Wednesday, July 22, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 10

Tn Hj Mustaphar bin Muhamad – TKPPM (Teknikal)

Beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Teknikal) – Bos no 1 bagi sekolah menengah Teknik seluruh Malaysia sebelum pengorganisasian semula. Pada satu hari (Jumaat) saya baru saja pergi ke rumah mentua saya di Kuala Nerang, lebih kurang pukul 8.00 pagi. saya tinggalkan anak – anak dan isteri dirumah mertua, manakala saya kebiasaanya akan ke Kebun getah lebih kurang 2 km dari situ, target hari tersebut ialah saya memotong semak samun di kebun getah kakak saya dengan menggunakan mesin rumput sandang.

Baru saja start enjin mesin rumput, tiba-tiba handphone berdering, siapa pula yang telefon ?. nombor yang tertera di skrin adalah no Jabatan Pendidikan Teknikal.
Rupa-rupanya yang telefon adalah PA TKPPM memaklumkan bahawa TKPPM akan datang melawat ke SMTP pada hari Ahad 4 Februari 2007.

Terkejut jugalah. Apa tidaknya TKPPM yang nak datang, dah le pengetua tak ada, hanya PK Pentadbiran yang menjalankan tugas pengetua, maklum hari Jumaat pula, semua orang sedang bercuti.

Peluh kerja belum keluar, peluh terkejut pula yang keluar. Terbayang difikiran saya yang gambar potret Tn Hj Mustaphar belum dicetak, gambar beliau dibekalkan dalam CD semasa mesyuarat pengetua di Langkawi bulan 12 dulu.

Mula-mula rasa nak terus menebas memandangkan bukan senang nak datang ke Kuala Nerang, jaraknya 62 km dari kuarters guru SMT Pendang dan saya pula bukan ada masa , Cuma hari Jumaat dan Sabtu sahaja yang boleh datang bekerja di kebun. Saya start kembali mesin sandang tersebut. Remp sekali dua, tak jadi…… Saya matikan mesin tersebut, simpan semula atas pick up saya, tanggalkan topi kaledar, tanggal topeng pelindung, tanggal sarung tangan, tanggal but ambil handphone….

Mula-mula saya dail Cikgu Hj Fuad, Cikgu Che Puteh, Cikgu Nasir , Cikgu Fuzi, Cikgu Azman, cikgu Zawawi .. panggil mereka semua datang mesyuarat tergempar pukul 2.30 petang. Dengar saja TKPPM yang nak datang, semua orang panic semacam saja. Tahu sajalah TKPPM yang nak datang.

Syukur Alhamdullah, semua pentadbir ini tahu dan arif tugas masing-masing. Hjh Che Puteh akan cetak gambar beserta frame di Alor Setar, Hj Fuad akan sediakan Laporan HEM, Cikgu Nasir sediakan Laporan Ko Kurikulum, saya sediakan laporan Kurikulum dan pentadbiran, cikgu Fuzi uruskan makan dan minum, cikgu Azman uruskan tempat mesyuarat.

Malam itu juga pelajar asrama dikerah cuci asrama, besoknya gotong royong di sekolah. Saya pula combine laporan dalam power point untuk present kepada TKPPM. Hari Jumaat tidur tak lena, hari Sabtu tidur tak lena.
Hari Ahad , lebih kurang pukul 9.30 pagi tibalah TKPPM dihadapan pejabat sekolah, disambut oleh penolong kanan dan guru kanan. Guru-guru lain mengajar macam biasa dikelas.

Kami bergambar dahulu dihadapan pejabat (ada dalam majalah STEP jilid 3) kemudian baru ke bilik mesyuarat, saya memberi ucapan alu-aluan dengan memperkenalkan diri serta rakan-rakan yang lain. Seterusnya memberi taklimat, beliau mengemukakan soalan semasa taklimat dan saya serta PK HEM dan PK Ko menjawab soalan yang dikemukan.

Hampir dua jam berada di dalam bilik mesyuarat, soal dan jawab, saya nampak beliau terpandang potretnya didinding, beliau puas hati sebab arahannya supaya semua sekolah letakkan gambar beliau telah dipatuhi. kemudian kami membawa beliau melawat asrama dan sekitar sekolah. Saya bertanya adakah beliau hendak berjumpa dengan guru-guru. Beliau menjawab. Tidak. Para guru telah diarah bersedia kalau-kalau beliau hendak berjumpa.

Kedatangan beliau ke SMT Pendang adalah kali kedua, kali pertama semasa beliau menjadi Pengarah Bahagian Latihan. Saya pernah bermesyuarat dengan beliau di SMT Tawau, Sabah berkaitan dengan Latihan perkembangan Staf dan saya pasti beliau tidak mengenali saya. Beliau ingat pada Cikgu Azman kerana pernah bertegang leher dengan beliau semasa mesyuarat Latihan perkembangan staf suatu ketika dahulu.

Kenapa saya ‘takut’ denganTn Hj Mustaphar ?

1. Saya hormat beliau sebagai TKPPM
2. Orang cerita dia ‘pelik’ sejak jadi TKPPM
3. Satu ‘test’ terhadap keupayaan saya menjalankan tugas pengetua.- dalam hati kata juga, nak test apa lagi ini kali kedua menanggung jawatan pengetua-(release sress)
4. En Ali Abu ada call Tanya betul ke Orang tua tu nak datang sekolah kau ?

Selepas ronda sekolah kami bawa beliau ke bilik inai, cikgu Safriza dan pelajar PM siap sedia awal lagi, cikgu Zul cari nira special, cari ikan pekasam, sebab favorite dia dengan benda-benda tu.
Layan baik punya. Bos mai sapa tak mau layan ?

Kena nira fresh, siap tambah segelas lagi, sembang macam macam yang tak berkaitan kerja dan sekolah. Kira Ok, tension pun hilang. Beliau pun berangkat pulang. Selesai satu problem . semuanya lega.

Petang itu.. En Ali bin Abu telefon lagi .

A: Apa dia komen sekolah kau ?
L: Tak komen apa.
A: Bagus lah tak komen kat kau, nanti dia balik bamboo kat kami, selalunya macam tu.

Apa-apa pun tugasan kami selesai. Saya nak tahu juga apakah TKPPM akan bamboo di BPPTV sekembalinya beliau ke pejabat. Sebulan kemudian saya risik-risik pada en Suraimi kalau-kalau pegawai BPTV kena bamboo dengan TKPPM sebab SMTP.
Satu apapun dia tidak komen pasal SMTP kata en Suraimi, lega rasanya. Apakah sebab dia tak komen, adakah kerana gambar beliau telah terpampang didinding atau adakah kerana keenakan nira dan pekasam atau Adakah kerana sekolah ini ditadbir dengan baik walaupun tiada Pengetua.


Bersambung … terima kasih.

No comments:

Post a Comment