Wednesday, October 2, 2013

PAS AKAN MENANG PRK DUN SG LIMAU, KATA BLOGGER

Assalamualaikum wbt 1 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti walaupun kerusi itu dikuasai Pas sejak lima pilihan raya umum (PRU). Katanya, Pas menang di kawasan itu sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak disebabkan daya tarikan peribadi Azizan dalam kalangan pengundi. "Dulu Tan Sri Azizan dia tak kempen pun tapi dia menang, kerana personaliti. Orang sokong dia kerana personaliti dia, bukan parti. Sekarang mungkin orang nak tukar selera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan hotel terbaharu syarikat MK Land Holdings Berhad, 'Ombak Villa' di sini malam tadi. Dr. Mahathir berkata, BN boleh memajukan kawasan itu dengan lebih pesat jika berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau. Katanya, apa yang penting, BN mesti mendekatkan diri dengan rakyat, mengambil tahu masalah rakyat dan cuba membantu menyelesaikan masalah itu. PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian Azizan Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. Azizan mempertahan kerusi itu bagi penggal kelima pada PRU13 yang lepas dengan mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd. Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas Khamis ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu. - BERNAMA Artikel Penuh: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkeyakinan dengan kekuatan dan pengaruh yang dibina oleh bekas Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, PAS mampu mempertahankan kerusi Dun berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti. Katanya, Ustaz Azizan telah menunjukkan kecemerlangan sejak menjadi Adun tahun 1995 sehingga 2013 dengan mengekalkan kemenangan PAS di kerusi tersebut. Dalam pada itu, Mahfuz tidak memandang mudah untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) apabila melihat faktor-faktor yang dipergunakan oleh parti itu dalam setiap pilihan raya kecil. "Saya yakin dengan kekuatan yang dilakukan Ustaz Azizan sebelum ini, kecemerlangan yang ditunjukkan membolehkan PAS mengekalkan kemenangan sejak 1995 hingga 2013. "PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut pada PRK kali ini, tetapi dalam masa yang sama ia bukan satu laluan mudah apabila setiap kali berlakunya PRK, BN akan berjanji dengan pelbagai imbuhan kepada pengundi yang boleh mempengaruhi pengundi," jelas beliau pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkeyakinan pengundi di Dun Sungai Limau akan tetap bersama PAS untuk memastikan parti itu terus kekal di kerusi tersebut. Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata calon belum diputuskan di peringkat parti dan ia hanya diumumkan apabila hampir hari penamaan calon. Katanya, calon yang akan dipilih nanti pasti dapat mewarisi kecemerlangan bekas Menteri Besar Kedah sebelum ini. "Kita akan pastikan calon yang dipilih nanti mempunyai kewibawaan dalam meneruskan tradisi kecemerlangan Ustaz Azizan sepanjang 1995 hingga 2013," kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu lagi. Kata hjlutfi (pengundi DUN Sg Limau, UPU Bukit Choras Dalam, PAS akan menang PRK kali ini, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment