Thursday, October 31, 2013

Berani Hijrah, ada berani ka ?, atau Kekal ?

Assalamualaikum wbt.

Kehangatan PRK N20 Sg Limau makin terasa, siang malam jentera kerajaan Malaysia tolong berkempen untuk BN, esh.. tak tau malu ka ?. Duk guna hak kerajaan kemuadian dok klaim kata hak BN hak UMNO, memang spesis tak tau malu.

Tak pa lantak hampa. Satu program TV 1 , Dialog jam 10 mlm bertempat di Dewan Lukman Al Hakim, SMA Yan, Titi Serong, Yan, menampilkan Meja Jendral YB Dato Sri HJ Jamil Khir bin Baharom, orang Sedaka, geng Sedak Sejahtera ni, satu line. Duk satu line tapi geng lain.

Tak pasal-pasal pelajar SMA Yan kena berjaga malam untuk mendengar perkara yang tak sepatutnya didengar, iaitu sembang politik kempen BN.

Pokok perbincangan adalah berani Hijrah, sempena dengan Maal Hijrah yang akan datang. Beberapa soalan dan andaian hendak saya kemukakan disini.

Jika kita ambil contoh Hijrah masa Nabi Muhammad SAW, ada pihak yang musyrik, ada pihak yang beriman. Ada pihak yang jahatsatu pihak lagi baik, ada pihak memerintah, ada pihak diperintah.

kalaulah hijrah zaman Nabi SAW dijadikan rujukan, maka inilah ceritanya.

1. Memakai songkok hitam (songkok adalah pakaian budaya bangsa, zaman 60 - 70 an geng pakai songkok menari, menyanyi sakan, tak caya tengok cerita P. Ramlee. berbanding pakai lebai/ kepiah putih, lebai (orang kg saya kata lebai rujuk kepada kepiah, ketayap) Lebai/kepiah putih dipakai untuk solat, pergi kenduri, orang mati, pemakaian kepiah putih adalah untuk perkara baik-baik belaka, kecualilah kalau UMNO kata menari dan menyanyi juga baik, boleh menenangkan fikiran, wujud silatulrahmi. Saya tanya, kita hendak hijrah dari mana, dari pakai songkok ke pakai lebai, atau dari pakai lebai ke pakai songkok.

2, Dasar PAS adalah Islam, manakala dasar UMNO adalah Bangsa. Islam tidak menggalakan bangsa atau asobiyah, kerana ini akan lebih menimbulkan rasa iri hati cemburu dan perkara yang tidak baik, terpaksa bela bangsa walau ada si celaka dalam bangsa. berbandin Islam , yang baik adalah prang baik amalan dan takwanya. jadi kita nak berhijrah dari mana ? dari UMNO/BN ke PAS atau PAS ke UMNO/BN ?

3. Pembangunan, BN memerintah akan memberi 'pembangunan material' seperti jalan raya, jeti, stesen bas , maksiat, masya Allah , digalakkan dan tak terkawal. PAS memerintah memberi 'pembangunan rohani' - mengajar orang bertakwa, kuat berusaha, berdoa, bantu membantu, mengajar bagi orang faham agama, lebih mirip seperti yang diajar oleh Nabi SAW. jadi kita nak berhijrah dari mana ? dari PAS ke UMNO atau dari UMNO ke PAS.

Penggunaan "BERANI HIJRAH" Nampak tidak tepat sebab orang Sg Limau dok faham dan telah difahamkan Hijrah adalah dari tidak baik ke baik, dari baik ke lebih baik. melainkan mereka yang mementingkan kebendaan akan terus menyokong slogan Berani Hijrah Jamil Khir.

KEKAL, kekal juga tidak berapa sesuai jika hendak dimanipulasikan, kamu akan kekal dengan keadaan sedia ada, tanpa sebarang perubahan, kamu akan dituduh menolak pembangunan. tapi saya yakin, ilmu yang di terapkan dan di tanam dalam jiwa orang PAS akan kekal memangkah PAS dalam PRK ini.

sekian, selamat mengundi, Selamat Tahun Baru Hijrah 1435H, terus kekal bersama PAS.

Tuesday, October 29, 2013

Amaran kepada pengundi DUN Sg Limau,

Assalamualaikum wbt

2 kunca, 2 nalih, 6 gantang 1 cupak 2 kepui

Apa benda tu, rasa macam pernah dengar, familiar sangat dengan kunca dan nalih ni.

Pak Cik Makcik, Tok, Tok Wan, Abang Kakak , Adik..

Ni, check nak peringat, nak buka cerita amaran sikit. Dalam perang, Islam menang kerana dosa musuh. Jangan jadikan musuh menang dengan sebab dosa kita. Sama lah dalam PRK DUN Sg Limau ni, jangan musuh bendera biru menang sebab dosa kita,

Eh.. dosa kut mana, habaq sat .

Ni Check nak habaq bagi.

2 kunca, 2 balih, 6 gantang 1 cupak 2 kepui, dulu hak tu lah sukatan jakat padi yang selalu kita bawak keluaq, setiap kali mukui padi, kita wak keluaq jakat dulu, sebelum wak balik simpan dalam jelapang. La ni padi pun tak dan tengok, drebar lori terus bawa ke kilang LPN, kita terima duit ngan subsidi sekali, bila dapat duit kita lepa, jakat tah kemana, tau-tau duit habis belanja.

Tak wak keluaq jakat itulah dosa kita, 93 % pengundi Sg Limau adalah orang Melayu, depa ni kerja apa kalau tak buat bendang, yang pi kelaut ada le, yang kerja MADA, Pertanian, Pejabat haiwan, post ofis, JKR, kelang la, tak berapa ekoq, yang buat bendang kena keluaq jakat.

Nak kira 2 kunca, dua nalih, 6 gantang, 1 cupak, 2 kepui lagu mana. Memang susah, habaq teruih terang, check sendiri tak tau nak kira, sebab tu zaman pak saya depa main pukui rata, dapat 10 guni jalur hijau, depa bagi jakat 1 guni. makna dia 1 per sepuluh. Jakat padi adalah 1 per 10. Bijak lagi zaman pak saya, senang kira, kalau nak ikutkan lebih belambak dari yang patut wak keluaq. Hak lebih kira sedekah, kerjapun berkat.

Pejabat jakat dah tetap nisab jakat padi adalah seberat 1300.49 kilogram. Lagi senang lani, bila lori bawak ke kilang, timbang depa bagi tuaa, tengok la di tuaa tu berapa berat, darab dengan harga padi, harga padi termasuk subsidi kemudian darab 1 per sepuluh, 10 % dari jumlah harga tu, itulah zakat nya.


jakat = zakat (orang tua kedah dulu dulu sebut jakat)
tuaa = macam invois (tapi invois tauke buat bila jual barang, tuaa = tauke tolong
buat bagi pihak petaniyang jual barang, kena tipu lagi oleh tauke cina)
LPN = lembaga padi dan beras negara, la ni tak dak dah.

Pak Cik Mak Cik , Tok Tok Wan,Abang , kakak , adik. jangan lupa keluarkan zakat, jangan dok berdengki dengan orang yang gaji banyak tapi tak keluar zakat, itu urusan depa dengan Allah, kita tunaikan kewaji[an zakat yang kena atas kepala kita, kita tolong nasihat kawan-kawan sepetani dengan kita, supaya keluaq zakat, insya Allah usaha kita jadi ibadat dan berkat.

Kalau orang PAS yang kuat berjuang demi Parti Islam lupa keluarkan zakat, nanti Allah balas dengan kekalahan.

Tuesday, October 22, 2013

Unit Peti Undi Bukit Choras, DUN Sg Limau

Assalamualaikum wbt. Tolong turun kempen di Kg ana. Ana hanya dapat balik hari mengundi sahaja, Insya Allah.

Calon PAS DUN Sg Limau

Assalamualaikum wbt. BIODATA CALON PILIHANRAYA KECIL N 20 SUNGAI LIMAU (PAS) NAMA : USTAZ MOHD AZAM BIN ABD SAMAT UMUR: 37 TAHUN KELAHIRAN : DI KAMPUNG GELAM 2, DAN DIBESARKAN DI PONDOK BUKIT BESAR TEMPAT TINGGAL: NO 1, TAMAN MARKISA, 08800 GUAR CHEMPEDAK, KEDAH DARUL AMAN. STATUS : BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 5 ORANG ANAK PENDIDIKAN: -SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT BESAR. - SEKOLAH MENENGAH AGAMA AN-NAHDZAH. - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH. - IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH ISLAMIYAH, UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR. - PENGAJIAN TALAQQI DI SYRIA. - DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM (KPLI) PENGALAMAN : - PENOLONG SETIAUSAHA PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) - PANEL PENGUBAL SOALAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) . - KETUA PEMERIKSA STAM PERINGKAT KEBANGSAAN DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. - PENCERAMAH BAGI MATAPELAJARAN PEPERIKSAAN STAM. PEKERJAAN: PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA, AN-NAHDZAH, BUKIT BESAR PENGLIBATAN DALAM PAS : 1- KETUA PEMUDA PAS JERAI, 2- EXCO PEMUDA PAS NEGERI KEDAH DARUL AMAN, 3- PENGARAH JABATAN PASTI PAS KEDAH (2007-SEKARANG) LATAR BELAKANG KELUARGA : - Calon merupakan cucu kepada 3 orang Tokoh Ulama Besar Kedah. Datuk beliau Haji Abdul Hamid Bin Ibrahim (Dikenali Pak Mid Bukit Besar) adalah adik kepada Tuan Guru Haji Aziz Pendang, dan juga Tuan Guru Haji Abd Razak (Haji Daq) - Datuknya Pak Mid Bukit Besar adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai. Pernah bertanding di DUN Sala pada PRU pertama 1959. - Ayah beliau, Abd Samat Bin Abd Hamid pernah menjadi aktivis peringkat cawangan manakala ibunya, Mariani Binti Haji Hamid juga merupakan aktivis Muslimat PAS Cawangan Bukit Besar.

