Thursday, March 24, 2011

Bela Rakyat - Fitnah berdosa oo..

Assalamualaikum wbt.

Malaysia makin pelik ( tidak, bukan Malaysia, orang tertentu di Malaysia yang makin pelik). Ekoran video baru yang hangat diperdiskuskan. Saya tak tengok pun ,dengar orang cerita, baca dalam blog, baca dalam surat khabar.

Sekurang-kurangnya Datuk T dapat mengubah minda orang yang selama ini berbelah bagi samada nak sokong anwar atau tidak. Orang Sarawak yang tak dapat akses internet gerenti akan faham bila diterangkan kelaukuan Anwar sedemikian rupa, muka Anwarpun belum pernah tengok dekat.

Tahun 2001(tak pasti) masa piliharaya di Miri, seorang drebar teksi yang saya naik kata kalau sokong PAS nanti kami tak boleh makan babi, tak boleh minum beer dan kena potong tangan.

Saya Tanya kenapa pula ?. Dia jawab ; itu menteri bagi tau. Dan panjang lagilah saya terangkan kepada drebar tersebut bahawa Islam tidak sekejam itu dan semua orang baik Islam atau bukan Islam akan terbela haknya.

Sekurang-kurangnya Utusan akan memainkan propaganda penting yang menunjukkan bahawa Datuk T berada dipihak benar kerana membongkar rahsia. Bukan salah Datuk T bila menayangkan video L , dia hanya nak buktikan kebenaran. Apa dia nak takut langgar undang-undang kerana penguatkuasa undang-undang adalah kawan baiknya, susah senang sekapai.

Blog hjlutfi langsung tak percaya dan naik meluat dengan dengan cerita melampau macam tu. Dan saya amat yakin bahawa datuk T amat kenal siapa yang dirakamkan aksi, Cuma buat-buat bodo sahaja kata itu adalah Anwar. Kalau hjlutfi tak tengok kenapa komen ?.

Komen sebab meluat dengan perangai melampau orang yang tak takut mati. Perangai macam tu nak jadi pemimpin ? (untuk datuk T ). Pada-pada la datuk T.

Saya dapat agak datuk T tak akan kena sebarang tindakan sebaliknya DSAI pula yang akan kena kerana tuduh Polis terlibat. Pelik-pelik dan pelik lagi kalau blog hjlutfi pula dikenakan tindakan kerana memberi komen. Dunia… dunia.

Saya mana ada fitnah, saya cerita benar dan nak bukti kebenaran sahaja. kata orang tu.

No comments:

Post a Comment