Monday, December 28, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 40

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali, hari-hari terakhir tahun 2009 ini tak ada apa-apa yang hendak dilakukan. Nak merancang untuk tahun depan, tak perlu buat, nak buat takwim tahun depan pun tak perlu, nak buat pengagihan tugaspun tak perlu, jadi buat kerja-kerja yang patut sahaja. (penerangan: tak perlu buat sebab sekolah nak tutup dan saya akan bertukar ke sekolah baru)

Cerita sikit,

Pada 17 hingga 19 Dis 2009 saya membawa anak-anak ikut rombongan staf sokongan sekolah ke Kuala Trengganu dan Kelantan. Isteri dan dua anak kecil saya tak dapat ikut kerana anak paling kecil selsema. Dulu saya janji dengan anak-anak tahun 2009 saya akan melawat Terengganu, awal tahun tak dapat pergi, pertengahan tahun tak dapat pergi, namun di penghujung tahun , dapat juga saya tunaikan janji tersebut, Alhamdulillah.

Pergi dengan menggunakan bas SMT Pendang, sebelum bas diserahkan kepada SMT Langkawi, van telah diserahkan kepada PPA Batu Pahat. Sekolah-sekolah lain yang berkenaan telah pun datang ambil habuan masing-masing.


Gambar; Tn Hj Zakaria Md Noor Timb Pengarah BPTV menyerahkan bas kepada PKKo SMT Langkawi pada 28 Dis 2009. Kebetulan mereka datang ambil pada tarikh yang sama dengan kunjungan Timbalan Pengarah, jadi dia lebih berhak untuk serah kepada SMT Langkawi.

Hari ini bukan bas saja yang diserahkan, malah Sekolah Menengah Teknik Pendang pun turut diserahkan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, berkuat kuasa 1 Jan 2010.


Semasa sesi perbincangan dan penyerahan beberapa persetujuan disepakati. (tak boleh dinyatakan disini).


Timbalan Pengarahpun dah maklum saya kena sekolah mana. Hai nasib badan.

Sekian, terima kasih.

Bersambung.

Sunday, December 27, 2009

MARI JADI RAJIN

Assalamualaikum wbt.

Guru adalah sebuah kerjaya yang mulia. Namun ada juga segelintir guru yang tidak menghargai profesion mereka sendiri. Sikap individu guru terbabit yang menyebabkan masyarakat memandang negatif terhadap profesion guru. Standard Guru Malaysia yang diumumkan beberapa minggu lalu, mungkin antara kaedah memartabatkan kembali profesion keguruan. Tetapi jika kaedah tersebut akan menggunakan instrumen yang akan membebankan guru, saya rasa lebih baik kita cari kaedah lain.

Selagi masih berkhidmat, bermakna kita masih ada masa untuk merubah diri menjadi lebih baik.


sekian, terima kasih.

Saturday, December 26, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 39

Assalamualaikum wbt.

SMT Pendang adalah SMT yang ke 9 dalam zon Kedah dan Perlis, selalunya aktiviti peringkat zon akan melibatkan semua SMT ini, jarang berlaku dikalangan SMT yang tarik diri dalam mana-mana acara. Tak puas hati, perkara biasa. Gambar di bawah adalah gambar bersama PKP dan Pengetua SMT Zon Utara.


sekian, terima kasih

bersambung.

Friday, December 25, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 35







Assalamualaikum wbt.

Sesi Lawatan ke sekitar Mekah, seperti Jabal Rahmah, di Arafah,Mudzalifa, Mina Gua Hira'(tengok dari jauh sahaja), dan keliling Bandaraya Mekah dengan bas, lawatan ini kena bayar dan diuruskan oleh Maktab (bukan TH).

Saya tak naik Jabal Rahmah kerana diberitahu singgah sekejab sahaja, selepas Jabal Rahmah akan ke Jagranah, di Jagranah adalah tempat untuk niat Umrah. Jadi saya niat Ihram Umrah di Jagranah satu kali, kalau sendiri-sendiri nak datang niat ihram, rasanya mungkin tidak datang, amabil kesempatan lawatan tersebut. Tapi awas dengan pakaian, jika tadi telah melawat Jabal rahmah, pakaian mungkin kena tahi unta, kemudian pergi tawaf, mana sah...

Selain Jagranah, boleh juga niat Ihram di Hudaibiyah. Hudaibiyah, iaitu tempat perjanjian antara Nabi SAW dengan Quraish Mekah, namun tempat-tempat sejarah sedemikian tak di jaga oleh Arab saudi, begitu juga dengan Telaga Jagranah, bukan itu saja tempat sejarah yang lain sekitar Mekah di lenyapkan begitu sahaja. (Bida'ah - wahabi punya pukulan). Saya sempat dua kali berniat ihram di Hudaibiah, sekali datang dengan jemaah yang nak penuhkan van mereka, satu kali datang dengan rakan-rakan sebilik. Singgah di tempat ternakan unta, beli susu unta. Terlalu ramai jemaah, untapun kekeringan susu. Tak dapat rasa susu unta.

Namun nak jadi rezeki, keesokan hari ada orang beri susu unta kepada isteri saya,dan dia beri kepada saya.

Sekian, wassalam.

Thursday, December 24, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 34

Assalamualaikum wbt. Kadang kita malas nak ke masjid, dengan memberi berbagai alasan, begitu juga ketika mengerjakan haji, ramai juga yang malas, hanya sembahyang dihotel sahaja, hotel dekat masjid sembahyang atas hotel ikut imam Masjidil haram, Yang sihat malas, yang capet, betongkat dan terincuk-incuk berjalan ke Masjid, mari ambil iktibar. Sekian, wassalam.

Wednesday, December 23, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 33


Assalamualaikum wbt

Saya pernah mendengar yang ada guru dari Malaysia yang mengajar di dalam Masjidil Haram, satu malam selepas solat maghrib saya berjalan-jalan dalam masjidil haram dengan niat nak lihat guru tersebut, Banyak guru yang mengajar ikut bangsa masing-masing, tempat mereka disediakan kerusi dan amplifier, namun kesesakan jemaah menyebabkan sukar untuk saya memberi perhatian terhadap ilmu yang dibincangkan.
Guru ni orang Kedah.

Sekian, wassalam.

Tuesday, December 22, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 32


Assalamualaikum wbt.

Setiap kali solat Fardu, pasti akan ada solat jenazah, sebaik sahaja imam beri salam , bilal akan maklum bahawa ada jenazah yang akan disolatkan. Tapi jika nak sembahyang sunat masih sempat. Saya berkesempatan lihat bagaimana jenazah dibawa keluar dengan pantas dari tempat di solatkan.

Ramai jemaah yang berminat untuk melihat dimana jenazah diletakkan untuk disolatkan. Saya sempat merakam pergerakan keluar jenazah dari tingkat satu.

Sekian, wassalam.

Monday, December 21, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 31



Assalamualaikum wbt

Sebaik masuk Masjidil Haram, sebaik-baiknya tawaf sunat, namun tak semua orang berpeluang nak buat tawaf sunat, kerana datang lambat dan malas. Kalau betul-betul lambat terpaksa naik tingkat atas atau naik terus atas bumbung. Di Masjidl Haram ada juga yang solat tak mengahadap kiblat kerana kiblat terlindung dengan tiang.

Untuk memastikan kita menghadap kiblat dan kena kearah kiblat, kita boleh melihat garisal diatas lantai masjid Sebagai panduan. begitu juga semasa tawaf, ikut saja sepanjang garisan yang dibuat mengelilingi kaabah, jadi bahu kiri kita sentiasa menghadap kaabah semasa tawaf.

Tapi awas, jika anda tawaf di tingkat atas, agak sukar, kerana laluan tawaf bahagian atas masjid tidak seperti di dataran Kaabah. Ada tempat yang perlu anda elak tiang, semasa mengelak tiang mungkin bahu kiri telah terlari dari kaabah. Saya hanya tawaf sunat sekali sahaja di tingkat 1, kerana kesukaran tersebut.

Sunday, December 20, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 30

Assalamualaikum wbt.


Dalam urusan beli belah, lelaki dan perempuan sama sahaja. tapi selalunya lelaki akan kata perempuan yang kuat beli belah, orang perempuan tak berani kata orang lelaki kuat beli belah, nanti kena marah pula dengan laki-laki.

Sebelum selesai ibadat haji, kalau boleh jangan sibuk beli belah, bimbang matlamat asal tak tercapai, beli belah yang diutamakan, kalau nak beli jangan kuat tawar menawar sehingga bertegang leher dan menimbulkan kemarahan.

Malaysia, bagus !, Pakistan , Bangladesh, bokhil, bukan bokhil, kata saya kepada seorang peniaga Arab, sebut bakhil, walaupun itu adalah bahasa Arab, bila cakap Melayu sebutannya bunyi bakhil.

Ramai orang Malaysia membeli belah dan tak berapa kisah tentang harga berbanding jemaah negara lain, Orang Indonesia suka beli barang kemas, kalau tak beli macam tak sah datang ke Mekah.

Yang menjual kadang-kadang pekerja dari Bangladesh, kebanyakan Arab dan bangladesh sudah boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu/Indonesia. Telah lama wujud conection antara Melayu/ Jawi dengan Arab.

Harga jangan banding, kalau terkena mahal, biar saja, tak boleh nak banding dengan kawan yang beli, nanti rasa nak marah, nanti rasa tertipu.

saya membeli ketika pulang dari Masjid. Membeli digerai-gerai jalanan sahaja, tidak disupermarket atau kedai-kedai berjenama, tak ada apa yang nak beli, buat berat bag sahaja.

Sekian, terima kasih.

Saturday, December 19, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 29

Assalamualaikum wbt.

Ramai peminta sedekah yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita, ada juga lelaki, mereka ini sering dikejar oleh Dewan bandaraya, sekejab lari sekejab datang semula, mereka buka Arab, mungkin orang Afrika, saya pun tak berapa pasti, sekali itu saya merakam gambar mereka, budak perempuan peminta sedekah tersebut kata, haram..haram.., yang dia minta sedekat tak haram, menjatuhkan maruah diri, ada yang menipu dengan mengikat tangan atau kaki seolah-olah kudung untuk meraih simpati, ada juga yang betul-betul tak mampu, jangan komen apa-apa terhadap mereka semasa mengerjakan haji, nak sedekah, beri saja, tak mahu jalan terus, jangan menghina mereka, bimbang anda mendapat balasan serta merta. dalam Masjidil Haraam pun ada peminta sedekah, yang datang kepada kita, tanya boleh cakap arab ke ?, boleh cakap Inggeris ke ?, last sekali dia boleh cakap melayu dan minta sedekah dari kita, tak payah cakap banyak, trik mereka sama saja, beri saja dan redo, selesai. kalau dia tipu dia dengan Allah, kita teruskan ibadat kita.



Sekian, wassalam.

Friday, December 18, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 28



Assalamualaikum wbt

Banyak burung merpati diluar bangunan Masjidil Haram, ada beberapa Arab Badwi atau Afrika yang menjual makan burung dengan harga satu riyal untuk ditaburkan kepada burung-burung tersebut. Saya tidak pernah membeli makanan burung tersebut, dikawasan tersebut terlalu banyak makanan burung , sehingga perlu disapu oleh pekerja kebersihan.

Sekian, wassalam

Thursday, December 17, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 27


Assalamualaikum wbt.

Pembangunan Bandaraya Mekah.

Sewaktu saya mengerjakan haji 21/11/2008 - 5/01/2009, kerja-kerja memecahkan bangunan di sekitar Masjidil Haram dilakukan, debu-debu beterbangan, jentera memecahkan batu bukit untuk di jadikan tapak bangunan(hotel), Semasa hari Jumaat sebelum Wukuf, jemaah sembahyang atas bukit disekitar Masjidil haram. Gambar ini adalah lalauan saya dari hotel ke Masjidil Haram sejauh 800m.














Gambar berikutnya adalah rumah-rumah masyarakat Mekah, sampai atas bukit, kenderaan mereka diletakkan dijalanraya dan mereka akan menaiki anak tangga untuk sampai kekediaman mereka, saya tak try naik keatas.


Sekian, wassalam.

Wednesday, December 16, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 26

Assalamualaikum wbt.

Seperti biasa saya datang kerja, mengenakan kemeja, bertali leher dan tambahan aksesori bersongkok hitam. Saya tak banyak cerita tentang haji, kerana kawan-kawan pun tak tanya, kecuali yang berminat sahaja seorang dua, saya hadiahkan tasbih kepada rakan-rakan sekerja lelaki dan wanita.

Kawan-kawan pun bukan ada yang datang ziarah dirumah, inipun saya tak kisah, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, saya pergi menziarahi saudara mara saya, seperti saya nak pergi ke Tanah Suci dahulu, bawa seidikt cenderamata, nak nanti mereka datang, lambat sangat, atau bila mereka nak datang saya tiada dirumah. Lebih baik saya pergi menemui mereka, saya ada kenderaan, saya ada masa dan mereka ada dirumah. Bila mereka ada masa belum tentu saya ada dirumah.

Kami buat kenduri kesyukuran di kantin sekolah, panggil kawan-kawan. Sebulan dua selepas haji, kemanisan haji masih dirasai, doa orang yang balik haji 'laku' dalam tempoh dua bulan sekembalinya dari tanah suci. Jadi kalau anda jumpa orang baru balik haji, minta dia yang bacakan doa, insya Allah mustajab, tuan imam kena prihatin tentang perkara ini, jangan duk fikir dia imam, dia saja yang kena baca doa, bagi can orang yang baru balik haji baca doa, untung-untung doa beliau dimakbul, kerana dosa tak banyak (dengan andaian dan keyakinan bahawa Allah telah ampun dosa semasa di Arafah)

Pada bulan februari 2009 saya pergi ke TH Pendang untuk daftar semula, namun tak dapat daftar kerana nama masih belum dipotong dari senari tahun 2008. Pada bulan April saya dan isteri sekali lagi mendaftar untuk Ke Tanah Suci, kali ini daftar di TH Kuala Nerang dan diberi giliran tahun 2026, tahun kami akan pencen dari perkhidmatan awam. Namun saya yakin tiga hingga lima tahun lagi saya akan berpeluang sekali lagi mengerjakan haji.

Marilah kawan-kawan pergi daftar haji, cukupkan RM 1300 dalam akaun tabung haji, segera daftar, pergi haji masa umur muda dan sihat best, kuat, nak tawaf senang, nak sae senang, nak melontar pun senang sebab sihat dan kuat, nak ronda dan beli belah (no komen). Selepas artikel ini saya akan mula menceritakan pengalaman secara khusus seperti, cerita peminta sedekah, cerita bilik barakah, cerita sicapek rajin ke masjid, insya Allah.

sekian, wassalam.

Tuesday, December 15, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 25

Assalamualaikum wbt.

Setelah berehat dirumah ibubapa saya, beberapa orang tetamu menjenguk kami, berbual bertanyakan khabar. Saya tinggalkan barang-barang cenderamata untuk diberikan kepada saudara mara yang datang, dan pesan kirim salam kepada yang datang. Petang itu saya dan isteri serta anak-anak kembali kerumah kami di kuarters. Kami mengemaskan rumah dan berehat sehingga malam. Besok anak-anak akan bersekolah.

Keesokan hari saya telah datang bekerja kesekolah. Badan rasa sihat, tak perlu berehat lama, banyak kerja yang perlu disiapkan. walau bagaimanapun isteri saya mengambil cuti kerana keletihan.

Tidur dirumah masih tengial-ngial seperti masih berada di Tanah Suci.

Beberapa persoalan timbul difikiran saya,

Adakah saya perlu menanggalkan kepiah/ lebai putih dari kepala ?

Sepanjang berada di Tanah suci (kecuali dalam ihram) lebai putih sentiasa ada di atas kepala. Begitu juga serban sering dipakai semasa di Tanah Suci. Saya mengambil keputusan meneruskan pakaian ini dengan niat mengikut sunnah Rasulullah, rasa malu setelah 8 kali menziarahi makam Rasul, dengan memaklum kita cinta dan sayang Rasulullah, tapi satu sunnah baginda kita tidak ikut. (bila nak kahwin lebih dari satu kata nak ikut sunnah - bukan saya yang nak kahwin lebih satu, orang lain, dalam hal lain tak ikut), Memang rasa malu dan pelik juga orang muda macam saya nak pakai lebai dan serban, tapi itulah sunnah rasul yang dapat saya buat, nak sembahyang malam sampai bengkak kaki rasanya tak mampu, nak beri salam lebih dahulu dari orang lain, berat mulut. Saya pakai serban dengan baju t-shirt, isteri saya kata, abang pelik, saya kata, saya tak mau pakai baju ala-ala baju melayu lengan panjang, tidak selesa dan saya masih muda. Jadi sampai sekarang saya masih mnegenakan serban/kepiah/lebai putih dengan t-shirt, awal-awal dulu rasa janggal, sekarang ini dah jadi biasa. Datang kerja pakai songkok hitam.

Kenapa orang takut pakai lebai/kepiah/serban dan songkok ?, takut orang kata alim ?, takut orang kata warak ?, takut orang panggil ustaz ?, takut orang suruh baca doa ?.
Inilah soalan-soalan yang bermain difikiran saya, semua ketakutan tersebut telah saya atasi.

1. Takut orang kata alim, biar orang kata kita alim, dalam diam-diam kita menambah ilmu, saya memang alim, ada ijazah, ada sijil iktisas betullah saya alim. Ambil kesempatan yang ada untuk menambah ilmu.

2. Takut orang kata warak, biar orang kata kita warak, pada masa yang sama kita latih diri kita menjadi orang yang warak, jauhi dosa-dosa kecil, jauhi perkara syubahat, warak le kita.

3. Takut orang panggil ustaz. panggil saja ustaz, apa nak jadi masalah sangat, awak ustaz dalam bidang keusahawanan, awat keusahawanan bukan ilmu Islam ?.

4. Takut orang suruh baca doa, disekolah sudah tentu mereka tak suruh awak baca doa kerana mereka tahu awak bukan guru agama, ditempat kenduri sudah tentu mereka tak suruh awak baca doa sebab, mereka tahu awak bukan imam, tempat makan, takkan doa makan yang pendek awak takut nak sebut.

Syukur Alhamdulillah, ketakutan sedemikian tak ada dalam diri saya buat masa kini. Kalau disuruh baca doa, saya akan baca sekadar pengetahuan saya, kalau disuruh, meimami sembahyang, insya Allah, saya akan baca surah-surah pendek (maghrib dan isyak serta subuh), kalau disuruh sembelih binatang insya Allah saya ada sedikit pengalaman. Kalau disuruh mandikan mayat, maaf saya takut.

Kadang bila orang panggil saya ustaz, saya kata saya bukan ustaz (dalam kontek panggilan ustaz di masayarakat malaysia), saya bukan ustaz, panggil saya haji.

Hebat sangatkah suruh orang panggil awak haji.

Panggilan yang akan memperingati saya, supaya saya tidak melakukan maksiat, memandangkan saya telah menunaikan rukun Islam yang kelima, jika tak panggil saya haji, silap-silap saya lupa dan kembali lakukan maksiat. Mungkin saya akan ketawa kuat, mungkin saya bercerita bohong, bila orang panngil awak haji, barulah dalam hati dapat jawab, aku ini haji rupanya, sebagai seorang haji, aku kena berkelakuan baik, buat kerja dengan tekun dan jujur, memaafkan orang, (pun begitu saya terkeluar juga kata, saya tak akan maafkan sesiapa yang mengkhianati saya)

Sehingga hari ini saya terus berusaha keras untuk mengekalkan songkok/lebai/kepiah putih atas kepala serta pakai jubah hari Jumaat, banyak cabaran dan banyak suara-suara sumbang yang suruh saya tinggalkan benda-benda tersebut, dengan alasan-alasan yang tak munasabah. tetapkan imanmu haji.. kamu akan berjaya mempertahankan sunnah rasulullah.

sekian, wassalam.

Monday, December 14, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 24


Assalamualaikum wbt

Setelah berada lapan hari di Madinah, tiba giliran kami untuk berangkat pulang, rasanya tidak puas berada di Madinah, tidak puas merasa kesejukan Madinah.

Pada 3 Januari 2009 iaitu hari kami dijadualkan berangkat pulang, selepas sarapan pagi saya dan isteri berjalan-jalan di kompleks membeli belah di sekitar Hotel kami menginap, saya dan isteri masuk ke Masjid Nabawi untuk melihat sepuas hati keindahan masjid tersebut. Waktu itu terserempak Ustaz Razak (yang mengajar kami di Masjid Teroi) membawa jemaah haji TH Travel yang baru sampai untuk menziarahi Makam Nabi, beliau mengajak kami mengikutnya sekali, tapi saya maklumkan bahawa kami akan pulang pada hari ini. Cuaca pagi tersebut mulai sejuk, jubah dan sweeter yang saya pakai tidak cukup tebal, saya juga tidak memakai stokin, sesekali mengeletar menahan sejuk.
Awan mendung mula menyelubungi Madinah.

Bag pakaian telah di ikat kemas, kerana selepas solat zuhur di Masjid nanti kami akan segera berangkat. Ziarah wadak di Makam Nabi telah saya buat, begitu juga isteri saya. Sedih rasa hendak meninggalkan Madinah.

Selepas solat zohor kami bergegas kembali kehotel, bag-bag pakaian telah diangkat oleh pekerja-pekerja pengangkutan. Kami mengumpul sedikit wang untuk diberikan kepada pekerja-pekerja. Kasihan melihat mereka mengangkat bag-bag yang berat dan besar. Mungkin melebih 30 kg. Barang-barang saya dan isteri 120 kg , ‘bag beranak’ masa datang dua bag sahaja masa balik 5 bag. Masa datang dua orang sahaja , masa balik tiga orang.