Tuesday, October 8, 2013

Harga Makanan murah di Perlis punca sakit jantung.

Assalamualaikum wbt. Ada macam-macam alasan yang diberi orang untuk menghalalkan, membela diri dan macam-macam. Suatu petang semasa saya menonton berita TV1 jam 5.00pm ada script yang muncul; bunyinya "harga makanan murah di Perlis punca sakit jantung". ish, ish.. siapa punya statement, hebat sungguh kebodohannya. Tak tahulah siapa yang sakit jantung, pemakan atau penjual makanan. Atau sipenerbit yang sakit jantung. Amat tidak logik untuk mengeluarkan kenyataan seperti tersebut. Apa tujuan, apa sebab, sebab nak naik harga le..., atau sebab yang tak bersebab. Benarkah makanan murah di Perlis ? , pi sendiri baru tau murah atau depa di Perlih yang perasan rega barang morah di negeri depa, puluit siam murah la..

Wednesday, October 2, 2013

PAS AKAN MENANG PRK DUN SG LIMAU, KATA BLOGGER

Assalamualaikum wbt 1 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti walaupun kerusi itu dikuasai Pas sejak lima pilihan raya umum (PRU). Katanya, Pas menang di kawasan itu sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak disebabkan daya tarikan peribadi Azizan dalam kalangan pengundi. "Dulu Tan Sri Azizan dia tak kempen pun tapi dia menang, kerana personaliti. Orang sokong dia kerana personaliti dia, bukan parti. Sekarang mungkin orang nak tukar selera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan hotel terbaharu syarikat MK Land Holdings Berhad, 'Ombak Villa' di sini malam tadi. Dr. Mahathir berkata, BN boleh memajukan kawasan itu dengan lebih pesat jika berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau. Katanya, apa yang penting, BN mesti mendekatkan diri dengan rakyat, mengambil tahu masalah rakyat dan cuba membantu menyelesaikan masalah itu. PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian Azizan Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. Azizan mempertahan kerusi itu bagi penggal kelima pada PRU13 yang lepas dengan mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd. Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas Khamis ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu. - BERNAMA Artikel Penuh: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkeyakinan dengan kekuatan dan pengaruh yang dibina oleh bekas Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, PAS mampu mempertahankan kerusi Dun berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti. Katanya, Ustaz Azizan telah menunjukkan kecemerlangan sejak menjadi Adun tahun 1995 sehingga 2013 dengan mengekalkan kemenangan PAS di kerusi tersebut. Dalam pada itu, Mahfuz tidak memandang mudah untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) apabila melihat faktor-faktor yang dipergunakan oleh parti itu dalam setiap pilihan raya kecil. "Saya yakin dengan kekuatan yang dilakukan Ustaz Azizan sebelum ini, kecemerlangan yang ditunjukkan membolehkan PAS mengekalkan kemenangan sejak 1995 hingga 2013. "PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut pada PRK kali ini, tetapi dalam masa yang sama ia bukan satu laluan mudah apabila setiap kali berlakunya PRK, BN akan berjanji dengan pelbagai imbuhan kepada pengundi yang boleh mempengaruhi pengundi," jelas beliau pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkeyakinan pengundi di Dun Sungai Limau akan tetap bersama PAS untuk memastikan parti itu terus kekal di kerusi tersebut. Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata calon belum diputuskan di peringkat parti dan ia hanya diumumkan apabila hampir hari penamaan calon. Katanya, calon yang akan dipilih nanti pasti dapat mewarisi kecemerlangan bekas Menteri Besar Kedah sebelum ini. "Kita akan pastikan calon yang dipilih nanti mempunyai kewibawaan dalam meneruskan tradisi kecemerlangan Ustaz Azizan sepanjang 1995 hingga 2013," kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu lagi. Kata hjlutfi (pengundi DUN Sg Limau, UPU Bukit Choras Dalam, PAS akan menang PRK kali ini, Insya Allah.