Thursday, July 18, 2013

Bila Pendidikan dijadikan Medan balas dendam

Assalamualaikum wbt.




Kecoh dengan apa yang terjadi di KUIN. Sebuah pusat pengajian milik kerajaan negeri Kedah. Sewaktu Kedah di tadbir oleh PAS, semuanya berjalan lancer, walau timbul masalah-masalah , masalah tersebut boleh di selesaikan. Tapi kini setelah BN/UMNO memerintah Kedah, porak peranda KUIN dibuatnya, yang rugi adalah anak Kedah atau pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu.



Dari awal lagi MB Kedah yang baru kata buat Institusi pendidikan tak untung, jadi sudah tentu beliau lepas tangan dalam hal ini. Atau memang ada penyakit khianat kerana KUIN menawarkan kursus-kursus Islam. Begitu juga Maahad Thfiz di Pulau Langkawi, projek tersebut di tangguh atau kata lain tak akan ada projek tersebut.



Merosakkan KUIN seolah membalas dendam terhadap PAS yang mengia-iakan KUIN dan PAS dapat nama kerana KUIN, jadi KUIN perlu di hancurkan. Sifat buruk hasad dengki tetap ada dari mereka yang sokong secular. Sama seperti yang menjatuhkan Presiden Morsi di Mesir, mereka melompat setinggi-tingginya bila seorang alim dijatuhkan, hanya kerana mereka tidak berupaya menjuarai kealiman, sama seperti Yahudi marahkan Nabi Muhammad SAW kerana , dikalangan mereka tidak lahir Nabi Muhammad SAW.



Kesannya, hilang kepercayaan terhadap institusi pendidikan Islam, pelajar tak mahu memohon masuk KUIN, pelajar tidak mahu mohon masuk Universiti Al Azhar dan lain-lain universiti di Mesir. Dalam tempoh 3 hingga 4 tahun huru hara, berapa ramai graduan gagal dilahirkan, jadi siapa yang untung, sudah tentu musuh Islam dan orang Islam yang benci Islam hanya kerana dia tidak berpeluang menjadi Islam yang baik.

No comments:

Post a Comment