Saya dan isteri bawa bag lebih, kerana sudah menjangka bag yang sedia ada tidak mencukupi, manakala kawan-kawan lain membeli bag tambahan. Saya membeli guni untuk menyarung bag dan menyarung kotak tambahan yang penuh berisi.

Lebih kurang pukul satu tiga puluh tengahari bas kami bertolak ke Madinatul hujaj di Jedah iaitu tempat transit jemaah haji sebelum berangkat menaiki pesawat. Disini akan di buat operasi check in.

Pada mulanya saya merasa alangkah baik jika dapat naik pesawat terus dari Madinah, namun pengalaman menaiki bas dari Madinah ke Jeddah lebih menyeronokkan, cuaca sejuk, pada mulanya mereka minta dibuka air cond dalam bas tetapi, cuaca diluar menyebabkan suhu dalam bas lebih sejuk.

Pemandangan gunung-ganang, sungai yang kontang, unta liar, ladang memberi pengalaman baru.

Bas berhenti disatu hentian pada waktu maghrib. Saya segera ketandas untuk membersihkan diri sebelum solat. Masing-masing seolah-olah sengaja lambat masuk kemasjid, saya tahu alas an lambat masuk ke masjid.

Seorang dari jemaah kami melaungkan azan, suara saya tidak sedap untuk melaungkan azan, talah lama saya tidak melaungkan azan, “lebih baik kamu berebut untuk melaungkan azan” dan “seboleh-bolehnya kami menolak apabila disuruh menjadi imam”. Inilah alas an yang melengahkan mereka ke masjid. Macam mana ni haji, pakat takut nak jadi imam. Alim sungguh mereka sampai tak mau jadi imam sembahyang.

Nak tak nak akhirnya seorang arab suruh saya jadi imam sembahayang maghrib. “ ana, jamaq wa qasar” saya cakap arab, cari alas an tak mau meimami mereka. Saya suruh orang lain jadi imam, akhirnya saya jadi imam solat tersebut.

Bukan tak pernah jadi imam, masa di Kg Ulu Segama, Lahad Datu dulu, imam jumaat, khutbah Jumaat, hari raya, khutbah raya, saya yang selalu kena.

Lebih kurang pukul 9.00 malam kami sampai di Madinatul Hujaj. Pemandu bas bawa kami terus ke Airport, akhirnya berpatah balik ke Madinatul hujaj. Kami dibekalkan dengan makanan dan ditempatkan kedalam bilik mengikut kumpulan seperti di Mekah dahulu. Malam tersebut saya tidur nyenyak.

Solat subuh di Masjid yang disediakan disitu, disini ada imam masjid, jadi tak lah kalut nak cari siapa nak ditolak jadi imam. Selepas solat kami diberi sarapan pagi, kemudian di minta membawa barang masing-masing untuk timbang dan check in.

Barang saya lebih 60 kg, dan saya kena bayar RM 200 untk barang yang lebih. Ada juga yang lebih sehingga 100 kg, tapi kena bayar sedikit sahaja. Rezeki masing – masing, boleh minta kurang. Selesai semua rasa lega. Ada juga dikalangan jemaah yang membeli lagi selepas timbang barang, kerana tadi kena bayar sikit sahaja, duit lebihan yang disediakan untuk bayar digunakan untuk membeli lagi. Macam mana peniaga musim haji tak suka.

Setelah selesai semuanya kami diarah menaiki bas untuk kelapangan terbang, kami diminta membuang semua barangan tajam dari bag yang hendak dibawa masuk kedalam pesawat. Saya Cuma membawa bag sandang TH dan bag seret sahaja kedalam pesawat, berbanding orang lain yang masih ada berkilo-kilo barang yang hendak dibawa masuk bersama kedalam pesawat.

Kami dihadiahkan sebuah al Quran setiap seorang semasa hendak masuk ke terminal Lapangan terbang, Kelihatan para jemaah begitu ceria hendak berangkat pulang

Setelah masuk kedalam pesawat dan pesawat menuju Malaysia, hati berasa lapang dengan amal ibadat yang dilaksanakan. Masa datang duduk dibahagian belakang kapal terbang, masa balik duduk kelas bisnes, dari dulu duk idam nak duduk di kelas bisnes, kali ini dapat juga merasa.


Pukul 6.45 pagi kami sampai di Bayan Lepas. Saya sembahyang subuh diatas kapal terbang. Di lapangan terbang juga disediakan kawasan untuk jemaah sembahyang subuh. Sebelum pemeriksaan imegresen. Saya sempat mengelap badan di bilik air dan menukar pakaian. Manalah tahu ada orang yang nak peluk kita semasa sampai.

Setelah selesai kami dibenarkan keluar dan mengambil barang di tempat bagasi dan seterusnya mengambil air zam-zam yang disediakan.

Abang Yusri, Kak Nor dan anak-anak beliau sedia menunggu diluar. Tak jauh dari Balai ketibaan, bag kami pun tak banyak sangat, maka sekejab sahaja kami dapat keluar dari terminal dan menuju ke kampong saya.

Lebih kurang satu setengah jam sampai di kampong, siapa pun tak sedar yang kami sudah sampai. Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami sampai. Yang menyambut kami adalah emak, emak saudara dan anak-anak saya. Ayah saya belum sempat pulang dari pasar.

Wassalam.

Sunday, December 13, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 23

Assalamualaikum wbt.

Pengalaman di Raudhah.

Selepas waktu Asar 27/12/2008 saya berazam untuk masuk keraudhah, saya Berjaya sampai keruang bersebelahan raudhah. Setelah penuh saf kawasan tersebut akan dikepung dengan kanvas agar tidak dimasuki oleh jemaah lagi. Kumpulan ini adalah kumpulan yang akan dibenarkan masuk keraudhah setelah kumpulan yang berada di rauhdah keluar.
Bau wangi.

Kata orang kalau bernasib baik semasa dalam raudhah akan dapat menikmati bau wangi syurga. Saya ternanti – nanti bilakah agaknya bau tersebut dapat dihidu. Lalu saya memohon dari Allah swt agar dapat tercium bau syurga dengan bersembahyang solat hajat, tiga kali saya solat hajat di raudhah dan akhirnya saya dapat tercium bau syurga, alangkah wanginya. Bagaimana bau syurga, tak dapat saya gambarkan. Rezeki masing-masing.

Oleh kerana waktu selepas solat fardu, ramai jemaah berpusu-pusu menziarahi makam Rasulullah dan bersembahyang di raudhah, saya mengambil keputusan untuk ke raudhah pada tengah malam, waktu tersebut pun ramai jemaah tetapi peluang untuk lebih selesa adalah tinggi, sepanjang saya berada di madinah sebanyak 6 kali saya datang ke Raudhah pada tengah malam, dalam kesempatan tersebut saya berdoa segala-galanya dan berkesempatan sembahyang sunat antara 6 hingga 15 rakaat. Setiap malam.

Wassalam

Saturday, December 12, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 22


Asssalamualaikum wbt.

Madinah al Munauwarah (26/12/2008 – 03/01/2009)

Lebih kurang 3.00 pagi hari Jumaat 26/12/2008 kami sampai di Madinah, saya tidak lena kerana tidak mahu melepaskan peluang melihat bumi Rasullullah, walaupun dalam samar-samar malam dapat juga dilihat bangunan dan gunung ganang, apabila nampak bangunan di Madinah kami membaca doa. Kami ditempatkan dihotel yang di kongsi bersama dengan jemaah dari Negara lain, di Madinah TH tidak menyewa hotel secara keseluruhan, TH hanya menyewa bilik untuk jemaah, kerana hanya 8 hari sahaja seseorang jemaah akan berada di Madinah. Lapan hari untuk menngenapkan jumlah 40 waktu sembahyang jemaah di Masjid Nabawi. Namum kami dapat 42 waktu,iaitu waktu subuh dan Zuhur pada 03/01/2009 hari hendak bertolak pulang ke Jeddah.

Selepas meletakkan barang-barang sendiri dalam bilik hotel, saya segera bersiap untuk ke Masjid bagi menunaikan solat fardu subuh berjemaah, kami telah diterangkan kedudukan masjid sebelum turun dari bas oleh Petugas TH. Kami tidak boleh berlengah-lengah kerana jika terlepas, bilangan waktu yang sepatutnya kami perolehi di masjid Nabawi tidak mencukupi. Mencukupkan 40 waktu berjemaah mempunyai rahsia tersendiri dan sering ditekankan kepada semua Jemaah Haji. Tak dapat saya huraikan mengenainya.

Selepas solat subuh jemaah berasak-asak menuju pintu keluar, semasa datang kemasjid saya tidak ‘menanda’ laluan datang, kesannya saya telah tesesat hampir setengah jam mencari hotel tempat penginapan kami, tersesat dihujung jalan, kembali ke pangkal jalan, akhirnya saya kembali ke Masjid dan kembali menelusuri jalan datang tadi, dan akhirnya barulah berjumpa, bukan jauh lebih kurang 200 m sahaja. Sekali ini sahaja saya tersesat jalan semasa berada di tanah Suci.

Di Madinah , kami terpaksa mengejar waktu untuk berjemaah di Masjid, bimbang kalau tak dapat berjemaah, jadi terpaksa datang awal sedikit. Jemaah wanita terpaksa lebih awal kerana ruang solat yang ditetapkan kepaada mereka adalah terhad. Jika datang lewat beerti tidak dapat masuk ke dalam masjid dan hanya bersembahyang diluar masjid. Cuaca amat sejuk, lantai diluar masjid amat sejuk dan tak dapat di pijak tanpa alas kaki.

Masjid Nabawi lebih teratur kerana jemaah sembahyang mengikut saf, berbanding di Masjidil Haram, safnya dalam bentuk bulatan mengelilingi Kaabah.

Saya memberi kebenaran kepada isteri saya pergi bersendirian atau dengan jemaah haji Malaysia yang lain ke Masjid Nabawi, jarak antara Hotel Penginapan kami dengan Masjid lebih kurang 200 m sahaja. Lagi pun agak sukar untuk saya menemaninya kerana, beliau terpaksa pergi lebih awal untuk mendapatkan tempat sembahyang dalam Masjid.


Raudhah.

Syukur Alhamdulillah, 8 hari saya di Madinah saya berpeluang sebanyak 8 kali menziarahi Makam Rasul dan bersembahyang dalam Raudhah sebanyak tujuh kali..

Hari pertama saya tercari-cari dimana letaknya Raudhah, mencari dengan hidung bagaimana nak berjumpa, ada seorang jemaah dari Negara Eropah juga mencari Raudhah dan bertanya kepada saya, saya kata saya juga mencari raudhah.

Pada hari Jumaat saya datang awal bersama rakan sebilik yang lain, mencari tempat yang baik untuk sembahyang Jumaat, semasa kami datang cuaca masih redup, dan kami memilih tempat di bahagian bumbung payung di dalam masjid, namun apabila hampir waktu zuhur, matahari mulai terik dan kami terpaksa melindung diri dengan sejadah, sejadah dikongsi bersama dengan Hj Kadir. Lama juga kami terpaksa berpanas, kerana cahaya panas tersebut melalui celah antara bumbung dengan payung yang renggang. Tetapi kami rasa bersyukur kerana lebih kurang 20 m di hadapan adalah Makam rasul, Hj Kadir maklumkan kepada saya setelah saya bertanya kepadanya. Saya bertekad yang saya akan datang menziarahi makam rasulullah.

26/12/2008

Petang tersebut saya datang melalui pintu yang dikhaskan untuk wanita untuk masuk ke raudhah dan menziarahi makam rasulullah, waktu Ziarah bagi jemaah wanita adalah terhad dan pada waktu-waktu tertentu sahaja dan saya hanya dapat masuk dikawasan rumah Fatimah sahaja melalui pintu tersebut, itupun tak berpeluang untuk sembahyang kerana jemaah begitu ramai. Mengikut Jadual yang diaturkan oleh TH, besok baru kumpulan kami akan dibawa ke Makam Rasullulah oleh Mutawif.

Akhirnya saya pusing ke pintu Babus Salam dan mengikut arus jemaah yang masuk menziarahi Makam Rasulullah. Akhirnya saya sampai kemakam Rasulullah dan memberi salam kepada baginda, menyampaikan salam keluarga dan sahabat, serta salam orang Kg Pokok Tai., menitis air mata kerana dapat bersua makam rasullullah, bukan saya seorang boleh dikatakan kebanyakan jemaah akan sayu di hadapan makam Rasullullah. Saya sempat mengintai melalui lubang yang dibuat didinding makam rasulullah, tidak nampak apa-apa, gelap sahaja. Pihak polis yang mengawal akan menghalau sesiapa yang cuba berdoa dihadapan makam Rasullullah dan sesiapa yang melengah-lengahkan masa.

Semasa saya melalui laluan ke Makam Rasullullah dapatlah saya kenalpasti kedudukan Raudhah, Insya Allah saya berazam untuk bersembahyang ditaman syurga itu.

27/12/2009

Selepas subuh kami bersarapan di dewan makan di tingkat satu Hotel, kopi dan gula telah diberikan kepada setiap jemaah untuk sepanjang berada di Madinah, air panas disediakan di dewan makan, sarapan pagi tidak disediakan, kami membeli makanan seperti roti dan lain-lain sebagai sarapan pagi. Di lobi Hotel saya memerhati samada isteri saya telah sampai atau tidak, dan kami akan pergi bersarapan bersama. Setiap pagi saya suka membeli susu segar dan roti di kedai sebelah hotel.

Pukul 9.00 pagi kami diminta turun dihadapan hotel untuk di bawa menziarahi Makam Rasulullah. Saya menganggap kami akan dibawa dan diberikan laluan mengikut giliran untuk masuk ke Raudhah. Mutawif, seorang Arab membawa kami berhampiran Pintu Babus Salam dan memberi penerangan sambil menunjukkan kearah perkuburan Baqi dan mengajar kami berdoa bersama-sama beliau ( menziarahi perkuburan baqi dari jarak 200 m) . Kemudian kami di bawa masuk melalui pintu Babus Salam dan membaca doa melalui pintu babus Salam. Rupanya Mutawif membawa setakat itu dan menunjukkan kedudukan Makam Rasul dari hujung pintu sahaja, kemudian Mutawif meminta sedekah dari Jemaah. Hampa harapan saya, dan saya tidak bersedekah kepadanya. Saya menyangka kami akan dibawa masuk ke Raudhah selapas menziarahi makam rasulullah. Seseiapa yang nak bersedekah kepada Mutawif boleh bersedekah, atas keikhlasan hati masing-masing, mutawif dah ada upah dah TH, Sebab itu ada dikalangan Mutawif lain yang berkata, Haram !, haram! Melihat kawan-kawannya menerima sedekah. Tapi kalau nak bagi apa salahnya!.

Oleh kerana saya telah datang menziarahi Makam Rasullullah kelmarin, tidaklah sukar untuk saya mengetahui, mana satu makam rasul, Makam Saidina Abu Bakar dan Makam saidina Omar. Dan dimana hendak berdoa, menghadap kemana !. Selepas menziarahi Makam Rasulullah, bergerak kedinding Masjid menghadap kiblat dan berdoa.

Jemaah Haji wanita dibawa oleh Mutawif wanita menzirahi makam Rasullullah dank e Raudhah. Untuk sampai ke Raudhah jemaah wanita terpaksa melalui sekatan-sekatan, selepas satu kumpulan selesai ziarah, dibuka sekatan pertama masuk ziarah pula, kumpulan lain masuk kekawasan sekatan paling hampir dengan Raudhah. Pada hari tersebut jemaah wanita selesai Ziarah hampir waktu Zuhur.

Perkuburan Baqi’
Selepas Ziarah makam Rasulullah saya pergi menziarahi Perkuburan Baqi, naik keatas kawasan yang di buat khas untuk ziarah. Perkuburan baqi adalah Perkuburan warga Madinah, tiada batu nesah bernama seperti di Negara kita, terletak bertentangan sebelah kiri dengan Kubah Hijau Masjid Nabawi, waktu melawat ditempat yang dikhaskan adalah mengikut waktu tertentu, semasa melawat tidak boleh baca doa lama-lama, nanti dihalau oleh polis. Pernah buku doa saya di rampas oleh polis bertugas, namun saya menarik balik dengan kasar dan hanya kata “ sorry”, buku doa kawan sayapun dirampas tetapi akhirnya dia dapat kembali setelah hendak beredar dari kawasan melawat perkuburan Baqi’.

Perkuburan Baqi’ boleh ziarahi di sebelah pagar yang rendah, boleh Nampak kawasan perkuburan tersebut. dengan jelas.


28/12/2008

Di Madinah jemaah TH akan dibawa melawat Masjid Quba, Bukit Uhud, Ladang Kurma dan sekitar Madinah. Melawat Masjid Kuba dan bersembahyang didalamnya seolah olah melakukan umrah jika di Makkah, namun saya hanya berpeluang sekali sahaja melawat masjid Kuba. Suasana di Madinah lebih tenang dan cuaca lebih sejuk.


Bukit Uhud adalah kawasan terjadi peperangan Uhud, dimana ramai menjadi syuhada, mengetahui sejarah uhud adalah penting sebelum sampai ke Madinah, supaya kita dapat menjiwai dan menyesali serta menghargai perjuangan para sahabat Rasul. Peperangan uhud perlu diambil pengajaran. Makam Para Shuhada tak bernesan Cuma makam Saidina Hamzah yang bertanda. Makam yang pernah timbul selepas banjir dan para shuhada yang masih ‘hidup’ adalah tanda-tanda kewujudan Allah dan Kebenaran Islam. Di Bukit Uhud saya sempat membeli tasbih kayu. Jemaah Haji Malaysia tidak berada lama di tempat tersebut, jadi kita tak sempat untuk naik ke Bukit Pemanah, jika tidak bolehlah kita bertaubat seolah-olah kita adalah pemanah yang disuruh tunggu walau apa terjadi dalam perang Uhud. Kita boleh bertaubat kerana engkar Arahan ketua semasa peperangan. Salah firasat kita mengatakan musuh sudah berhenti menyerang, padahal kelalaian kita dan kegembiraan kita boleh kembali memusnahkan kita. Nabi Muhammad adalah panglima perang, sabda baginda adalah dari Allah swt, tentulah baginda berpandangan jauh apabila melarang pemanah dari turun dari bukit pemanah walau apa terjadi. Biasalah kita suka melanggar arahan, langgar lampu merah, langar kawasan berumput dan sebagainya, tak sah cakaplah pasal langgar perintah Allah.



Perkuburan shuhada uhud

29/12/2008

Bakso Indonesia.

Di mana rumah bakso ? , Tanya seorang jemahaah haji wanita Indonesia kepada isteri saya, Tidak tahu, balas isteri saya. “oh.. Malaysia” , baru mereka sedar yang mereka bertanyakan seorang orang Malaysia.

Keesokan hari saya dan isteri ke rumah bakso, terletak di tingkat 1 sebuah hotel, yang diusahakan oleh seorang rakyat Indonesia. Masa di Sabah dulu selalu juga makan bakso. Disamping bakso, makanan lain yang familiar dengan citarasa rakyat Malaysia juga dijual, dapatlah rasa kelainan sedikit berbanding hari-hari dengan menu TH.

Kami juga pergi makan di sebuah kedai, juga Indonesia, dapatlah rasa pedas-pedas dan masam bersebelahan Masjid Nabawi. Banyak restoran di Madinah, namun harga makanan yang dijual mengalahkan buffet di Hotel. Jemaah bajet seperti kami hanya layan di restoran dan gerai ekonomi sahaja.

Saya sempat membeli buah tangan untuk dibawa pulang, kali ini membeli-belah pun tak mengapa, harga jangan dibanding dengan di Makkah, nanti rasa kecewa. Kami ke pasar kurma , buah kurma agak mahal harganya, berbanding di Malaysia. Kalau bukan kerana buah tangan dari Madinah, lebih baik beli kurma di Malaysia.

Wassalam

Friday, December 11, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 21


Assalamualaikum wbt.

25/12/2008 ( Khamis)
Setelah dua minggu sekembali dari Mina , kini giliran kami untuk berangkat ke Madinah. Hati merasa sedih tak terkata kerana hendak meninggalkan Mekah, pada hal semasa berada di Mekah, saya kurang beriktikaf dalam Masjidil Haram.. Kurang tawaf sunat, kurang segala-galanya dalam ibadat. Menyesalpun tak berguna Biasalah manusia, masa ada peluang bukan nak buat sungguh-sungguh, bila dah habis tempoh baru nak menyesal, dan berharap dapat peluang sekali lagi. Tak guna punya manusia ( saya marah diri sendiri, kerana rasa macam belum puas beribadat di Masjidil Haram). Selama berada di Makkah saya tak dapat berjemaah solat Fardu sebanyak 38 waktu, ada hari demam, ada hari sakit kepala.

Kami diarahkan bersedia untuk berangkat ke Madinah. Selepas maghrib kami akan berangkat, kami diarahkan mengerjakan tawaf wadak selepas waktu asar. Sedih sungguh selepas tawaf wadak, tak dapat mengambarkan kesedihan tersebut. Jemaah lain berpusu-pusu menuju Masjidil Haram, saya dan isteri menongkah arus dari Masjidil Haram ke Hotel, barang-barang dalam bag besar, telah diletakkan di tempat yang diarahkan, Cuma bag roda kecil yang ada bersama, cukup untuk keperluan sepanjang perjalanan.

Ada juga dikalangan jemaah yang membawa banyak barang naik keatas bas ini menyusahkan diri sendiri dan jemaah lain, perjalanan dari Makkah ke Madinah lebih kurang 400km , sama macam KL- Alor Setar. Ada juga jemaah yang silap letak bag di kumpulan lain, Waktu itu ada kumpulan KT tertentu yang akan berangkat pulang, manakala kami baru hendak berangkat ke Madinah, Jika tersalah letak bag, bag akan sampai ke Madinatul Hujjaj, di Jedah. Terjadi pada dua orang rakan kumpulan kami, bag beliau tidak sampai di Madinah, semasa di Madinah terpaksa membeli pakaian lain. Ini terjadi kerana kelalaian sendiri. Contohnya Kumpulan 1 KT 60, manakala kumpulan lain, Kumpulan 1, KT 26. Jika kita hanya perhatikan kumpulan 1 sahaja maka kita akan tersilap, kesilapan sebegini sudah menjadi asam garam bagi petugas tabung haji. Kami solat maghrib di Hotel.

Diatas bas, kami di panggil untuk memastikan ada, dan passport kami ada bersama pemandu bas. Saya duduk bersebelahan isteri, dikerusi yang kami pilih sendiri. Ada juga jemaah yang tak dapat duduk bersama isteri, ada juga jemaah yang meriba barang-barang yang banyak. Saya memaklumkan bahawa kita akan bergerak jauh, untuk keselesaan letak barang atas lantai, saya melarang isteri daripada bercakap banyak tentang urusan dalam bas kerana bukan urusan kita.

Wassalam

Thursday, December 10, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 38

Assalamualaikum wbt.

Hari ini (10 dIS 2009)ada peperiksaan terakhir untuk pelajar yang mengambil kursus Kejuruteraan, Awam, Mekanikal dan Elektrik, iaitu subjek lukisan kejuruteraan. Bagi pelajar yang mengambil kursus ERT Teknikal, 16 Disember baru habis. Guru-guru yang bertugas sahaja yang datang, terima kasih kerana walaupun dah bertukar mulai 1 Disember mereka masih terus memberi komitmen kepada sekolah dan pelajar mereka.

Pensyarah matrikulasi datang kerja macam biasa, Ada orang kata kepada saya yang saya ex, sebab parking tempat pengetua !, Bagilah Pengarah DG54 parking tempat pengetua.
Saya bukan ex, tempat tersebut adalah tempat parking pengetua, saya memangku tugas pengetua, selayaknya saya yang parking tempat tersebut atas kapasiti Pengetua.

Saya memikirkan pelajar yang masih ada, setiap hari mereka datang mengambil peperiksaan mereka nampak kereta saya.mereka yakin bahawa ketua mereka masih hidup !, apa-apa terjadi masih ada orang yang akan bertangungjawab terhadap mereka dan akan membela mereka, tak kan mereka akan mengadu kepada pengarah pulak !.

Kalau pengarah yang parking disitu, mungkin perasaan mereka akan terjejas dengan beranggapan sekolah mereka telah diserahkan kepada Kolej Matrikulasi sepenuhnya. Rasional atau tidak pada fikiran tuan/puan mengenai tindakan saya ini, saya akan tetap parking disitu, selagi belum ada surat arahan sekolah sudah diserahkan sepenuhnya kepada Kolej Matrikulasi atau surat arahan saya bertukar sudah sampai.

Tuan, kalau pengarah parking disitu nanti orang kata kat pengarah pula," tak dan orang nak serah kepada kolej Matrik dah nak parking tempat pengetua". apa saja tindakan pasti ada komen.

Jadi kita ikut, yang sepatutnya, bab budi bicara lain cerita. Bila SMTP diserah sepenuhnya, saya akan parking di tempat tak berbumbung di mana-mana lokasi dalam kawasan Kolej Matrikulasi Teknikal Pendang, saya tak perlu untuk berebut parking ditempat berbumbung.

Dalam artikel kali ini saya sempat upload gambar-gambar kenangan, untuk tatapan semua yang baca blog ini, sekadar kenangan-kenangan bukan nak 'cendek' sesiapa.
Tangki air Dulu dan kini



Pokok Tai, yang ditanam oleh Tn Hj Selamat bin Amat Judi. dah 6 tahun usia pokok tersebut. Kalau Kelapa sawit dah tiga tahun dapat hasil. Pokok Tai, di SK Pokok Tai ada sepokok.

Batu kenangan SMT Pendang 2004 - 2009, harap batu tersebut kekal disitu selagi ada bulan dan matahari.



Sekian, terima kasih
Bersambung.

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 20

Assalamualaikum wbt.

Membasuh Pakaian.

Ramai yang menghantar pakaian ke dobi, saya sekalipun tidak hantar ke dobi, kerana saya basuh sendiri. Selepas balik Dari Mina , dobi hanya akan menyiapkan pakaian selepas dua minggu dihantar. Saya memberi pinjam kain ihram kepada seorang rakan sebilik kerana kain ihram beliau dihantar kedobi. Beliau tak dapat buat umrah tanpa kain ihram. Selepas membasuh semua pakaian dan menjemur diatas bumbung hotel, kain yang dijemur diikat dengan tali supaya tak bertukar dengan orang lain dan supaya tak terjatuh dibawa angin. Sekejab sahaja kain akan kering, jadi saya tidak menghantar ke dobi.

Selepas membasuh, tengahari tersebut saya datang tawaf dan sae haji. Alhamdulillah selesai haji saya. Sebenarnya saya masih dalam keadaan demam waktu bertawaf dan sae, namun kekuatan semangat menagatasi segalanya. Ruang tawaf sesak, sehingga saya bertawaf hampir rapat kedinding masjid. Saya bertawaf seorang diri terlebih dahulu, tanpa menunggu isteri saya, kerana dia belum bersedia untuk tawaf haji. Keesokan hari baru saya membawa isteri tawaf haji manakala saya tawaf sunat. Sabun kurang berbuih kerana air yang digunakan di hotel adalah air suling, saya menjelaskan kepada rakan sebilik. Sejak dari mula sampai kehotel di Mekah saya basuh sendiri pakaian. Seorang rakan sebilik saya sering membeli jubah baru, sebagai ganti jubah yang tak dibasuh.

Membeli belah.

Selepas selesai haji barulah saya mula hendak membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang, sebelum ini saya ada membeli tasbih tak setelah dikira untuk diberikan kepada kawan-kawan, saya membuat keputusan untuk membeli lagi, selepas pulang dari Masjid, saya singgah membeli tasbih, sejadah kecil, serban dan camera mainan untuk anak-anak. Sebelum haji tidak sesuai membeli untuk mengelakan pertengkaran walau kecil kerana masih belum mengenjakan niat yang utama ketanah Suci. Saya juga membeli jubah untuk kegunaan sendiri. Kami tidak banyak membeli. Jika hendak beli berlebihan yang teruk nak galas bag adalah saya, jadi saya tak mahu menyusahkan diri, nanti sakit sini sakit sana, nak buat amal ibadat pun susah. Kami juga membeli makanan seperti nasi arab, roti arab, yang saya suka beli setiap pagi adalah susu segar dan yogurt, Strawbery yang masih fresh juga kerap saya beli. Tak lupa juga kurma muda yang masih segar. Tak banyak tempat yang saya tahu semasa di Mekah, saya hanya ulang alik antara Masjidil Haram dan Hotel sahaja, kemudian melawat gerai-gerai berhampiran hotel, saya tak sanggung menghadapi cuaca panas dan tak mahu melanggar niat ke Tanah Suci. Saya mengambil kesempatan untuk tidur sedikit sebelum waktu zuhur supaya tidak mengantuk semasa iktikaf dalam masjid.
Wassalam

