Tuesday, March 22, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk 12 (Disiplin)

Assalamualaikum wbt.

Saya petik dari artikel yang di terbitkan oleh Utusan Malaysia hari Isnin 27 Dis 2010

Ini adalah berkaitan CEO Pesaka Astana yang menerangkan Prinsip dan pegangan dalam menguruskan syarikat beliau, beliau menerangkan tujuh nilai yang diamalkan dalam syarikat beliau iaitu, disiplin, kerjasama berpasukan, prihatin, jujur, tanggungjawab adil dan perkongsian.

Entry kali ini saya ulas mengenai disiplin. Mengapa disiplin penting ?. Anda tak perlu jawab sebab sejak kecil bermula dirumah kita dibentuk disiplin oleh ibu bapa dan abang kakak, kemudian disekolah kita dibentuk menjadi seorang yang berdisiplin, kemudian disiplin mula longgar di Kolej dan Universiti. Tetapi kita amat tahu bahawa untuk berjaya mesti berdisiplin, tak kira apa lapangan ayang diceburi, untuk berjaya mesti berdisiplin.

Adakah disiplin itu sama dengan mematuhi arahan ?.

Melatih pekerja supaya berdisiplin amatlah susah, kerana sejak pekerja kita keluar dari sekolah mereka sudah ‘longgar’ dari pengurusan disiplin diri. Tiada pengawas untuk menguatkuasa peraturan, melanggar peratulan adalah seolang yang dianggap tak berdisiplin !.

Banyak mekanisma yang boleh dibuat, selalunya kaedah memberi ganjaran boleh mendisiplinkan pekerja, sebab itu diadakan anugerah pekerja cemerlang bulanan, pekerja lembab bulanan.

Tak kiralah tahap keikhlasan pekerja mendisiplinkan diri, walau dia berbuat demikian kerana ganjaran, saya percaya pada mulanya dia mengejar ganjaran, lama kelamaan kita boleh tune kan menjadi amanah dan tanggungjawab.

Angugerah pekerja paling lembab tahun 2010. Jatuh kepada….

(pekerja paling lembab di kilang ais, itulah yang paling rajin !!!)

No comments:

Post a Comment