Panggilan seseorang kepada seseorang.

Syukur kerana ada orang mahu panggil saya pak cik.

Bersambung.. 6

Saturday, December 18, 2010

Saya Takut Mati - 4

Assalamualaikum wbt.

“Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekelian ingin lari darinya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekelian akan dikembalikan kepada zat yang Maha mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata, kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang apa telah kamu lakukan” (al Jumu’ah :8)

Tiga kategori manusia

1. Orang yang tenggelam dalam urusan keduniaan


2. Orang yang bertaubat atau mula bertaubat



3. Orang yang mengenal diri sendiri yang selalu merasakan hayatnya akan berakhir.



Orang yang hanya mengambil dunia, pasti akan merasa sedih bila mengenagkan kematian kerana, hartanya yang akan ditinggalkan, belum puas mengecap nikmat dunia, orang yang menyumpah-yumpah dengan kematian pasti akan terus mengejar dunia dan terus melupakan kematian yang pasti dating. Mereka akan terus jauh dari Allah swt.

Orang dalam kategori kedua iaitu bertaubat atau mula bertaubat, ialah orang yang sering mengingati mati, sehingga timbul rasa cemas dalam hatinya kerana takut akan mati, orang sebegini akan terus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan iman dan berbuat baik kerana percaya balasan di akhirat.

Orang yang mengenal diri sendiri pastilah akan sentiasa mengingati mati pada bila-bila masa sahaja kerana dengan maut sahaja dia dapat bertemu dengan penciptanya.

Ya Allah, saya dalam kategori mana ?,

Selamat hari Ulang tahun ke 42 (tahun masihi) kepada saya.
Bersambung...

Friday, December 17, 2010

Saya Takut Mati - 3

Bertemu kembali


Ya Allah dimanakah saya ?

Saya tak pernah sebut tentang jihad menegakkan agama mu. Saya takut untuk;

1. Hantar anak kesekolah agama dengan alasan susah dapat kerja, belajar akademik, nanti besar boleh belajar agama sendiri, kalau belajar agama susah nak belajar akademik, berbanding belajar akademik ikut system.Zaman sekarang kelulusan akademik penting berbanding kelulusan agama.Nanti anak orang jadi Dr, Ir, Cr, Ar, manakala anak saya hanya jadi ustaz yang mengajar di Masjid dan harap sedekah orang sahaja, nak minta bayaran, nanti takut dikata jual agama.


2. Saya takut bubuh RM100 dalam tabung fi sabilillah.



3. Saya takut menjadi sukarelawan untuk membebaskan Palestin, membebaskan Patani, Yala, Satun dan lain negeri umat Islam


Ya Allah dimanakah saya ?, dalam kategori manakah saya ?.

Bersambung…

Thursday, December 16, 2010

Saya Takut Mati - 2

Bertemu kembali

Saya memang takut mati, saya cari alasan supaya Allah dengar dan terima alasan bodoh saya, antara alasan saya ialah;

1. Anak-anak masih kecil, saya perlu menjaga mereka sehingga mereka besar.



2. Isteri saya cantik , kalau saya mati, nanti dia kahwin lain, saya jeles oo.. (bubuh gambar sini pun jeles ooo.)



3. Kebun getah saya belum mengeluarkan hasil.



4. Rumah bungalow baru belum duduk lagi.


5. Kereta 4 x 4 saya belum modified lagi untuk off road.



6. Saya belum melancong ke luar Negara lagi, salji original saya belum lihat.



Adakah Allah akan dengar alasan saya, kerana ajal maut telah ditentukan.

Bersambung…

Tuesday, December 14, 2010

Saya Takut Mati - 1


Saya Takut Mati – 1

Assalamualaikum wbt.

Artikel ini sebagai mengingati diri saya dan rakan-rakan sebaya (juga untuk semua yang membaca blog ini)

“Nyiur muda pun gugur kebumi”




13/12/2010 – 11.24 pm. Saya teringat untuk menulis artikel ini kerana teringatkan panggilan “Pak Cik di kedai computer petang tadi.

Lap Top “sendiri punya” saya hanging dan tak berfungsi semalam sewaktu saya sedang edit gambar- gambar kedalam fail anak-anak saya, lap top lama yang memori nya kecil sahaja, model acer tahun 2003, banyak kali dah hantar kekedai, banyak kali juga rosak kerana virus. Selepas kerja terus saya ke Masjid Tanah, cari kedai computer.

Duduk seorang diri memang tak tau nak buat apa, nasiblah saya tahu apa yang dilakukan. Dan tak cukup masa pun.

Berbalik kepada kedai computer tadi. Juruteknik muda dalam lingkungan 22 tahun memanggil saya “pak cik”. Jarang saya di panggil pak cik.

Inilah yang buat saya tertarik untuk menulis artikel ini, untuk renungan diri saya dan pembaca blog ini.

“Tua sangatkah aku, dipanggil pak cik, rambut belum beruban, sehelai dua yang masih terlindung di sebalik rambut hitam, kulit muka masih tegang, mata belum berkanta sepenuhnya, pakaian masih kemas, badan masih tegap” “Panggilan yang tidak kena pada orangnya”.

Masakan saya dipanggil pak cik , kerana saya masih;

1. Badan masih tegap dan gagah
2. Jiwa masih muda, masih memikir untuk beli kereta mewah
3. Keinginan untuk memilik harta masih tinggi
4. Keinginan tinggal dirumah besar masih ada
5. Keinginan untuk mendapatkan gred gaji tinggi masih ada.
6. Galak berfesbook dan blog.

Selayaknya saya dipanggil abang oleh juruteknik tersebut.
Berurusan dengan masyarakat, mereka memanggil saya cikgu, panggilan yang melenyapkan ke ‘tuaan’ saya. Panggilan cikgu menyebabkan saya tak sedar dan agak terkedu bila dipanggil Pak Cik.

Tapi saya masih muda, usia baru genap 42 tahun pada bulan ini. Anak-anak saya masih kecil, yang tua umur 14 tahun yang paling kecil (bukan bongsu) baru satu tahun.. Tapi bang oiii, Nyiur mudapun gugur kebumi juga.

Sebelum saya terus menulis artikel ini..

Minta tuan-tuan dengan ikhlas hati berhenti membaca sekejab dan hadiahkan Al fatihah kepada rakan sebaya saya ex- couresemate diuniversiti dulu yang telah kembali kerahmatullah. ( Mihar, Rosli Sowian dan Zuhaida Ibrahim) – Terima kasih.

Bersambung..2