Wednesday, December 9, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 19

Assalamualaikum wbt Berangkat ke Mudzalifah. Kami diarahkan bersedia untuk berangkat ke Mudzalifah mulai waktu maghrib, pergerakan mengikut KT tertentu. Menurut pegawai TH, satu maktab diperuntukan 8 buah bas yang akan berulang alik mengangkut jemaah maktab. Tahun lepas agak masalah apabila jemaah tak dapat diangkut ke Mudzalifah hingga tengahari 10 Zulhijjah. Kami diangkut dan ditinggalkan di Mudzalifah, untuk wajib haji, di Mudzalifah jemaah hanya berehat sebentar sementara di bawa ke Mina, Tikar hamparan disediakan sebagai alas tempat duduk jemaah, sementara dipindahkan ke Mina, jemaah boleh mengutip anak batu untuk melontar pada keesokan hari. Makanan disediakan dalam bentuk pek untuk setiap jemaah, makan tidak pernah putus, sentiasa ada makanan dan ‘berlebihan’. Jemaah Negara lain saya tak pasti samada mereka juga diuruskan lengkap dengan makanan seperti Jemaah Malaysia. Sementara menunggu bas ke Mina, kami sempat berbaring, menghilangkan keletihan, ada yang sudah terlena. Bilik air disediakan, tetapi dengan bilangan jemaah yang ramai, tidak selesa, bau hancing sesekali dapat dihidu. Saya mengutip batu sekadar yang disunatkan, 7 biji dan betul-betul batu, bukan tanah atau pasir. Mina hanya bersebelahan dengan Mudzalifah. Jemaah dari India, Pakistan hanya berjalan kaki dari Mudzalifah ke Mina, hatta dari Arafah ke Mina. Kesesakan tidaklah terlalu meruncing kerana tahun ini diurusakan dengan baik Oleh Arab Saudi. Bermalam di Mina Jarak antara Mina dan Mudzalifah tidak seberapa jauh. Saya telah mengambil bas yang agak awal untuk ke Mina. Tak berapa lama kamipun sampai ke Mina, dan diarahkan masuk kedalam khemah yang telah ditetapkan, Sewaktu saya sampai tak seorang ahli kumpulan yang sudah sampai, Khemah di Mina agak sempit cukup-cukup untuk badan sendiri sahaja. Namun kalau susunan baik amat mudah untuk melakukan solat, tanpa menganggu orang lain. Namun seperti biasalah, tidak semua manusia boleh berfikir untuk kemaslahatan umum. Tapak khemah kumpulan kami tidak rata, terpaksalah dua orang jemaah, berhimpit mengelak tapak curam. Kesabaran di Mina amat diperlukan, kawasan sempit, orang ramai. Khemah diMina ada air cond, jadi taklah seberapa panas. Ruang yang diperuntukkan untuk kumpulan sebelah adalah sama dengan kumpulan kami, namun entah bagaimana, seorang dari ahli kumpulan mereka tidak mempunyai ruang, namun setelah kami membantu berunding, akhirnya dapat diisi dengan mencukupi. Seorang jemaah yang ‘terkeluar’ kerana tiada ruang untuknya menyatakan yang dia mahu pulang ke Makkah, nafar awal, namun setelah ada ruang untuk beliau barulah beliau kekal tunggu di Mina sehingga selesai dan nafar thani. Kumpulan mereka tidak sehaluan, mereka tidak susun dengan baik, sepatutnya semua bag pakaian diletakkan dihujung kepala dan dijadikan bantal semasa tidur. Waktu sembahyang, terpaksa mengetepikan semua bag-bag, tempat tidur dijadikan tempat sembahyang. Kami dihidangkan dengan makanan yang mencukupi dan sentiasa ada makanan, dengan cara tersebut, suasana sempit dapat dilupakan, air panas untuk membancuh kopi, memasak magi disediakan diluar khemah. Pemandangan adalah sama di setiap khemah, ada juga jemaah yang tersilap khemah dan terpaksa meminta bantuan TH untuk kembali ke khemah. Setiap maktab dan khemah telah diberi logo tertentu seperti telefon, sayur dan sebagainya supaya mudah diingat oleh jemaah, namun sesiapa yang kurang beri perhatian akan tersilap, rupabentuk bilik air pun sama. Air limpahan dari bilik air meleleh hingga ke hadapan pintu khemah, siapa yang jijik pasti akan termuntah, ini terjadi kerana menggunakan air diluar kawasan tandas. Setiap pagi terpaksa berbaris dihadapan pintu tandas, mendengar kentut dari dalam tandas adalah perkara biasa. Sekali masuk tandas terus buang air besar, gosok gigi dan mandi. Tetapi waktu subuh tak boleh berbuat demikian, selalunya saya akan mandi selepas waktu subuh apabila orang sudah tidak ramai. Ada juga yang tidak merancang untuk buang air besar atau air kecil, mereka ini selalu minta nak masuk dahulu dengan alas an tidak tahan. Padahal orang lain telah lama menunggu, ada yang tidak memberi laluan, jadi yang tak mendapat laluan terus membuang didalam longkang di hadapan pintu tandas. Jemaah lelaki sering melanggar kawasan wuduk perempuan, ini adalah tidak baik, sedangkan kita masih dalam ihram. Bagi saya tiada sebarang masalah berada di Mina. Saya biasa berkhemah sebelum ini, semasa berkhemah semuanya serba kekurangan dan hendak buang air pun susah, jadi saya buat tak kisah sahaja. Ada jemaah yang pagi-pagi lagi mengatakan yang dia hendak komplen kepada TH mengenai kesesakan di Mina, saya hanya mendengar dan menjawab dalam hati, nak komplen, komplen lah. Kita kena ingat , Mina adalah ujian Allah, kita bersabar dan ikut peraturan, selesai masalah. Yang menjadi masalah ialah apabila, air dibuang dimerata-rata tempat, susunan dalam khemah tak dibuat dengan elok. Melangkaui kawasan jemaah wanita, menjenguk khemah wanita. Membuang sampah merata-rata. Saya langsung tidak menjenguk khemah wanita sehingga isteri saya marahkan saya kerana tidak memperdulikannya. Kenapa pula mesti pedulikan beliau, kita datang untuk beribadat, duduk dalam khemah, buat ibadat, bukannya saya tinggalkan dia, balik ke Mekah. Memang sah dia berada dalam khemah tersebut, buat amalan zikir, baca Al Quran, yang jadi masalah bila jemaah lain keluar membeli-belah, itu punca masalah. Orang perempuan bila Nampak orang lain beli belah dia pun apa lagi teringin sangat nak keluar tengok. Saya sendiri tidak keluar dari khemah, duduk dalam khemah, baca Quran. Ramai jemaah yang berbual kosong sahaja, sambil hisap rokok, saya menegur orang yang menghisap rokok, namun tak diendahkan, jadi saya tak perlu menegur lagi. Khemah kita berair cond, asap rokok akan menganggu orang lain. Mereka berbual kosong dengan berbagai cerita, ini satu kerugian, sudahlah Mina sesak, ingatkan Allah, pahala dapat. Selepas melontar Jamratul Qubra, dibawa oleh mutawif pada pagi 10 Zilhijjah saya bercukur di tempat bercukur dengan bayaran 15 Riyal. Mutawif tidak memberi sebarang penerangan ketika melontar, siapa yang tiada ilmu pasti akan kerugian. Kami dan maktab lain bertolak berjalan kaki dari Muassim melalui terowong ke Jamrah, mutawif yang membawa papan tanda maktab 76, berjalan pantas hingga tak terkejar oleh jemaah, kami terpaksa meminta beliau berjalan perlahan. Lontaran pertama adalah di Jamrah Aqobah, terletak dihujung sekali, melalui, Jamrah Ula dan Wusta, jika kita tak perhatikan betul-betul kita tidak aakan Nampak Ula dan Wusta. Papan tanda untuk kedua-dua jamrah tersebut terletak dibahagian dinding kawasan melontar. Mengerjakan haji memerlukan stamina yang kuat dan kesihatan yang baik. Sebelum datang ke Tanah Suci kita mesti berlatih dan menjaga kesihatan. Waktu melontar tidaklah ramai kerana jemaah lain telah melontar lebih awal, berbanding saya yang tak tahu dan mengharapkan dibawa oleh TH. Dan saya pun tak mahu memandai-mandai. Waktu yang ditetapkan adalah mengikut kesesuaian supaya tidak bertembung dengan jemaah lain. Saya membantu mencukur dua orang setibanya di khemah. Saya rasa puas setelah dapat melontar pada 10 Zulhijjah dan dapat menanggalkan Ihram. 10 Zulhijjah merupakan Hari raya, tak teringat kata hari raya kerana sibuk nak melontar. Setelah menanggalkan Ihram, saya memakai baju raya yang dibawa. Mengikat serban. Rupa-rupanya ada jemaah lain yang memerhati dan berminat untuk memakai serban. Tertarik dengan kekemasan serban saya, beliau datang meminta saya tunjukkan cara mengikat serban. Hari ketiga baru saya dapat tunjukkan cara mengikat serban dan beliau menitis air mata dapat memakai sunnah Nabi Muhammad. Menunggu keesokan hari amat membosankan, sebab itu, ramai yang keluar membeli-belah, saya hanya tinggal dalam khemah, waktu makan, kita makan. Pada 11 Zulhijjah saya dan isteri keluar mengutip anak batu dia atas bukit, mengikut jadual kami akan di bawa melontar pada waktu malam, melontar ketiga-tiga jamrah. Namun setelah mengutip batu kami membuat keputusan untuk pergi melontar, maka kamipun pergi melontar disebelah pagi. Waktu melontar yang afdal adalah selepas gelincir matahari, waktu ini panas terik dan ramai orang, jadi kami tak dapat waktu yang afdal. Kami terpaksa menunggu kumpulan jemaah haji Negara lain melepasi terlebih dahulu, dari Thai. Dari Bangladesh, Pakistan, mereka datang dalam kumpulan yang besar, melihat kumpulan mereka yang datang, kami terpaksa berehat ditepi jalan sebelum terowong Muassim, Kekuatan mereka, menyebabkan kita tak sempat untuk memecut meninggalkan mereka, lebih baik membiarkan mereka pergi terlebih dahulu. Kali ini kami melontar ditingkat atas setelah dihalakan laluan ke atas oleh tentera yang menjaga kawasan tersebut. Dalam perjalanan pulang isteri saya bersedekah kepada pekerja-pekerja kebersihan. Saya pun turut bersedekah. Hari ketiga iaitu 12 Zulhijjah, kami melontar disebelah pagi, kali ini kami melontar di tingkat bawah , melalui kawasan khemah negeri-negeri arab. Sewaktu pulang, kami berehat ditembok bahu jalan, mengambil kesempatan berbual dengan isteri, dikhemah Mina sukar nak berbual dengan isteri sendiri. Tak berapa lama, bapa saudara saya berhenti berhampiran kami, saya datang menemuinya dan bertanya samada dia masih boleh berjalan kerana saya Nampak beliau amat keletihan. Lama juga kami berehat dan saya memaklumkan yang saya terpaksa pergi dahulu dan meninggalkannya. Beliau tidak menghalang dan beritahu yang beliau akan bergerak tak lama lagi setelah berehat. (rupa-rupanya beliau tersesat mengikut laluan jemaah Indonesia) . Jemaah Indonesia adalah jemaah yang paling ramai, dan kawasan di Mina dipenuhi oleh mereka. Hari keempat iaitu 13 Zulhijjah, kami diarah pergi melontar awal kerana akan bertolak balik ke Mekah pada jam 10 pagi. Setelah selesai melontar, kami berkemas dan menunggu giliran untuk berangkat ke Mekah. Waktu ini khemah-khemah di kemaskan oleh Maktab, karpet di gulung semula, peralatan dapur dibawa pulang ke Mekah. Sampah-sampah yang ditinggalkan oleh jemaah tinggi menggunung, kami melalui kawasan timbunan sampah, tak tertahan baunnya. Kawasan bukit di Mina juga dijadikan kawasan perkhemahan bagi jemaah bajet atau jemaah persendirian yang datang sendiri. Kami mendapat giliran menaiki bas lebih kurang 10.30 pagi, dan bas tak dapat keluar dari Mina kerana kesesakan lalu lintas, kami tiba di Mekah waktu zuhur. Bas tak dapat masuk menghampiri hotel, malah berpusing melalui kawasan yang sama berkali-kali. Para jemaah dalam bas mula menaruh curiga terhadap pemandu bas, ada yang berkata pemandu buat begitu kerana hendakkan wang. Saya teringat yang saya dan isteri tidak membaca doa naik kenderaan, segera bertaubat dan kami membaca doa. Ada dikalangan jemaah mula berbuat bising, saya memberitahu isteri agar berzikir, setiap kali suara bising dikalangan penumpang lain saya meninggikan suara zikir, namun ramai yang tidak memahami, Saya menjelaskan kepada isteri bahawa bas tak dapat masuk kerana jalan ditutup waktu solat Zuhur, sebab itulah dia terpaksa berpusing sementara selesai waktu zuhur, bila jalan dibuka semula dapatlah ia memandu menghampiri hotel. Namun penumpang lain langsung tidak mahu memahami keadaan tersebut dan saya berkata siapa yang nak haji mabrur kena minta maaf pada driver bas, atas tuduhan yang dilemparkan kepada driver tersebut. Syukur Alhamdulillah kerana saya tak menuduh yang bukan-bukan kepada driver tersebut, namun saya juga gagal mengawal perasaan dengan berkata “siapa nak haji mabrur kena minta maaf pada driver bas”, saya segera beristigfar. Bila turun dari bas, ada jemaah bertanya, kita turun dimana, hotel sebelah itu saja bang., mungkin nada saya sombong, membalas kesombongan mereka diatas bas tadi, namun saya juga sombong dengan meninggikan nada. Saya dan mereka sama saja, mana mabrur !. Pekerjaan haji kami belum selesai, tinggal tawaf dan sae. Wassalam

Tuesday, December 8, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 18


Assalamualaikum wbt.

