Sunday, July 26, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 11

Dato’ Hj Yusof bin Harun – mantan TKPPM (teknikal)

Beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Teknikal) – Bos no 1 bagi sekolah menengah Teknik seluruh Malaysia sebelum pengorganisasian semula.


Kenapa saya ‘takut’ dengan Dato’ Hj Yusof bin Harun ?

1. Saya hormat beliau sebagai TKPPM
2. Orang cerita dia ‘chengie’ (garang)
3. Semua jawapan yang kita beri adalah ‘salah’
4. Dia soal sampai kita tak terjawab.

Sebelum saya terus tulisan ini, perlu diketahui bahawa beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab ‘menaik taraf SMT Pendang ke Matrikulasi’ dan rakan sejawatnya di bahagian matrikulasi ialah Dato’ Zainol. .Tahniah .

Bermula cerita..

Dato’ Yusof adalah antara pegawai yang datang melihat kedudukan dan memilih lokasi SMT Pendang sebelum penubuhan dan pembinaan pada tahun 2001. Sebelum bersara beliau datang membuat lawatan kerja ke SMT Pendang pada 27 Julai 2008.

Pagi tersebut beliau sampai awal, beberapa kakitangan sokongan tiada di tempat duduk masing-masing, apa lagi bising le Dato’ . Kecutlah perut Pengetua dan PK, dalam bilik pengetua bising sakan. Saya tidak masuk bersama dalam bilik pengetua, takut nanti dia kata lu sapa ! walaupun tn pengetua panggil saya masuk.

Perkataan popular yang sering keluar dari mulutnya ialah Tara Guna.

Sempena lawatan tersebut beliau telah mengadakan Mesyuarat bersama kaunselor SMT Zon Utara.

Tara guna - 1

Biasalah… bila mesyuarat atau apa-apa aktiviti dalam dewan masing-masing mengambil posisi di baris kedua atau baris belakang. Saya telah memaklumkan kepada kaunselor supaya mengisi tempat duduk di baris hadapan, tetapi … macam biasalah.. baris kedua dan belakang juga yang menjadi pilihan.

Setibanya Dato’ kedalam bilik mesyuarat, Ni kerusi depan tinggal kat siapa ? , Kaunselor ini tara guna !, cakap saja pandai. Kerusi depan pun takut nak duduk.

Tara guna – 2

Sambil membelek jadual kedatangan mesyuarat, masuklah seorang kaunselor… datang lewat, dari sekolah… lupa! , Ni apa sal lewat ? , belum sempat nak jawab, Dato’ jawab dulu, Dah tau tak pernah datang SMT Pendang , survey le dulu, kalau dekat budak bukan main, pandai cakap, diri sendiri pun tak dapat urus, hotel ada, duduk le dihotel, bukan tak boleh claim. Tara guna !
Tara guna – 3

Sambil membelek jadual kedatangan yang ditandatangan oleh kaunselor, ini apa sal seorang saja kaunselor yang hadir , seorang lagi mana ?, merujuk sekolah xx, kalau kita panggil tak datang, JPN panggil, PPD panggil cepat pula datang, Nampak hebat sangat sebab dijemput oleh JPN, PPD, tara guna.


Tara guna – 4

Siapa yang ada master ? , adalah dua tiga kaunselor angkat tangan, ia lah kamu duduk sekolah mana ada kerja sempatlah baca buku, buat kertas kerja, sekolah tak ada pelajar masuk kamu tak peduli, tara guna.

Banyak sangatlah perkataan tara guna yang dikenakan kepada kaunselor dalam mesyuarat tersebut.

Setelah selesai mesyuarat, kami bawa beliau ke bilik inai untuk makan dan minum, atas permintaan beliau untuk berehat kami bawa beliau ke rumah pengetua, kuih muih dan minuman diangkut kesana dengan van, durian, rambutan dan manggis juga dibawa kesana, saya, cikgu Fuad , cikgu Fuzi dan cikgu Nasir pun ada bersama. Beliau tidak makan durian kerana …

Saya pun tumpang berbual walaupun perasaan ‘takut’ ada dalam diri, kau ni pengetua, apa kau buat selama ni? , macam-macam Dato’.
Seingat saya satu jawapan yang di beri oleh kami, semuanya tak betul, ada saja yang dilipat balik kepada kami.

Namun dia memberi kata-kata, kalau saya datang sekali lagi ke sini tentu ada yang tak kena dengan sekolah ini, hingga hari ini dia tidak datang, telah bersara. Sebelum bersara beliau telah mengucapkan tahniah kepada SMT Pendang melalui tn Pengetua atas kejayaan meletakkan SMT Pendang no 12 dikalangan 90 buah SMT seluruh Malaysia.

Ulasan saya,

Beliau mempunyai harapan yang tinggi terhadap SMT, beliau mahu SMT terbilang dikalangan sekolah-sekolah di Malaysia. Beliau ikhlas memperjuangkan SMT. Tapi agak terlewat apabila JP Teknikal telah dijumudkan.

Bersambung … terima kasih.

No comments:

Post a Comment