Tuesday, March 29, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk 13 (Kerjasama pasukan)

5 Minutes Islamic Executive Talk 13 (kerjasama berpasukan)

Assalamualaikum wbt.

Saya petik dari artikel yang di terbitkan oleh Utusan Malaysia hari Isnin 27 Dis 2010. Ini adalah berkaitan CEO Pesaka Astana yang menerangkan Prinsip dan pegangan dalam menguruskan syarikat beliau, beliau menerangkan tujuh nilai yang diamalkan dalam syarikat beliau iaitu, disiplin, kerjasama berpasukan, prihatin, jujur, tanggungjawab adil dan perkongsian.

Entry kali ini saya ulas mengenai kerjasama berpasukan. Nama memang sedap kerja sama berpasukan, itu adalah menjadi idaman seorang pengurus/ CEO/ ketua kampong dan sesiapa sahaja yang memimpin tak kiralah kecil atau besar organisasi tersebut.

Senang sebut, namun susah hendak dilaksanakan, namun selepas dipupuk dan dididik, tak menjadi masalah dan ia akan memberi kesan yang positif kepada organisasi.

Matlamat yang sama lebih mudah membentuk kerjasama. Matlamat bos seorang, untuk kayakan bos mungkin tak dapat mengajak pembentukan kerjasama pasukan.

Pekerja akan bekerja kerana ganjaran, sudah tentu mereka harap ganjaran, jika tidak buat apa bekerja untuk kita. Jadi factor ganjaran perlu diberi perhatian, biar pekerja puas hati dengan ganjaran yang diperolehi (gaji, elaun, bonus, saham) kerana ini akan membuat mereka bermatlamat, tetapi jangan tunjukkan seolah-olah pekerja seperti peminta sedekah . Anda telah melakukan kesilapan yang besar jika terdetik dalam hati anda pekerja seperti peminta sedekah, bekerja kerana ganjaran.

Kerja adalah tanggungjawab, ganjaran adalah balasan kepada tanggungjawab yang dipikul. Pekerja kerja keras dalam pasukan jualan umpamanya pasti gembira jika mendapat bonus tambahan selain komisen yang diperolehi. Jadi mereka akan bekerja bersungguh-sungguh demi mencapai ganjaran.

No comments:

Post a Comment