Wukuf Di Arafah

Kebanjiran jemaah haji dari seluruh dunia memenuhi segenap ruang di Masjidil Haram , hotel-hotel yang sebelum ini bergelap telah dipenuhi, waktu solat kadang terpaksa sembahyang diatas bumbung masjid, kebanjiran ini adalah bermakna waktu wukuf tinggal tak berapa hari lagi, kami dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti umrah, bimbang tak sihat dan akan memberi kesan semasa mengerjakan wukuf dan bermalam di Mina, Saya kata jangan ikut nasihat tersebut, kalau diri rasa sihat sila kerjakan umrah atau tawaf sunat banyak-banyak kerana selepas haji motivasi akan berkurang, jadi semasa tengah bersemangat wajar lakukan dengan banyak kali. Memang terjadi begitu berdasarkan pemerhatian saya, rakan- rakan sudah mulai kendur semangat untuk mengulangi umrah dan tawaf sunat selepas haji. Apabila ramai yang tidak melakukan umrah, kitapun akan tumpang malas sekaki. Tapi kalau dah tak sihat, lebih baik berehat kerana wukuf dan Mina memerlukan tenaga dan motivasi yang lebih kental.

Tiada haji jika tidak wukuf di Arafah. Sebelum ini kami telah melawat Padang Arafah, melawat Jabal Rahmah. Aarafah satu kawasan yang luas, sekarang ini di tanam dengan pokok-pokok untuk menyejukkan kawasan, dipenuhi dengan khemah-khemah untuk para jemaah, disediakan ruang/kandang untuk menguruskan pengankutan masuk dan keluar Arafah di setiap maktab, tandas yang cukup selesa bagi sesuatu kawasan ‘camping’. Bagi saya langsung tiada masalah dalam bab prasarana. Jabal Rahmah adalah Bukit yang mustajab berdoa di situ, ramai yang menadah tangan berdoa mengikut hajat masing-masing dan ramai juga yang berdoa menghadap Bukit Rahmah tidak menghadap kiblat. Kata Orang doa menemukan jodoh mustajab disini, kerana ini adalah tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Isteri Banginda , Hawa. Saya juga berdoa, tapi bukan doa bertemu jodoh lagi, doa-doa apa saja yang dihajati, dan saya yakin doa saya akan dimakbul Allah.

Petang itu, selepas solat Asar kami bersedia untuk berangkat ke Arafah, seperti biasa kami diuruskan dengan baik oleh petugas tabung haji dan maktab. Kami siap berniat Ihram Haji , solat sunat ihram dan lain-lain amalan sunat. Membawa bag kecil sahaja cukup dengan sehelai baju raya Haji, seluar raya, singlet, serban, sejadah, kain basahan, tuala dan kepeluan diri seperti ubat gigi, sabun dan pisau cukur. Tidak perlu bawa banyak kerana ruang tidak mencukupi, ruang dalam bas dan ruang dalam khemah. Kita datang menemui Allah dalam keadaan hina, maka ‘hinakan’ diri dengan keadaan selekeh tapi suci untuk beramal ibadat. Wukuf hanyalah satu hari, di Mina 3 Hari, jangan susahkan diri dengan membawa berbagai barangan.

Saya dan isteri duduk bersebelah di atas bas. Bermula selepas waktu asar, kami bergerak menuju Arafah, belum sampai ke Arafah telah masuk waktu maghrib, kami sembahyang menghormati waktu didalam bas disamping bertalbiah. Ramai yang ‘tak mahu’ bertalbiah namun tidak mematahkan semangat saya untuk terus bertalbiah. (waktu ini semasa saya sedang menulis, air mata saya kembali bergenang mengenangkan indahnya waktu mengerjakan haji dan rindu kepada Rumah Allah dan tanah suci)

Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja, belum berlaku kesesakan, atau kami ditakdirkan mudah dalam perjalanan tersebut, walaupun driver tersilap jalan namun, kenderaan dapat berjalan lancar. Kami pun sampai di maktab 76 dan diarahkan oleh petugas ke khemah yang telah ditetapkan. Saya antara yang sampai awal dalam khemah tersebut, Kalau saya sampai awal saya akan berpeluang menentukan kedudukan yang sesuai, tidur ikut mana, susun bagaimana supaya jemaah yang lain dan rakan – rakan dalam kumpulan mendapat ruang yang sepatutnya. Pun begitu ada ahli kumpulan lain yang salah tempat kemudian diberitahu yang mereka salah, tetapi masih berdegil kekal disitu, dengan kata-kata, tempat sempit kita kongsi bersama-sama. Bukan Isu tempat sempit, sebenarnya setiap jemaah telah diatur kedudukan masing-masing di lokasi masing-masing, jika kita duduk ditempat yang telah diaturkan kepada kita, tidak akan berlaku sebarang masalah.

Ahli kumpulan saya tidak pernah menimbulkan masalah, mungkin orang terpelajar, ada cikgu, ada ingineer dan ada orang kampong. Dalam hal ini pun tak semestinya cikgu baru nak faham susunan dan mematuhi peraturan, orang kampong pun kena patuh aturan yang telah ditetapkan, satu kelebihan yang Allah berikan sepanjang mengerjakan haji ialah saya cepat sampai dan tak silap jalan (kecuali suatu pagi di Madinah).

Saya mengambil posisi antara dua khemah, mengelak dari berhampiran pohon mambu dalam khemah tersebut, Udara malam masuk dicelah-celah penyambung dua khemah yang terbuka. Sementara menunggu kawan lain tiba, saya menunaikan solat maghrib dan isyak secara Jamak. Saya tidak meninggalkan tempat saya kerana, saya bimbang selagi semua belum sampai ada yang suka tolak barang orang dan tolak tempat orang daripada saya bermasam muka dengan mereka lebih baik saya susun mereka dengan baik.

Air panas disediakan diluar khemah beserta gula dan kopi . “Kami datang bukan untuk minum-minum dan sembang-sembang”. Setelah makanan diedarkan dan semua rakan-rakan sekumpulan mendapat makanan, kami pun makan, kemudian kami membersihkan diri dibilik air yang telah tersedia, tapi awas anda sedang berihram, aurat dan kelakuan hendaklah dijaga. Seperti biasa saya menghadapi masalah cepat habis wuduk, nasib badan. Bermula malam itu ramai jemaah sudah berada dalam khemah surau, saya belum kesurau waktu itu, hanya berada dalam khemah dengan membaca Quran dan lain-lain zikir, ada juga jemaah yang berbual kosong.

Wukuf bermula tengahari esok, bukan malam ini, namum ramai yang dah tak sabar menunggu hari wukuf dengan mertasbih dan bermunajat, kesannya pada hari wukuf mereka keletihan dan tak bersuara. Kemuncak wukuf adalah tengahari 9 Zulhijjah, 8 Zulhijjah kita bersedia dengan berzikir sendiri dan simpan tenaga untuk 9 Zulhijjah.
Saya tidur lena dalam khemah, kehadiran nyamukpun saya tak sedari, besok pagi bangun awal, membersih diri dan bersolat subuh. Sarapan pagi diedarkan oleh Maktab, orang yang sama di Hotel penginapan. Selepas itu saya kembali membaca Quran dan berzikir.

Khemah wanita bersebelahan, saya langsung tidak menjenguk, mana boleh menjenguk nanti ternampak aurat wanita bukan mahram. Saya telah maklum kepada isteri supaya uruskan diri sendiri semasa wukuf dan berdoa sebanyak mungkin. Bukan apa, ada juga dikalangan jemaah lelaki yang terhendap-hendap mencari isteri, kelakuan sebegini tidak baik bagi seorang yang sedang berihram. Apa nak dipedulikan, isteri kita sampai bersama kita, masa dia masuk khemah tadi, kita hantar dia, dia nak kemana ? yang kita bimbang sangat, kalau di Bandaraya Makkah lainlah.

Kami diminta datang awal kesurau untuk mendengar khutbah wukuf dan berzikir, seterusnya solah jamak Tammam. Ada dikalangan jemaah yang dari awal pagi berzikir munajat menggunakan pembesar suara, dengan sebutan yang tidak kena ( seolah-olah sebelum ini tidak pernah berzikir munajat) namun begitu bersemangat, saya memarahi diri saya kenapa hang yang pandai berzikir munajat dan berlagu, sebutan kena tidak berani menggunakan mikrofon, sekurang-kurangnya suara dan sebutan yang kena membuka jiwa manusia lain. Saya maarah diri sendiri sebab komen saudara yang sebutan tidak kena, segera saya beristigfar dan mohon keampunan, saudara tersebut, benar-benar insaf dan mahu kembali kepada Allah dia lebih beruntung. Adakah saya insaf ?. Allah yang tahu. Kami sama sama bermunajat menanti kemuncak wukuf. Saya batal wuduk lagi, terpaksa keluar surau, ambil wuduk semula, menggunakan air minuman, satu pembaziran yang saya lakukan, ampunilah saya. Sementara menanti waktu zohor, dua kali saya terbatal wuduk dan hingus banyak tak terkawal.


Arafah tempat cucuran air mata, siapa yang tak tercucur air mata keinsafan amatlah rugi. Buatlah bagaimanapun asalkan tercucur air mata keinsafan. Maka berlinangan air mata pada hari wukuf, memohon keampunan Allah, mengakui kesalahan dan memohon keampunan, saya menoleh melihat siapa yang tak berlinang air mata, sebenarnya saya tak berani nak menoleh memandangkan wajah saya berlinangan air mata, saya tertoleh juga, maka terpandang wajah seorang yang “kurang sempurna berbanding saya” maka bertambahlah linangan air mata saya kerana Allah telah beri sifat yang cukup kepada saya ( waktu inipun saya tergenang air mata mengenangkan peristiwa itu, Alhamdulillah).


Khutbah wukuf disampaikan oleh seorang pegawai TH, solat Jamak Tammam diimmamkan oleh seorang jemaah. , Khutbah diadakan sebelum masuk waktu zuhur.
Selepas solat kami berzikir dan bermunajat kepada Allah, selesai acara dalam surau, saya kembali sebentar ke khemah mengambil keperluan dan kembali berwukuf diluar khemah, saya berwukuf dibawah matahari terik diatas kerusi diruang menunggu bas di tepi jalan.

Sambil berzikir sambil berdoa sepenuh hati dan seikhlas hati. Tiba-tiba datang sebuah lori membawa makanan nasi arab untuk disedekahkan kepada jemaah, tapi bukan di maktab kami, ke maktab seberang jalan, Maktab orang india/Pakistan, maka berebut-rebutlah jemaah menerima sedekah, beberapa pekerja makanan di maktab kami turut pergi mengambil sedekah tersebut , fikiran saya tergugat sedikit, rasa macam nak pergi ambil tapi mengenangkan sedang berwukuf, saya buat-buat tak Nampak sahaja. Nasi Biryani dengan sepotong daging kambing , siap Nampak tulang rusuk lagi, pekerja maktab pergi ambil diseberang jalan dan lalu dihadapan saya, Nampak sedap sahaja. Saya Nampak mereka diseberang jalan bukan main sedap menjamah nasi biryani, cobaan!, saya terus berzikir ditengah panas, isteri saya juga berwukuf diluar khemah, di bawah pohon mambu, saya sempat merakamkan aksi mereka dengan kamera. Waktu wukuf yang bergitu mustjab pun dibiarkan oleh sesetengah jemaah. Hai ruginya.

Saya tidak memperdulikan cuaca panas, ini hanya sedikit ujian Allah, biarlah saya berpanas hari tersebut berbanding saya menyesal bila pulang ke tanah air.


