Thursday, March 17, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 8

Melihat peribadi Rasullullah melalui peniaga yang Jujur dan Amanah.

Kita akan merasa senang hati apabila dilayan dengan baik oleh pelayan kedai (bukan pelayan GRO), kedatangan kita disambut dengan senyuman dipelawa masuk, ditanya keperluan kita, kita akan rasa senang hati dan akan ceritakan kebaikan tersebut kepada kawan-kawan dan mencadangkan supaya kawan-kawan datang kekedai tersebut. Itu baru layanan dari pelayan kedai.

Dan bayangkan kalau tuan yang empunya perniagaan/kedai itu sendiri yang melayan kita, layanan yang baik dan mesra, kita tiada sebarang prasangka kepada pemilik kedai tersebut.

Dan sekarang cuba bayangkan Rasulullah sedang berniaga di Syam, sudah tentu baginda memberi senyuman yang indah, bertutur dengan nada yang lembut dan lunak, menceritakan secara jujur setiap barangan yang diniagakan, sudah tentu para pelanggan akan merasa senang hati berurusan dengan baginda.

Tidak hairanlah jika perniagaan yang dijalankan sentiasa mendapat untung, manakala pelanggan akan sentiasa tertunggu-tunggu musim perniagaan akan datang untuk bertemu baginda.

Rasulullah diutuskan untuk membawa rahmat keseluruh alam, baginda menjadi contoh dalam setiap lapangan/ bidang, dalam bidang perniagaan baginda memberi contoh yang terbaik untuk diikuti, Cuma kita yang kesampingkan laluan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Sedikit mengenai Rasulullah dalam perniagaan.

 Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab telah pun muncul sebagai golongan pedagang yang berkemahiran dan menguasai jalan perdagangan dunia seperti Eropah, China, India, Parsi dan Afrika.

 Selepas kedatangan Islam, Mekah menjadi pusat ibadat yang terpenting di Semenanjung Arab dan orang Arab mengambil peluang ini untuk menjalankan perdagangan ketika musim haji.


 Keamanan dan keselamatan sebagai pusat ibadat juga telah menarik pedagang lain untuk berniaga di situ. Ini sekaligus menjadikan Mekah sebagai pusat perdagangan.

 kaum Quraisy (bangsawan)merupakan kabilah yang paling terhormat di Mekah dan maju dalam perniagaan.
 Rasulullah datang dari Bani Hashim kaum Quraisy dan telah dipelihara oleh Abu Talib, bapa saudaranya yang merupakan saudagar Arab yang kaya.

 Baginda telah dibawa berniaga pada ketika berusia 12 tahun. Di usia semuda itu, baginda telah menunjukkan minat yang tinggi dan sanggup menghadapi cabaran dalam perniagaan.

 Semasa berusia 20 tahun, baginda telah menjalankan perdagangan samada secara kongsi atau menggunakan modal orang lain iaitu Siti Khadijah atau secara berseorangan.

 Keuntungan selalu menyebelahi baginda apabila baginda menjalankan perniagaan kerana baginda sentiasa mengamalkan sifat sabar, amanah dan jujur.- al-Amin

 Kelebihan baginda ini mempertemukan baginda dengan isterinya Siti Khadijah yang akhirnya merupakan wanita yang pertama memeluk agama Islam.

Para sahabat yang popular dalam bidang perniagaan ialah Abdul Rahman bin Auf.

No comments:

Post a Comment