Thursday, November 25, 2010

NASIHAT TENTANG CINTA - 1 (MUKADDIMAH)

NASIHAT TENTANG CINTA – 1 (mukaddimah)

Dedikasi untuk pelajar ex-STEP, Kedah tahun 2004 -2009.

Meskipun saya bukan ahli dalam menasihati anda tentang cinta, terimalah nasihat yang mungkin berguna kepada anda seadanya. Yang tua menasihati yang muda, yang muda menghormati yang tua, itulah budaya kita Melayu, budaya yang selari dengan tuntutan Islam.

Saya tahu, rata-rata ex STEP berumur antara 18 hingga 23 tahun pada tahun 2010. Masuk ke STEP tahun 2004 ketika umur 16 tahun atau bacth terakhir pada tahun 2009. Ada dikalangan ex STEP sudah mendirikan rumahtangga, sedang bertunang , sedang berpacaran atau sedang mencari pasangan. Di kalangan ex STEP ramai yang telah dewasa, melebihi umur 21 tahun. Sudah bekerja, sudah menguruskan rumahtangga sendiri. Sudah memiliki idealogi politik masing-masing.

Mari kenangkan seketika nasihat yang sering saya ucapkan dalam perhimpunan hari Ahad, 7.30 pagi hingga 8.10 pagi, kerap kali perhimpunan melebihi 8.10 pagi, dan ini sering dijadikan alasan oleh guru untuk tidak masuk perhimpunan, hebat, ex STEP jangan berperangai sedemikian, pastikan kita sentiasa berada dalam jemaah/ kesatuan tempat kita bekerja, jangan jadi penongkah arus dalam organisasi.

Antara perkara penting yang sering saya ucapkan dalam perhimpunan ialah,
1. Demi masa,
2. Ingat lima perkara sebelum lima perkara
3. Amal maaruf nahi mungkar
4. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut yang
mengubahnya,
5. Merancang masa hadapan,
6. Pesan Lukman ul Hakim
7. Tips menjadi murid cemerlang.

Pernah sekali saya katakan anda boleh ‘ merempit’ tetapi Tn Pengetua dalam ucapan balas, tidak bersetuju dengan ‘merempit’.

Pernah saya berdoa ketika hujan lebat semasa perhimpunan, kerana waktu hujan lebat antara waktu doa dimakbulkan. Pernah saya meperdengarkan bacaan Ayat Quran sebagai pedoman kepada kita semua dan pernah saya memberi ucapan dalam bahasa Ingeris sebagai persediaan saya mengikuti kursus PTK.

Tetapi saya tidak pernah memberi nasihat tentang cinta. Sebenarnya perkataan cinta pun saya rasa malu nak sebut dihadapan pelajar, tambah-tambah lagi semasa perhimpunan yang turut dihadiri oleh isteri saya.
….2

No comments:

Post a Comment