Semoga Allah menerima amalan dan doa saya pada hari wukuf tersebut, saya tak teringat untuk mendongak ke langit melihat keajaiban yang ditunjukkan Oleh Allah, kata orang kadang-kadang awan membentuk perkataan Allah, namun saya langsung tak teringat untuk melihat perkara tersebut.

Wassalam

Monday, December 7, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 17



Sembahyang Fardu.

Subuh.

Kebiasaannya kami akan bergerak ke Masjidil Haram antara pukul 4.00 pagi , waktu ini agak lewat kerana ramai jemaah lain telah tiba dan mengambil tempat istimewa mereka. Saya akan memilih tempat yang agak hamper dengan dataran Kaabah. Hanya beberapa waktu yang saya dapat solat fardu dalam dataran Kaabah. Kebiasaanya saya akan melakukan solat sunat, sunat taubat, sunat hajat, sunat tasbih dan solat witir dan membaca Al Quran sebelum masuk waktu. Kita terpaksa bangun awal supaya mendapat tempat dalam Masjid. Ramai yang menganggap ruang dalam Masjid sudah penuh apabila melihat jemaah sembahyang diluar masjid. Anggapan tersebut adalah salah kerana kebanjakan jemaah haji India, Pakistan suka sembahyang diluar Masjid, kerana dikalangan mereka berpendapat luar masjid juga adalah masjid.

Selepas subuh saya akan sembahyang sunat-sunat yang lain, membaca Quran dan saya beriktikaf dalam Masjid sehingga solat sunat Israk. Selepas sunat Israk barulah saya dan isteri pulang ke hotel untuk bersarapan pagi. Selepas sarapan saya akan membasuh pakaian dan seterusnya tidur sementara menunggu waktu Zohor.

Zohor.

Pukul 11.00 pagi saya akan bergerak ke Masjid untuk menunaikan solat Zohor, masuk waktu antara pukul 12.15 tgh, cuaca agak panas, pernah sekali saya dan isteri terpaksa naik sembahyang di atas bumbung Masjid, tiada tempat berlindung, Kami terpaksa menutup kepala dengan sejadah, Tanpa disedari air hidung sentiasa meleleh. Saya tidak tahan dengan panas. Dua minggu pertama saya terkena demam dan selesema. Waktu Zuhur dan Asar kerap saya tidak hadir.




Asar

Pernah sekali selepas tawaf, saya mendapat tempat untuk solat asar dalam dataran Kaabah. Walaupun panas saya dan isteri tetap tunggu dengan penuh sabar.


Maghrib dan Isyak.

Selepas solat maghrib dan Isyak kami akan pulang untuk makan malam di hotel.
Pernah sekali saya dan isteri tiada tempat sembahyang. Pada petang tersebut selepas tawaf, isteri saya hendak ke tandas, jadi saya temankan beliau ketandas, waktu mahgrib hampir tiba. Saya menunggu dengan menahan sabar dan gelisah kerana bimbang tiada tempat sembahyang, ruang diluar masjid telah dipenuhi oleh jemaah hingga rapat ke tangga tandas, saya pada waktu itu tidak mengambil tempat kerana masih menunggu isteri keluar dari tandas, apabila masuk waktu, semua tempat termasuk atas jalan raya telah dipenuhi. Saya duduk diatas tong penghadang sebelah tangga turun ketandas dan bersembahyang sambil duduk diatas tong tersebut.

Waktu mahgrib dan isyak adalah waktu jemaah yang ramai, ada juga yang sembahyang diatas hotel dan berimamkan Imam masjidil Haram ?. Ada juga dikalangan jemaah di hotel kami menginap yang tidak dapat ke Masjid dengan berbagai-bagai alasan. Saya bersyukur kerana tak dapat ke Masjid waktu zuhur dalam dua minggu pertama sahaja, selepas haji seya dapat ke Masjid untuk semua waktu.

Jumaat.

Hari Jumaat pertama kami di Mekah, saya datang awal ke Masjid dan mendapat tempat dalam Masjidil Haram, walau bagaimana untuk Jumaat kali kedua iaitu 5 Disember, iaitu ketika telah ramai jemaah tiba dan telah hampir waktu wukuf saya tidak mendapat tempat dalam masjid dan juga tidak mendapat tempat diluar Masjid dan tidak mendapat tempat diatas jalan raya. Waktu itu barulah saya menitis air mata mengenangkan nasib tak “diterima di Masjidil Haram”.







Jumaat lepas saya datang pukul 11.00 pagi, Jumaat kali ini saya datang 10.30 pagi, apabila sampai dipintu Masjid kami telah dilarang dari mamasuki Masjid oleh anggota polis, ramai yang telah membentang sejadah diatas batu. Saya tidak mahu sembahyang dikawasan tersebut kerana, kawasan tersebut “kotor”, Kawasan tersebut , diludah, di kencing oleh jemaah itu yang membuat saya tidak mahu membentang sejadah, saya kononnya hendak mencari tempat yang lebih bersih dari tempat tersebut. Di sekitar kawasan tersebut sudah tiada tempat, saya terpaksa berjalan melalui jemaah yang telah duduk sedia ditempat masing-masing. Hampir 100 meter saya berjalan melalui jemaah untuk mencari tempat. Pada masa yang sama ada lagi jemaah yang cuba masuk walaupun telah dihalang oleh Polis. Ramai yang telah mengisi jalan-jalan raya hingga mencapai 2 km dari masjidil Haram. Akhirnya saya mendapat tempat di belakang hotel At Tauhid diatas tebing jalan, itupun hanya ruang yang cukup-cukup untuk duduk sahaja.

Cuaca panas dan berdebu, saya menutup kepala dengan kain serban, melindungi pipi saya yang tak tertahan dengan cuaca panas. Semasa melintasi jemaah ada yang terpandang air dalam botol minuman yang saya bawa dan tanpa segan silu mereka meminta air tersebut, dan saya memberi kepada mereka, ada dua orang yang meminta dan air tinggal sedikit sahaja pada saya. Sementara menunggu masuk waktu, rasa amat tidak tertahan, hanya bersabar sahaja. Seterunsnya selapas azan ramai yang bersembahyang sunat, saya tidak dapat sembahyang sunat kerana tiada ruang. Khutbah agak panjang. Menambah lagi seksa pada hari tersebut, setelah selesai khutbah jemaah lain sembahyang Jumaat sambil berdiri manakala saya sambil duduk sahaja kerana tiada ruang untuk sujud. Saya hanya mampu memohon keampunan kepada Allah kerana tiada kualiti sembahyang saya pada hari tersebut.

Selepas pulang kehotel saya menceritakan kepada rakan sebilik yang datang bersama semasa untuk sembahyang Jumaat tadi tapi telah terpisah semasa diarahkan oleh polis semasa hendak masuk ke Masjid. Mereka menceritakan bahawa selepas tidak mendapat tempat mereka berpatah balik dan sembahyang di Masjid Khalid Al Walid. Tidak ramai jemaah di Masjid tersebut, letaknya 700 m dari Masjidil Haram.




Sembahyang jenazah.

Di Masjidil Haram boleh dikatakan setiap kali selepas sembahyang Fardu akan ada solat jenazah. Solat tersebut adalah untuk semua jenazah-jenazah. Bilal akan memaklumkan yang akan ada solat jenazah sebaik sahaja selesai solat Fardu. Selalunya Imam akan ambil masa sedikit, mungkin berdoa atau berwirid atau selepas solat sunat, mungkin sahaja kerana saya tidak pernah berpeluang sembahyang belakang imam.

Sempat jika kita hendak solat sunat dan berdoa. Kadang-kadang ada dua kali solat jenazah, mungkin ada jenazah yang lewat dibawa kehadapan imam. Oleh kerana teringin untuk melihat bagaimana jenazah di bawa ke tempat letak untuk disolatkan, saya telah solat di tingkat satu untuk melihat. Jenazah dibawa dalam keranda, dan dengan pantas sekali mereka membawa keluar jenazah dari kawasan dataran kaabah dan membawa keluar melalui pintu sebelah pintu King Aziz. Saya berkesempatan solat jenazah disana, Di kampong hanya boleh bilang dengan jari saya solat jenazah, kali pertama solat jenazah anak saya.

Sembahyang Minta Hujan

Pernah sekali semasa saya berada di Mekah.

Khatam Al Quran

Sebelum berangkat ke Tanah Suci saya telah membeli sebuah Al Quran kecil kerana saya berhasrat untuk khatam Quran dalam Masjidil Haram. Sepanjang berada di Masjdil Haram saya telah khatam sebanyak dua kali. Saya menggunakan Quran wakaf dalam masjidli Haram. Quran saya tulisan kecil menyebabkan saya sukar untuk membacanya, lagi pun Quran ada di merata-rata tempat termasuk di bahagian atas bumbung Masjid. Membuat kebajikan dalam Masjidil Haram mendapat 10,000 ganjaran, bayangkan jika kita khatam sebuah Al Quran di dalam Masjidil Haram. Apabila masuk saja kedalam masjid saya akan mencapai Al quran dari atas rak yang disediakan di sudut-sudut tertentu dalam Masjid. Selesai solat sunat, saya akan memnyambung bacaan Quran, saya akan mencatat mukasurat terakhir yang say abaca supaya mudah saya sambung bacaan jika menggunakan Quran lain. Pernah dua tiga kali saya terbawa balik Quran ke hotel kerana saya terlupa untuk menyimpan semula di atas rak. Selepas baca, masuk waktu solat, Quran saya masukkan kedalam bag sandang yang saiznya sedang elok. Selalunya apabila tiba waktu solat akan ada hamba Allah yang sudi memungut Quran untuk di simpan ke atas rak. Saya kebiasaannya tidak akan menghulurkan kepada mereka, kerana saya tidak mahu menyusahkan orang lain, jadi saya simpan dalam bag sandang.

Ramai jemaah yang mewakafkan Quran di Masjidil Haram, selalunya mengikut saiz yang telah standard.

Saya berazam untuk khatam sebanyak dua kali dalam Masjidil Haram , jadi saya telah berusaha bersungguh-sungguh, setiap waktu dan masa lapang saya akan membaca Al Quran, baca tanpa taranum. Walaupun mengantuk dan lenguh belakang saya akan terus menbaca. Kadang-kadang saya terpaksa membaca sambil menyandar, kadang-kadang sambil berbaring dan melentang, kadang-kadang terpaksa membaca sambil berdiri. Kebiasaan juga saya akan minum air zam-zam dari botol yang yang saya sentiasa bawa, suatu hari bekalan air zam-zam saya hanya ada beberapa titis sahaja, orang sebelah yang melihat masalah saya menghulurkan air zam-zam beliau, saya hanya ambil sekadar seteguk sahaja, bukan apa saya rasa tidak sanggup untuk meninggalkan tempat duduk kerana untuk menghabiskan bacaan Quran . Syukur Alhamdulillah. Semasa di Madinah saya hanya membaca surah-surah terpilih sahaja.

Wassalam